Thursday, January 6, 2011

It's All About Passion

Hari ini ada perkara yang mahu aku ceritakan. It’s about my passion, writing. Menulis ni memang kerja aku dari kecik. Aku tak sangka Disember hari tu ada jugak hadiah dari usaha aku. Pertama kali aku mahu ucapkan kepada Kak Fizawati Zainal, selaku salah seorang penerbit drama radio di Klasik Nasional yang bersusah payah mengedit my skrip dan juga ajar sikit sebanyak ilmu menulis skrip drama radio.. Azam aku, aku ingin satu karya aku (minimum) untuk berada di kaca tv atau layar perak. I learn to become an English teacher but in the same time I want to become a scriptwriter.

Ada dua perkara yang menjadi pencetus semangat aku. Ada cerita tentang kegagalan dan juga ada cerita tentang kejayaan. Cerita tentang harapan dan cerita tentang impian. Bukan senang mahu puaskan orang, bukan senang mahu menggoreng idea, bukan mudah untuk buat apa saja. Perenggan ketiga akan menceritakan perihal kegagalan satu impian dan bagaimana dalam kegagalan itu ada juga harapan. Ceh, macam BERSAMAMU TV3!

Pertama, bulan November 2010 aku hantar skrip filem kepada AstroShaw (lihat link ini) dan satu daripada dua karya aku nampaknya menarik minat dan akan dibawa ke perbincangan lanjut. Malangnya, skrip yang aku berikan nama Cinta Untuk Aida tu GAGAL untuk diterbitkan. Namun, aku tak kisahlah sebab akhirnya ia berjaya masuk peringkat penilaian. Akhirnya daripada situ aku sudah dapat link orang yang bertindak selaku penilai skrip yang bakal diterbitkan syarikat tu. Insyallah, nanti kalau aku nak hantar skrip, it’s not gonna be hard anymore. I’ve got the e-mail. Tapi, aku mungkin takkan menulis lagi skrip filem buat masa terdekat ni, kerana perenggan keempat akan menceritakan kenapa.

Kedua, ini adalah perkara paling aku tak percaya sekali. Syuhada (dalam Syurga Cinta) pernah berkata, Tuhan sembunyikan matahari tanpa kita sangka, kemudiankan turunkan hujan sebagai bala sebelum akhirnya kita sedari ianya ada nikmat pelangi di sebalik petaka. Aku rasa untuk tak pergi TESL nite semester lepas adalah keputusan bijak sebab pada hari yang sama aku bayar RM10 untuk masuk bengkel penulisan skrip drama radio di UPSI. Dari situ, aku dapat emel penerbit drama radio, Puan Fauziah Sidek. Habis je bengkel, aku terus habiskan skrip aku yang tak habis buat masa di bengkel. Kemudian, tak lama kemudian, aku buat lagi skrip drama radio, kali ini dengan berpandu contoh yang dikirim Puan Fauziah. Perenggan seterusnya akan menceritakan hasilnya.

Terkejut besar! Yang aku betul-betul perah otak tu, yang mana tajuknya agak kelisa iaitu AKU JATUH CINTA (sebelum ditukar jadi CINTA ZAMAN SEKARANG) tak masuk list untuk diterbitkan (tak semestinya takkan terbit selamanya, aku sendiri perlu cari kekurangan skrip ni dan akan edit kembali). Tapi, yang mana aku tulis main lahap je apa yang aku ada dalam otak, itu berjaya diterbitkan. Rezeki tuhan. Amin! Hari ni 6 Januari 2011, Kak Fiza (my penerbit untuk drama radio aku) sudah inform yang pelakon yang bakal menyumbang suara dalam drama radio aku yang bertajuk JAM TANGAN STAMFORD itu ialah Ngasrisal Ngasri (mungkin watak utama, Lan), Radhi Khalid (watak pmbantu, Man – watak aku yang aku buat untuk aku) dan Kaza (mungkin Pak Hamid). Aku letak ‘mungkin’ sebab aku tak sempat nak tanya lebih lanjut tentang hal ni kat penerbit. Apapun, nanti bila akan di’on air’ aku akan inform okeyh. My third drama radio skrip, tajuk buat masa sekarang ialah AKU BENCI PAPA (masih belum bersedia untuk diterbitkan pihak penerbit). Kisah masyarakat tentang keluarga. It takes some time. I’ll wait. JAM TANGAN STAMFORD tu pun aku hantar bulan Julai 2010 kot.

Aku ada cerita pasal ni kat one of my lecturer. My lecturer asked me where did I learn all this thing. It’s about passion. Kalau passion ada, x payah formal learning pon xpe. Learn through making mistake. It is the best way to reach goal. Buat masa sekarang, i need to stop writing my fourth skrip yang tajuknya buat masa sekarang adalah KALUNG EMAS SARA yang mana ia adalah percubaan aku untuk buat drama radio berbentuk komedi dengan twisted plot sebab kekangan assignment. Readers, remember that whoever u r, jika apa yang anda jadi sekarang bukan cita-cita anda, u still got time to do what u want to do. That’s all. Bye.


Aku suke cite ni, even ularnya macam getah.

p/s: nanti aku akan buat entry khas untuk JAM TANGAN STAMFORD, my first drama radio.

No comments: