Sunday, January 16, 2011

Drama Radio OPM: Jam Tangan Tuan Stamford

Tercapai jugak impian untuk nama aku disebut dalam radio. Bukan radio negeri, tapi Klasik Nasional.fm. Terima kasih sekali lagi (even penerbit dah muak dengan ucapan terima kasih aku) buat penerbit Fizawati Zainal yang mengangkat karya aku ini untuk Panggung Drama siaran Ahad, 16 Januari 2011. Bila terdengar je ayat ni 'mempersembahkan Jam Tangan Tuan Stamford (perkataan 'tuan' dimasukkan tanpa pengetahuan aku) karya Khairul Zaman Khobin, Padang Melangit, Perlis', aku melompat gembira dalam hati (sebab aku waktu tu berada di Mesjid Serendah menghadiri majlis akad nikah sedara dengan famili. Best jugak kawen nih. Siap ikut perarakan pengantin lelaki (first time) dan dengar majlis akad (saje nk cari pengalaman .. haha). Aku bile lagi ek? Ha3).

Ngasrisal Ngasri sbg Lan


Kaza sbg Pak Samad

Radhi Khalid sbg Man

Sinopsis:
Jam Tangan Stamford mengisahkan Lan (Ngasrisal Ngasri) yang pemalas. Dia hanya ada rakan yang baru sudah berkahwin dengan Aisyah, Man (Radhi Khalid) yang selalu membantu. Lan cinta sama Teja namun tak direstui sama Pak Samad (Kaza), bapa Teja. Suatu hari, kedatangan Tuan Stamford membawa khabar angin tentang jam tangan milik bapanya yang mampu menunaikan hajat untuk kaya. Desakan kewangan ditambah keinginan untuk mengahwini Teja akhirnya mendesak Lan untuk mencuri Jam Tangan Stamford.

Menarik sangat sebab pelbagai benda yang tak aku duga ada dalam skrip muncul dalam drama tu. Aku rasa kelebihan Ngasrisal Ngasri campur Radhi Khalid bergaul (pelakon dipilih penerbit) dan menjadikan skrip tu santai. Ada watak Lan sebut pasal Lady Gaga dalam tu, dan faktanya aku sendiri terkejut apabila nama tu termuncul dalam drama. sebab benda tu tak wujud dalam skrip Namun, menarik! I like! Apapun, penantian dua minggu selesai. Insyallah ini akan jadi my motivation untuk aku menulis lagi.

p/s: Terima kasih KlasikNasional.fm

2 comments: