Thursday, September 30, 2010

Estet: Filem 1 Malaysia

Sebuah filem terbaru Mamat Khalid sudah dipertontonkan kepada warga Universiti Pendidikan Sultan Idris buat pertama kalinya. Karya dari pengarah yang banyak mengeluarkan unsur patriotik dan penyatuan dalam filem-filem sebelumnya ini hadir dengan nafas baru, menggandingkan dua kaum iaitu India dan Melayu dalam sebuah filem yang berkisar di sebuah estst. Sekadar rumusan kasar, Estet bukan filem yang hanya dipersembahkan secara santai. Ianya adalah satu filem yang memberi impak baru kepada rakyat Malaysia dalam mengenal konsep penyatuan dan kerjasama.

Dua dunia... Geetha (Jasmine Micheal) dan Farid (Farid Kamil)

Mamat Khalid, dibantu Farid Kamil juga Shasi Tharan membina Estet dengan warna yang tidak pernah ada dalam filem kita. Filem ini, yang juga dibantu Jasmine Micheal sebagai heroin utama selain penampilan istimewa Dato' David Arumugam, K.S Maniam dan juga Rosyam Nor. Dengan variasi pelakon dari dua kaum berbeza, Estet pastinya sebuah filem 1 Malaysia yang ditunggu segelap lapisan masyarakat.

Estet berkisar tentang Farid dan Sashi, dua sahabat baik berbeza kaum dan dunia hidup mereka di sebuah estet. 20 tahun pertandingan bola sepak tidak diadakan. Kini, sampai masanya pertandingan itu dihidupkan kembali. Sedar atau tidak, pertandingan yang bakal berlangsung ini rupanya adalah satu percubaan Pooniah untuk memiliki Geetha sebagai tebusan supaya Subramaniam melangsaikan hutangnya. Keseluruhannya, apa yang bakal anda saksikan dalam filem ini adalah jawapan kepada siapakah yang bakal memenangi pertandingan bola sepak itu, san juga siapa sebenarnya Kublai Khan?

Seperti biasa, dunia Estet Mamat Khalid dipenuhi dengan watak-watak yang pelbagai ragam. Semestinya itu normal pada filem-filemnya kerana dalam filem lain sebelum ini pun, binaan watak filem-filemnya pun adalah sama. Watak antagonis dibina dengan karakter yang cukup menarik. Ada impak filem Tamil dalam karakter Junna (Shoffi Jikan). Tapi, dalam bebanyak karakter dalam filem ni, karakter Kublai Khan adalah yang paling menarik (ada unsur-unsur Rajhni Khan dalam karakter ini) untuk dilihat. Pendek kata, Kublai Khan adalah karakter yang tidak mungkin membuatkan penonton berkata, 'aku dah tengok Rosyam Nor dalam karakter sebegini'.
Antara babak awal filem Estet

Naratif bermula dengan kelajuan sederhana. Pada pandangan penulis, permulaan cerita nampak bercelaru. Babak intro untuk watak Farid, Shashi dan Pooniah pada awal filem nampak tidak memberikan apa-apa impak. Bukannya mempertikaikan kewujudan babak itu, tapi mungkin garapannya kurang menjadi. Beberapa lama kemudian, semakin lama plot menjadi makin menarik. Bingkai-bingkai cerita digabung sana sini menjadikan Estet meriah dengan pelbagai babak lucu. Adegan demi adegan yang disusun dengan baik menyebabkan lawak Estet menjadi.

Mamat Khalid berjaya juga membina babak yang memberikan penonton double intepretation. Dalam satu babak dimana ayah Geetha mahu bunuh diri, Mamat Khalid membiarkan penonton untuk memilih sama ada untuk bersedih atas keadaan ayah Geetha, ataupun mahu bergelak ketawa dengan barisan anak pinak yang keluar nak membantu namun pengsan sebelum sempat menyelamatkannya.

Rosyam Nor sebagai Kublai Khan

Bercakap tentang lakonan, rasanya semua pelakon memberikan kualiti tahap biasa saja. Selari dengan mood filem ini yang bernaratif santai. Farid Kamil dengan side-kicknya Shashi Tharan ada kualiti. Tetapi, rasanya mereka boleh berikan lakonan yang lebih baik daripada itu. Tetapi, sebagai sebuah karakter dalam filem yang santai seperti ini, lakonan tidak kisah sangatlah. Yang penting, penonton memahami apa yang cuba disampaikan.

Filem ini juga ada babak menari dan menyanyi. Bukannya tidak menidakkan kredibiliti adegan-adegan sebegini, tetapi penulis mahu sesuatu yang sempurna dalam membina adegan sebegini. Koreografi tarian nampak berserabut dan tak kemas. Namun, pakaian dan kostum juga miming pelakon Farid Kamil yang menggunakan suara Awie adalah menarik. Tepat!. Persoalan di sini, mana pergi kekuatan industri filem untuk membikin lagu-lagu bertaraf tinggi. Kenapa lagu dalam filem mesti punya lirik yang nampak 'malas' untuk dibungakan? Satu lagi, kenapa kualiti audio untuk lagu nampak tidak mencapai tahap?

Penampilan David Arumugam tidak mengecewakan

Aspek CGI juga menarik untuk dilihat. Dari pandangan mata penulis, memang sah-sah kebanyakan adegan bola ditendang menggunakan bola CGI. Malah, bola yang melantun2 atas kepala Soffi Jikan juga sememangnya CGI. Keseluruhannya, Mamat Khalid berjaya menghidupkan babak komedi bukan saja pada dialog dan karakter, malah CGI juga digunakan sebaik mungkin untuk memberikan impak komedi.

Sinematografi Indra Che Muda memang tidak dapat dinafikan memberi kesan kepada filem ini. Suasana estet digambarkan dari sudut-sudut yang sesuai dan menarik. Malah, ianya memberi kesan kepada babak nyanyian khususnya. Sinematografi yang cantik juga membantu filem ini mewujudkan satu filem ala-ala filem Tamil yang bercirikan tempatan. Amat menarik apabila melihat filem ini cuba mereka satu cerita yang mirip filem Tamil cliche yang selalu ditonton. Adaptasi percubaan ini nampaknya hampir berjaya.

Kata-kata pengarah di tayangan perdana filem Estet, 29 September 2010


Kata-kata Shashi Tharan di tayangan perdana filem Estet, 29 September 2010

Di sebalik kesantaian Estet, Mamat Khalid cuba menyelongkar dunia 1 Malaysia yang diwujudkan pimpinan negara. Estet sebenarnya menegaskan tentang penyatuan dan kesepakatan antara dua kaum. Walaupun hanya dua kaum sahaja yang dipaparkan, filem ini bukanlah terlalu racism. Babak watak cina juga ada dimasukkan untuk menvariasikan filem ini. Sekaligus, Estet boleh dikatakan filem Malaysia yang penuh dengan realiti kehidupan masyarakat kita.

Estet menepati sasaran. Ianya penuh dengan komedi dan lawak biasa seperti mana yang ada dalam filem sebelumnya. Penuh dengan dialog santai, filem ini digarap dengan tema cerita biasa bertitik fokus kepada satu pertandingan bola yang diadakan di sebuah estet. Keseluruhannya, garapan Mamat Khalid ini memang menarik dan sesuai untuk semua masyarakat. Garapan ringan dan lawak yang tidak henti menyebabkan filem ini mungkin akan berjaya menarik penonton dari pelbagai kaum mahupun agama.

Estet akan berada di pawagam, November ini - CikguMan

Me, My Friends & Shashi Tharan


Me, my friends and Shashi Tharan di tayangan perdana filem Estet 29 September 2010


Wednesday, September 29, 2010

Small Matter - Short Film About Gangsterism

Persembahan demi memenuhi tuntutan asignment video material untuk kelas Material Development For Language Class... selamat menonton... :-)

Sunday, September 26, 2010

Sketsa 'Jadi Tak Jadi'

Dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, aku persembahkan karya arahan Fawiz Bakri dari ideal asal Nur Syazwani, JADI TAK JADI. Kisah cinta 69 ini yang mengisahkan Meon yang cuba memikat Aida. Kesudahannya? Saksikan.

Dibintangi pelakon jabatan Bahasa Melayu dibawah Persatuan Bahasa Melayu, Fawiz, Wani, Aida, Maisara, Ehsan dan Syazril serta dibantu dua pelakon jabatan Bahasa Inggeris, Man dan Tony.






Samseng Kampung Sudah Pencen Daa

Hari ni aku bangun dengan semangat semalam. Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Fawez dan juga member famili BM smester 5 yang menerima aku dan Tony masuk ke dalam produksi. Ini pengalaman pertama aku dalam persembahan sketsa yang penuh dengan latihan. Selama ni, sketsa cincai yang kat malam pengakap tu ada la aku buat. Tapi, yang penuh serius dengan latihan, ini adalah kali pertama. Apapun, persembahan sudah selesai, dan ianya akan jadi kenangan dan pengalaman aku untuk masa depan. Moga sketsa ini akan membantu aku menghadapi audien lagi, 28 Oktober ini, untuk teater, KERANA BUNGA (produksi minor teater). Teater besar itu yang rasanya lagi susah daripada JADI TAK JADI..

Ini adalah barisan pelakon2 yang membantu menjayakan sketsa ni. Dari kanan (bawah), Moja (Jamal), Tony (Sally a.k.a Salleh), Abg Azri (pengarah lakon), Khairul Zaman (Man). Tengah (dari kanan), Ehsan (Pak Hamid), Syazril (Meon), Fawez (pengarah), Imah (wakil meminang). Belakang sekali (dari kiri), Mai (Mila), Aidah (Aida) dan Nur Syazwani (Mak Dara).


Dalam cite ni, aku jadi side-kick kepada Meon. Watak aku ni pun last minit ditambah. Nak tak nak kena pakai spek itam. Jujurnya, aku punyala rimas tengok dunia dari dalam spek tu. Heran jugak macamnelaa boleh pula duduk dalam dunia gelap sedangkan dunia kita ni terang lip lip. Tapi, demi untuk menjayakan misi karakter samseng kampung yang nampak macam ada moto besar, tapi naik basikal kecik jer, aku pun jadilah seperti gambar kat atas tu.
Malam tu, walaupun bukan untuk kos aku (TESL), aku enjoy sangat2. Pengalaman ini memang satu yang rasanya mungkin takde lagi kot. Dapat kenal member2 baru yang aku x pernah kenal walaupun duduk sekolej, malah baru tau yang ada sorang ni hah ghopenye duduk senegeghi dengan aku. Boleh plak dia cover line cakap loghat perak. Ish3. Papepon, aku pun tak nak bebel panjang2. Cukup setakat ni..... Kepada Fawez, Wani, Aida, Mai, Ehsan, Moja & Syazril, TQ untuk malam2 latihan yang takkan aku lupekan.

Monday, September 20, 2010

Tiga Dunia [Awal Kalam]

Nasirul

“Cinta? Apa itu? Sejenis roti yang diperbuat daripada tepung gandum? Adakah ia seperti pisang goreng? Entahlah. Aku tidak pernah tahu tentang itu. Apa yang aku kenal adalah persahabatan. Ismail, walaupun dia itu cukup suka membuli aku, dia tetap rakan aku. Saleha dan Aisyah, tidak lebih dari hanya rakan perempuan yang memahami diri aku. Kehadiran seseorang dalam hidup aku buat aku kenal cinta. Tapi, adakah aku akan bersama mereka sampai bila-bila?”

Atikah Mastura

“Shah, kau kejam. Tapi salah aku juga kerana menerima cinta kau. Tidak, aku yang jatuh cinta pada kau. Maafkan aku kerana terlalu mengharap cinta yang tidak menjadi milik aku. Aku kini lebih berhati-hati mencari cinta yang terbaik buat diri aku. Osman, maafkan aku. Kau adalah rakan aku yang cukup baik. Tetapi, aku bukan ditakdirkan untuk kau. Ketenangan dalam persahabatan amat bermakna buat diri aku pada ketika ini. Namun, sampai satu masa, aku perlu juga mencari seekor kumbang buat aku yang sedang menguntum di taman.”

Irwan Khairul

“Sekolah itu, sekolah ini! Tidak ada satu pun sekolah yang berjaya menambat hati aku. Bukannya aku tidak suka mengajar. Tetapi, aku mahu pelajar yang boleh memahami aku dan juga sebaliknya. Pertukaran aku ke sekolah yang baru membuatkan aku terjumpa cinta baru. Namun, maafkan aku Sofea, kau adalah sahabat aku selamanya. Sejauh mana aku pergi, kau akan sentiasa berada di dalam hati aku.”

----------<>----------

Kenaifan dalam cinta membuatkan cinta itu menjadi satu perkara déjà vu dalam hidup. Ini kisah mereka yang mengalami cinta dalam suasana yang mungkin anda pernah alami.

akan datang...

P/S: ini adalah kisah yang sudah lama terperap dalam laptop aku. Ianya hanyalah nukilan 'boring2' semasa aku cuti sem Mei tahun lepas. Kisah pertama, memang bukan karya terbaik., so aku publish untuk bacaan anda. Dalam 1 bulan, aku telah merapu meraban sehingga 30 bab.. dan bab pertama bermula Isnin depan... dahulu di lappy, kini di bloggy...

Sunday, September 19, 2010

Kisah Kelip2 dan Anak Ikan

Sekor kelip2 muncul tepi tasik.. air yang tenang buatkan sang kelip2 teruja seketika.. tapi... adanya seekor ikan mengundang kegusaran di hati... lalu.. sang kelip2 pun terbang jauh.. terbang tinggi.... terbang menghindari tasik yang permai itu....

sang kelip2 hinggap di dahan, dahan yang kuat buat kelip2 tenang kembali.. tiada siapa2 mengganggu dirinya lagi.... namun, keadaan itu hanya seketika... seekor helang hinggap di dahan... di mulutnya, ikan yang mengundang kegusaran tadi... :-)

tetapi... kelip2 tak gentar sedikitpun... ikan yang mengudang kegusaran itu.. sudah tidak berdaya... sang kelip2 tersenyum riang... dia kembali ke tepi tasik untuk menikmati keindahan yang diimpikannya.. namun.. kenapa ada sahaja gangguannya... sang kelip2 kembali terbang ke atas hujung rumput yang berada berdekatan tebing.... air tasik yang berkocak tadi kembali tenang.. namun kelip2 tidak berani lagi mendekati kemilau di permukaan tasik itu....

tetapi, ada sesuatu yang menjadikan kelip2 tidak tenang.. kelip2 berfikir, kenapa air tasik berkocak.. kelip2 pernah dengar mak cik yang selalu memancing di tasik itu berkata, 'pokok yang bergoyang, pasti ada sebabnya'.. kelip2 berfikir untuk kembali ke permukaan tasik itu... pada masa yang sama, helang tadi sudah selesai makan ikan yang mengganggu kelip2... sewaktu helang terbang kekenyangan melalui permukaan tasik, kelip2 terdengar jeritan helang... seolah2 sesuatu telah berlaku kepada helang...

kelip2 nampak sang helang tiba-tiba disambar seekor ikan besar di tengah tasik. Rupa2nya, itu adalah ibu ikan yang sang helang makan tadi. Kelip2 tidak lagi mengeluh, rupa2nya ada hikmah di sebalik 'penghalang' yang Tuhan berikan... bayangkan kalau kelip2 tadi yang memakan ikan... sudah tentu kelip2 itu akan bercahaya dalam perut ibu ikan.... kejap3... tapi, macam mana kelip2 nak makan ikan????

namun.. bagaikan mimpi.. kelip2 seperti di arah terbang ke tengah tasik... di situ kelip2 nampak bulu burung helang terapung di permukaan... kelip2 sambil mengeluh perlahan.. terbang kembali di atas hujung rumput yang bergerak sekali skala disapa angin senja.. mulalah kelip2 memasang angan.. andai suatu hari dia menjadi helang... dia pasti bersumpah tidak akan menjadikan ikan sebagai mangsanya.... namun apakan daya... dia hanya seekor kelip2 sampai bila2...

kelip2 pulang ke rumahnya.... disebabkan adegan helang-ikan tadi... kelip2 tidak sedar hari sudah larut senja... apakan daya, kelip2 dikurung dalam rumah oleh ibu bapanya... kelip2 gembira dengan denda itu... ayah kelip2 hairan... kelip2 hanya diam... hanya dia yang tahu maksud diam itu... selepas ayahnya keluar dari bilik, kelip2 berkata 'lebih baik aku berada di rumah, aku mahu jadi helang.. tapi, kelip2 tetap akan menjadi kelip2'.... THE END


Saturday, September 18, 2010

Filem Cereka Top 20 Tempatan

Filem kita wajah kita. Di sebalik kemeriahan filem2 yang akan datang seperti Hanyut, Cuti-cuti Cinta dan juga Jangan Pandang Belakang Congkak yang akan menjelma kembali buat kali kedua, mari kita jenguk carta box-office filem tempatan berdasarkan kutipan bersumber dari FINAS. P/S: maklumat di bawah adalah sah sehingga Julai 2010.

1. Adnan Semp-it
Filem terbitan MIG Production ini berjaya menduduki tangga pertama filem tempatan terlaris setakat ini. Dengan kutipan 7.66 juta sepanjang tayangan, Adnan Sempit berada selesa di tangga pertama.

2. Lagi-lagi Senario

Dari Grand Brilliance, karya Aziz M Osman ini berada di tangga ke dua. Selesa dengan kutipan 6.33 juta sepanjang tayangan, filem ini masih bertahan di top 10 walaupun sudah lama diterbitkan pada tahun 2001 dahulu.

3. Geng: Pengembaraan Bermula
Buat pertama kalinya, Les' Copaque Production, sebuah syarikat animasi membawakan satu kelainan dalam industri filem tempatan. Dengan kejayaan Upin dan Ipin, Geng akhirnya mencatat kutipan sebanyak 6.20 juta sepanjang waktu tayangan.

4. Sembilu 2

Karya Yusof Haslam ini dahulunya antara yang mendominasi carta dan kini selesa di tangga ke empat. Filem terbitan Skop Production ini, yang diterbitkan pada tahun 1994 mengutip 6.10 juta sepanjang tayangan.

5. Jangan Pandang Belakang Congkak
Filem Ahmad Idham ini selesa berada di tangga ke lima. Filem ringan komedi horror ini berjaya mengutip 6.09 juta sepanjang tayangan. Tidak hairanlah penerbit, MIG Production yakin dengan idea filem ini untuk dipanjangkan menjadi sequel.

6. Jangan Pandang Belakang

Filem seram ini, sekali lagi terbitan MIG Production berada di tangga ke enam. Karya Pierre Andre ini hanya mampu mencatat kutipan bersih sebanyak 5.78 juta sepanjang tayangan.

7. Evolusi: KL Drift 2

Karya pengarah muda, Shamsul Yusof ini hanya mampu berada di tangga ke tujuh. Dengan kutipan sepanjang tayangan adalah 5.67 juta, filem terbitan Skop Production ini adalah nafas baru untuk filem aksi di Malaysia

8. Cicakman

KRU Communication hanya berjaya menduduki tangga ke lapan dalam carta ini. Cicakman, yang dipenuhi CGI hanya mampu mengutip kutipan sebanyak 5.15 juta sepanjang tayangan.

9. Maria Mariana

Filem drama romantik tahun 1996 ini jatuh ke tangga ke 9. Kutipan 4.72 juta sepanjang tayangan tidak mampu lagi menaikkan karya ini ke atas carta. Namun, filem ini masih antara yang terlaris selepas hampir 9 tahun berada di carta

10. Duyung
Duyung, sekali lagi karya terbitan KRU Communication menduduki tangga ke sepuluh. Karya A Razak Mohaideen yang pertama dengan syarikat itu hanya mampu mengutip 4.67 juta sepanjang tayangan.

11. Senario The Movie

Karya Aziz M. Osman ini, yang diterbitkan Grand Brilliance pada tahun 1999 berada di tangga ke 11 dengan kutipan sebanyak 4.58 juta.

12. Gerak Khas The Movie

Dari Yusof Haslam, filem terbitan Skop Production tahun 2001 ini adalah sebuah adaptasi drama tv yang talah berjaya mengutip sebanyak 4.40 juta.

13. Sembilu

Hanya mampu berada selesa di tangga ke 13 dengan kutipan sebanyak 4.39 juta. Filem ini, juga terbitan Skop Production antara filem yang terlama berada di dalam carta. Diterbitkan pada tahun 1994, filem ini selesa berada di top 20 selama lebih 10 tahun.

14. Senario Lagi

Sequel filem senario tahun 2000 ini hanya berjaya berada di tangga ke 14. Dengan kutipan sebanyak 4.37 juta, tidak hairanlah kenapa premis kumpulan ini masih digunapakai sehingga kini.

15. Senario The Movie: Episod 1

Senario The Movie versi Ahmad Idham ini, berjaya menduduki tangga ke 15. Diterbitkan MIG Production, filem ini berjaya meraih 4.26 juta sepanjang tayangan.

16. Lagenda Budak Setan
Adaptasi karya Ahadiat Akashah ini hanya mampu berada di tangga ke 16. Dengan kutipan 4.18 juta, filem ini tidak mengecewakan.

17. Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam

FilemYusof ini hanya mampu mengutip 4.14 juta sepanjang tayangan. Filem ini menunjukkan penerimaan penonton terhadap isu yang panas dan sensitif ini.

18. Remp - It

Mengutip sebanyak 4.00 juta sepanjang tayangan, filem ini menguji kredibiliti pengarah muda, Farid Kamil.

19. Evolusi: KL Drift

Filem drift yang menarik ini hanya mampu berada di tangga hampir tercorot. Dengan kutipan 3.90 juta sahaja, ianya tidak mematahkan semangat untuk penerbit membuat sequelnya.

20. V3: Samseng Jalanan

Filem ini hanya mampu berada di tangga ke 20 carta. Dengan 3.88 juta kutipan, filem ini tidak kurang hebatnya buat pengarah muda, Farid Kamil.

sumber gambar: sinemamalaysia

Wednesday, September 15, 2010

(18+) Parodi Seks Dari Filem Popular Hollywood


PEMBERITAHUAN:
ENTRY INI MENGANDUNGI UNSUR LUCAH, PEMBACA DINASIHATKAN MEMBACA ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI


Hadis Ibnu Abbas r.a:Sesungguhnya Nabi s.a.w bertanya kepada Maiz bin Malik. Apakah benar berita yang sampai kepadaku mengenai dirimu itu? Beliau bertanya pula kepada Rasulullah s.a.w, berita apakah itu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Aku mendengar bahawa kamu telah melakukan zina dengan seorang hamba perempuan si anu. Maiz bin Malik menjawab: Memang benar. Bahkan dia sendiri mengaku sampai empat kali, bahawa dia memang melakukan zina. Akhirnya Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dilaksanakan hukuman rejam ke atasnya.
- Hadis Riwayat Muslim


Ingat!!! Apa yang mereka lakukan ini adalah salah di sisi agama Islam. Agama lain pun rasanya tak menggalakkan. Jadi, saya sudah menasihat, terpulang pada anda untuk menilai...

--------------------

Di Hollywood, menjadikan filem popular kepada sebuah filem sensual (porn) bukanlah perkara luar biasa. Terlalu banyak filem sebegitu berlambak di pasaran dalam bentuk DVD dan Bluray sekarang ini. Ini ialah 12 filem yang telah dialihkan menjadi filem porno yang memang pastinya korang takkan percaya ianya wujud.

(gambar tanpa sensor)
The A-Team


(gambar tanpa sensor)
Octopussy (filem James Bond ke 13 James Bond)


(gambar tanpa sensor)
Alice In Wonderland


(gambar tanpa sensor)
Scary Movie


(gambar tanpa sensor)
Lord Of The Ring


(gambar tanpa sensor)
The X-Files


(gambar tanpa sensor)
Star Trek


(gambar tanpa sensor)
Terminator


(gambar tanpa sensor)
Twilight


P/S: sumber dirahsiakan. Gambar dikaburkan untuk menjaga tatasusila pembaca. Kalau nak tengok versi uncensored, sila kahwin. kenapa?? kerana.. ""Isteri-isteri kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

Tuesday, September 14, 2010

Chicago Dilanggar Todak!

Apa yang anda lihat ni bukanlah kejadian terbaru gempa bumi di Amerika Syarikat. Ini adalah footage2 semasa penggambaran filem Transformers 3 di Chicago Julai lalu. Nak ketahui berita tentang transformers, boleh klik sini. Jika mahu membaca kesilapan yang telah dikesan dalam filem Transformers dan Transformers 2, ini adalah linknya.

Kesilapan dalam Transformers
http://goofspotonfilm.blogspot.com/2009/11/transformers.html

Kesilapan dalam Transformers 2
http://goofspotonfilm.blogspot.com/2009/11/transformers-revenge-of-fallen-2009.html

Owh ya, sebelum entry ini ditutup, anda boleh klik gambar di bawah untuk saksikan penggambaran filem ini dalam format video.


Monday, September 13, 2010

Maria Ozawa Dikejar Mat Indo?



Sape tak kenal dengan Maria Ozawa?? Ok. Tak kenal, g tanya kawan-kawan yer.. Bagi yang tau tu, ini link khas untuk anda.

http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/09/menculik-miyabi-2010-dvdrip-indo.html

Kalau nak tahu, pelakon porno yang hangat ni dah belakon dalam filem Indo. Tajuknyer MENCULIK MIYABI a.k.a KIDNAPPING MIYABI.
Jom tonton trailernya...


Panas panas panas. Jom download jom! ehe....



Sunday, September 12, 2010

TQ Ikmal, Izani, Zamie & Aida ^_^

Entah kenapa hati ini tiba tiba mahu menulis satu perkara yang terlalu sukar untuk diungkaikan. Ianya berkenaan hati. Aku tanya, bagaimana hati ini mahu dirinya dijelaskan? Katanya kembali, luahkan apa saja yang jarimu mahu tekan di papan kekunci. Dengan bermodalkan akal yang tidak tahu hala tuju, aku menekan punat-punat keyboard ini untuk satu luahan isi hati yang cukup panjang dan pastinya korang takkan baca. Tapi, kalau x baca pun xpe, sebab ini adalah kisah aku, mereka dan juga jangkamasa 10 tahun yang sukar untuk dipercayai.

10 tahun, masih lagi macam dulu.. best kan??

10 tahun. Sedar tak sedar, itu jangkamasa kami bersama. Bukan berdua, tapi ramai ramai yer. Sori, no couple lagik. Malas untuk beri komitmen. 10 tahun, itu sebenarnya bukan angka yang terlintas dalam minda aku. Jangkamasa yang cukup lama. Sedar tak sedar, dalam diam juga persabatan ini masih lagi teguh. Walaupun lama kelamaan, semua akan berkeluarga dan akan ada hal masing-masing, semua ini akan jadi kenangan.

Syukur juga aku ada dengan diorang. Yelah, aku ni diam-diam jer. Dulu ni, aku kira 'skema' dan jugak segan nak cakap banyak. Entah kenapa semua itu tak terjadi dulu. Lepas sekolah, macam nak ulang balik zaman tu. Nak betulkan serba sikit yang mana patut. Ish, kalau ada mesin masa. Kena minta kat doremon nih. Ehe

...

10 tahun. Dah ada yang kahwin. Dah ada anak pun. Makin sibuk, makin busy. Tapi, harap salaing jumpe slalu nanti, insyallah. Owh, yg dah nak ada gaya macam nak naik pelamin , tgah hangat layan cinta. Wah, aku bila lagi?? Sory, aku xde komitmen untuk cinta lagi. Wa.. pertemuan kali ni memang macam-macam dapat tau.

Apapun, best ngan korang (sori, blog ni xde dialek utara.. ehe). Aku mintak maaf ler kalau ada perangai aku yang kadang-kadang mengguris ati. Kadangkala aku sedar mulut aku terlepas cakap, entahla selesa ke tak dengan perangai ni. Watever happen, i luv u guyzzzz... Bagi yang hadir hari ni, g jalan2, thanks to Ikmal a.k.a Black (sori, xde pesanan utk hg.. ahaha), Izani a.k.a Mak Lang (ehem.. lambat g ker aku nak tunggu utk ucap SELAMAT PENGANTIN BARU nih??), Zaimeza a.k.a 'the single' (selamat ke Langkawi..ehe), dan Aida a.k.a 'the future teacher', (study rajin2 yer dik.. ahahaha)... mekacih leeeer datang umah aku.

Papan keyboard nih dah buntu untuk ditekan. Sebenarnya ada banyak g nak diluahkan. Namun, aku dah buntu, x dapat nak menzahirkan apa yang ada. Ini saja yang aku mahu ucapkan dan lafazkan. Bubye...


(Movie Mistakes) Iron Man 2

Teringat kembali entry ni (klik), bagaimana aku boleh tersilap fakta. Terima kasih kepada yang membetulkan. Owh, entry ni sama saja dengan entry jahat untuk filem Zoo dan Pearl Harbor. Sekali lagi, entry jahat ini mungkin sudah ada dikupas, tapi rasanya ni adalah yang terperinci lagi teliti, dan dipersembahkan dalam bahasa santai.

Jom, aku persembahkan perkara yang boleh membuatkan Iron Man nampak hanya seperti besi buruk.

Saturday, September 11, 2010

Sayang Sate, Kesian Ketupat ^_^

5 tahun dulu, semua dalam satu kelas, pakai baju sama, semua sama. Walaupun perangai macam-macam, akhirnya semua kini ada jalan masing-masing. 2010, 5 tahun selepas tamatnya sesi persekolahan di SMK Abi, kitorang sekali g wat Reunion Kali Ke-2.

Malam tu, santapan paling klaazzzz adalah satee... so, bye bye la ketupat (kesian tol, ketupat tak habis)

Video ini khas untuk semua yang hadir dan jugak kepada rakan-rakan SMK Abi yang tak dapat hadir. Semoga jumpa lagi yer.... SELAMAAAT AAARIIII RAAAYAAAAAA!!!


Tuesday, September 7, 2010

Mereka Sedang Tertawakan Kita!

Orang bercakap tentang illuminati, freemason dan juga apa saja dakyah kafir mahu melesapkan islam di muka bumi. Orang juga bercakap tentang dunia yang penuh dengan dakyah dan hasutan halus yang tidak disedari wujud dalam kehidupan seharian. Malah, orang juga bercakap tentang perkaitan antara objek-objek dan tafsirannya. Owh, satu lagi, orang juga bercakap tentang perkaitan kehidupan mengikut apa saja pandangan. Namun, sedarkah kita, sedang kita mengangguk dan mengiyakan apa saja kajian tidak bersumber ini, kita sendiri sudah terpesong dan berpecah belah?

Kita sibuk mengiyakan dan membantah semua unsur-unsur Kristian dalam apa saja medium. Kita sibuk mengangguk mengatakan hal-hal berkaitan bersangkut paut dengan objek yang dibawa dalam ajaran yang memesong. Kita sibuk sebenarnya membawa perkara yang kecil untuk diperbesarkan. Kita sibuk sebenarnya hendak mencungkil setiap inci dan bucu medium-medium sehingga terbit spekulasi. Namun, sedarkah kita, sedang kita cuba membela umat Islam yang semakin ditindas, umat kita sendiri sedang berpecahbelah hanya kerana benda kecil?

