Thursday, December 30, 2010

Kecuaian Dalam Filem 'Magika'


Selamat tinggal 2010. Sempena tahun baru yang akan menjelang, OPM bertungkus lumus menyiapkan entry khas ini. Ini dia, entry akhir untuk tahun 2010, saksikan:

KECUAIAN DALAM FILEM 'MAGIKA'


Oh ya, bagi yang belum membaca review mahupun apa saja entry yang berkaitan dengan filem yang cukup menarik ini, korang bolehla klik link di bawah.

Sesi Bertemu Peminat Semasa Tayangan Perdana Di UNIMAP, Perlis

Review Filem Magika

Penghargaan Buat Diana Danielle

Penyembuh Rindu Dari OST Magika

Penghargaan Buat Ning Baizura

Tandatangan Diana Danielle, Mawi, Fimie Don & Norman KRU

Selamat tinggal semua, jumpa di 2011!!!!

Tuesday, December 28, 2010

Eksklusif: Tandatangan DD, Mawi, Fimie & Norman KRU

Masih ingat entry ini?


juga entry ini?


dan juga ini?


Hah, aku ada beritahu yang aku ambil signature diorang kan? Sempena tahun baru ni, aku nk tunjuklah sikit apa yang ada dalam buku lirik CD Sountrack Magika yang aku beli semasa tayangan tu. Hah, aku scankan mukasurat tengah yang ada tandatangan Diana Danielle, Mawi, Fimie Don, dan Norman KRU khas untuk para pembaca OPM. Klik gambar untuk enlargement.

p/s: Sori la ye, aku edit2 sikit untuk elak plagerisme (plagiat). Oh ya, jangan lupa klik LIKE di fanpage OPM. Kalau sudi, follow dengan ikhlas.

Monday, December 27, 2010

Copy Jangan, Baca Boleh!

Terima kasih kepada semua pembaca yang datang membaca Goofspot. Alhamdulillah, dari sekadar berunderground, akhirnya Goofspot dikenali. Terima kasih atas kesudian membaca. OPM sekali mengalukan apa saja promosi daripada blogger luar untuk memperkenalkan Goofspot dengan lebih meluas. Terima kasih kepada Teamaryzs yang menyokong anak blog OPM ini. Bantuan korang buatkan trafik OPM meningkat dan terus dikenali. Mekasih woh! Upload filem byk2!

Diskusi di wall Teamaryzs!

Sebab korang jugak lah, aku terima beberapa email bertanya tentang keizinan untuk mengopy artikel. Terima kasih kerana meminta izin. Tandanya masih ada lagi blogger jujur.


Tetapi maaflah, bagi yang ada niat nak copy, OPM hanya membenarkan anda mempromosikan blog Goofspot dengan membuat entry (nak ambil satu dia gambar di Goofspot, kira xpelah) atau link saja di blog anda. Harap pembaca hargai berapa lama masanya OPM mahu menulis untuk satu pos yang hanya beberapa gambar itu.


Terima kasih juga buat Tontonfilem.blogspot, seorang penganalisis filem profesional/penulis novel yang telah memperkenalkan blog Goofspot kepada penganalisis filem lain. Terima kasih atas ulasan anda di blog anda! Terima kasih juga atas pelbagai komen menarik yang membungakan lagi wajah Goofspot (lihat sini).


Saturday, December 25, 2010

Anda Ada 1894 Follower!!!


OPM mengucapkan bebanyak terima kasih kepada Puan Mummycute, yang mana linknya adalah seperti di bawah:

Setelah berbulan2 dan bertahun2 berblog, akhirnya OPM menjangkau follower ke seribu sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan dalam kesemua blog OPM ialah sebanyak *1894 followers!!! Terima kasih kepada semua pengunjung yang selalu membaca tulisan OPM!

Terima kasih kerana membaca dan menyokong blog blog OPM!

*sah pada 9.40mlm, 25hb Disember 2010

Thursday, December 23, 2010

Kau Nak Lucah, Aku Bagi... Nah!

Haha... terkejut kejap woh! Hari ini (23hb), keyword 'artis malaysia berbogel' menjadi penjana trafik. Bling bling mata aku! Ini bukan karingerii woi!!! ini blog suci!! ini bukan blog 3gp melayu boleh woi!!!.. apapun, terima kasihlah! selamat datang ke dunia lucah versi baru!!! dimana lucah hanya kata-kata... waahahaha... 25 orang search dan terpelosok masuk blog aku. Wahaha.. gelak gelak gelak!!!!

Sila klik gambar untuk tumbesaran..

Hahaha.. ternyata benar, keyword sebegini memang panas. Jadi, marilah berlucah beramai-ramai. Waahahaha..

Tak sangka pulak, orang sibuk wat entry Hanis Zalikha, yang comel ni (rasanya ada x orang cari keyword hanis zalikha bogel ?? ish3.. kalau ada kesian hanis) Tapi, kalau korang nak tgk jugak, (kalau tengah berfantasi... khususnya buat lelaki).. klik gambar di atas naa...


Tapi, kot2 la ada yang x suka yang melayu punye, nah! bawah ni versi Hollywood. Kalau tak puas jugak, entahla!!!


Yang gian sahaja, sila klik gambar di atas!

BYE!

Wednesday, December 22, 2010

Sneak Peek: Hikayat Merong Mahawangsa

Tonton Di Sebalik Tabir Hikayat Merong Mahawangsa dengan klik link di bawah. Satu preview kepada apa yang terjadi di sebalik tabir pembikinan filem termahal KRU Studios ini..


10.3.2011. Itu tarikh yang aku tak boleh miss. Kena siapkan diri apa yang patut sebab aku nak patah balik ke zaman Empayar Melaka dan zaman kegemilangan Melaka dan kisah epiknya. Saksikan OST Hikayat Merong Mahawangsa bertajuk Sedetik Bersama, nyanyian Anuar Zain.


KRU Studios juga akhirnya sudah melepaskan dua lagi trailer filem ini. Ini adalah trailer official yang akan digunakan untuk promosi. Saksikan dibawah ini, dua trailer dalam versi bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia.

Versi Inggeris

Versi Malaysia

Untuk sinopsis dan trailer yang pernah dikeluarkan untuk promosi sebelum ini, korang boleh ke link di bawah.


Wow, filem termahal yang dikhabarkan akan dijual ke serata dunia. Jom berharap filem kita boleh menjadi yang terbaik! Klik link di bawah untuk update terkini..

Ketahui Had Blog Korang



Sebagai blogger, semestinya korang terpikir, sampai bila blog korang akan penuh. Sebagai pengguna domain free (yang ada nama.blogspot.com), semestinya blog korang akan ada had. Aku mencari jawapan kepada persoalan ini kerana ianya penting. Bayangkan tiba-tiba korang dapat alert yang blog korang dah tepu. Hah, tak ke kalot!. Ok, ini aku transfer dari Google Help...

Bilangan Blog:
Korang boleh letak sebanyak mana blog yang korang suka dalam satu akaun

Bilangan Entry / Post:
Tak ada had. Semuanya akan disimpan dalam akaun korang (kecuali korang yang gatal-gatal padamkan a.k.a delete)

Saiz Entry / Post:
Post individu tak ada limit, tetapi post yang besar mungkin ganggu had helaian page korang.

Saiz Helaian Blog:
Setiap helaian blog dihadkan kepada 1MB. Maksudnya beribu-ribu aksara boleh ditulis (don't worry). Namun, masalah akan timbul kalau korang letak banyak sangat entry dalam satu helaian. Kalau korang punya blog jadi sesak, insyaallah korang akan dapat mesej begini "006 Pleaase contact Blogger Support". Oleh itu, kurangkan entry di halaman utama anda (afdal kalau kurang dari 10).

Bilangan Komen:
Berapa banyak pun tak kisah!

Bilangan Gambar:
1GB dihadkan dalam Picasa Web storage.

Penulis Blog:
Dihadkan kepada 100 penulis untuk satu blog sahaja.

Bilangan Label:
Dihadkan kepada 200 label dalam satu blog. Setiap entry / post hanya boleh letak 20 label sahaja.

Deskripsi Blog:
Dihadkan kepada 500 aksara tanpa apa-apa HTML kod.

Maklumat Profile:
maximum 1200 aksara.

rujukan lanjut:

AMARAN:
Jangan klik gambar 'seksi' di atas. Anda tidak mungkin gembira dengan link yang diberi.

Monday, December 20, 2010

Allah Kassim!!!....Ampunkan Emak, Kassim!!!!

Teringat kisah IBU MERTUAKU. Bagaimana ratapan seorang ibu yang mendosakan dirinya kerana menipu Kassim Selamat, sang buta bernasib malang. Aku tak ingat dialog sebenar apabila Kassim reply SMS ibunya (SMS=dialog) di kuburan. Tetapi, tak silap, memang ada perkataan 'haiwan'. Hah, haiwan!. Jikalau Kassim boleh menggelarkan ibunya binatang kerana kebiadapan menipu dirinya tentang isterinya, penggiat filem juga rasanya sudah sebaris dengan watak Kassim itu apabila aku sudah merogol dunia perfileman dengan blog movie mistake 1Malaysia ini! Bayangkan aku adalah Ibu Mertua kau, Kassim!



"Bukankah ada lebih baik engkau menjadi haiwan", kata Kassim. Lalu, merataplah si ibu, "
Allah Kassim!!!!, ampunkan emak kassim...ampunkan emak...emak yg bersalah kassim"... Allah Kassim!!!! (part paling terseksa batin aku mendengarnya!) - ingat pun!


Sejak mengendalikan blog GOOFSPOT (blog movie mistake untuk filem Malaysia, juga pertama kali dalam bahasa Malaysia), pelbagai komen ganaz aku terima. Ini baru namanya komen! Sorry guyz sebab aku takkan approve kalau komen korang tak ada kaitan dengan entry yang korang komen. Pada aku, komen perlu berdasarkan apa yang korang baca. Kalau nak sembang sembang, korang leh e-mail ataupun letak di Shoutbox aku. Jom tengok koleksi komen ala-ala ganaz dari Anon Anon yang tidak mahu dikenali namanya ini.. Aku tak pernah marah, tetapi aku suke bila ada orang ambil kisah pasal hal -hal entry aku. Anon Anon, jangan malu-malu datang rumah lagi ya!

Macam-macam! Aku pun geleng kepala. Bukan ape, aku pun ambik idea dari Barat kot. Kalau korang sedar, filem barat dah banyak ada web goof macam ni. Contoh yang paling obvious adalah MOVIE MISTAKE.COM. Aku cuba untuk perfileman Malaysia, untuk meriahkan lagi dunia filem kita. Kalau korang tau, benda macam ni la yang akan lakukan DVD nanti. Benda nanti jugakla yang akan buat orang melekat depan tv bila filem tu ditayangkan di tv. Namun, malang sungguh orang filem Malaysia masih sempit akal untuk menerima teguran.

Memangla bukan semua filem sempurna. Conform! Kalau aku buat pun ada cacat cela. Tapi, tak salahkan kalau kita tengok sudut lain sesuatu filem. Taklah penonton ditipu dengan babak yang 'malas bikin'. Kan40x!

