Wednesday, February 2, 2011

Game Review: Disney's Tangled & Toy Story 3

Gara gara Tron: Evolution
http://cikgumanstation.blogspot.com/2011/02/gara-gara-tron-evolution.html

Malang sungguh aku tak dapat main Tron: Evolution sebab Window aku yang tak sesuai. Namun, disebabkan kebaikan tauke kedai, dia benarkan aku pick another game. Disebabkan Tron: Evolution ada 2DVD, so aku pun ambil dua game lain. Aku pilih game dibawah (nah.. siap scan lagik)...
Add Image
Disney's Tangled
Komen:
Game ni nampak simple. Kena jadi Rapunzel (ahaha... seorang lelaki jadi Rapunzel?? jangan gelak okeyh). Tapi, no worry. Ada Flynn yang akan jadi sidekick. Flynn ni ibarat pakwe Rapunzel yang baik hatilah. Kalau Rapunzel nak masuk semak samun, Flynn akan tolong cantaskan. Keseluruhannya, Flynn akan bantu Rapunzel untuk wat kerja berat. Boleh main single person dalam story mode atau main mutltiplayer, dua orang saja. Sesuai untuk suami isteri yang mahu bersama sama merentasi dunia fantasi tetapi tak bermakna orang bujang tak boleh main okeyh! Lagi satu, boleh pupuk kerjasama. Aku main dengan adik aku. Haha.. teka sape jadi Rapunzel, teka sape jadi Flynn?? Haha.. boleh memupuk semangat kerjasama sepasukan tu. Barula ada mesej dan mendidik. Direkomen untuk cikgu cikgu tadika (cikgu lain pun boleh jugak), atau keluarga yang ada anak anak yang tak suka main batu seremban.

Ni video gameplaynya:


seterusnya...

Disney's Toy Story 3
Komen:
Adventura yang menarik. Ada semua karakter dan simple. Boleh main pelbagai karakter. Tetapi, setiap karakter ada story yang tersendiri. Tapi, aku dah ambil karakter Woody Allen dan terpaksa teruskan dengan game Woody Allen dahulu. Secara kasarnya, game nampak mudah, santai dan tak stress. Kalau tengah xde mood nak baca buku ke, frust menonggeng ke, boleh la tunggung kuda Woody Allen ni dan loncat2 di pekan koboi. Tenang je. Takde tembak sana sini. Nak bunuh bunuh orang pun tak de. Habis maksimum pun, pegang alien hijau (aduh... lupa nama) angkat dan baling. Sesuai untuk yang mahukan keamanan dunia berada dalam dunia game. Direkomen kepada famili dan manusia yang sukakannya.

Ni video gameplaynya:


Sekian!

No comments: