Monday, November 29, 2010

(Movie Mistakes) Step Up 3D


Kali ini mangsa aku adalah Step Up 3D. Tadi baru berkesempatan menonton filem ini yang rasanya sudah berada kat pawagam lama dulu. Orang lain dah alami 3D kot menonton filem ni, tapi aku 4D kot.. lagi best!. nak tau 4D tu macamne, ha... 4D tu tengok filem dan cari kesilapan, aha!. Apapun, filem ni best walaupun ceritanya macam budak-budak. Storyline simple sebab motif filem ni adalah tarian dan aspek 3D itu sendiri. Dengan lakonan yang kadang-kadang tak neutral, Step Up 3D dibantu eleman gerak tari yang memukau. Semua elemen cerita sekata.

Jadi, sedang menonton dengan khusyuk, mata aku pun macam biasalah... dengan adanya button forward backward, akhirnya aku berjaya mengesan 4 kecacatan yang minor. Ala, jangan risau.. korang leh tengok Step Up 3D dengan tenang selagi korang tak membaca entry di bawah ini.. ehe

Itu saja untuk hari ini.

BYE!


Bahaya Housemate Psiko!

baca review
(klik sini)

Kau Chet Nam Thah (Biar Aku Hilangkan Tangismu)

Lagu ni diperkenalkan oleh member aku, layan best jugak.. dah lama dah lagu ni.





Lapkan tangisanmu, nampakkah daku?
Masih ingat siapa diriku?
Aku insan yang sama yang akan mencintaimu tak kira apa saja
Walaupun kau pernah membenciku sebelum ini

Sekarang dia sudah membencimu
Aku tahu betapa betapa ia menyakitkan
Tak mengapa, aku ingin memelukmu
Rehatkan kepalamu dibahuku
Kita boleh saling mempercayai sekali lagi

ku disi bukan untuk mengambil kesempatan
Aku cuma mahu menjagamu
Bukan untuk mengantikan sesiapa

Aku tahu diriku tak dapat mengantikan dirinya
Aku tahu hatimu hanya ada dia
Tetapi permintaan ku hanyalah hilangkan tangismu
Sepertimana ku lakukan ketika kita masih bersama

(music bridge)

Tak mengapalah
Aku tak harap kau kembali
Aku tahu dimana aku harus berdiri
Walaupun aku masih mencintaimu
Aku tidak pernah memaksa perasaan sesiapa
Aku hanya tak mahu kamu terluka lagi

ku disi bukan untuk mengambil kesempatan
Aku cuma mahu menjagamu
Bukan untuk mengantikan sesiapa

Aku tahu diriku tak dapat mengantikan dirinya
Aku tahu hatimu hanya ada dia
Tetapi permintaan ku hanyalah hilangkan tangismu
Sepertimana ku lakukan ketika kita masih bersama

(music bridge)

Aku tahu diriku tak dapat mengantikan dirinya
Aku tahu hatimu hanya ada dia
Tetapi permintaan ku hanyalah hilangkan tangismu
Sepertimana ku lakukan ketika kita masih bersama

-------- <>--------

hah, itu dia.... tapi kena ingat sebelum bercinta, kena tinggal dan gadoh2, baik tengok lagu ni
(klik sini)
kalau dah bercinta tu, ingat2lah jangan sampai jadi macam kat bawah ni...
(klik sini)


p/s: untuk 'someone' dan siapa saja peminat Clash. Lama x beromantika di sini...

Saturday, November 27, 2010

2 Alam: Sengsara Si Transgender

Kecuaian dalam filem 2 Alam, bagi yang tonton anda boleh klik! yang belum, ini bakal spoilkan anda!
http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/04/2-alam-2010.html

---------------------------------<>---------------------------------

Review ini tidak ditaja oleh sesiapa, ini adalah review aku sendiri selepas menonton filem ini pada 26 November 2010 di TGV KLCC bersama...
2 pasangan kekasih
5 orang geng2 colleague
seorang loner
sorang mamat india (kawan aku)

soalan... berapakah penonton yang menonton tayangan filem ini pada 26November 2010 di TGV KLCC?

ok... teruskan dengan review :-)
---------------------------------------

Menonton filem 2 Alam seumpama menonton video ‘ sajak kematian’ dalam versi yang lebih indah. Ternyata filem ini menginsafkan buat siapa saja yang boleh mendalami azab siksa neraka saat bumi tak mahu menerima jasad. First impression aku meleset jauh. Pada pandangan sang penonton lain, mungkin 2 Alam hanya kekal sebagai filem yang hanya mampu membuat punggung mereka panas dan mahu bergerak keluar dari panggung selepas hampir 10 minit tayangan. Bagi aku, semua itu tidak terjadi kerana ada juga babak yang boleh menyentuh emosi diri aku. Antaranya:

Satu, permulaan kisah ini memaparkan jiwa ibu yang terseksa kerana melihat anaknya yang berdosa mati tanpa sempat bertaubat. Ini satu perkara yang menyentuh emosi aku. Aspek sinematografi yang menambah jiwa dalam babak tak sampai seminit ini berkesan.

Kedua, babak talkin yang dibacakan ustaz (Aaron Aziz) begitu menyebakkan dada. Serius aku teresak-esak (jiwa kecik). Di situ ada mesej utama filem ni.

Ketiga, saat muzik didiamkan seketika.. tiada bunyi dari mana mana (hanya bunyi menguap orang sebelah) ketika ibu kepada Amy/Adam berdoa memohon jasad Amy diterima untuk dikuburkan, ada emosi yang berjaya disampaikan di situ dengan baik.

Keempat, ketika Amy meratap dosanya selepas dirogol. Diadun musik ‘Andai Ku Tahu’ nyanyian semula Ramli Sarip, babak ini juga beremosi. Mengajak manusia menginsafi bahawa mati itu datang bila bila masa. Ikan emas yang mati saat Amy membunuh diri adalah ironi yang kecil namun memberi justifikasi besar bahawa apa saja dalam dunia ni pasti akan menemui mati.

Kelima, babak mandi mayat yang memang satu babak berani. Cukup berani untuk bermain dengan sesuatu yang memang sesuai untuk membawa kata-kata 'solatlah sebelum kamu disolatkan' dalam versi berbeza...

Keenam, babak flashback dari mata ustaz (Aaron Aziz) sewaktu dia mengimamkan jenazah Amy di masjid begitu menyentuh hati. Buat aku terfikir bagaimana dunia kita ni sementara jer. Bagaimana dunia ini yang dahulunya masa kecil mak bapak kita tanamkan dengan agama, kemudiannya bila besar terus buat dosa. Perubahan yang mungkin kita tak sedar, tetapi itu realiti.

Ternyata, filem target 40 juta ni bukanlah filem yang kosong. Ianya bermesej dan juga mempunyai matlamat untuk direalisasikan. Mungkin ramai yang tidak nampak matlamat filem ini. Mungkin juga, ramai yang tidak mahu untuk menilai filem ini kita semua sebenarnya sama seperti Amy/Adam yang melakukan pelbagai dosa. Buat pondan/mak nyah dan lain-lain yang berada dalam kancah haram, filem ini mungkin dipandang ringan. Buat un’solat’erz (orang tak solat/non-muslim), filem ini juga hanya akan dikatakan ‘boring’. Maybe, bagi siapa saja yang mahu menyelami jiwa dan lumrah kehidupan yang akan berakhir dengan kematian, 2 Alam terbaik dan lebih berjiwa.

