Tuesday, February 15, 2011

Nuffnang Cakap 'i-frame' Haram. Carilah Trafik Cara Halal

Few days ago, sorang dari member aku memperkenalkan cara baru meningkatkan traffic blog. Bagaimana caranya? Senang saja. Melalui penggunaan HTML code yang dikenali sebagai 'i frame'. Setelah aku mencuba code ini dan mengintegrasikan kesemua tujuh blog aku dalam satu lingkungan saling bantu membantu, trafik aku mencanak naik. Percaya atau tidak, dalam sejarah blogging aku (yang sudah masuk 2 tahun), ini kali pertama aku menerima view lebih 1ribu sehari dengan penggunaan HTML code ini. Satu minggu dengan bantuan 'i frame', trafik aku adalah seperti di bawah.

Penggunaan 'i frame' ni memang la terbaik. Sepanjang peningkatan trafik, aku menikmati peningkatan berkali ganda gandaan duit BE. Ternyata 'i frame' juga sedikit sebanyak mempengaruhi pendapatan BE. Dahulunya, sehari BE mungkin akan naik singgit atau dua inggit. Dengan HTML, aku leh dapat RM5-6 sehari (dengan sedikit blogwalk sahaja). Maknanya sebulan, aku boleh cover bayaran bulanan broadband dan masih ada baki untuk simpanan. Untuk pengetahuan, ini ialah BE yang masih berjalan di blog aku. Ada empat BE bersantai di http://cikgumanstation.blogspot.com/, dua lagi bersantai di http://addicted2hindi.blogspot.com/, manakala dua lagi bersantai di http://goofspotonfilm.blogspot.com/. Tiga blog ini nampaknya sudah stabil dan sekarang, tumpuan lebih akan diberikan dalam menguruskan tiga blog ini.

Maka, aku pun promosikanlah kepada member2 aku untuk mengintegrasikan blog2 mereka dengan 'i frame'. Halia Kentang (http://haliakentang.blogspot.com/) & Zikir Cinta (http://hawa88.blogspot.com/) antara blogger yang aku sempat promosikan benda alah ni. Excited gegiler woh. Tetapi si Halia Kentang sudah gtau tentang rumors Nuffnang mengharamkan penggunaan code ini untuk tarik trafik. Jadi, menunggu dan terus menunggu, hari isnin, 14 February (10 hari selepas bday aku) 2011, aku kirimkan satu email ke nuffnang bertanyakan ok atau tidak penggunaan HTML code tersebut. Petang itu, ini jawapan yang diberikan nuffnang.
Jadi, iframe memang nampaknya satu lagi masalah yang perlu dielakkan. Jadi, yang sayangkan duit yang korang usahakan tu, buanglah benda ni. Aku ada RM100 lebih kot yang belum aku cash out. Penat tu nk kumpul semua tu, kang tak pasal diblacklisted, menangis tak berlagu jawabnye. Melencong sikit, aku sebenarnya cukup puji Nuffnang punya support team service, jawapan akan sampai cepat giler. Jawapan pulak tepat dan mantap. Tak perlu tanya dua tiga kali. Setakat ni banyak juga email aku hantar sebabnya aku tak mahu berada dalam golongan blacklisted nih. Setiap kali ada je benda yang mencurigakan, aku tanya dan tanya. Malah aku pernah tanya tentang penggunaan KLmenjerit (http://scripter.abcdead.com/software/kl-menjerit.html), software mencari trafik dan menyepam blog orang untuk menarik trafik kepada blog kita. Oh ya, KLmenjerit ni juga tak baik tau! Jadi, the best way to attract viewers and readers is via ur writing and promotion. Itu yang terbaik.

So,kesimpulannya bagi yang nak dapat duit lebih dari nuffnang, hentikan dua perkara. Satunya, jangan ber'fraud' klik. Keduanya, jangan tarik trafik cara tak wajar (penggunaan iframe). Apapun, sekadar berkongsi email yang diberikan nuffnang. Aku tak ade hak untuk melarang. Tengah2 blog aku pun stabil dan tengah berkeroncong dengan duit yang meningkat naik, ada kalanya kita kena fikir adakah cara yang kita buat itu sebenarnya menjadikan pendapatan nuffnang kita itu halal atau haram. Sebagai muslim, dahla kita elakkan iklan arak dan rokok untuk disiarkan (satu perkara wajar), tetapi taarik trafik cara haram, so jadinya tetaplah benda tak elok kan?!.

Jadi, tanggal 15 February 2011, aku buang semua 'i frame' yang dilekatkan di ketujuh tujuh blog aku sekaligus menjadikan trafik aku menurun. Tetapi, sekurang kurangnya aku tahu trafik itu adalah dari orang yang jujur mahu membaca blog aku. Sekian!

13 comments:

Gen Fujita said...

Good info, sangat bermanfaat, sekurang-kurangnya sekarang kita dah tahu tentang salahguna iframe di sisi Nuffnang.

xcyber said...

nice info thx

SyUhAdA said...

aah..btol tu...

Belalang Hijau said...

nuff x kasi BE baru pun kat belalang...uwaa!!!

relevan said...

i frame..trafik boleh di frame frame pulak ?..

are_mean91 said...

tak reti lah nak ber i frame2 nih....

AmYcOzZo said...

x reti eden nk ber i farme nie.. lobih bek eden bw aje xpn join forum blogger..huhu yg pnting jgn spammer.:)

Ehh!!Blogger said...

salam .saya dah share disini



http://ehhblogger.blogspot.com/2011/02/perhatian-i-frame-adalah-haram-dalam.html

Idah said...

anda seorang yg jujur...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tq for the info

Ibnu Hasan said...

hoho .. x smpt nkl phm psl iframe dah knea haram, thnx 4 da info.. pndptn yg halal itu pnting

: Ady :: said...

Hah.. betul tu.. halal haram tu penting bagi mendapat keberkatan..

http://aidiena.blogspot.com

hakeem kira said...

wow . aku baru tau ada benda ni . tapi aku bukan nye amik tau sgt pon pasal nuffnang ni . letak pon sbb tgk orang lain letak benda tu .