Akan Datang!

Saturday, August 28, 2010

Malaikat Mendarat Di Kaabah: Kebenarannya?

Antara percaya atau tidak, antara ilusi atau kenyataan. David Copperfield pernah membawakan ilusi hebat yang menjadi masterpiecenya. Suatu ketika, hasrat DC untuk menghilangkan menara berkembar Petronas setelah berjaya menghilangkan Statue Of Liberty di New York ditolak kerana dikatakan satu helah ilmu hitam. Namun, beberapa ketika, apabila otak mula dipecahkan, maka akhirnya ilusi menghilangkan Statue Of Liberty akhirnya berjaya dibongkar. Bayangkan kalau David Copperfield berjaya membuktikan bahawa dia berjaya menghilangkan KLCC dan mengembalikannya, adakah itu akan menjadi satu lagi sejarah kepada KLCC??? Namun, malangnya pada masa itu, minda kita sempit dengan pemikiran 'ilusi' dan membuatkan kita percaya kepada sesuatu yang sebenarnya satu ilusi.

Bukan mahu bercakap panjang tentang DC, tetapi kali ini entry ini membawa lagi satu perkara untuk difikirkan.

Segala puji bagi Allah Pencipta Langit dan bumi,
yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan yang bersayap,
dua-dua, tiga-tiga, dan empat-empat.
Allah menambah apa yang dia kehendaki tentang ciptaanNya.
Sesungguhnya Allah maha kuasa atas segala sesuatu.
(Fathir: 1)

Menurut surah ini, kebenaran terbukti bahawa malaikat mempunyai sayap. Ianya adalah kebenaran dari Al Quran sendiri. Wujud pulak kini, video tentang malaikat dan pendaratannya di atas Ka'abah kini ada di mana mana. Sama ada YouTube mahupun blog dan Facebook yang 'embed' perkara ini, ianya membawa kepada persoalan, sejauh mana kebenaran video ini?

Gambar asal


Penjelasan


Sekarang, terserah kepada diri anda sendiri untuk membuat kesimpulan

Thursday, August 26, 2010

Putus Cinta Lagi.. Lagi2 Ku Putus Cinta...^_^

Sayang sayang aduhai sayang
Adik bingung bertambah runsing

Hendak dibuang bertambah sayang
Sudah menjadi darah dan daging


Teringat juga kadangkala sukar untuk membuat pilihan. Road Not Taken, Tekken, Token mahupun Taikon tidak mampu untuk membuat pelihat secara senang dan mudah. Ya, membuat pilihan memanglah perkara yang sudah sebati bagi semua orang, SUKAR!.... tetapi, pilihan memang perlu ada. Kalau tak, hidup tak meriah. Bayangkan hidup tanpa emosi marah, sedih, gembira, dan sebagainya. Wujudkan satu dimensi ini dalam bilik anda, rumah anda, jamban anda ataupun kolej kediaman anda.. anda akan sedar bahawa hidup tanpa emosi adalah sukar. Bukan sukar, malah perit, dan memeritkan.

Kenapa?

Senang jawapannya. KERANA KITA DIBERI NIKMAT EMOSI .... dimana emosi akan hadir??? EMOSI akan hadir bila ada CINTA....
EMOSI akan hadir bila ada PERSAHABATAN....
EMOSI akan hadir bila ada MASALAH ....
EMOSI akan hadir bila ada MASANYA ....
dan
EMOSI akan hadir bila ada PILIHAN...

Pilihan??

Berbalik kepada isu besar yang dibesarkan, mahupun sengaja dibesar-besarkan. Kadang-kadang kita perlu memilih. Dalam memilih, ada dua perkara iaitu MELEPASKAN dan MENERIMA. Dalam memilih, kita perlu hadapi pro and cont yang hadir. Seorang professional terpaksa menghadapi pro and conts jika terpaksa menyanyi dalam keadaan batuk-batuk (tambah-tambah bila penyanyi Anuar Zain yang akhirnya bersuara Saleem).

Ini adalah pilihan yang aku perlu buat... MELEPASKAN KAMERA DIGITAL dan menerima HANDYCAM.

Ianya satu perkara kecil saja. Dan setelah berfikir panjang. Akhirnya aku ucapkan selamat tinggal kepada kamera digital aku (di'trade in'), dan menerima HD HANDYCAM Sony . Walaupun aku kini tidak lagi akan mengambil gambar kandid still yang terbaeek seperti dulu, obsesi aku untuk HANDYCAM tercapai jua. HANDYCAM, nama pun kamera video, makanya skop untuk video jer. Gambar boleh saja diambil dengan kekuatan 5MP saja. Kualiti video dan audio tahap tinggi, itu yang dikehendaki. Bye2 era candid.
Sony Bloggie (era baru untuk video HD aku)

Bye...

Monday, August 23, 2010

Lady Gaga & Hinaan Agamanya....

Apa yang akan aku tampilkan ini mungkin tidak berapa disukai beberapa pihak. Aku akui aku memang tidak bersetuju tentang isu kasut Croc yang pernah keluar beberapa bulan lalu. Ianya adalah benda kecik yang dibesarkan. Tetapi, perkara yang ini mungkin adalah perkara besar yang mungkin telah dikecilkan sehingga kebenarannya tertinggal sisa-sisa dan hanya yang mampu melihat tersirat saja mampu membaca.


Kehebatan Lady Gaga, gadis pelik yang juga pernah dikritik dalam Vampires Suck bukan saja pada fesyennya, malah juga lagu-lagunya. Semua mengenali ikon ini dengan pakaiannya yang pelik2. Dan apa yang akan aku bawakan ini, adalah untuk pandangan anda sendiri. Bukan untuk menafsirkannya dalam satu hala, tetapi aku tinggalkan ia dengan satu persoalan. Kebenaran itu di tangan anda, fikirkanlah.



Tahu muzik video ini? Video panjang nih. Al kisah tersirat di sebalik video ini dibongkar oleh seorang blogger (bukan aku). Apa yang akan anda baca berkait dengan All-Seeing Eyes, Illuminati's dan juga pandangan agama tentang siapa sebenarnya Alejandro dalam lagu ini.

Pos ini hanya untuk renungan fikiran, para pembaca diharap membuat penilaian sendiri.

Sunday, August 22, 2010

Saturday, August 21, 2010

Kerana Bunga-Bunga Akan Bercerita (4)

Aku balik rumah (kolej), kadang-kadang tersenyum sorang-sorang. Aku fikir, mana la perginya perasaan aku yang dahulunya selalu sukar aku tafsirkan. Yang aku tahu, 'senyum' itu dah jadi macam satu tebiat bila aku dok sorang-sorang. Bukan aku gila (no! no! nowww!). Just teringat kepada persoalan yang selalu aku fikirkan, adakah aku akan berjaya menjadi sesuatu yang baru dan juga tersendiri. Bukan mudah mahu melakukan satu ajakan paradigma sebab pada aku, hanya diri aku sendiri yang mampu mengubah diri.

Silap? Oh tidak! Ianya bukan satu kesilapan. Ianya juga bukan satu mistake atau kekhilafan. Ianya berkenaan kehendak. Kerana Bunga-bunga akan bercerita Edisi 4 membawa korang ke dalam sesi pocket a.k.a script reading sesi kedua. Malam tu, disebabkan al-kehadiran tidak mengujakan, maka kerja aku yang simple adalah senang saja. Duduk diam dan memerhati.
Sesi buat kostum, bayangkan kostum aku macamne? Cuba bayangkan!

Adegan ini, mungkin tiada dalam persembahan!

En. Zul memberi arahan kpd Kak Nida (baju oren) juga Kak Mar (tengah gambar) dan sang bunga2. Mana aku???

Ester, Dayang Dua sedang di'polish'... bekilat woh!

Ni sape??? Ni la aku!.... ehe

Itu saje untuk edisi ke-empat. Takde pape yang menarik sangat. Tapi aku punye part sudah rasa feeling tuh! Bayangkan mau jadi burung perlukan pergerakan dan mimik muka, insyallah kurus lah aku!!! ehe... itu saje kali ini.. Sang Burung undur diri.. cit! cit! cit!

Friday, August 20, 2010

Semalam, Aku Tonton 'Arundhati'... Pergh!


Semalam aku tengok Arundhati (అరుంధతి), sebuah filem Telugu. Lama sudah tak tengok filem Telugu. Rasanya ni kot satu-satunya filem Telugu yang ada dalam archive movie aku. Aku tengah cari Magadheera ( మగధీర), sebuah lagi filem Telugu yang nampak best. Owh ya, aku juga menanti-nanti filem terbaru Rajinikhanth, Endhiran (எந்திரன்).Hari ni, aku nak cite tentang Arundhati, walaupun filem ni dah lapuk dah kot, aku nak cite jugak.



Hah, trailer nampak macam best. Memang best pun cite ni. Dalam satu ayat, aku boleh simpulkan bahawa Arundhati punya editing yang pantas, dialog yang cukup menyeramkan, juga visual yang cukup padat dengan efek. Kiranya, filem ni aku boleh katakan Telugu's 300 la. Memang superb dan mengagumkan. Tak sangka jugak filem ni sebaik itu. Jangkaan yang tidak pernah tersampai akal. Dan dalam banyak-banyak lagu, lagu ni paling aku suke..



Meleset sana sini, nak tau citenyer tentang ape? Citenyer tentang Arundhati (Anushka) cicit kepada raja yang memerintah Gadwal (satu daerah) yang mendapat sumpahan daripada keturunannya sendiri. Dulu kala, Arundhati adalah seorang wirawati yang telah meyeksa Pasupathi (Sonu Sood), suami kakaknya kerana membunuh. Nak dijadikan cite, Pasupathi tak mati tetapi berjaya menuntuk ilmu black magic dan balik untuk revenge against Arundhati. Dalam satu pertempuran tuh, Arundhati berjaya lumpuhkan Pasuphati dan untuk tidak membebaskan kuasa jahatnya, Pasupathi dikurung hidup-hidup dalam satu benteng. Kisahnya kembali ke zaman sekarang, bila Arundhati (watak zaman kini) menyedari dia adalah jelmaan semula Arundhati.

Pada aku, yang aku terlintas nak cite tentang filem ni bukan ape, sebab filem ni memang best dan memang bukan Telugu style yang dulu. Memang best banget...

Award yang pernah dimenangi sewaktu menyertai Nandi Awards
  • Best Villain - Sonu Sood
  • Best child actress - Divya Nagesh
  • Best editor - Marthand K. Venkatesh
  • Best art director - Ashok
  • Best audiographer - Radhakrishna & Madhusudhan Reddy
  • Best costume designer - Deepa Chandar
  • Best makeup artiste - Ramesh Mahanti
  • Best male dubbing artiste -P Ravi Shankar
  • Best special effects - Rahul Nambiar
  • Special Jury Award - Anushka Shetty
Yang paling best, bila watak bomoh dalam ni adalah Muslim. Aswad namanya. Maka, kira filem ni lebih kurang sama dengan Santau jugak jadinya. Memang best tengok babak Aswad lawan rasuk hantu dalam filem ni. Gempak. Nak tengok, klik sini.

Monday, August 16, 2010

(Movie Mistakes) Zoo

Akhirnya blog ini sudah sampai genap 2 tahun. Seronok jugak sebab tak menjangkakan bahawa aku akan diikuti ramai 'peminat'.. weheee... papepun, sebagai tanda terima kasih... aku nak hadiahkan 15 kesilapan yang dikesan dalam filem terbaru Azahari Zain, Zoo.

Saturday, August 14, 2010

Kerana Bunga-Bunga Akan Bercerita (3) in 3D

Bersedia untuk visual paling menarik dalam sejarah! Kini, buat pertama kalinya post ini akan dilekatkan dengan gambar ala-ala 3D. Dengan sedikit adjustment menggunakan Photoscape, maka, edisi Kerana Bunga kali ini menampilkan gambar-gambar sekitar latihan pertama in 3D.

kalau x jelas gambar tu.. memang sengaja yer dibuat cam2

GLASSES ON

Kak Mariati dengan babak bertajuk 'saya mahu lari rumah'

Rakyat jelata Indera Kayangan yang hadir untuk pementasan


Sesi latihan yang memang happening

Ahli sihir dan bola ajaibnya berlatih jampi baru

Pengawal-pengawal yang mengelilingi Kak Nida selaku tukang arah lakon

Bunga sebelum tumbuh kelopak sedang beraksi

Ahli sihir vs bunga sakti

GLASSES OFF

P/s: 'bersedia untuk visual paling menarik dalam sejarah!', konon saja.. aha

Friday, August 13, 2010

Kerana Bunga-Bunga Akan Bercerita (2)

Kepada kanak-kanak baru lahir, jangan terkejutlah dengan entry paling pelik dalam sejarah blog ni nih. Owh ya, apa pun.. ianya adalah satu 'homework' yang sengaja mahu dikongsi kepada anda smua.

Mampos... macamne aku nk buat tengkuk macam 2??? Bunyinyer.. fuh! Tapi, boleh ni rasanya.. kejap aku try.. (ok.. korang x nampak aku buat)..



Bunyi ni nampak simple..hmmm.. akan pertimbangkan!



Yang ni pun stylo gak!!..



Yg ni pon!!

Tapi.. hah.. apa kate kalau jadi burung tetapi dalam diri sendiri.. macam dalam iklan ni.. ehe



Apapun, tengok la macam ne nak jadi nnt. Huh.. ilham ooo ilham!!!! Kerana bunga-bunga akan bercerita lagi... akan datang... Wasssuuuppp!!! (sambil meniru suara burung)

P/S: pos ini berkesinambungan dari post ini

Thursday, August 12, 2010

Tidak Ada Kucing Dalam Library, Confirm!

Bagi penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mungkin terkejut, dan juga termenjerit ataupun apa saja ter setelah mendengar berkumandangnya lagu 'Memory' dari teater muzikal 'Cats' pada jam 4.15ptg di library, tolong jangan balik ke kolej kediaman anda untuk memberitahu rakan yang berada di sebelah anda bahawa Perpustakaan UPSI berhantu. Ianya tidak ada kaitan pun dengan kisah seram ataupun tindakan pihak library yang mahu menghalau student untuk keluar dari library. Malah, semua itu tidak ada kaitan pun dengan apa saja benda negatif yang korang smua fikirkan.

Sekali lagi, eh tidak... buat pertama kalinya, library kami sudah kehilangan seri (ayat ini ditujukan buat bukan penuntut UPSI yer!) Setelah bertugas dari awal penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris, akhirnya Cik Zahariah Mohamed Sharoon bersara dari tugasnya sebagai Ketua Pustakawan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

'pose' candid yang sempat dirakam semasa perjumpaan 'sulit' antara MT Kelab Rakan Pustaka pada pagi persaraannya