Kita sibuk jugak pertahankan agama Islam. Kita sedar diri kita Islam. Kita tahu kita solat 5 waktu. Kita tahu puasa, zakat, haji dan lain lain. Namun sedarkah kita, kita juga sedang dipesong hanya kerana isu kecil. Kemana pergi perbahasan isu Palestin? Kemana pergi perbahasan isu Al Aqsa? Kemana? Kenapa kita perlu berbincang pasal kasut yang harga tak seberapa? Kenapa kita perlu bahas banyak tentang iklan yang seminit tu? Kenapa? Seminit iklan dan semurah kasut sajakah nilai isu perbahasan umat Islam??

Sedar atau tak, aku tak pastilah. Namun, sedang aku memikirkan tentang isu-isu kecil yang diperbesarkan (isu kasut Croc contohnya, juga isu iklan TV3 umumnya), terfikir jugak bahawa dalam kita sibuk membahaskan apa yang diterjemahkan dalam medium iklan mahupun kasut tu, rupanya kita sendiri sedang membentuk dua pihak yang saling bertelagah. Sedar atau tidak perkara ini, ianya memang terjadi.

Fikirkan wahai kawan2, aku rasa cukup sekadar (fokus aku kepada iklan TV3) meminta pihak TV3 mengharamkan tayangan iklan. Aku sendiri bersetuju dengan bantahan ini. Tetapi, apabila aku terjumpa gambar ini, aku fikir betapa bodohnya orang kita dalam membahaskan satu-satu hal. Aku ulangi frasa ini 'Namun, sedarkah kita, sedang kita mengangguk dan mengiyakan apa saja kajian tidak bersumber ini, kita sendiri sudah terpesong dan berpecah belah?'. Kenapa? Ini pandangan aku.

Sebenarnya, setahu aku sebagai umat Islam, aku rasa kita tidak perlulah memperbesarkan perkara yang tidak bersumber. Beritahu aku dimana asasnya tanda Kristian di Penang Bridge? Sebenarnya, kalau aku beritahu sesuatu, yang tanda kristian itu boleh dilihat di pelbagai angel Penang Bridge, korang percaya tak? Percaya bukan? Korang naik feri dan lihat tiang penyokong dan gabungkan dengan jalan raya. Sudah tentu korang tergamam. Lepas tu, ambil gambar dan guna software 'Paint' dan post di FB, "JAMBATAN PULAU PINANG ADALAH SIMBOL SALIB BESAR". Padahal, sejak dibina berkurun kurun, tak de sape ambil kisah pon.

Semua itu permainan akal. Aku petik kembali apa yang aku tulis dalam isu Croc "Kesimpulan, sekali lagi aku katakan bahawa'kita akan nampak apa yang kita mahu kita nampak'.Aku jelaskan di sini, jika anda nampak wajah Siti Nurhaliza, anda tenung-tenung dua tiga kali, tetiba muncul muka sedara korang. Pastu, korang kata 'ha, muka Siti macam muka adik aku la. bla bla bla'. Padahal, gambar itu adalh gambar Siti, bukan adik korang! Itulah kes yang terjadi dalam kes Croc nih. Manusia yang telah melakar kalimah Allah itu di kasut Croc itu nampak kalimah Allah yang orang lain tak nampak." Aku guna explanation ni sebab hal Croc dan hal iklan tv3 ni sama jer.

Persoalan yang timbul sekarang, siapa kita untuk bertanya tentang kebenaran. Adakah tuan punya gambar memang bertanya kepada pengarah? Ingat, jika kita memandai membuat assumption tentang apa saja yang berkait dengan agama, tetapi kebenarannya tidak ada (sama ada melalui sumber yang boleh dipercayai) kita sebenarnya sedang menyebarkan fitnah. Dan, sapa tak tau hukum fitnah, tolong tanya imam di masjid terdekat sekarang.

Apa pun, aku tidak bersetuju kalau ada orang menganalisis cara sebegitu. Cukup-cukuplah memesongkan akidah melalui apa yang telah dibuat. Tentang iklan tv3 tu, lihat secara keseluruhan, dan kaji mesejnya, bukan gambarnya. Bodohnya pemikiran sehinggakan songkok putih dikaitkan dengan Pope, orang miskin dikaitkan dengan kemunduran islam. Tetapi, memang aku setuju apabila teratai dikaitakan dengan Hinduism dan ajaib dikaitkan dengan Kristianity. Dua aspek itu memang terang-terang jelas dilihat.

Sebelum aku tutup bebelan ni, tolonglah ingat, Facebook yang Yahudi buat tu ada baik dan buruknya. Bayangkan kalau orang Yahudi yang tengah menyelia aktiviti orang Islam dalam facebook tu nampak hal ni. Mesti diorang tertawa terkekeh-kekeh dan mula gembira dan berparti. Kenapa? Kerana mereka sudah berjaya memecah belahkan umat Islam tanpa mereka masuk campur dalam apa pun. Mereka tidak ganggu sembahyang kita. Mereka tak ganggu puasa kita. Tapi, mereka tidak menganggu pemikiran kita? Oh tidak. Iyakan saja bahawa mereka sebenarnya sudah berjaya memesongkan pemikiran kita dengan perkara kecil sebegini.

Sudah pasti Yahudi Laknatullah sedang tertawa apabila melihat beribu komen yang membela dan membantah gambar logo Croc mahupun Penang Bridge with Salib tu. Bayangkan apabila mereka bercakap sesama mereka ' Yeay, orang Islam sedang gaduh-gaduh tentang Penang Bridge ada Salib. hahahaha... tak lama lagi, runtuhlah Islam'... Bayangkan!!!

Sebagai muslim yang tahu menggunakan facebook, gunakan facebook sebaik mungkin. Ianya berguna jika tidak disalah gunakan. Lekalah dengan facebook. Tidak mengapa. Tapi, bahagikan masa untuk 5 waktu anda. Kerana selagi 5 waktu anda tidak ditinggalkan, facebook bukanlah medium yang akan berjaya memurtadkan orang Islam. Aku menulis kerana aku sedar bahawa dua tiga menjak ni banyak sangat orang cuba kaitkan benda-benda yang dahulunya tak pernah terpikir nak dikaitkan dengan Freemason dan Illuminati. Sampaikan ketupat segitiga pun dikatakan punya lambang piramid yang melambangkan All-Seeing Eye. Apekah?