Bergerak dalam dua landasan berbeza, plot 2 Alam adalah seperti huruf V. Dua plot (yang diarahkan dua pengarah), berada pada landasan yang berbeza (walaupun berdasarkan synopsis, plot Amy bermaksiat boleh dianggap sebagai flashback kepada plot Amy ingin dikuburkan. Kisah bermula dengan berita kematian seseorang yang membuatkan seorang ibu menangis teresak-esak. Kemudian, dari masa ke semasa, penonton akan dibawa ke satu proses mengkafankan si mati yang dijayakan dengan sudut kamera yang cantik. Indah sungguh gambaran kematian, wujud keinsafan di sini. Kemudian, plot kedua (flashback) berselang seli dengan proses mengkuburkan Amy. Dalam masa ini, semakin lama filem bergerak, plot satu dan plot dua makin bercantum. Amy akhirnya didedahkan sebagai lelaki yang menukar jantina.

Dalam erti kata lain, synopsisnya bolehlah diceritakan sebegini. Amy, seorang transgender yang murtad dan melakukan dosa besar membunuh diri apabila dirinya yang asalnya seorang lelaki didedahkan apabila boyfriendnya membuat report polis selepas Amy dirogol. Akibat penyesalan dan malu, Amy membunuh diri. Kematian Amy yang memang banyak dosa akhirnya diuji dengan pelbagai kesusahan sepanjang proses mengkafankan dirinya. Akibat bumi tidak dapat menerima jasad Amy (kubur sempit selepas berkali-kali diluaskan), jasad Amy akhirnya dikuburkan di satu semak samun di tepi jalan.

Plotnya mudah. Simple macam tengok drama Rashid Sibir. Namun, Dr. Rozmey cuba membawa plot yang cliché dengan orang melayu dan muslim ini ke satu stage yang berbeza, iaitu filem. Semestinya filem sebegini sudah biasa dilihat dalam drama tv. Kisah jasad tak diterima bumi, azab seksa pada mayat dan pelbagai musibah hasil dari perbuatan dosa si mati sudah banyak dipertontonkan di tv. Namun, membandingkan karya ini dengan produksi tv, karya ini nampak lebih dramatik. Serious aku cukup menggilai kerja kamera filem ini. Babak yang menarik dipaparkan penuh indah. Bermain dengan pergerakan kamera yang perlahan, kerja kamera berjaya menambah mood (bagi sesetengah orang, pergerakan kamera dan suntingan yang perlahan memboringkan) filem ini.

Susunan babak nampak lewah. Mungkin itu faktor yang membuatkan orang terus panas punggung dan terus cabut lari (bagi kapel2, inilah masa untuk bercumbu mahupun tidur di bahu pasangan). Permulaan filem ini adalah begini:

Semestinya pada awal filem, muka Dr. Rozmey muncul (aku gelak masa ni.. ahaha). Filem kemudiannya menunjukkan ibu Amy yang terkejut dengan kematian seseorang. Ditinggalkan klu di sini (tapi berdasarkan synopsis, penonton boleh agak). Kemudiannya, filem ini diteruskan dengan madah-madah peringatan, tentang pilihan hidup, dan buah fikiran Dr. Rozmey sendiri mungkin (buat aku rasa ini filem Dr. Fadzilah Khamsah yang buat). Kemudiannya, filem ini diteruskan dengan kredit. Dalam bahagian kredit, diselang seli lagu nyanyian Amy (Search), Salam Terakhir yang juga diselangseli dengan video persiapan untuk mengkafankan jenazah (visual high-class cantik). Selepas itu, barulah wujud babak-babak berdialog yang menjadikan ianya sebuah filem, bukan lagi slideshow dalam kuliah universiti. Beberapa minit sebelum filem tamat, ditunjukkan babak ibu Amy sedang berbual melalui telefon meminta supaya tidak mengubah kejadian tuhan. Amy menjawab kepada ibunya bahawa dia bukan lagi Adam, tetapi Amy. Filem tamat.

Babak 15 minit awal sudahlah menjengkelkan. Sekarang aku tahu kenapa 15 minit sudah membuatkan orang boring, lepas itu ditambah dengan beberapa bahagian yang diulang-ulang sehinggakan nampak jelas pengulangannya. Ada pula beberapa babak begitu lewah dan tak perlu ada. Itu juga satu lagi kelemahan filem ini. Namun, ulang babak yang banyak ni banyak di’back-up’ oleh sinematografi adegan Aaron Aziz yang lebih berkesan dari flashback kisah Amy (kisah Amy banyak adegan katil dan ‘oyeah oyeah’ yang merangsang emosi lelaki).

Lagi faktor yang melemahkan penonton untuk memberikan 40juta kepada Dr. Rozmey adalah pelakon yang kurang mantap. Ew.. plez.. Dr. Rozmey, gantikan watak pakwe Amy tu dengan orang lain. Dia tu tau ‘oyeah oyeah.. ah ah... your so beautiful babe... let’s go to h.a.v.en... oyeah.. so seksi’ jer.. lakonannya teruk. Lebih baik lagi adegan Kuswadinata berkonfrontasi dengan penggali kubur (Lando Nawawi) yang ada banyak perkataan ‘telur’ digunakan sebagai komedi (adegan ni lawak, sebab aku pun ada ‘telur’.. haha).

Berbaki dengan lakonan Aaron Aziz yang memang membantu. Imej 2 Alam diselamatkan juga dengan lakonan beberapa insan lain yang kebanyakan dari plot yang dilakonkan Aaron Aziz (Amy dikafankan). Dalam plot kisah hidup Amy, hanya watak Amy sahaja yang terbaik. Aku menyukai in-depth feeling Suhaillah Salam yang menjadi sehinggakan perasaan dirinya yang kecewa dan malu dengan pendedahan reality dirinya dirasai penonton. Tapi, rasanya, 70% adalah kelemahan, dan 30% saja kekuatan.

Keseluruhannya, 2 Alam tak seimbang. Dua pengarah yang bekerja menyatukan dua plot cerita sebenarnya tidak berada dalam satu kepala. Jelas terpampang bahawa dua plot ini begitu jauh bezanya dari aspek arah lakon karakter. Gaya Ed Zarith dan Hairie Othman jauh berbeza. Malah dua pengarah ini tak patut duduk dalam satu kerusi.

2 Alam tidak seimbang jika dilihat secara keseluruhannya. Dengan gaya dua pengarah yang berlainan kepala otak, 2 Alam macam jongkang jongket yang dimainkan dua orang kanak-kanak berbeza gender. Kejap mood ok kejap tak ok (kejap naik kejap turun). Malah, dengan dialog yang terlalu teruk (ayat biasa macam tengok sketsa waktu kem pengakap), kerosakan filem ini bermula daripada skrip itu sendiri.

Musik Edrie Hashim sebenarnya baik. Aku suka melody violin dalam versi instrumental Salam Terakhir yang begitu melodious. Namun, penggunaan lagu Amy Seach yang asalnya nyanyian Sudirman itu berulangkali mendesak telinga untuk mahukan lagu lain untuk diselaputkan atas kanvas filem ini. Namun, pada saat akhir barulah kanvas filem ini ditukar corak lagu dengan memasukkan lagu Ramli Sarip, Andai Ku Tahu dalam satu babak yang tepat.

Keseluruhannya, 2 Alam taklah begitu teruk. Mungkin reviewers banyak yang terasa hati sebab ianya memang menyentuh dunia ‘orang tak sembahyang/selalu lupa solat/selalu buat maksiat/selalu hiburkan diri untuk hiburan/selalu mahu hiburan dengan gelak tawa/dan apa lagilah’. Mungkin target 40juta tak akan dicapai. Namun, aku yakin bahawa motivator dan juga company yang buat kursus motivasi akan menayangkan filem ini sebagai peringatan di kem kem motivasi/ceramah perdana dan juga lain lain.

Dr. Rozmey, walaupun 40juta (target tahap bangga dan bongkak) tak dapat diraih, filem ini ada mesej. Tolonglah, kalau nak buat filem lagi, cari pelakon yang lebih baik dari yang tau ber’oyeah oyeah’, cari juga penulis skrip yang tidak selalu menulis di dalam buku skripnya adegan ‘katil dan asmara dalam kamar mandi’ dan cari juga pengarah yang baik. 2 Alam boleh dikomersialkan, namun cara dan gayanya tidak berupaya untuk menarik penonton yang kebanyakannya sukar untuk menghadapi fakta bahawa kematian itu adalah pasti dan setiap dosa di dunia pasti akan dibalas. - OPM

mesej: 4/5
plot: 3/5
lakonan: 2/5
keseluruhan: 2.5 /5

p/s: 2 Alam lebih baik dari American Pie, lucah dan berilmiah...

Thursday, November 25, 2010

Cik Shida Dari Parit!


Namanya Cikgu Shida... so, apekes cikgu ni buat kat blog aku...??

ha... ni la sebabnya...

videonya ditonton ribuan kali... sampai ada yang buat fake fanpage kat FB.. memang famous nih! Fuh!

Tonton Cikgu Shida ber'miming' lagu2 seperti:
Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan feat. Ana Raffali & Altimet
Waka Waka - Shakira
Jahat - Stacy
Yank - Wali Band
For The Rest Of My Life - Maher Zain

dan macam2 lagi aksi peliknya di...
http://www.youtube.com/user/CikShidaDariParit

tahniah... cikgu yang happy go lucky.. msti murid2 suke!


p/s: dia cikgu BI dowh! dia cikgu BI dowh! dia bukan kakak aku dowh! dia bukan cikgu BI aku dowh!

Dr. Rozmey Kecewa Caught On Tape!



hahahaha... apapepun, tonton the making of 2 alam (di sini)...

kalau nak layan filem hindi (klik sini) dan kalau nak tengok kesilapan dalam filem (klik sini)

BYE!

Wednesday, November 24, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Disember dan Januari ni, macam2 ada. 30 Disember kita ada Damping Malam daripada Ahmad Idham... dan 13 January 2011 ada Khurafat daripada Syamsul Yusof...Macam summer box-office lah pulak. Papepon, salute 2 our industry yang makin terbaeek.

Walaupun, 2 Alam tu mendapat kritikan, biarkan 'si luncai itu terjun dengan labunya'..

ok.. hari ni nak perkenalkan filem baru dari Mamat Khalid..



Akhirnya, Kak Limah balik rumah jugak.

Sebelum ni aku sempat g tengok filem Mamat Khalid, Estet (baca review di sini). Pantas sungguh ye Mamat Khalid ni buat filem. Ish3!


Awie dan Cinta Kristalnya...

Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’ (sinemaonline)



Otaaak! Otaaaak! Otaaaaak!

BYE!

Tuesday, November 23, 2010

Khurafat - Pejanjian Syaitan


Daripada Syamsul Yusof, pengarah Evolusi KL Drift dan Bohsia... akan datang January 2011

KHURAFAT


Sinopsis:

“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang berkerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.

Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.

Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?

Sebelum itu, Damping Malam akan di pawagam 30hb Disember 2010
(klik sini)

Saya Suka Mizz Nina



Malam tengok Shout Award! yang tertengok secara tak sengaja memperkenalkan aku kepada Mizz Nina. Aku taktau papepon sape minah tu. Status dia ngan Noh (Hujan) tu pun aku x tau hari2 (sekarang dah tau...). Ha3...
Tapi xpe.. bukan runtuh dunia pun kalau x ambil kisah ttg diorang nih...


download:
http://hotfile.com/dl/66315801/92e4e19/Mizz_Nina_-_What_You_Waiting_For_2010-MP3.rar.html

1.Away with you
Produced by Sakke (Sakari Aalto)
2.Yesterday
Produced by Sakke (Sakari Aalto)
3.Pinda Minda
Produced by Uno and AJ for The Unknown Productions
4.What You Waiting For feat Colby O’Donis
Produced by Koolade for Blackout Entertainment and James Knox
5.Kau tahu
Produced by Uno and AJ for The Unknown productions
6.Let Me See You Get It
Produced by D’ Navigator
7.One
Produced by Teeflii (Christian Jones)
8. Sometime feat Dandee
Produced by Indigo Chile
9.Ping Pong feat Mode
Produced by Uno, AJ and Syahril for The Unknown Productions
10.Never Leave You Behind
Produced by Bedsty
11.Love
Produced by Seige (Marcus White)
12.Kurnia feat Noh Salleh (Hujan)
Produced by Noh Salleh
13.Sri Kandi feat Mawar Berduri
Produced by Bedsty
14. Hope feat Planet Asia
Produced by DJ Fuzz (Farzwa De Attahir Emir)


Lagu What You Waiting For ni, pernah la dengar2.. tapi tak pernah ambil tahu penyanyinyer sape (sekarang dah tau..)... ha3




p/s: Iyaz tu aku tak kenal sape dia...ha3

Sunday, November 21, 2010

Damping Malam



Damping Malam, sebuah filem terbaru Ahmad Idham. Akan datang 30 Disember 2010.

Lakonan mantap dari Ahmad Idham sendiri... disamping Amy Mastura, Erynne Erynna, Azizah Mahzan, Eizlan Yusof dan lain lain...


Mengisahkan WADI (36) dengan isterinya KU KHALIRA (32) yang sudah 14 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka dikurniakan seorang saja anak perempuan kini berusia 13 tahun bernama NURAIZA. Hidup mereka serba moden. Cara hidup mereka agak terbuka dan bebas. NURAIZA pula anak yang ceria, bijak, walaupun anak tunggal tetapi dia nampak matang dalam dunianya. Disebabkan ibu dan ayahnya hidup lebih mengutamakan duniawi, maka landas agama mereka agak kurang. NURAIZA diasuh oleh ibu saudara KU KHALIRA yang tinggal bersama mereka yang dipanggil UMI SIAH(45) oleh NURAIZA. UMI SIAH seorang yang serius tetapi nampak tenang. Seakan ada rahsia disimpan sendiri-sendiri. UMI SIAH sangat menjaga NURAIZA kerana dia tahu keistimewaan yang NURAIDA ada. KU KHALIRA sentiasa menjadi bualan kegemaran para wanita yang mengenalinya kerana begitu pandai menjaga rumahtangga. KU KHALIRA dan WADI selalu melakukan yang rasional dalam apa jua hal, tidak mempercayai hal mistik, tidak membimbing keluarga ke arah agama.