PERHATIAN!
Blog goofspot tak ada kaitan dengan politik dan keselamatan negara. Oleh itu, kegiatannya akan diteruskan sampai satu titik penamat yang tak diketahui bila. Terima kasih kerana menyokong GOOFSPOT.


p/s: cuba korang google 'kecuaian dalam filem'... web sape yang kluar...?? ehe

Saturday, December 18, 2010

(18+) 'Saya Gay, Saya Okey'

PEMBERITAHUAN:
ENTRY INI MENGANDUNGI UNSUR LUCAH, PEMBACA DINASIHATKAN MEMBACA ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI

http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/06/artis-malaysia-video-seks.html

Lepas satu hal, muncul satu hal!

Harapan untuk gay, lesbian, biseksual dan transgender? Ya tuhan. Apa sudah jadi dengan dunia. Di malaysia pun ada orang memotivasikan geng geng sebegini? Macam tak percaya, bila baca blog dan facebook. Terus ke panel utama masalah ini iaitu Youtube. Apa yang dijumpai amat mengejutkan. 15 orang dari pelbagai bangsa sedang share pengalaman mereka yang pelik tu.. nama mereka ialah seperti di bawah:


(nama di atas boleh diklik untuk ke link rahsia)

Daripada 15 pengakuan di atas, memalukan betul apabila ada nama dari bangsa aku. Daripada nama, sudah semestinya identiti agama di kad pengenalan tu Islam. Apa sudah jadi duniaaa? Kecikkan skop, apa sudah jadi Malaysia???



Terlalu yakin sehinggakan sanggup kata 'Saya gay, saya Okey'. Pemikiran seorang engineer begitukah. Geli geleman dengar. Papepon, insaflah. X nak insaf pun, korang diam diam sudah. Aiyoo..

Mereka sebenarnya sudah dibela dengan adanya Seksualiti Merdeka, sebuah organisasi yang memberi keyakinan untuk mereka meneruskan hidup mereka dengan tabiat pelik. Aku hairan, kenapa tak ada persatuan yang mengubah mereka? Kenapa hanya ada persatuan yang hanya menyokong perbuatan mereka. Bagi yang Melayu dan muslim, belajar untuk berubah bukannya belajar untuk menerima dan teruskan keadaan gay / lesbian / biseksual / transgender korang!

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya : “Empat kalangan yang pada waktu pagi mereka dimurkai Allah dan pada waktu petangnya juga dimurkai Allah”. Abu Hurairah bertanya : “Siapa mereka wahai Rasulullah?” Jawab Baginda : “Orang lelaki yang berlagak seperti wanita, kaum wanita yang berlagak seperti lelaki. Orang yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan hubungan sejenis”. (At-Tabrani dan al-Baihaqi)

Bagi gay, lesbian, biseksual dan transgender, aku harap korang bacalah yang ni:

Insaflah!

Thursday, December 16, 2010

Review: Tron Legacy

Berpeluang menonton tayangan ketiga di hari pertama tayangan filem Tron Legacy (16 Disember 2010) di Jitra Mall, Kedah. Buat pertamakalinya aku menonton filem dalam format 3D. First time tonton dalam format 3D. Mahal dowh! Tapi bolehlah jugak rasa pengalaman. Ini review aku..

TRON LEGACY
(lihat THE GRID dari perspektif berbeza dengan link di bawah)
.....preview filem.....
.....OST Daft Punk.....
.....the making of Tron Legacy.....
.....video muzik Derezzed (Tron Legacy theme song)......

----------<>----------

Tron Legacy adalah Avatar tahun ini. Itulah yang dikatakan ramai pengkritik. Aku akuinya. Selepas selesai menonton Tron Legacy, dapat disimpulkan bahawa filem ini aku dapat lihat dari dua sudut pandang. Pertama, Tron Legacy adalah sebuah filem yang menguntungkan buat Walt Disney kerana dunia The Grid begitu dibina untuk mengagumkan penonton. Walt Disney boleh berbangga kerana pastinya dunia birunya ini bakal menjadi satu fenomena. Tron Legacy adalah lagenda 1982, dan ianya bakal menyambung legacy The Grid versi 2010 dalam filem sekuelnya ini. Kedua, Tron Legacy nampaknya seperti satu platform untuk satu muzik video panjang Daft Punk. Nampaknya, muzik Daft Punk begitu muat dan menyesakkan babak filem ini yang ditambah sesakkan dengan warna tema biru yang menarik. Walaupun kesesakan berlaku, rasanya penonton takkan lemas.

Melihat Tron dari aspek dunia filem yang luas, ianya tak lebih seperti The Matrix. Idea dua filem ini nampaknya seperti hampir sama. Idea bagaimana sebuah data komputer dibayangi susuk manusia adalah satu tema yang tak lari dari konsep filem The Matrix. Bayangkan bagaimana sebuah data komputer, digambarkan dalam susuk manusia? Sukar diterima buat sesetengah umat manusia. Namun, kedua dua filem ini, jika dibandingkan, Tron Legacy lebih senang difahami. Maklumlah, Walt Disney sememangnya punyai objektif untuk menarik minat kanak-kanak dan remaja untuk menontonnya. Gegaran kisah Sam Flynn dari awal hingga akhir nampaknya tidaklah begitu sukar untuk diserap masuk ke dalam jiwa semua samada muda atau tua. Ada mesej, menarik dan menghiburkan untuk semua golongan.

Antara adegan menarik pertarungan The Circle

Sedikit preview bagi yang belum menyaksikan sekuel filem Tron terbitan tahun 1982 ini. Ayah Sam Flynn dilaporkan hilang sewaktu dirinya masih muda. Apabila berganjak dewasa, Sam menerima arahan untuk ke arked kepunyaan bapanya (yang mana boleh dilihat fungsinya dalam filem pertama) dan terjumpa permainan arked yang dinamakan Tron. Klu demi klu dibongkar dan Sam dibawa ke satu kawasan misteri dalam arked itu. Tidak berapa lama kemudian, dia dibawa ke satu dunia lain yang dinamakan The Grid. Objektif Sam sekarang adalah untuk bertemu bapanya dan membawanya pulang. Malangnya, Kevin Flynn (ayah Sam) terperangkap apabila Clu (klon ciptaan Kevin yang dibina untuk memajukan dunia The Grid) tidak membenarkan Kevin keluar dari The Grid. Sam Flynn dan Kevin Flynn dibantu Quorra (program ciptaan Kevin) dalam usaha memusnahkan Clu, yang mula naik kepala.

The Creator, itulah nama gelaran yang diberikan Quorra untuk Kevin Flynn. The Creator aku lihat seperti sisi keagamaan yang cuba dimodenkan. Oh ya, ada sesuatu yang Tron Legacy mahu tonjolkan. Ada mesej yang filem ini mahu berikan. Tron Legacy, dari sisi lainnya bercakap tentang persoalan menghormati pencipta. Dari satu aspek lain, file mini secara sinisnya mahu kita berfikir sejauh mana pun kita lakukan sesuatu, kita kena sedar diri kita tak lebih dari seorang yang diciptakan oleh The Creator. The Creator semestinya melambangkan Tuhan (walau dalam apa agama sekalipun) dan tuhan dalam dunia The Grid ialah Kevin Flynn.

Quorra, program ciptaan Kevin Flynn

Kita ke analisis dari segi teknikal (part paling aku suka apabila menulis review). Bagi yang belum menonton, besedialah untuk dibanjiri warna biru dan oren yang banyak. Nasib baik buah oren tak ada dalam The Grid. Serius, warna biru dan oren ini memang menarik dan bagi yang menonton dalam 3D, itulah gunanya spek 3D korang. Dua warna ini menggambarkan dua kuasa kejahatan dan secara jujurnya, warna itu sungguh menakjubkan.

Siapa kata hanya JusMate5 DDR saja yang boleh awet muda? Jangan terkejut kerana si tua Jeff Bridges hadir dalam 3 karakter berbeza dalam filem ni. Semuanya kerana teknologi masakini yang boleh buat macam macam. Jeff Bridges memainkan peranan pertamanya sebagai Clu, klon ciptaan Kevin Flynn. Karakter keduanya, semestinya watak ayah kepada Sam Flynn, Kevin Flynn. Karakter ketiganya, watak Kevin Flynn muda (yang mana menjadi satu penjelasan kenapa Clu wujud dan apa objektif sebenar Clu di The Grid.

Semasa menyaksikan Tron Legacy, antara moment yang memang menakjubkan dan menarik perhatian ialah...

Pertama, aku suka permulaan cerita ini. Sewaktu Kevin Flynn bercerita berkenaan The Grid kepada Sam, ada jiwa di situ. Rasanya, penonton sudah berjaya dikunci untuk setia pada babak seterusnya pada masa itu.

Kedua, moment flashback adalah sesuatu yang menarik. Aku tonton Tron (1982) dan tonton versi sekarang, wajah Kevin Flynn saling tak tumpah dengan filem asalnya. Betapa hebatnya teknologi masa kini. Wow!

Ketiga, Quorra ada jiwa. Itu yang membingungkan. Aku tak boleh terima hakikat ending filem ini. Di akhir filem, aku keluar panggung dengan satu persoalan, bagaimana Sam akan hidup dengan Quorra yang hanyalah sebuah program dan bukannya manusia di dunia realiti?

Keempat, adegan di The Grid sewaktu Clu lawan racing dengan Sam sesuatu yang dinantikan. Ternyata, ianya begitu menakjubkan apabila dinding yang dibentuk motor maya itu begitu jernih namun mampu membunuh. Menarik!

Wajah muda Jeff Bridges sebagai Clu

Muzik skor, semestinya tepukan gemuruh untuk Daft Punk. Sebelum tonton Tron Legacy, aku sudah mendengar soundtracknya dan ianya memang penuh energy. Diisi padat dalam filem ini awal hingga akhir, Daft Punk berjaya menonjolkan dunia fantasi The Grid dengan muziknya yang energetic. Aku menyukai trek seperti Derezzed, Overture, The Grid dan beberapa lagi title track adalah antara muzik kegemaran aku. Keseluruhannya, seperti yang aku katakan pada awal tadi, filem Tron Legacy ini nampaknya seperti satu muzik video Daft Punk yang begitu panjang. Oh ya, Daft Punk juga buat cameo dalam dalam filem ni semasa babak Sam meminta pertolongan Zuse.

Tak banyak dapat aku ulas tentang lakonan. Apapun, semestinya Tron filem wajib tonton untuk versi 3D. Jalan ceritanya lurus dan taklah susah sangat. Visualnya menarik dan memukau. Nampaknya Hollywood sudah gila membikin 3D yang mengajak reality untuk berfantasy. Jaga jaga Hollywood, jangan sampai terlupa bahawa plot juga penting. Apapun, pengalaman menonton Tron a.k.a Daft Punk muzik video memang peluang yang patut dirasa. Kesimpulannya, buangkan reality seketika untuk menerima konsep The Grid. Pastinya pengalaman menonton Tron Legacy memberi pengalaman berbeza (mana taknya, biru dan oren je dunia The Grid tu!). Terbaik selepas Avatar. Tron Legacy sudah mula ditayangkan di pawagam.

Cerita Gadis Kelantan Yang Comel

Entry ini khas buat senior aku. Jarang sekali aku buat entry untuk orang. Al maklumlah, single ni, nak hantar special entry ni kat sape kan.. kalau hantar kat Deepika Padukone, kena tulis hindi. Kalau nak hantar kat Aishwarya Rai, kena lepas Abhishek dulu. Maka, semua pos adalah untuk seantero dunia, pembaca yang aku sayang juga buat semua peminat, pembenci, silent reader, follower dan juga siapa saja yang datang dari Google, Yahoo mahupun apa saja search enjin. Tapi, pos hari ini aku tujukan khas buat seseorang. Dia bukan awek aku, tapi serius .. she’s beautiful ... hindi cakap ‘bahut khoobsurat’... comel giler. Dah jadi ‘milik’ orang rasanya... :-)... jangan kacau line.

Banner blog Mizzliyana (senior aku) ...
klik banner kalau nak ke blog dia k...

Aku kenal dia dengan nama Kak Liyana. Orang Kelantan. Setahu aku, senior yang aku kenal pun bukanlah ramai sangat. Dan aku pun bukanlah rapat sangat dengan senior. Tibe-tibe je terkenal kakak nih. Akhirnya, apa-apa je bantuan aku minta tolong dia. Dari buku The Secret Garden versi softcopy untuk asignmnt literature yang akhirnya buat aku tak rugi satu sen pun beli buku tu hinggalah kepada tips dan bantuan untuk laporan Rancangan Orientasi Sekolah, semuanya aku dapatkan bantuan dia. Serius, walaupun aku dengan kak Liyana ni slalu je chat pasal filem hindi dalam YM dan FB, tapi kat luar susah aku nak buka mulut. Mungkin sebab ter’mesmerize’ dengan keayuan dia kot.. lalala.. Sudahlah pandai buat kek, ayu lagi. Fuh! Nanti aku pun nak jatuh cinta dengan orang kelantan lah!

Tapi, apa yang aku tau, kakak ni memang minat Hindustan. Satu kepala jugak kalau sembang bab filem hindi. Pertamakali aku jumpa dia, tentang mata dan berbual pun rasanya waktu mahu pulang raya haritu. Kenal dah bersem-sem, dah semester 5 baru jumpa berbual. Mak aih, kecik je saiznye. Ini rupenye kak Liyana yer. Orangnye ramah, sampai aku pulak naik segan. Haha.. Satu fakta yang menarik, selalunya dia tegur aku dulu sebab aku segan nak tegur dia. Haha.. itu yang aku malu sket. Tapi, rasanya dia paham kot prangai aku yang ‘segan segan’ nih.. Tapi, aku paham kalau dia mesej ‘lain kali tegur tegur la’... sampai sekarang kot dia yang tegur aku dulu.. apa punya juniorlah aku nih...

Dulu, dia ada blog guna wordpress. Lepastu tukar ke blogspot. Aku promote nuffnang tapi dia tak nak. Nampaknya sekarang dia akur. Hahaha... keep on blogging kak. Gunakan sebaik mungkin internet di bilik guru nnt. Macam mana aku kenal dia dulu? Itu yang aku cuba fikir-fikirkan. Aku penat fikir tapi tak dapat jugak fikir. Macamne yer kak? Aku pun tak dapat nak jelaskan bagaimana aku dapat nombor handphonenya. Lupe sudaa... Titik itu dah hilang dalam otak. Takpelah, dah kenal tu sudahlah. At the end of this paragraph, i would like to say thank you for everything. Dari segala bantuan yang diberi, dan dari segala macam apa lagi perkara yang memudahkan aku sepanjang di UPSI. Gud luck untuk praktikum, kak. Thanks untuk ingatan tentang tesis. Insyallah, saya akan ingat. Sayonara, jumpa lagi... insyallah.


Persembahan dari lagenda filem hindi, Mithun Chakraborty, Disco Dancer! Ini versi remake yang boleh ditonton dalam filem Golmaal 3 (lakonan Ajay Devgan, Kareena Kapoor, Tushar dll). Harap terhibur semua. Yang minat2 hindi, korang boleh kongsi minat di (addicted2hindi.blogspot.com). Tak salah pun kalau minat filem hindi. Hairan aku kadang2 kenapa lelaki banyak yang geli geleman bila cakap pasal hindustan.

p/s: entry ni nampak 'poyo' kan... tapi, dunia aku macam tu... jadi diri sendiri lebih baik dari jadi apa yang orang lain nak..

Wednesday, December 15, 2010

Kecuaian Dalam 'Jangan Pandang Belakang Congkak 2'

Sampai masanya Wak Ketari blues didedahkan. Ini dia aku persembahkan kecuaian yang dapat dilihat dalam filem Jangan Pandang Belakang 2, arahan Ahmad Idham.


Mesti ada orang naik angin lagi. Apapun, aku suka apabila benda begini mendapat perhatian orang filem sendiri. Ehe.. kalau malu, komen Anonymous pun dialu alukan. Jangan risau, komenlah apa gaya sekali pun, aku terima... :-)

Sneak Peek: Fast Five

Tahun 2011 bakal hadir dengan kegilaan Hollywood untuk membikin filem sekuel baru. Sepanjang Disember sahaja, sudah dikhabarkan bahawa sekuel Transformers ketiga (http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/12/sneak-peek-transformers-3d-dark-of-moon.html) akan hadir pada Julai. Sebelum itu, sekuel Pirates Of The Caribbean ke empat (http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/12/sneak-peek-pirates-of-caribbean-on.html) menyusul. Saw sudah sampai 7 sekuel, James Bond lagilah berpuluh puluh. Kini, memperkenalkan satu lagi francise kegemaran ramai, Fast & Furious edisi kelima.



Menurut sumber, filem kelima yang diberi nama Fast Five ini sekali lagi akan menggandingkan Vin Diesel dan Paul Walker bersama Jordana Brewster. Malangnya, Michelle Rodriguez tidak akan muncul dalam filem ini. Selain itu, pelakon sekuel keduanya '2 Fast 2 Furious' seperti Tyrese Gibsen, Ludacris bersama Sung Kang (dari Tokyo Drift) akan kembali walaupun karakternya memang dah mampos dalam Tokyo Drift. Sebenarnya, filem Fast Five ini mengambil latar kisah sebelum kejadian dalam Tokyo Drift (yang akan juga explain bagaimana filem Tokyo Drift bermula). Paling best, kehadiran Dwayne Johnson. Khabarnya dia jadi polis bro!

Bakal ditayangkan April 2011.. deretan movie berganda. Dari Fast & Furious ke Pirates Of The Caribbean dan berakhir dengan Transformers. Wah, memang panas!!

AstroShaw Hantar Email...


Semalam (14 Disember 2010), kejutan eletrik buat aku. Nasib baik aku nix de rambut, kalau tak dah jadi punk sudah. Apa yang aku nampak dalam email tu bukan mimpi. Lantas aku tekan CTRL + PRT SC untuk buktikannya. Yup. Email yang aku nantikan. Awal bulan November hari tu, aku hantar sebuah skrip seram thriller yang aku berikan tajuknya MIRA DAN MUTIARA. Selepas itu, beberapa minggu kemudian, aku selesai menulis skrip baru yang aku berikan namanya CINTA UNTUK AIDA.

AIDA sebenarnya adalah 3 bahagian entry blog yang aku pernah pos dalam blog ini. Pada asalnya AIDA hanya sekadar mahu mengisi slot blog aku. Tapi, semakin lama episode AIDA berkembang, semakin banyak benda yang aku tulis. Bimbang idea ini diciplak, akhirnya idea asal seorang rakan aku, Wanie namanya, disimpan buat seketika. Cuti Hari Raya hari tu, aku terus usahakan AIDA sehingga finale dan terus dihantar ke Tayangan Unggul dan AstroShaw. Bukan menaruh harapan sangat pun tentang dua skrip ini. Al maklumlah, aku ni bukan professional. Bukan orang ASWARA pun. Dan major aku pun bukanlah fokus kepada hal ini.

Dan semalam, email ini memang membuatkan aku gembira sangat. Tak sangka woh. Apapun, aku berterima kasih kepada rakan aku, Wanie yang membenarkan ideanya digoreng ikut acuan aku. Skrip yang menggunakan idea asal aku, MIRA DAN MUTIARA ditolak kerana genrenya terlalu sukar diterima khalayak. Memang aku tak nafikan cerita tu pembentukannya ada pengaruh filem horror Barat. Percubaan untuk adaptasi nampaknya gagal. Namun, tak mengapa. Dapat komen pun dah baik untuk semangat aku insyallah untuk mengarang skrip ketiga jika ada masa.

Bercakap tentang CINTA UNTUK AIDA, ianya pada asalnya adalah JADI TAK JADI, sebuah karya pendek yang aku lakonkan dalam bentuk sketsa. Aku lihat ideanya menarik. Lantas, aku minta kebenaran dari tuan punya idea dan olah. Bagi yang membaca AIDA (pernah dijadikan blog entry, sekarang dah delete), itulah permulaan skrip ini. Nampaknya ianya seperti bakal sama dengan sketsa asal (tonton di sini). Namun, selepas bahagian 3, aku tambah beberapa watak antagonis/prontagonis yang tak wujud pun dalam karya asal. Akhirnya, skrip ini sikit sikit menjadi lain. JADI TAK JADI aku tukar kepada AIDA kerana aku memfokuskan watak itu lebih dari watak lain. Akhirnya aku tukar lagi kerana dari skrip komedi biasa, aku olah menjadi CINTA UNTUK AIDA kerana genrenya telah menjadi muzikal romantik komedi. Dalamnya aku tambah pelbagai lagu P Ramlee dan 60an.

Aku tak tahulah apa yang akan jadi seterusnya. Namun, aku harap ianya akan menjadi kenyataan. Kalau tak pun, sekurang-kurangnya aku sudah berjaya capai sesuatu dan tahu bagaimana untuk bangkit kembali dari kegagalan. TQ kepada AstroShaw & Tayangan Unggul. Dan guyz... doakan yang terbaeek untuk aku! Kepada geng JADI TAK JADI, semua watak yang dalam sketsa aku kekalkan. Jadi, kalau diizinkan skrip itu tidak diolah, ianya bakal menyaksikan karakter korang dilakonkan pelakon professional jikalau mereka mahu terbitkan dalam masa terdekat. Itupun kalau aku berjaya melepasi penilaian kedua ini. :-)

p/s: tak berharap... tetapi menanti

Tuesday, December 14, 2010

Sneak Peek: Pirates Of The Caribbean: On Stranger Tides


Sebelum ni aku telah bawakan korang francise Transformer dari Michael Bay yang bakal ditayangkan Julai 2011.

Sekarang, aku bawakan pula sneak peek sebuah filem bakal hit tahun depan, a must-see film from Jerry Bruckheimer production..


Jom, kita dengar apa Jack Sparrow mau cakap sebelum dia persembahkan trailer filem ini buat pertamakalinya...

Monday, December 13, 2010

Mamat Dah Lepaskan Estet!

AMARAN:
jangan klik gambar Kublai Khan di bawah! anda mungkin tidak menyangka kemana anda akan dibawa. Tapi, kalau klik pun takpe!!!




Estet Mamat Khalid dah keluar DVD beb. Yang mahu mengkoleksikan filem ini, dapatkan DVD di pasaran. Yang mahu tonton suka2 pun, dapatkan juga di pasaran. Tunggu insyaallah aku akan analisa seperti biasa di Goofspot.

Preview Estet
(klik sini)

Review Estet
(klik sini)

Download Estet
(klik sini)

(update!!!)
Kecuaian Estet

Friday, December 10, 2010

Sneak Peek: Transformers 3D: Dark Of The Moon


Akhirnya, aku mampu bersorak gumbira hari ini walaupun badan letih sangat. Baru mendapat tau yang pengarah kesayangan aku, Michael Bay sudah melepaskan singa kegemaran aku yang diperam lama dalam simpanannya. Yea, akhirnya juga aku tahu yang sequel ketiga Transformers adalah Dark Of The Moon. Owh, sebelum ni juga aku ada cover pasal proses awal pembikinan

(sekadar info korek-korek dari web sebelum ini)

Owh ya.. menyaksikan letupan letupan mega dalam proses pembikinan membuatkan aku seperti mahu terbang ke Hollywood sebab nak tonton preview filem ni (kalau tak ditangkap sekuriti).

(gambar-gambar pengambaran sekitar Julai 2010 di Chicago)

Akhirnya juga dan juga, Michael Bay sudah releasekan teaser trailer pertama yang bakal memberikan sedikit preview terhadap filem ketiga Transformers ini. Saksikan, teaser trailer Transformers 3 akan datang dalam 3D, Julai 1, 2011.


p/s: ada orang cakap aku 'bodoh sial' sebab pandai korek benda yang orang filem tak perasan semasa buat filem. Aku hanya mampu ketawa apabila membaca entry ini (http://goofspotonfilm.blogspot.com/2010/12/jangan-pandang-belakang-congkak-2009.html)

Thursday, December 9, 2010

Bila Filem Aku Hilang Buat Kali Kedua

Disebabkan blog aku yang berubah ni, aku mula sedar yang objektif aku untuk menonton filem pun dah berubah. Baru baru ni, external hardisk aku rosak lagi (pertama kena virus, kedua ni, entahlah!). Dan, hilangnya muvi-muvi kali kali kedua ni taklah memberi psiko mind sangat kepada aku. Sejak perubahan blog-blog aku, aku sedar yang aku sekarang asyik menonton filem Melayu dan filem Bollywood lebih daripada filem Hollywood. Aku sedar jugak yang filem Inggeris kebanyakannya aku download dan tak tengok pun.

Baru aku sedar yang objektif aku menonton sekarang pun adalah kerana berblog. Aku menonton filem Melayu pun disebabkan kelarisan idea aku di Goofspot. Aku menonton filem Bollywood pulak, sebab idea review aku dicurah di Addicted2Hindi. Jadi, kalau aku menonton filem Hollywood pun, aku tak dapat nak letak kat mana mana. Nak review kat OPM pun, reviewnya mesti filem fresh dan bukan yang dah kuar dalam DVD & Blu Ray. Jadinya, aku rasa, starting from now.. biarkan saja filem-filem Inggeris tu berlalu.Apa kepentingan filem Hollywood pun, tidak dapat nak dijawab sebab aku tiada blog khusus untuk itu. OPM hanyalah untuk filem yang aku tonton di pawagam.

Jadi, akhirnya.. aku download kembali beberapa filem Ingggeris yang menjadi poojaaan.. tetapi aku tinggalkan hampir 200 muvi yang hilang untuk tidak didownload. Biarlah. Nanti kalau terjumpa di laptop orang lain, biar aku yang ambil. Tak perlu rasanya aku mendownload. Duit aku mengalir melalui blog ini, dan bukannya lagi dari muvi muvi itu Aku mula sedar yang Hindi & Malay is my addiction and their movie is my recitation. Apapun, biarkan saja. Aku akhiri bebelan ini dengan lagu dari filem fiksyen haru biru, Ramaa – The Saviour (baca review di sini) yang aku baru tonton.



p/s: baru dapat cek bernilai RM84.42 hasil terkumpul nuffnang aku untuk semester lepas. Amin.. kenduri KFC untuk famili dan lebihnya, simpan... 2 tahun bersama nuffnang, sudah terkumpul hampir rm250 (sudah dicashout). Yang tak cashout.. biarlah rahsia

Lagi 'Movie Mistake' Didedahkan!

Lagi pendedahan benda kecil yang korang tak perasan dalam filem. Sekadar untuk suka-suka, aku bawakan in-depth analysis aku tentang 4 filem malaysia ini. Klik tajuk di bawah poster untuk bacaan lanjut.

Sunday, December 5, 2010

Teknik Mengkritik Filem

Banyak benda yang aku ingin cakapkan dalam blog ni, tetapi entah kenapa jiwa aku menjadi berkarat bila hendak menekan butang aksara di papan kekunci. Itulah sebabnya (bagi yang menyedari) blog aku ini mula menjalani transformasi dari fokus peribadi-hiburan (50-50) menjadi hiburan-komedi (100%). Nampaknya, sejak aku mentransformasikan blog ini menjadi blog hiburan-komedi yang memfokus kepada peng’embed’an pelbagai video bertema trailer filem mahupun parody, blog OPM akhirnya menjana trafik tahap mega. OPM berasa ianya adalah perubahan drastik yang tidak sengaja telah membuka pintu untuk para pembaca mengenali OPM. Terima kasih banyak-banyak!

OPM hanyalah sebuah blog yang santai. Tetapi, santainya beretika (walaupun kadangkala lucah). OPM berpegang kepada prinsip pembangunnya (nama dirahsiakan walaupun boleh je jumpa dalam FB) yang memgobseskan diri ke dunia hiburan dalam cara berbeza. Oleh sebab itu OPM menjadikan review filem sebagai satu daripada pos. Perlu diingatkan pos review filem yang ditulis adalah hasil tilikan diri penulis sendiri tanpa dipengaruhi anasir luar. Contohnya, penulisan OPM berkenaan 2 Alam sebenarnya bersifat 50% puji dan 50% berunsur menasihat. Oleh itu, pertikaian dan perbincangan adalah bukan perkara halangan untuk para pembaca. Anda boleh komen, tetapi jaga bahasa dan tatasusila.

Lama sudah OPM tidak bertulisan aksara Roman di pos. Seingat OPM, review 2 Alam adalah review terakhir yang mendapat perhatian pelbagai pembaca setelah review Magika yang mana telah dibaca oleh Diana Danielle menduduki carta hangat OPM pada suatu ketika dulu. Magika semestinya spesel bagi OPM kerana Diana Danielle sendiri sebagai pelakon Magika mengetag post itu di fanpagenya. Trafik OPM mendadak naik tanpa berbuat apa apa masa itu. Rezeki itu dah tinggal kenangan. Bukan senang mahu membuat review yang baik seperti review 2 Alam dan Magika. Ianya memerlukan penaksiran yang tidak berat sebelah dan teliti.


Di sini OPM lampirkan gaya review OPM yang selalu OPM gunakan dalam mereview filem-filem yang OPM tonton:

1. Mulakan dengan ‘first impression’ penulis
Impresi pertama (pemikiran sebelum penulis menonton filem) dipengaruhi oleh trailer filem dan juga cakap mulut rakan rakan. Melalui rakan-rakan ataupun apa saja medium yang membuatkan penulis mendapat impresi, wujud satu sebab kenapa filem tersebut mahu ditonton. Inilah yang membuatkan keterujaan anda sewaktu penulis membeli tiket. Dalam perenggan ini, selalunya penulis akan menulis apa yang dirasakan akan dihadapi semasa menonton filem tersebut. Akhir perenggan barulah tulis apa yang anda tonton adakah sama dengan apa yang anda agak sebelum menonton.

2. ‘Badan’ review penulis
Setiap ‘badan’ review penulis dibahagikan pecahan info yang penulis ingin tulis pada masa itu. Jika pecahan dan segala data yang diingat, lakaran perenggan ditulis supaya susunannya tidak berserabut. Selalunya, review OPM memfokus kepada teknik pergerakan plot samaada baik atau tidak. Selain itu, review OPM juga menitik berat aspek lakon dan penceritaan samaada baik atau tidak. Dalam ‘badan’ ini, di sini sebenarnya wujud impresi pembaca terhadap penulis. Di sinilah pembaca akan menilai sama ada penulisan anda mengunsung punggung pembaca ke panggung atau mengikat punggung di kerusi malas. Selalunya, perenggan review OPM mempunyai 9 hingga 11 perenggan. Setiap perenggan memfokus setiap aspek seperti muzik/skor, lakonan, penceritaan dan sebagainya.

3. Motivasi penulis sebagai kesimpulan
Akhir review, motivasi dan sebarang penambah baikan yang dirasa perlu untuk filem tersebut. Semestinya tindakan mengutuk atau mencaci hina sesebuah filem selepas mengatakan filem itu tidak berbaloi untuk ditonton bukanlah prinsip yang baik. Jika anda rasa filem itu tak baik untuk ditonton, itu hanyalah bagi diri anda. Jangan jatuhkan filem tersebut hanya kerana seorang manusia. Seseorang yang mengutuk tanpa melihat aspek positif sesebuah filem walaupun tak box-office adalah pengkritik yang tak professional (macamlah aku profesional).

4. Ketepikan emosi
Emosi memang mempengaruhi penulisan. Jika jiwa anda rasa tak sedap punggung dan rasa mahu keluar panggung, review anda pastinya akan melihat 100% kepada ke’teruk’an filem tersebut. Anda pastinya terlepas beberapa bahagian positif yang patut dihurai. Emosi harus dijauhkan. Ingat, menulis review seolah menolak penonton ke dalam panggung atau menghalau mereka untuk keluar. Pengkritik cukup bisa walaupun mereka bukan pembuat filem. Tolong, emosi boleh dimasukkan. Tapi, berpada pada. Jika anda tak suka, tak semestinya orang lain sama pendapat dengan anda.

Itu saja yang OPM dapat berikan kepada para pengkritik yang mahu mengkritik. Setakat mengatakan bahawa 'filem itu best sangat', itu bukan kritikan yang bagus. Menulsi kritikan semestinya perlu perah otak sikit. Setakat B.E.S.T memang tak cukup. Persoalannya yang perlu ditulis adalah sebab kenapa filem tu best? Huraian anda yang berjela itu akhirnya menghuraikan 4 abjad tersebut. Apapun, untuk rujukan review OPM, klik link di bawah.

Contoh review:
Magika: Imaginasi Edry Hebat
2 Alam: Sengsara Si Transgender
Estet: Filem 1 Malaysia
4 Madu; Plot Mendatar, Konsep Menarik

Sekian!

Lawak Zizan Dan Johan Di Shout Award 2010!

Inilah bahagian dalam Shout Award 2010 yang paling giler-giler best. Naseb baik aku sempat menonton bahagian ini.



Download Shout Award 2010
(klik sini)