Akhir kalam, kepada 'orang yang nampak salib', tolong berhati-hati dalam menganalisis. Anda menganalisis hal berkaitan agama. Jikalau sastera, ianya masih ok. Kalau agama, jika anda menafsirkan salah cara, penafsir sebenarnya adalah pemesong paling kuat untuk meruntuhkan dan meleraikan umat Islam yang bersatu padu. Korang fikir dengan pengharaman iklan kita sudah berjaya membantu? Tidak. Kita hanya akan membantu Islam hanya dengan BERHENTI BINCANG BENDA KECIL NI DI FACEBOOK. Ingat, mereka sedang tertawakan kita. Wallahualam.

Monday, September 6, 2010

Kisah Iklan TV3!

Bila sampai raya, mula la kompany2 besar mula lumba-lumba buat iklan raya. Petronas, Telekom, TV3 bla bla bla (sekadar menamakan beberapa company besar) adalah antara pengkarya iklan yang begitu indah. Bermula dari tradisi penghasilan iklan dari allahyarhamah Yasmin Ahmad untuk Petronas, 'gejala' iklan untuk raya yang boleh juga dikenali sebagai filem pendek (dalam versi simple), semakin melimpah limpah.

Tahun demi tahun, ada saja iklan baru yang rakyat malaysia nanti. Aku sendiri melihat perkara ini sebagai satu perkara positif untuk industri filem pendek. Manakan tidak, mana orang bayar rm10 lebeyh untuk tengok filem pendek 1 minit. Jadi, iklan raya sebegini adalah satu medium yang sesuai untuk para penerbit filem pendek melontarkan idea.

Idea ni macam air dalam gelas. Kalau lama-lama kita minum sikit-sikit, teguk teguk pun, lama lama, kalau orang lain tak tolong tambahkan, akan kurang dan kering. Malah, kena tengok jugak sape yang tolong tambahkan air tu. Kalau kita minum air sirap, pastu dia g tambah air bandung, maka sirap tadi dah jadi bandung. Jadi, tanya pula pada diri kita, adakah bandung itu baik untuk diri kita? Kalau bandung tu pekat, maka rasanya untuk kencing manis kurang elok la kot.

Cube fahami ironi bandung-sirap dengan satu iklan yang ingin aku bincangkan ini. Pada mulanya, aku tak pernah tonton pun iklan tv3 nih. Yala, kat kolej aku jarang aku tonton tv. Jadi, pulang beraya ni, sempat blog walk dan dapat tahu dari blogger lain. Apa kes dengan iklan tv3 kali ini? Aku cari di YouTube, dan ini adalah iklannya bagi yang belum menonton.



Terjemahan setiap babak dan kaitan dengan murtad, illuminati, dan juga kristianity dijelaskan di sebuah blog ini, sila klik (anda diharap membuat penilaian sendiri). Pada pandangan aku, hal itu tak perlulah sampai menterjemahkan setiap inci dengan pandangan dan teori. Tak payah nak besarkan sehingga jadi isu pasal jambatan bersalib la semua tu. Penjelasan aku mudah, rujuk isu Croc (klik). Cukup sekadar melihat keseluruhannya saja memadai. Pada aku, melihat keseluruhannya pun sudah cukup untuk mengatakan bahawa iklan tv3 kali ini tidak ada nilai moral seorang Melayu. Iklan ini terlalu moden sehinggakan aspek Melayu dan Islam itu dikaburi. Apa yang penonton nampak hanyalah sebuah iklan biasa yang tidak dapat diterjemah secara luas sepertimana iklan dahulu.

Iklan tv3 yang tahun 2007 menarik. Itu ada moral. Cukup luas nilai-nilai 1 Malaysianya walaupun hanya menggunakan dua orang pelakon. Idea sebegitu ringkas sudah memadai untuk menghasilkan gelak ketawa dan sindiran sinis buat orang berpuasa yang sampai terlalu lapar sehingga ambil makanan orang lain. Tindakan tarik balik iklan taun ni oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 tu memang wajar kot. Sampai ada bincang-bincang dalam forum dan jugak facebook.

Pandangan aku, sebagai seorang Melayu, aku sendiri tidak bersetuju dengan idea 'santa claus' muslim yang dijana dalam filem ini. Babak fantasi sebegini sebenarnya terlalu berat untuk diterima khususnya untuk Melayu. Mungkin, (pada pandangan aku) idea ini timbul dari orang-orang yang ingin mengetengahkan semangat '1 Malaysia' dalam iklan ini. Namun, rasanya konsep '1 Malaysia' yang diterjemahkan dalam filem ini nampak kasar dan terlalu menyentuh aspek agama. Dari dulu g, iklan mana yang tak ada Melayu, Cina dan India dalam satu iklan? Semua ada kan? Penerapan nilai itu tak ada sape bantah. Kenapa? Sebab ianya tidak menyentuh moral agama.

Moral agama dicampur adukkan? Yalah, sekadar menonton saja pun sudah dapat diagak apa yang cuba dicampur aduk. Pak cik 'santa' berkopiah putih menaiki beca mengarahkan kita ke agama Kristian. Adegan masak masak dalam teratai pula nampak mengarahkan kita ke agama Buddha. Ya, aku akui ianya video berkonsep '1 Malaysia' tapi, ianya terlalu kasar dalam penterjemahan. Memang patut iklan ini di'banned'. Come on, cari idea yang lebih natural, lebih rapat di hati juga tidak menyentuh mana-mana agama walaupun mahu tunjuk konsep '1 Malaysia'. Ini adalah Hari Raya kita. Banyak lagi yang perlu diterokai.

Saturday, September 4, 2010

3 Budak 'Bodoh' Dan Aku :-)

Malam ni, lebih kurang 11 mlm, tren bersama pakcik baju biru akan datang ambil aku kat stesen ketapi Tanjung Malim. Tapi, petang2 ni (bila aku je sorang2 nyer penghuni 2-5-12 yang belum pulang) aku ambil masa untuk layan filem hindi. Semalam aku tonton I Hate Luv Storys, pastu sesi tengahmalam aku tonton Lahore (filem boxing yang dilakonkan di Malaysia, bangga jap bila ada filem hindi ada dialog bahasa Melayu). Hari ini, aku teruskan dengan filem ketiga, 3 Idiots. Sesuai dengan nombor '3' pada tajuknya, filem ini akan aku habiskan di 2-5-12 sebelum aku tonton filem lain di rumah sebelum menjelang raya (sambil lepak2).