Kisah bermula semasa minggu orientasi NURAIZA yang berjaya masuk ke asrama penuh. Ia menjadi kebanggaan buat WADI tetapi ada sedikit kebimbangan buat KU KHALIRA yang katanya ia tidak pernah berpisah dengan anak tunggalnya itu. Ada gangguan di asrama dan sasarannya ialah NURAIZA. Selama ini NURAIZA tidak pernah melalui pengalaman menyeramkan itu, maka datang trauma dalam dirinya. Dia tidak pernah diajar dengan doa atau ayat melindungi dirinya maka NURAIZA jadi tidak menentu dan gangguan tetap berterusan bukan saja kepada dia tetapi juga kawan-kawan yang ada dekat dengannya. Di sana juga dia mengenali rakan sebilik dan sekelasnya, HASNI dan SYARIFAH. Dia juga mengenali seterunya yang sentiasa kurang senang dengannya iaitu ERNA dan NADIA yang tua dua tahun daripadanya tetapi bilik mereka berhampiran. NURAIZA belajar mendekatkan diri dengan pendidikan Islam bersama HASNI dan SYARIFAH. Gangguan tetap ada. Datang pula kenakalan ERNA dan NADIA yang mahu mengenakan NURIZA, lalu mereka main seru roh guna papan ouiji, maka NURAIZA mula nampak seorang budak perempuan yang sebaya dengannya berlegar sekitar asrama.

Yang menakutkannya, budak itu sentiasa tunduk, tidak pernah nampak wajahnya dengan jelas tetapi setiap kali dia berjalan, dia akan seret kaki dan ada darah sedikit-sedikit menitik ke lantai dari tangan kanan dan kirinya. NURAIZA saja yang nampak dan ia semakin menakutkan NURAIZA sehingga membuatkan NURAIZA histeria. Bagi ERNA pula itu semua lakonan dan tipu helah NURAIZA untuk tarik perhatian. Sehinggalah ERNA dan NADIA sendiri diganggu tetapi dengan makhluk halus yang lebih menakutkan. WADI dan KU KHALIRA dimaklumkan, mereka datang dan bawa NURAIZA pulang untuk merawatnya. UMI SIAH terlalu menjaga keselamatan NURAIZA maka tegas tidak benarkan NURAIZA ke asrama semula tetapi WADI tidak setuju. KU KHALIRA sedih dan bimbang melihatkan anaknya sudah tidak ceria seperti dahulu. NURAIZA beritahu apa yang dia nampak tetapi WADI tidak percaya. Apabila NURAIZA sudah sembuh, dia pulang semula ke asrama dan gangguan tetap datang setiap malam dan di asrama tidak aman lagi sejak NURAIZA ada di sana.

Apabila NURAIZA tidak ada semula di rumah, rumah WADI tidak sama seperti dulu, kesuraman terasa, ada gangguan yang NURAIZA lalu, juga menganggu penghuni rumah WADI. KU KHALIRA mengesyaki UMI SIAH ada muslihat lain dan gangguan yang datang pada anaknya disebabkan niat jahat UMI SIAH, kerana apabila dia beritahu suaminya, keturunan ibu saudara dan arwah ibunya iaitu RAJA SARAH pernah menggunakan pendamping menjaga keluarga tetapi dia tidak pernah suka dan tidak percaya semua itu. WADI mula mengesyaki juga UMI SIAH sehingga ada insiden yang berlaku buatkan WADI percaya UMI SIAH mahu menganiaya keluarganya lalu dia menghalau UMI SIAH dari rumah. UMI SIAH cuba terangkan keadaan sebenar tetapi WADI tidak mahu dengar dan tidak mahu tahu. Kemudian datang tetamu baru di rumah mereka. USTAZ BAKRI(36) ialah sahabat lama WADI sejak dibangku sekolah. Dia baru balik dari kerjanya di Mesir. USTAZ BAKRI terasa unsur negatif itu di rumah WADI dan meminta WADI banyakkan solat di dalam rumah dan amalan agama semula yang sudah jauh ditinggalkannya. Apabila WADI yang sering diganggu itu, mula cuba berjinak mengenal diri kembali dalam agama Islam, amukan berlaku dan dia mula nampak apa yang selama ini dia tidak pernah nampak. Nantikan kesudahannya dalam DAMPING MALAM…

(sinema malaysia)

Jangan kencing malam sudah lepas tengok filem ni... pandang tepi, pandang atas, ada nampak sesuatu?

pandang bawah tengok.. mesti ada trailer...

BYE!

Dalam Seluar 2 Alam... Jom Teropong!

Akhirnya, terjumpa jugak review yang membandingkan pro and cont dalam filem Dr. Rozmey nih.

pro
- Pengajaran yang disampaikan walaupun ianya agak lame!
- Cara kawalan kamera yang patut dipuji.
- Editing yang boleh dipuji di sesetengah bahagian.
- Sound effect yang agak mantap.
- Pelakon baru yang hebat membawa watak masing-masing.

cont
- Satu perkara yang paling kami benci dan mampu membuatkan korang blah terus dari panggung wayang tu adalah flashback yang ada dalam cerita ni. Boleh dikatakan flashback scene-scene yang sama kerap sangat dilihat dan menutup segala yang menarik yang ada dalam cerita ini. Ianya juga dilatar-belakangkan dengan dua lagu iaitu Salam Terakhir dan juga Andai ku Tahu (nyanyian semula Amy Search dan Ramli Sarip). Ianya menjadikan filem ini TERAMAT-AMAT membosankan dan menjadi sebab utama kenapa filem ini dikatakan INDAH KHABAR DARI RUPA!
- Plot cerita memang merepek. Kejap bincang kahwin dengan orang lain, tiba-tiba masa kahwin dah dengan orang lain pula.
(sumber: oh artis)





lama-lama, berkenan pulak mahu menonton.. tapi, kekangan exam dan hal2 lain membantotkan tujuan aku...

poster filem 2 Alam yang menggunakan poster The Exorcism of Emily Rose sebagai latar... janganla kau buat macam ni lagi dalam filem Pamela Anderson tuh yer Dr Rozmey.. janganla biar Pamela yang belakon cite Melayu tu cakap, dalam loghat London... 'ini poster macam Baywatch!'...

Malu industri filem weyh!..

Psssttt!!!
Pamela Anderson nak tunjuk sesuatu kat korang.. mari klik meh.. betul aku x tipu... dia nak tunjuk barang dia...
(klik sini)

BYE

Saturday, November 20, 2010

Wanita, Sila Pakai Tudung Anda!

Terjumpa video ni dalam Facebook. Menarik untuk dikongsi bersama. Daripada pelajar MMU, ini kisah tentang aurat dan wanita.



So, fikirkanlah yer wahai wanita..

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [An-Nur (24):31]

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [Al-Ahzab (33):59].

Akibat kalau tak tutup aurat... dan bila iblis dah kuasai diri...
ehem...
tengok ni

BYE!

Friday, November 19, 2010

Punggung Pecah Kini... Buah Dada Pecah Nanti...

Dr Rozmey mahu anda tonton 'the making of... 2 alam'... gerenti pecah punggung..
(klik sini)

2 Alam, dengar macam gempak bangat. Banyak mungkin yang menantikan aku membuat review filem ini di sini. Tetapi, mungkin tidak barangkali. Mungkin demi menyahut sahutan beberapa rakan yang meminta aku review secara jujur filem ini, aku akan buat review style Goofspot yang mana menekankan aspek teknikal filem. Berapa banyak kesilapan dalam filem yang akan aku dapat dalam filem ini entahlah. Tetapi, selepas membaca review dari blogger2 lain yang mengatakan bahwa filem ini sebenarnya pecah punggung daripada pecah panggung, maka, inilah koleksi review2 dari blogger2 lain.


"2 Alam is a filthy, disgusting, boring, aimless, puny of a f-i-l-m. A disgrace of the highest order!"
(tontonfilem.blogspot.com)

"Mungkin filem ini sesuai untuk ditonton oleh bapok , pondan dan mak nyah"
(ausmelankolik.blogspot.com)

“Ia sama sekali tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana adegan-adegan di atas katil yang keterlaluan,” katanya. Ellyana turut berkata Dr. Rozmey akan mendapat kutipan RM40 juta sekiranya filem itu ditayangkan di pawagam “fantasinya”. “Saya rasa jika di campur dari 83 buah pawagam dengan pawagam-pawagam fantasinya, mungkin jumlah itu akan menepati sasaran,” katanya menyindir.
(harian metro dari jomss.blogspot)

Dr Rozmey sebenarnya takut dengan kritikan wartawan kerana dia bimbang filem dia tak laku.Tapi masa dalam panggung memang rasa macam nak pecah juga kepala melihat 2 Alam.Filem itu bagus kalau ia digarap dengan baik. Tetapi sayang, garapannya “hancus”. Pelakon baru yang memegang watak utama dalam filem itu juga tidak hebat berlakon. Kalau dah tak popular, jadi tak payahlah disebut namanya.
(Niezam - mstar)

Menonton filem 2 Alam umpama menyiksa minda dan yang paling mengejutkan ialah masih ada filem sebegini diterbitkan setelah pelbagai usaha dilakukan oleh pembikin filem tempatan menaikkan martabat filem melayu. Filem sebeginilah yang memburukkan nama industri filem tempatan dan mengembalikan tanggapan masyarakat bahawa filem buatan Malaysia adalah filem sampah.
(Meor Shariman - NST)

Sesiapa yang sanggup nak tengok 2 Alam -sedekahkanla saja duit tu pada makcik jual kerepek ke orang buta minta derma. Lebih puas
(klubkiddkl - Malay Mail)

Itupun lepas ni, Pamela Anderson pulak bakal dipinang untuk filem seterusnya. Dah '2 Alam' pecah punggung (butt-office), sah sah filem seterusnya bakal pecah buah dada (breast-office)...

jangan pandang lebih lebih.. kalau nak tgk lagi banyak..
ehem..
klik sini...

Bye!!!

Tuesday, November 16, 2010

(18+) KLCC Atau Dia... Endingnya, Kissing Tepi Jalan

PEMBERITAHUAN:
ENTRY INI MENGANDUNGI UNSUR LUCAH, PEMBACA DINASIHATKAN MEMBACA ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI

memalukan budak KL satu hal (aku bukan orang KL).. memalukan agama satu hal.. memalukan mak bapak satu hal lagi..

macam-macam budak sekarang nih... hello, cari bilik r kalau nak maksiat camni.. ni ape kes.. tepi jalan pun dibantai... jalan sesak plak tu..



aku tak nak komen la pasal dua merpati yang tragik habis ni.. tapi, aku kesian sebab takde pun yang berani nak jadi hero...waktu aku tonton video ni, aku ingatkan xde orang lalu kat tepi kaki lima tu... kalau korang sedar, ada pak cik baju putih (mungkin pekerja mana-mana) lalu tepi dua pasangan ni... boleh jer dia buat deeek.. apekah? Dunia mau kiamat sudah..

Sunday, November 14, 2010

Siti Di Alam Fantasi Kini Kembali!

“ Siti Di Alam Fantasi ” ( SDAF ) Karya dan arahan Aminah Rhapor. Pernah dipentaskan 2 kali sebelum ini bersempena Pesta Flora dan Festival Kebudayaan Komanwel Kuala Lumpur ’98. SDAF diangkat dan dipentaskan kali keduanya di Istana Budaya pada 2000. SDAF merupakan teater kanak-kanak pertama yang dipentaskan di Istana Budaya dan mencatatkan sejarah penonton paling ramai mengatasi teater dewasa. Pada 2001 pengambarannya untuk penerbitan RTM 1 berlangsung dansebanyak 39 episod SDAF mula ditayangkan di televisyen sepanjang tahun 2001 dan 2002. Kini SDAF kembali semula dengan wajah baru di Istana Budaya. Buku novel bersiri SDAF juga akan berada dipasaran.

info selanjutnya di
http://www.facebook.com/pages/Siti-Di-Alam-Fantasi-the-Musical/169065429785616

P/S: barula kenapa filem Lu Pikirlah Sendiri arahan Aminah Rhapor tu diterbitkan SDAF Pictures. Rupenye SDAF tu adalah 'Siti Di Alam Fantasi'...lama jugak memikirkan apa SDAF tu..

Wednesday, November 10, 2010

Saw 3D: John Kramer Patut Dihidupkan Kembali

Bagi peminat-peminat legacy pembunuh bersiri Jigsaw ataupun nama sebenarnya Jonathan Kramer, Saw edisi ke 7 yang dikenali sebagai Saw 3D pastinya ditunggu-tunggu. Pastinya setiap sequel Saw akan memberikan twist yang baru yang menambah rempah filem ini. Berpeluang menonton Saw 3D memang mengujakan. Sudah hampir satu tahun menanti sequel ini, akhirnya Haloween membawakan kembali sambungannya dalam edisi 3D. Pandangan pertama, setelah hampir setiap tahun menghias Oktober dengan percikan darah filem ini, Saw 7 tidaklah menjanjikan apa apa yang baru. Cukup hanya keinginan untuk melihat trap-trap baru yang mengerikan dan juga mencantumkan kronologi Saw dari episod pertama sehingga episod terkini tercapai.

Bagi yang belum pernah menonton filem ini, ada beberapa perkara yang harus anda ingat. Pertama, jika anda ingin menonton saw 3D, anda perlu dapatkan kesemua sekuel-sekuel Saw yang sebelumnya kerana setiap sekuel berangkaian antara satu sama lain. Kedua, bagi yang belum pernah menonton filem ala-ala realiti game ini, bersedia dengan jeritan-jeritan kematian mangsa-mangsa. Faktor ini sebenarnya jarang didapati dalam filem lain. Rasanya itu yang membuatkan filem Saw berani diterbitkan Lionsgate dengan kerjasama Twisted Picture saban tahun.

Sebelum ini, aku sudah buat sedikit refreshment tentang Jonathan Kramer. Siapa dia, dan semua koleksi trapnya yang menggerikan sudah diabadikan dalam sebuah pos. Anda boleh rujuk dengan klik butang di bawah ni..


trap baru yang menjadi tarikan Saw 3D

Saw 3D pada pandangan aku, tidak ada plot yang baru. Selama 1 jam 30 minit, Saw 3D hanya menampilkan jawapan kepada semua persoalan yang telah ditinggalkan tanpa disedari dalam Saw pertama hingga keenam. Setelah 6 kali saw diterbitkan sejak 2004, hanya Saw pertama dan kedua nampak mengujakan. Aku menyukai sequel Saw 2 yang nampak lebih dramatik dan begitu mendebarkan. Saw 2 mengisahkan bagaimana seorang anggota polis (yang mana kita saksikan mati dilibas ais yang digantung dalam Saw 4) bermain dengan pembunuh bersiri ini demi untuk membebaskan anaknya yang diperangkap bersama pemain lain di sebuah rumah.