Majlis pada petang 12 Ogos 2010 itu juga dihadiri Timbalan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Dato. Dr. Aminah Ayob. Pada aku, Ketua Pustakawan ni memang terbaeeeek. Dengan sejarahnya yang berjela panjang, memang segala ilmu dan pengalaman dicurahkan kepada library ini dan hasilnya, adalah apa yang korang dapat lihat sekarang (bagi bukan UPSI, datang dan lihat keindahan library kami.. wehe). Apapun, yang pergi akan pergi.. dan pastinya yang patah akan berganti. Kalau patah kaki, boleh ganti kaki palsu, senang jer. Tetapi, hendak mencari Ketua Pustakawan baru yang setanding Cik Zahariah mungkin sukar.

sesi mengambil makanan percuma.. wehe.. hari kedua puasa yang jimat

Dato. Rosli Taib (Pendaftar) bersama Cik Zahariah (Ketua Pustakawan) yang diraikan

Staf library yang meraikan
Ramah mesra terakhir sebelum bergerak meninggalkan UPSI

Dalam majlis yang habis lebih kurang 4.45 (sebab sesi ambil makanan dan balik ke kolej diambil kira), ada sesi bacaan sajak dan jugak bacaan biografi Ketua Pustakawan. Aku sebagai wakil Kelab Sahabat Perpustakaan UPSI memang rasa cepatnyer masa berlalu. Seingat aku, perjumpaan pertama aku ngan Ketua Pustakawan adalah pada akhir-akhir semester lepas (semester 4).

Lambaian terakhir

Ketua Pustakawan diarak ke keretanya melalui laluan bawah tanah (abaikan tiga kata terakhir sebelum ini) laluan lower ground yang menghala terus ke keretanya. Diserikan dengan selawat ke atas nabi, lambaian terakhir akhirnya disampaikan buat kenangan sambil kereta WNA 5040 bergerak meninggalkan library yang cantik dan indah ini.


'swap card' terakhir

Maka, sekali lagi... yang pergi akan pergi.. dan pastinya yang patah akan berganti. Kalau patah kaki, boleh ganti kaki palsu, senang jer. Patah ranting kayu, boleh tunggu tumbuh semula. Tetapi, hendak mencari Ketua Pustakawan baru yang setanding Cik Zahariah mungkin sukar. Itu saje laporan tak ekslusif ni.

P/S: kalaula ada makan free tiap-tiap kali buka puasa

Sunday, August 8, 2010

(Movie Mistakes) Pearl Harbor

Tragedi 7 December ini... nasib baik tak jadi kat negara kita. Bersyukur patutnye tau! Apapun, bulan 8 dah menjelma... dan macam biasa, ianya bulan patriotisme. Sempat tonton Pearl Harbor (Leftenan Adnan x main r....), dan aku sebenarnye... uhuk uhuk... huhuhu... nak menangis... sebab..

Satu sebabnye, endingnyer tragik (bagi yang dah tonton mesti tau)... aku pernah tengok dulu.. tapi banding tahun 2001 (umur aku ting 1) dengan 2010 (umur aku semester 5 TESL UPSI).. feeling lain... sebaaaaaaak... waaa....

Satu g sebabnyer.. uhuk2.. mata aku terlalulah tertajam sehinggakan aku terjumpa mistake dalam filem ni... waaa... filem yang aku anggap perfect di emosi aku, kini dah x sempurna.. waaaaaa.. (ok, stop menggedik jap)

Rajinikanth Kembali!

Selepas berjaya dengan Sivaji... akhirnya superstar Rajinikanth kini kembali. Wehe.. sebenarnya ada member aku nih, selalu sangat cerita tentang kewujudan filem ni sejak dari dulu lagi. Cite Rajinikanth jadi robot katakan dan musik arahan A.R. Rahman. Maka, secara tak langsung aku dapat input filem ni dari member aku, Ken. Beberapa hari lalu, aku nampak poster filem ni.


Rupanya dah nak release dah cite ni. Tajuknyer Endhiran (எந்திரன்). Kali ini, filem ni akan menampilkan Aishwarya Rai sebagai heroin. Jom tengok trailernya...



Rasanya tak pernah lagi kot tengok filem tamil buat ala-ala science fiction macam ni. Apapun, Rajinikanth with Aishwarya Rai... gabungan menarik...


Saturday, August 7, 2010

Kerana Bunga-Bunga Akan Bercerita (1)

Hari ni aku tonton Pearl Harbor. Sedih sangat. Dua tiga kali gak nak menangis. Tapi, kena cool.... nanti rumate cakap aku putus cinta plak. Disebabkan katil aku di tepi tingkap aras 5 yang boleh terbuka luas dan kadar untuk membunuh diri boleh dilakukan dengan cepat, aku xnak la dia ingat aku mahu terjun sebab alasan yang aku sendiri tak tahu kenapa. Apapun, disebabkan Ogos dah menjelma, maka patriotisme memang perlu ada. Jadi, Pearl Harbor menjadi pengisi masa lapang aku untuk hari ini. Tragis siot.. waaa... semangat patriotik terlebeyh kot.. wahaha...

...
Sebelum tu, ttg persembahan Symphonic Band Upsi.. aku tulis (1) kan? Bermaknanya, akan ada sambungan.. tetapi, tak dapat nak continue sebab masalah copyright lagu dari YouTube.. so.. aku umumkan bahawa post itu xde sambungan okeyh...
...

Nak fikir fikir balik ttg perihal pagi tadi, nak tergelak pun ada, nak senyum pun ada. Tapi, apa yang aku buat pagi tadi memang diluar jangkaan. Dan, aku rasa puas. Hanya rasanya dua orang saja kot yang tau apa yang aku buat. Sorangnyer ialah Steph, dan Wak (entah bagaimana karakter ini boleh enterframe dalam story aku nih). Sepertimana yang korang tau, bagi yang dah baca entry sebelum ni, aku sudah beritahu tentang penglibatan pertama kali dalam teater. Hari nilah, kemuncaknya. Nak dijadikan cerita, hari ni kitorang belajar movement dan gerak tari serba sikit. Huh.. memang best tetapi aku sndri yang tak cukup energi. Tapi, it's fun dan perlukan banyak practice.
...
...

Psss... seronok sebab hari ni dah leh wat 'bubbling'... weheeee...

Akan datang, Oktober ini..

Hari ni jugak, ada buat screen test.. instruktor dibantu En. Zul buat screen test. Hah, disinilah mulanya kisahnya... Dalam test ni, kena menyanyi lagu dan baca dialog... tetapi..

"Apa yg aku nak nyanyi nih???"

Dah mula fikirkan dah.. apa aku nak nyanyi waktu sampai saja giliran aku. Sudah.. xkan Gaga kot. Hmm.. ahah.. lagu hindustan..

'Chandhi kuch kaha.. raat ni kuch sona.. tum be sun be khabar... pyaar kar... (sambil diiringi suara Lata Mangeshkar)'

Pada masa nih, ada lebih kurang 3 atau 4 orang g.. ada yang nyanyi lagu MUH (Meet Uncle Husen) , lagu pop, hip hop.. dan macam-macam.. dan..

'Baik kau pulang segera'

Otak aku menangkap lirik last.. ok.. aku akan nyanyi lagu ni...tapi masalahnya aku tak dapat ingat rangkap awal...

'Tapi jikalau ku jadi engkau
Pastinya takut dan aku cabut
Di sini bukanlah tempatmu
Baik kau pulang segera'

Ok, rangkap blakang dah full.. tapi ada 4 lagi baris yang aku lupa... aduh (perah-perah), lagu versi Raja Azura gak yang timbul.. yang versi Aznilnyer dah lupa.. perah perah perah!!! last2 sampai giliran aku...

'Owh, disini awak tak padan tua Mahu mengorat perempuan muda Sedarlah sikit perut dah buncit Jalan pun terjongkang jongket Tapi jikalau ku jadi engkau Pastinya takut dan aku cabut Di sini bukanlah tempatmu Baik kau pulang segera'

Hentam saja versi Raja Azura... dan ....
....
....

....
tapi... memang saat aku menyanyi lagu Baik Kau Pulang Segera dari OST Magika tu, dada bergetar dengan skala yang memang tinggi. Tepukan tu yang buat aku kejap senyum kejap tergelak sorang2 sampai sekarang (weheeee). Keja yang paling tak pernah-pernah aku buat. Entah macam ne aku boleh nyanyikan rangkap tu dengan lancar. pastu, kena test baca dialog.. yang ni lemah. Voice projection aku rasa K.O. Tapi, last2 dapat watak burung. Dalam hati, nak pecah perut kot bila diberi watak nih. Takde dialog (itu alhamdulillah), jadi burung (ah sudah...) boleh cuba.

Disebabkan aku nih ketua untuk Kokurikulum teater, makanya macam2 hal sptbaju.. kertas kerja... dan segala mcam lagi kena urus. Tapi, peluang ni hanya sekali nih. Pulun habis habis. Jumaat ni, perjumpaan pertama untuk sesi script reading... Dan... tunggu sambungannya... Kerana Bunga-bunga akan bercerita tentang event teater yang akan diadakan tidak berapa lama lagi... No idea lagi bagaimana karakter aku, tetapi untuk anda, aku akan update dari semasa ke semasa perkembangan tentang event ni okeyh!

daaa... nak tengok aku nyanyi...??? (klik sini)... ehe

P/S: pos ini berkesinambungan dari post T.E.A.T.E.R

Friday, August 6, 2010

Repo Men: Idea Bijak, Plot Sederhana

Berkesempatan ke masa harapan yang mungkin logiknya tidak akan ada pun. Namun, di sebalik future yang penuh imaginasi hitam, filem ini menarik untuk ditonton. Repo Men, sebuah filem yang akan menjenguk pawagam tidak lama lagi. Ini review untuk anda, yang mungkin berminat untuk filem bergenre ini.

Review

Genre filem masa depan bukan suatu yang asing bagi pembikin filem Hollywood. Malah, Steven Spielberg antara pembikin yang popular dengen genre sebegini. Antara yang diingati, filem Minority Report dan juga Artificial Intelligence. Tak kurang juga kehebatan The Abyss dan juga filem-filem lain. Sejak kehebatan 3D menjengah pawagam, nampaknya filem futuristik makin tak nampak. Mungkinkah kita juga sudah berada di zaman yang pernah dipaparkan dalam filem-filem 90an dahulu?