Sempurna, penuh mesej, tangisan dalam tertawa dan penuh drama. 3 IDIOTS ada semua itu. Pengalaman menonton 3 IDIOTS sebelum pulang berhari raya adalah satu pengalaman luar biasa. Ianya adalah satu jangkamasa untuk emosi yang padat. 3 IDIOTS karya Rajkumar Hirani ini luar biasa dan cukup padat. Namun, ianya masih memberi peluang kepada penonton untuk bersantai dengan kehidupan yang dipaparkan dalam filem ini. Ianya bukan sebuah filem (pada aku), 3 IDIOTS adalah satu tamparan kepada dunia pendidikan dan juga kehidupan. Melihat dari sudut seorang mahasiswa, filem ini dekat di hati sehinggakan aku berkata sendiri, 'patut tunjuk kat lecturer nih, biar diorang paham sket!'...

baca review (klik sini)
download filem (klik sini)



Lirik:

Gungunati hain yeh hawayein
Gungunata hai gagan
Gaa raha hai yeh saara aalam

Zoobi do param pum

Zoobi doobi zoobi doobi pum paara
Zoobi doobi param pum
Zoobi doobi zoobi doobi naache kyun
Paagal stupid mann

Zoobi doobi zoobi doobi pum paara
Zoobi doobi param pum
Zoobi doobi zoobi doobi naache kyun
Paagal stupid mann

Shaakhon pe pattey gaa rahe hain
Phoolon pe bhanvre gaa rahe
Deewani kirine gaa rahi hain
Yeh panchhi gaa rahe

Ohhh..
Bagiya mein do phoolon ki
Ho rahi hai guft-gu
Jaisa filmon mein hota hai
Ho raha hai hu-bahoo

Zoobi doobi zoobi doobi pum paara
Zoobi doobi param pum
Zoobi doobi zoobi doobi naache kyun
Paagal stupid mann

Zoobi doobi zoobi doobi pum paara
Zoobi doobi param pum
Zoobi doobi zoobi doobi naache kyun
Paagal stupid mann

Rimjhim rimjhim rimjhim
San san san san hawaa
Tip tip tip tip boondein
Gurrati bijliyaan

Bheegi bheegi saree mein
Yun thumke lagati tu
Jaisa filmon mein hota hai
Ho raha hai hu bahoo

Zoobi doobi zoobi doobi pum paara
Zoobi doobi param pum
Zoobi doobi zoobi doobi naache kyun
Paagal stupid mann

Zoobi doobi zoobi doobi pum paara
Zoobi doobi param pum
Zoobi doobi zoobi doobi naache kyun
Paagal stupid mann

Amber ka chand zameen par
Itra ke gaa raha
Ek tim tim toota tara
Ithla ka gaa raha
Hai raat akeli tanha
Mujhe choo le aake tu

Jaisa filmon mein hota hai
Ho raha hai hubahoo

Zoobi doobi zoobi doobi pum paara
Zoobi doobi param pum
Zoobi doobi zoobi doobi naache kyun
Paagal stupid mann

Zoobi doobi zoobi doobi pum paara
Zoobi doobi param pum
Zoobi doobi zoobi doobi naache kyun
Paagal stupid mann...!!!

Owh, dalam filem ni, aku suke lagu ni. Catchy dan best. layan Zoobie Doobi dari filem 3 Idiots. Lagu ni ada waktu Rancho bawak ayah kawan dia g ke hospital. Kira permulaan kisah cinta antara Pia dengan Rancho la dalam lagu ni. Pada aku, lagu ni cukup untuk menggambarkan perasaan Pia yang berkecamuk bila cintanya dicuri Rancho.

Selamat bercuti buat semua sahabat2... pulang baik2.. yang x pulang, jaga logo 'botol' kita tu baik2, nanti bersepah :-) daaa

Friday, September 3, 2010

I Hate Luv Storys... I Love It



Terpikat dengan romantik pasangan Simran dan Jay selepas menonton filem ini. Sape yang nak filem romantik hindi terbaek yang terkini, filem ni memang best. Five star woh!!! Filem ni antara yang berjaya membuat aku tersenyum dan merayau2 tentang cinta dalam dunia filem ini yang begitu indah. Dibintangi Imran Khan dan Sonam Kapoor, filem ini membuka ruang buat pengarah Punit Malhotra menonjolkan visual dan kisah yang menarik.

Nak muvinyer??? download di sini. Kalau nak baca review, baca di sini.

Thursday, September 2, 2010

Hari Ini Aku Mahu Tidur Sepuas-puasnya


Hari ini aku mahu tidur sepuas-puasnya
Selepas bangun 6 pagi
Terus kejar bas beratur berdiri
Dikelilingi tong sampah kaum Bahtera yang wangi
Dan juga 'kain-kain' yang bergantungan di sekeliling
Mencuci mata sebelum berpaling
Memandang bas yang menunggu
Di hadapan hentian situ

Hari ini aku mahu tidur sepuas-puasnya
Selepas habiskan 4 jam kelas terakhir
Yang penuh dengan kata-kata ilmu
Tetapi aku tidak lagi bernafsu
Kerana hati ingat pada kamu
Wahai perlisku

Hari ini aku mahu tidur sepuas-puasnya
Selepas mindaku merayau jauh
Melupakan 'sweater' yang selalu melekat di tubuh
Menanti dalam mata tertutup
Menunggu dalam samar-samar
Mengantuk tak dapat menutup mata
Sehingga ia kembali kepadaku semula

Hari ini aku mahu tidur sepuas-puasnya
Selepas aku buntu di meja berlampu
Di hadapan 'Wi-fi UPSI' yang laju
Menatap Facebook dah tak berlagu
Lalu, 'CikguMan' malas memburu
Kemudian, Melihat trafik dalam 'Nuffnang' yang laju
Buntu... buntu... dan buntu

Hari ini aku mahu tidur sepuas-puasnya
Pukul 5 terpaksa melayan adik-adik 'EC' yang berkejar
Ke sana mencari 'orang popular'
Meminta komentar
Sudahkan aku menjadi 'Justin Bieber?'

Hari ini aku mahu tidur sepuas-puasnya

Tapi,
Hari ini terpaksa juga berhempas pulas
Membasuh segelintir bakteria yang malas
Menyental dengan kekuatan tangan yang keras
Mungkin pada jam 12
Atau sebelum memasak beras
Beras????
Alaaaa... malas


Hari ini aku mahu tidur sepuas-puasnya
(menguap)
(pejam mata)
Bangun semula esok pagi...
Melihat semua berpusu pulang
Ke kampung dikenang


2 September 2010, Tanjung Malim