Filem ni sebenarnya terpecah kepada dua bahagian. Jika anda perasan, komplot dan segala putar belit cerita dalam Saw pertama berakhir di dalam Saw 4. Manakala Saw 5 (kebangkitan aprentis polis kejam, Agent Hoffman) berakhir di Saw 7. Membandingkan kesemua sequel Saw, Saw 1 hingga 4 nampak lebih hebat. Dalam keempat-empat filem, trapnya masih fresh, ceritanya masih fresh dan segalanya boleh diterima akal. Masuk Saw 5, gorengannya hanyalah dengan 'flashback' yang direka hanya untuk merantai Saw yang terdahulu dengan Saw yang terbaru. Nampak sangat bahawa setiap 'flashback' direka secara paksa. Sesetengahnya direka mudah dengan hanya mengambil titik-titik plot yang nampak boleh membuka peluang untuk karakter atau isu lain disambungkan dengan kisah itu.

mangsa kali ini, Bobby Daren

Titik kesegaran Saw sebenarnya sudah berhenti pada Saw 3 apabila Saw 4 menyaksikan cerita berganjak kembali ke Saw 2. Saw 4 nampak masih boleh diterima. Saw 6 pada aku sederhana. Aku menerimanya keadaan ceritanya lagi dengan seadanya. Twist dalam Saw 6 masih baik apabila ianya berlingkar dalam area Saw 5 dan ke hadapan. Flashback bahawa Agent Hoffman sebenarnya yang membantu Jonathan Kramer nampak seperti lewah pada mulanya. Manakan tidak, penulis cerita membawakan kita ke satu zaman sebelum Saw 1 dan merentas segala siri Saw lain. Kononnya, watak Agent Hoffman sudah wujud dalam Saw 1 tetapi tidak ditonjolkan.

Sedar atau tidak, gorengan Saw hanyalah permainan yang cantik dari penerbit filem ini. Ideanya sebenar setiap siri Saw sebenarnya terbina secara berperingkat. Bayangkan anda menulis sesuatu, (contohnya Saw 1). Kemudian, timbul persoalan dari para penonton. Bla bla bla.. maka, someone need to work out for an explanation. Padahal, explanation 2 tak pernah wujud pon sewaktu Saw 1 dibikin. Begitu seterusnya dan seterusnya. Sampai satu masa, bila cerita Saw mula stabil, just put some chacacter into the game, and gunakan rule dalam filem sebelumnya untuk menggerakkan cerita. Penulis Saw memang kreatif. Tabik spring kerana explanation yang diberi cukup menarik dan membuatkan aku tersenyum dengan gaya twist yang menarik.

Jom ganjak memfokus kepada Saw 3D sahaja. Saw 3D bermula dengan flashback Saw 1. Dr. Lawrence Gordon yang terselamat (jika anda ingat, Dr Lawrence potong kaki dan berjaya keluar). Kemudian, fokus baru filem ini diwujudkan. Karakter Bobby Daren (antara mangsa Jigsaw yang x pernah ada dalam mana-mana siri Saw sebelum ini) kini akan berdepan dengan permainan ini sekali lagi. Siapa Bobby Daren? Dia adalah motivator yang terkenal kerana terselamat dari trap2 Jigsaw. Tengok, karakter direka dengan tidak merantai sedikit pun siri Saw sebelum ini. Seolah-olah banyak lagi mangsa Jigsaw yang menanti untuk direka. Namun, explanation dalam Saw 3D amat menarik. Finally apa yang penonton mahu akan tercapai. Apa lagi kalau kekalahan Agent Hoffman dan isteri Kramer, Jill.

sori.. aku tak berapa suka bila ada babak mimpi..

Pembentukan plot Saw kali ini cincai. Turutan trap nampaknya menggunakan premis siri Saw yang sebelumnya. Tidak ada refreshment dalam filem ini. Malah, urutan babak nampak seperti terlalu kosong. Bayangkan juga, babak mimpi buat pertama kalinya hadir. Hello, babak mimpi dalam filem sebegini? Please!!! People want to see the trap in real life, not just in a dream. Tulisan SAW3D nampak seperti bermain dengan 'malas'. Yeah, aku ingin katakan bahawa penulis filem ini sudah malas untuk fikir twist filem ini. Maka, sampai lah bila adanya adegan mimpi dimasukkan. Serius, aku benci adegan mimpi dalam filem ni. Nampak murahan gegiler...

Malah, aku juga fikirkan si tukang buat trap untuk filem ni pun dah makin kurang idea. Yela, tengok je semua trap dalam filem Saw 7 ni, semua pakai elemen bulatan. Aiyo.. kurang variasi dah. Come on, new device with new design la beb... Tapi, apa yang best dalam Saw 7 ni adalah the return of Jaw Trap. Kalau korang nak tau, Jaw Trap ni antara trap yang dikenali dalam siri Saw. Apa yang bestnya, finally Jaw Trap membuka rahang mangsanya. Siapa mangsa itu? iIteri Jigsaw sendiri, Jill. Kesian, mati disebabkan device suaminya sendiri. Itu saja elemen yang memukau dalam filem ni. Dah 6 tahun menanti untuk melihat Jaw Trap tu membaham mangsa, finally hajat ditunaikan.

Ayat akhir, Saw 3D hanya untuk peminat Saw terdahulu. Ingat pesan aku, cari siri Saw sebelumnya sebelum anda tonton siri ketujuh ni. Kalau korang tengok Saw 3D ni pun, konfom korang kena cari siri Saw yang dulu jugak. Apapun, aku mahu simpulkan bahawa siri Saw sudah makin lama makin tak fresh. Banyak main dengan flashback ni kadangkala buat aku mual. Aku mengharapkan Saw 8, tapi rasanya Saw 7 will be the end of the series. But, x kisahlah. Apa yang penting, Saw 3D membawakan kengerian normal bagi siri Saw tetapi luarbiasa bagi genre begini. Kalaulah aku menulis Saw 8, aku nak bangunkan semula Jonathan Kramer. Saw tak best kalau xde dia ni.

Friday, November 5, 2010

Satu Indiepretasi: Sanjungan Kepada P Ramlee

Oktober lalu, satu sejarah telah tertulis lantaran kehadiran beberapa artis indie, bergabung dalam satu kolaborasi teragung buat seniman P. Ramlee. P. Ramlee akhirnya di'F5'kan semula dengan nafas baru. Stesen radio XFM berperanan untuk memutarkan lagu-lagu ini di corong radio. Lebih sesuai dan energetik buat muda mudi masa kini. Memang kolaborasi ini memang menarik. Mendengar kembali lagu P Ramlee klasik dalam versi moden membuatkan P. Ramlee seolah-olah wujud kembali.

Dengarkan...

Hujan - Tunggu Sekejap


Bittersweet - Getaran Jiwa


The Ramlees (menampilkan Yuna, Liyana Fizi, Amirah (Tilu) & Najwa Mahiaddin - Itulah Sayang


Azlan & The Typewriter feat. AG & Co - Jeritan Batinku

Tu baru empat. Susah mau dapatkan album ni kan? Ni trek2 yang ada dalam album Satu Indiepretasi nih

1. Hujan • Tunggu Sekejab – dari filem Sarjan Hassan (1955)
2. Sevencollar T-Shirt • Jangan Tinggal Daku – dari filem Ibu Mertuaku (1962)
3. One Buck Short • Pok Pok Bujang Lapok – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
4. Couple • Menche Che Bujang Lapok – dari filem Seniman Bujang Lapok (1961)
5. Altimet [feat Imran Ajmain] • Maafkan Kami – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
6. Subculture • Bunyi Gitar – dari filem Tiga Abdul (1964)
7. Monoloque • Tiada Kata Scantik Bahasa – dari filem Anakku Sazali (1956)
8. Azlan & The Typewriter feat AG & Co • Jeritan Batin Ku – dari filem Ibu Mertuaku (1962)
9. Bittersweet • Getaran Jiwa – dari filem Antara Dua Darjat (1960)
10. Pesawat • Ai Ai Ai Twist – dari filem Masam Masam Manis (1965)
11. The Ramlees (A supergroup featuring Yuna, Liyana Fizi, Amirah [of the band TILU] and Najwa Mahiaddin) • Itulah Sayang – dari filem Anakku Sazali (1956)
12. Pop Shuvit • Aci Aci Buka Pintu – dari filem Nasib Labu Labi (1963)
13. Awanband • Malam Bulan Dipagar Bintang – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
14. Grey Sky Morning • Malam Pesta Muda Mudi – dari filem Nasib Do Re Mi (1966)
15. They Will Kill Us All • Sepanjang Riwayatku – dari filem Sesudah Subuh (1967)
16. Yuna • Gelora Jiwa – dari filem Anjuran Nasib (1952)
17. Meet Uncle Hussain [feat Hazama] • Ya Habibi Ali Baba – dari filem Ali Baba Bujang Lapok (1961)
18. Kugiran D’Tepi Pantai • Nujum Pa’ Blalang – dari filem Nujum Pa’ Blalang (1959)

