Wednesday, January 26, 2011

Apa Itu Damping Malam?

Mari kita jenguk dua benda yang anda tak sedar semasa menonton filem Damping Malam dengan klik link di bawah:

http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/01/damping-malam-2010.html


Secara keseluruhannya, Damping Malam masih mengekalkan rentak Ahmad Idham yang sama. Elemen kejutan yang berlambak2, dengan penampilan watak ustaz yang tak habis habis dalam filemnya (peranan untuk membantu menyeimbangkan ketahyulan). Namun, kemunculan semula Ahmad Idham sebagai hero nampaknya satu pembaharuan menarik. Menyukai juga lakonan Amy Mastura yang nampak baik. Tetapi, rentak yang cuba dimainkan filem ini nampak lebih 'bersabar' dengan gerak kamera yang teliti, dan memuaskan. Kematian watak budak mungkin elemen kelainan yang cuba ditonjolkan, tetapi sejauh mana pun Ahmad Idham cuba lari, Ahmad Idham tetap Ahmad Idham.

Bagi yang tak tahu apa yang dimaksudkan dengan pendamping, sepanjang pengetahuan OPM, Pendamping tu adalah Qarin (nama lainnya), mendampingi (merapati) manusia atas tujuan yang pelbagai (dalam kes Damping Malam, mendampingi kerana mahu hilangkan kesunyian). Selalunya benda ni diperoleh/dimiliki untuk tujuan melindungi. Setiap pendamping punya hak hak tersendiri yang perlu ditunaikan pemiliknya. Untuk maklumat lanjut, search di Google dan Yahoo untuk info.

3 comments:

ozzy said...

salam..

Bila pengarah berebut2 menghasilkan filem dalam genre yg sama (seolah2 bermusim)penonton akan cepat bosan.

♥ AyaHikari ♥ said...

jarang tgk movie melayu. sebab? bukan x nak sokong melayu,tp mcm ni la.bosan. baik tgk movie eng,duet pon x rugi.lebih2 lagi bg student mcm sy,kene la belanja biar berbaloi.

p/s: skrg ni byk sgt movie seram.adoi.cuak siket nak tgk seram2 neh.

nadira shahid said...

cm best, tapi sye tetap x nk tgk ;)