Diadaptasi dari Eric Garcia's novel ' bertajuk Repossession Mambo', filem ini diarahkan oleh Miguel Sapochnik. Tidak mengenali siapakah gerangan sang direktor ini, namun hasil kerjanya tidak mengecewakan. Pengarah ini nampak berjaya mengadunkan elemen komedi, aksi dan juga drama yang bersulam cemas dengan baik. Babak aksi dan komedi nampak seimbang menjadikan filem ini mempunyai genre pelbagai yang sesuai ditonton. Keseluruhannya, Repo Men memang sebuah filem gred A yang dibarisi pelakon-pelakon Alice Braga, Forest Whitaker, Jude Law dan Liev Schreiber.


Plot cerita berlatar belakangkan satu masa depan dimana organ tiruan menjadi satu kebiasaan. Pada zaman ini, organ tiruan menggantikan bahagian manusia yang rosak dan harganya yang mahal dimudahkan dengan proses bayaran ansuran oleh syarikat pengeluar, 'The Union'. Di sinilah wujudnya Repo Men, orang yang akan datang mengambil semula organ tiruan daripada pemiliknya yang tidak membayar ansuran. Watak utama filem ini, Remy (Jude Law) adalah repo men profesional 'The Union'. Namun, dalam satu kejadian, jantungnya rosak dan telah diganti dengan jantung baru dari syarikatnya.

Di sini bermula masalah yang akan menjadikan filem ini menarik. Remy yang dahulunya 'pengutip organ' pemilik yang tidak bayar ansuran kini terpaksa menghadapi masalah yang sama. Remy, terpaksa menghadapi rakannya sendiri apabila dia sendiri menghadapi masalah untuk membayar ansuran jantungnya. Dibantu rakannya, Jake (Forest Whitaker), Remy mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalahnya.

Secara keseluruhan, lakonan semuanya mantap-mantap. Jude Law memang menarik dan komedinya seimbang. Wataknya menjadi dan stabil. Forest Whitaker biasa saja. Namun, rasanya ini kali pertama penulis menyaksikan pelakon ini dalam genre aksi. Seingat penulis, gayanya sebagai polis dalam Phone Booth dan seorang pelancong dalam Vantage Point adalah gaya menarik yang pernah dilihat. Nampaknya, Whitaker memang serba boleh.


Aksi digarap kemas namun pada skala sederhana. Penggunaan objek seperti tukul, pisau dan gerjaji dalam aksi pertarungan nampak mengerikan tetapi digarap dengan koreografi cantik. Jadi, yang tak suka darah boleh tutup mata sekejap. Dunia masa depan juga digarap sederhana. Jangan mengharap anda melihat kereta terbang seperti Star Wars, apa yang anda akan lihat hanyalah keretapi terbang yang satunya mungkin benda yang terbang dalam filem ini.

Namun, kesimpulannya, genre sci-fi thriller yang kurang laris mungkin menenggelamkan filem ini. Tetapi, Repo Men masih menarik dengan aksi fresh dan juga tema yang bijak walaupun plotnya cukup sederhana. Ianya mungkin sesuai untuk peminat genre komedi gelap dan juga aksi thriller yang sederhana. Mungkin juga ianya untuk peminat filem yang mahu membawa filem ini ke luar panggung setelah selesai menontonnya. Kenapa? Penamat filem ini memang sesuatu yang perlu anda fikirkan... di pawagam 19 Ogos 2010.


Thursday, August 5, 2010

Ianya Hanyalah Muvi, Tak Lebih Dari Itu ^_^

Kekejaman VIRUS-VIRUS CINTA ... aku sangat suka
Kekejaman VIRUS-VIRUS HATI ... aku sangat benci
Kekejaman VIRUS-VIRUS PENYAKIT ... aku sangat jauhi
tapi...

Kekejaman VIRUS-VIRUS KOMPUTER ... aku sangat terdiam seketika...
Komputer = bunga / Virus = api / Aku = tangan / Hati = calar2

Seluruh rakyat jelata sudah memberikan rasa simpati atas kejadian yang telah terjadi kepada diri aku. Hari ini, kemana saja aku pergi, sama ada di Proton City, mahupun Sungai Besar dan juga seluruh jelata kampus bersimpati atas kejadian yang menimpa aku tanggal 4 Ogos 2010. Ianya bukan kejadian yang menarik, tetapi menarik untuk diceritakan. Mungkin ini iktibar kepada semua pembaca dan juga 'peminat' blog ini.

Al kisah bermula, aku mempunyai dua buah hardisk external. Satu itu, yang berkapasiti entah berapa Giga, aku guna untuk menyimpan lagu dan juga data. Dan satu lagi itu, yang berkapasiti 320GB, adalah hub segala perkongsian filem dan juga mini wayang aku. Dalam hardisk kedua inilah, tersimpan segala koleksi movie yang aku download dan juga kongsi dari rakan rakan. Ini adalah kisah hardisk ke dua itu...