CONTENT TITLE CRT CODES FULL SONG
Tunggu Sekejab 190327 483208
Jangan Tinggal Daku 190329 483209
Pok Pok Bujang Lapok 190330 483210
Menceceh Bujang Lapok 190331 483211
Maafkan Kami 190332 483212
Bunyi Guitar 190333 483213
Tiada Kata Secantik Bahasa 190334 483214
Jeritan Batinku 190336 483215
Getaran Jiwa 190337 483216
Ai Ai Ai Twist 190340 483217
Nujum Pak Belalang 190345 483824
Aci- Aci Buka Pintu 190349 483218
Malam Bulan Dipagar Bintang 190352 483219
Malam Pesta Muda-Mudi 190355 483220
Sepanjang Riwayatku 190363 483221
Gelora Jiwa 190390 483222
Ya Habibi Ali Baba 190369 483223
Itulah Sayang 190372 483825










Untuk mendownload Caller Ringtone - *131*(kod)# Call/Send
Untuk mendownload lagu penuh - taip GET(jarak)10(kod) dan hantar ke 29000

Sedikit trivia:

1. Ianya adalah satu projek kolaborasi antara XFM Radio, Astro, Rangkaian Radio Melayu AMP dan 20 pemuzik independen tempatan bersempena dengan kempen P. Ramlee… Dimanakan Ku Cari Ganti Astro.

2. Menyaksikan banyak kolaborasi buat pertama kalinya antara pemuzik-pemuzik independen. Antaranya:

  • The Ramlees yang menampilkan suara dari Yuna, Amirah (dari band TILU), Liyana Fizi (bekas penyanyi Estrella) dan Najwa Mahiaddin dalam lagu “Itulah Sayang” (dari filem Anakku Sazali, 1956).
  • Azlan & The Typewriter bersama AG Coco (dari kumpulan Hujan) dalam lagu “Jeritan Batinku” (Dari filem Ibu Mertuaku, 1962).
  • Pop Shuvit & Dina Nadzir dalam lagu “Aci Aci Buka Pintu” (dari filem Nasib Labu Labi, 1963).
  • Awanband & Che Mat dalam lagu Malam Bulan Dipagar Bintang (dari filem Pendekar Bujang Lapok, 1959). Che Mat merupakan penyanyi di RTM di tahun 1970 yang tidak pernah merakamkan apa-apa lagu sebelum ini. Beliau juga merupakan ayah kepada pemain gita kumpulan Awanband, Ully Muhammad. Kolaborasi ini merupakan hadiah dari Ully kepada bapanya.

3. Kesemua 18 lagu dalam tribute ini adalah lagu-lagu yang telah di telah olah dan gubah semula dan bukan sekadar saduran (Cover Version).

4. Altimet merupakan satu-satunya artis hip hop yang terlibat.

5. Lagu oleh semula Yuna, “Gelora Jiwa” merupakan lagu yang tidak pernah di rakam dan diedarkan secara rasmi. Lagu ini hanya boleh di dengar di filem Anjuran Nasib yang dikeluarkan pada tahun 1952.

6. Sevencollar T-Shirt dan They Will Kill Us All pecah tradisi untuk projek ini kerana buat pertama kalinya menyanyi dalam Bahasa Melayu. Sevencollar T-Shirt menyanyikan lagu “Jangan Tinggal Daku” (dari filem Ibu Mertuaku, 1962) dan They Will Kill Us All menyanyikan lagu “Sepanjang Riwayatku” (dari filem Sesudah Suboh, 1967).

7. Lagu-lagu dari projek tribute ini hanya boleh dibeli dengan cara digital download. Ini merupakan pertama kali dalam sejarah dimana satu “kompilasi” di jual secara digital.

8. Sebahagian dari hasil jualan lagu-lagu dari kompilasi “P Ramlee… Dimanakan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi” akan di salurkan ke Tabung Pustaka Peringatan P Ramlee.


P/S:
Pos ini tidak mendapat apa-apa bayaran daripada XFM. Ianya adalah sekadar untuk tujuan membantu promosi projek indieteprasi nih. Juga sekadar berkongsi informasi.

Thursday, November 4, 2010

Asam Garam Yang Boring...

Kumpulan Senario dalam karakter berbeza? Menjadi? Oh no no no (sambil geleng jari). Pada aku, Senario better berada di tangan Ahmad Idham dan juga Aziz M Osman. Sorry, Senario Asam Garam is worst. Simple and terlalu xde point. Aku nampak bahawa filem ni cuba nak meniru gaya olahan cerita komedi Hollywood (dengan kewujudan watak Amin) dan juga cuba mencantum elemen komedi ala Hatta Azad Khan (yang sebelum ini kurang berkomedi). Dua element ni memang buatkan menonton filem 1 jam 17 minit ni membosankan.

Apapun, klik saja link ini untuk mendownload..
Dan klik sini untuk tengok 10 kesilapan yang dikesan dalam filem ini...
http://goofspotonfilm.blogspot.com/2010/11/senario-asam-garam-2010.html

Boleh Pandang-pandang, Jangan Pegang-pegang..

Best lagu ni, suke sangat2.. daripada Sohaimi Mior Hassan menampilkan Ana Raffali & Altimet, ini dia, lagu catchy agogo, Kalau Berpacaran...



Download mp3
Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan feat. Ana Raffali & Altimet

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x




Tuesday, November 2, 2010

Diari Mangsa Banjir

29hb Oktober 2010
Semasa mengakses Facebook, kecoh berkenaan tentang serangan puting beliung di Perlis. Amat beruntung untuk tidak risau kerana kawasan yang dilanda bencana ini adalah di Arau, dan kawasan berdekatannya. Bukan kawasanku. Tapi, aku turut bersimpati kerana bencana ini terjadi di negeri aku. Pertama kali melihat rakaman amatur, it was unbelieveable. No such thing happen so dasyat.


Rakaman amatur 01


Rakaman amatur 02

Ni bukan rakaman dari kamera aku. Kalau aku rakam, rasanya boleh buat muvi ala2 Rec dan Paranormal Activity dah. Terjadi sekitar jam 5 petang, puting beliung itu meranapkan laluannya. Puting beliung itu hanya permulaan kepada tragedi yang lagi dasyat. Tolong simpan bayangan fiksyen yang digambarkan dalam Roland Emmerich dalam The Day After Tomorrow ataupun filem 2012 yang telah dibukukan sebab xnak orang terpesong tuh! Ini bukan cobaan, ini betol2!!

