Friday, February 4, 2011

Review: Hantu Kak Limah Balik Rumah

Baru sempat tonton Kak Limah. Permulaan untuk menonton filem Malaysia di pawagam. Tapi, kalau PTPTN bagi pinjaman elaun wayang untuk pelajar, insyallah aku akan selalu pergi. Semejak ditayangkan sebulan lalu, memang OPM mendengar pelbagai kisah pasal kehebatan Mamat Khalid menangani filem terbarunya ini. Disebabkan kekalahan ‘Estet’ menawan hati mamat India dan tema satu Malaysianya, nampaknya pengarah ini tahu apa yang penonton mahu. So, dia bawa kembali trek asalnya yang orang suka. Secara kasarnya, aku tidak menjangkakan Kak Limah sehebat ini, tetapi lepas saja tonton, aku setuju bahawa Kak Limah adalah sekuel Zombie Kampung Pisang yang berjaya.

Kak Limah!

Dengan plot yang simple (hanya nak mengungkap siapa Kak Limah sebenarnya) OPM melihat Mamat Khalid cuba bermain dengan pelbagai isu. Dia cuba toreh sana toreh sini, sampai jika ada yang memahami, akan rasa pedih. Apapun, rasanya Mamat Khalid terlebih toreh sampai akhirnya dua line ayat Husin dan Usop dipotong. Namun, Kak Limah masih steady membawakan kiasan masyarakat yang pelbagai. OPM melihat dialog filem Kak Limah nampak santai, tidak wujud tema (natural seperti perbualan reality) dalam satu perbualan apabila ianya kadangkala menembak sana sini.

OPM sebenarnya tergelak besar bila awal awal filem dan akhir filem, Mamat Khalid cuba membawakan dua ‘fake trailer’ yang memberi kiasan kepada dua filemnya tersendiri. OPM mengingati gaya cerita seperti ini pernah dibawakan Robert Rodriguez dan Quentin Tarantino dalam filem Death Proof dan Planet Terror. Malah, Ben Stiller juga pernah buat fake trailer dalam filem Tropic Thunder. Nampak di sini Mamat Khalid ingin memperbaharui genre komedinya dan tidak mengambil filem orang lain untuk dikritik, tetapi filemnya sendiri. Malah, dari fake trailer tu juga, masih ada juga kritikan yang diberikan.

Che Nin & Husin, cinta tak kesampaian yang best!

Keseluruhannya, OPM menyukai karakter Che Nin dan Ayu. Pada OPM, dua karakter ini member imbangan yang baik kepada watak besar, Kak Limah. Imbangan dunia tahyul dan anti tahyul nampak brilliant. Bomoh Indo vs. Comprak, Husin vs. Usop dan orang kampung, dan Che Nin vs. Kak Limah merupakan imbangan yang menarik. OPM memuji gaya Che Nin dipersembahkan yang mana akhirnya memberi jawapan kepada satu soalan iaitu kenapa Che Nin tidak ada sebarang dialog dan konfrontasi dengan karakter lain. Idea dan tempat Che Nin diwujudkan nampak begitu hebat, bijak dan sesuai dalam membentuk suplot khusus Husin. Menarik sangat sangat!.

Filem ni, rasanya kalau direview satu persatu tema dan mesejnya, nampaknya berbuku la jadinya. Setiap dialog nampak ada bayangan tersendiri. Kalau tak tonton lagi, download guna link di bawah:

Kalau nak tengok apa yang tak kena dalam beberapa babak dalam filem Hantu Kak Limah, baca link di bawah:

18 comments:

amir aizat said...

hahah boleh plak ptptn nk bg elaun cmtu.

Cik Ungu Violet said...

setuju ! baru je menonton semalam. best ! :)

zool said...

citer ni best dan ada maksud tersirat

aida4eva said...

majulah filem untuk negara..wwweeee~

King Of Single said...

yup..awwal2 ag orag2 tua puye dialog da menmbak sane sini...hehe bagus filem ni!

pedih sesape yg teraaseee..kui3

n yess! ade isi walaupon komedi

Cekodok said...

layan kak limah sambil makan cekodok wehhhh.... layannn

Sky0ne said...

ce cite, ce cite...hahaha

syufaa said...

hahaha..dialog plg best! "cecite cecite" =P

Gen Fujita said...

Dah tengok, quite cool.

Aimi Razman said...

tk tgk lg :{

mamawana said...

Citer ni kelakar, ada jugak scene yg tak logik, tak masuk akal. Whatever, its really funny.

Hasrol Nizam said...

bagi aku cerita ni tak best mana sangat pun. awal2 lagi dah dapat teka yang che nin tu dah meninggal..

nadilah said...

Dila baru jer tgk last week ..oklah boleh tahan ..

C28su said...

x beraper nak masuk otak cerita ni....dengar jer org gelak...biler ada yg part2 lawak joint la gelak samer.....

ghost writer said...

tak baca sebab belum tengok

menusuk hati said...

2 3 kali tengok pun tak jemu..paling best masa depa buat poco2 time lgu njit2 semut.hahaha!

cik Suka Suki@Atikah Latiff said...

sumpah cerita ni kelaka.aku dah tgok 18 kali wei

Anonymous said...

mmg lawak...sama mcm citer zombie kg pisang..