4hb Ogos 2010 (8.00 pm)

Sebelum tarikh ini lagi, aku antara yang tidak tertinggal untuk terikat dengan satu asignment berkenaan taxonomy bloom. Dijadikan cerita, perkhabaran dari sang angin mengatakan due date assignment adalah Jumaat. Tetapi, disebabkan hari esoknya ada kuliah, aku rasa lebih elok aku print dahulu segalanya dan tunjukkan kepada lecturer. Aku bukan jenis orang yang nampak kesalahan sewaktu assignment berada di dalam laptop. Selalunya, kesalahan yang aku buat akan terjelas semasa aku selesai printing.

4hb Ogos 2010 (9.30 pm)

Selepas selesai edisi meeting di sebuah restaurant terkemuka, aku pun berjalan dengan lenggang kekenyangan ke kedai printing yang terletak di bawah blok 3 kolej kediaman. Di sinilah masalah bermula. (sila pasang musik cemas!) Masa ni, pendrive aku tidak dapat dibaca. Semua 'FOLDER' tidak dapat dibuka sebab dibaca sebagai 'SHORTCUT'. Masalahnya sekarang, fail yang nak diprint tu ada dalam 'FOLDER'. Teorinya, mungkin ada masalah dengan komputer kedai, dan aku pun ke kedai lain dan... resultnya sama. Maka, tiada keputusan lain lagi, aku ke bilik member aku dan scan!

4hb Ogos 2010 (11.00 mlm)

Lebih kurang 30 minit menjalani proses cleaning, aku membuat keputusan untuk menggunakan HDD aku untuk printing. Fail tadi, yang juga ada dalam laptop ditransfer ke HDD. Pendrive ditinggalkan seketika. Di tempat yang sama dan komputer yang sama, semua fail aku (filem2) bertukar menjadi 'SHORTCUT'. Tetapi, assignment berjaya diprint. Dengan gumbira, aku naik dan cucuk HDD di laptop dan ... ianya adalah fail filem aku masih lagi menunjukkan item 'SHORTCUT'.

5hb Ogos 2010 (1 pagi)

Panas bilik aku bukanlah berkait pun dengan insiden ini. Dicampur dengan keadaan bilik yang panas, dan juga insiden tadi, sekitar 2 pagi kot aku berjaya lelapkan mata. Masih lagi terngiang-ngiang filem yang sudah hilang dalam HDD yang terpaksa diformat. Namun, aku positifkan diri. New beginning untuk aku, new beginning untuk muvi aku. Aku dah lama mahu buang certain muvi, tetapi disebabkan sayang sangat, sampai sekarang tak buang buang. Nak dijadikan cerita, virus ni melekat plak, dan hah.. sayang ke tak, buang semua muvi aku! Lagipun, 'ianya hanyalah muvi' yang boleh dicari kembali.

5hb Ogos 2010 (6.30 pagi)

Aku bangun pagi, terus buka lappy tanpa mandi mandi. Proses mengumpul torrent selama 30 minit. Kemudian mandi dan solat sebelum bergerak ke kelas jam 7.20 pg. Tiada lagi ingatan dahulu, semua baru. Di Mamak Bayan, bersama dua orang member aku, bermula hari baru tanpa muvi-muvi dulu, dan ianya permulaan bagi dunia baru yang aku sendiri tunggu tunggu. Hardisk kedua masih ada, menunggu untuk diisi dengan watak-watak baru dunia seni.

P/S: ianya hanyalah movi.. x lebih dari itu

Wednesday, August 4, 2010

Kenal Jigsaw?

'Saw', antara filem genre thriller yang menjadi ikutan aku. Apa ada pada filem ini? Ianya penuh mesej yang digarap secara gelap. Pada masa ni, mungkin orang tengah sibuk dengan filem Vampires Suck yang memparodikan filem Twilight, namun aku nak forward lagi info korang kepada filem SAW 3D a.k.a Saw 7 yang akan berada di pawagam pada Oktober ini.


Saw 7 akan menjadi final chapter untuk produk Saw yang bermula pada tahun 2004. Pos ini akan membongkar rentetan dari Saw pertama sehingga Saw 6.

Sinopsis

SAW
Dalam filem pertama ini, dipaparkan dua orang lelaki, yang tersedar mereka berada di sebuah bilik rahsia. Dirantai di kaki di penjuru bilik, mereka akhirnya menyedari mereka berada di dalam sebuah permainan yang direka 'Jigsaw'. Tugas mereka untuk selamat adalah membunuh salah seorang daripada diri mereka.

SAW II
Dengan skala lebih besar, Saw II membongkar kisah di sebalik satu lagi permainan kejam 'Jigsaw'. Kali ini, mangsanya adalah Eric Mathew. Dalam membongkar kekejaman Jigsaw, Eric Mathew akhirnya terjerat apabila anaknya kini adalah seorang daripada 8 orang yang menyertai permainan kejam yang terperangkap di dalam rumah yang dipenuhi gas beracun.

SAW III
Bermula daripada terperangkapnya Eric Mathew dalam usaha mendapatkan anaknya, siri ketiga diteruskan dengan mangsa seterusnya Jeff. Jigsaw yang sudah nazak perlu dibedah, dan kini, tugas untuk meneruskan permainan berada di tangan aprentisnya, Amanda.