31hb Oktober 2010
Aku dapat laporan dari parent aku mengatakan Perlis dihujani hujan tidak henti2 sejak sehari lepas. Tiada apa-apa tanda banjir. Tapi, memang sah2 akan jadi banjir (hanya agakan) coz tempat aku dekat dengan empangan Timah Tasoh. Hari ni, aku masih dok teringat2 lakonan burung aku yang taklah sehebat mana. Tapi, eee... bestnya belakon walaupun sekejap2 (sekejap jadi burung, sekejap jadi spirit. Dua dua x nampak muka).. oooops!..

1hb November 2010
Pagi itu, dalam tren (sekitar jam6 pagi) hujan lebat menghujani perjalanan keretapi. Dari Sungai Petani sehingga ke Arau, tiada tanda matahari akan menampakkan wajahnya. Hujan turun membasahi. Memang ini adalah hujan semalam. Hujan yang belum reda. Empangan Timah Tasoh akhirnya membuka semua pintu empangannya (ada 6 pintu semuanya) kerana 'pundi kencingnya' tidak dapat menampung lagi air yang begitu banyak sekaligus persediaannya, bersedia untuk banjir!!!

Petang itu, sekitar jam 1 ptg, Jabatan Pelajaran Negeri mengarahkan semua sekolah ditutup kerana banjir sudah mula menjadi raksasa besar yang menunggu untuk dibelasah ultraman (mungkin ultraman perlu gali lobang sedalam mungkin untuk buat saliran, pastu nanti namakan dia sebagai lobang ultraman.. leh buat tapak rekreasi.... ok, abaikan kurungan ini). Hujan masih berterusan. Radio Perlis.Fm menjadi pilihan utama. Xde maknenyer nak dengar Sinar.Fm Stesen Retro No 1, ataupun KlasikNasional yang klasik bangat tu. Mesti rating dua stesen tu menurun di Perlis pada hari ni.

2hb November 2010
Bangun pagi pagi, buka mata dulu... mengeliat sampai puas.. tido balik. Tup tup bila bangun buka mata....

sila buat muka terkejut apabila menatap gambar ini

Bangun pagi, dan depan rumahku sudah dinaiki air. Tidak sampai masuk ke dalam rumah lagi, maka alhamdulillah lah. Namun, pada hari ini juga Kangar mengalami banjir teruk. Pejabat dan kedai ditutup. Segalanya menjadi kucar kacir apabila petir menyambar dua buah lori lalu meletup di jalan raya yang basah (abaikan ayat menipu ini!). Tengahari, banjir masih belum surut. Hujan renyai2 pada sebelah petang. Adakah itu petanda second wave??? Tidak.. hujan sekejap2 itu hanya sementara. Tapi, perlu lagi berhati2 sebab amaran mengatakan bahawa Lekukan Tropika (istilah untuk bala ini) akan menyebabkan angin selaju 25knot dijangkakan akan berlaku. Harap2 tidak... ataupun... ianya telah berlaku pada kejadian 28hb itu (entahlah.. x arif ttg hal ini)

Ok.. kita fokuskan ke personal story sket. Malam 2hb, Kangar masih teruk bermandi banjir. Alhamdulillah kat rumah kitorang dah reda sket sbb air hanya lalu melalui kawasan kami (Beseri) dan akan bertakung di Kangar. Mcm ni, bayangkan satu mangkuk besar yang amat besar terlalulah besar sebesarnya. Bayangkan empangan Timah Tasoh itu berada di tepi mangkuk itu. Pintu empangan dibuka (bayangkan tangan anda melepaskan air dari paip yang deras).Bayangkan daerah aku, Beseri itu ada di mana2 tepian mangkuk. Dan, tengah mangkuk itu adalah Kangar. So, faham???!!

Kereta Avanza dan juga Wira sudah dinaikkan ke tempat tinggi berhampiran. Sewaktu memindahkan kereta tu, terdengar bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, Tabika Kemas Alor Tampang, mesjid-mesjid juga pokok2 (untuk monyet dan haiwan memanjat), kawasan tinggi (untuk kucing-kucing rumah jiran yang aku selalu beri makan) sudah menjadi kawasan paling dihuni buat masa sekarang. Aku bukanlah Evan Almighty yang boleh buat bahtera, so pandai2 la korang jaga diri ye kucing2... meow meow.. grrrrr....

Jadi, kebanyakan rumah sedare2 aku sudah ditenggelami air. Maka, malam 2hb Nov 2010, semua sedare belah mak aku, datang menginap di rumah aku. Makanya, malam tu kitorang gathered just because of a disaster. Make some ikatan ukhuwah dalam bencana. Makan sardin bersama-sama. Makan bihun goreng Mak Su aku bersama2. Dan aku, blogging lah, apa lagi (yang ni sorang2). Tapi port blogging terpaksa ubah tempat, ke rumah nenek ku, yg bersebelahan kerana x cukup bilik dan ruang. Almaklumlah, bayangkan 3 family dalam satu rumah untuk 1 family.

laptop aku terpaksa berpindah ke rumah nenekku... line streamix masih boleh dicapai... alhamdulillah

Malam 2hb juga, aku menonton tv 3 sambil diselang seli bunyi katak di luar rumah. Mau saja aku katakan diam kepada katak katak itu. Tapi, aku bukan Dr. Dolittle yang pandai berkata-kata dengan haiwan. Setakat bercakap dengan kucing jiran aku, aku boleh je. Kalau katak, memang aku mengalah.

3hb November 2010
Banjir sudah mula surut di depan rumah. Maka, hari ni, dengan agakan bahawa tempat2 lain sudah surut, aku pun bersiar-siar dengan motor untuk ke pejabat pos. Asalnya mahu mengirimkan sesuatu ke Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI, last2 jadi tukang snap gambar sepanjang perjalanan.
Di sebatang jalan berhampiran rumah aku.. rupanya rumah2 lain masih ditenggelami..
Jalan ke Pejabat Pos Alor Tampang (a.k.a Balai Baru), finally dimakan air...
Jalan nak ke SK Padang Melangit.. nama Langit, tapi rendah... diambil waktu nk g Pejabat Pos Kangar...
Dah lepas Padang Melangit, tersekat pulak kat Simpang Empat, Abi.. huh.. redah jugak...
Akhirnya, tersekat lagi di Behor Empiang.. tengok hah, sekolah pun naik air...
Masih di Behor Empiang
Air sungai yang berada pada paras 'raksasa'
Akhirnya menyerah kalah... jalan ke Kangar dah lumpuh..


Mak aku dah cakap, pejabat pos apenye banjir2 nih. Mana la ada orang nak keje time disaster ni..Tapi degil jugak nak pergi. Ahaha.. apepon, gambar di atas ni diambil sekitar jam 9 pagi 3hb November 2010. Cuaca mendung. Sedikit cahaya matahari menerobos tingkap langit. Tiada tanda hujan mahu menyiram lagi.. Tengah hari itu, menggunakan kamera bloggie yang tak secanggih mana nih, aku turun padang lagi. Merekod disaster movie yang bukan lawak2, tapi coobaaan yang betul2 terjadi. Ini adalah hasil kerja aku sebab boring dan x tau nk watpe. Tonton saja vid di bawah..



Vid ini adalah cantuman beberapa rakaman yg sempat diambil pada hari ini. Nampaknya tanda banjir akan surut sudah ada. Maka, mungkin tiada lagi laporan untuk 4hb. Jadi, setakat ini saja entry berjela ni. Adios.

Monday, November 1, 2010

Teater Muzikal Kanak-Kanak - Kerana Bunga

Khas buat semua warga KERANA BUNGA, inilah persembahan yang telah kita persembahkan pada 28hbOktober2010 tempoh hari.




Like teater ini di fan page
KERANA BUNGA