SAW IV
Jigsaw dan juga Amanda sudah tiada. Kematian mereka bukan satu penamat. Agen Strahm dan Agen Perez turun membantu agen Hoffman melakukan siasatan. Kini, mangsa seterusnya, Komander SWAT Rigg terpaksa bermain untuk menyelamatkan Eric Mathew yang juga terlibat dalam permainan ini.

SAW V
Siri kelima membawa penonton mengenali siapa Agen Hoffman sebenarnya. Di sebalik muka kepolisan, dia adalah aprentis yang tidak pernah diketahui kewujudannya dalam siri sebelum ini. Kini, Hoffman terpaksa menyembunyikan identitinya dari diketahui, dan permainan mesti diteruskan. Agen Strahm mesti dimusnahkan.

Kematian Agen Strahm telah menyembunyikan identiti sebenar Agen Hoffman. Namun, FBI mula mengatur langkah untuk memburunya lagi. Kini, Agen Hoffman dan isteri Jigsaw, sekali lagi mengatur permainan kejam sekaligus mendedahkan motif di sebalik kekejaman Jigsaw.

Siapa Jigsaw?

Nama sebenar Jigsaw adalah Jonathan Kramer a.k.a The Jigsaw Killer. Dia adalah pembunuh bersiri yang obses dalam mengajar manusia hakikat menghargai kehidupan. Jigsaw akan membina perangkap yang akan dipasang untuk setiap mangsa yang tidak menghargai kehidupan. Setiap 'game' akan diarahkan menggunakan tape yang mempunyai suaranya. Setiap permainan mempunyai peraturan yang ketat untuk selamat. Media menggelarkannya sebagai Jigsaw kerana dia selalu mengoyakkan kulit mangsa dalam bentuk jigsaw puzzle sebagai tanda 'kehilangan'.

Koleksi Jerat Jigsaw

Setiap filem Saw mempunyai koleksi trap yang tersendiri, so aku listkan senarai penuh jerat rekaan Jigsaw dari Saw sehingga Saw VI. Trap yang ada gambar adalah antra trap kegemaran aku dalam setiap siri Saw.

Saw
Jaw Trap mengunci rahang mangsa. Mangsa perlu mencari kunci yang disembunyikan sebelum trap itu mengoyakkan mulut mangsa

Razor Wire / Flammable Jelly / Jaw Trap / Drill Chair / Quadruple Shotgun Halway / Bathroom Trap / Zep's Test

Saw II
Venus Fly Trap dipenuhi paku tajam di penutupnya, mangsa yang tidak dapat membuka alat ini akan menyebabkan penutup muka berpaku tertutup dan paku tersebut akan menikam mangsa.

Venus Fly Trap / Electrified Staircase / Nerve Gas House / Antidote Safe / Magnum Eyehole / Furnace / Hand Trap / Eric's Test / Needle Pit

Saw III
Kepala, kaki dan tangan mangsa akan dipusingkan 360 sehingga patah tulangnya

Shotgun Collar / Rack Trap / Pig Vat / Freezer Room / Classroom Trap / Angel Trap

Saw IV
Untuk keluar dari kerusi ini, mangsa perlu merelakan mukanya dihiris pisau tajam

See What I See / Save As I Save / Mausoleum / Knife Chair / Feel What I Feel / Perez's Test

Saw V
Pertarungan antara beberapa orang merebut kunci untuk melepaskan tali yang mengikat leher mereka akan berakhir dengan sentapan kuat sehinggakan kepala terlerai dari badan jika kolar tidak dibuka dalam masa yang ditetapkan.

The Pendulum / The Cube / Keys Of Life / Theree Points Of Safety / Cose The Circuit / 10 Pints Of Sacrifice / The Coffin

Saw VI
Mangsa perlu mengorbankan daging diri mereka sendiri untuk mengurangkan kesan tekanan skru di kepala mereka

Pound Of Flesh / Oxygen Crusher / Hanging Trap / The Steam Maze / Carousel Trap / Mother and Son Trap

maklumat diubahsuai dari: OfficialSaw.com / pictures also from: OfficialSaw.com

Monday, August 2, 2010

Rileks, Ini Bukan Masa Depan MUET!


Video yang bakal anda saksikan ini terhasil dari satu missunderstanding yang tidak disengajakan. Ianya sepatutnya menjadi satu bahan untuk assignment group work subjek major, malangnya video ini sudah terlebih vaksin dan juga vitamin. Setelah berdiscus bersama ahli geng aku (Din, Rusdi, Ken), kami akhirnya berhajat untuk melandingkan video ini di YouTube untuk kenangan kami. Ada idea lain menanti..

Selamat melayan video ini...
(preview)

Trivia:
- menggunakan format widescreen untuk rakaman. Teknologi 3D cuba diaplikasikan namun gagal.
- adegan gaduh diulang sebanyak 5 kali, adegan bercakap lagilah banyak
- dalam satu adegan gaduh, kelapa Wak teruk dihentak helmet Ken
, nasib baik tak masuk hospital
- adegan gaduh mendapat perhatian mak gad yang menyangkakan kami betul-betul bergaduh
, nasib baik mak gad tak bergaduh sekali
- rakaman ini mengambil masa hanya 2 jam 30 (rekoding) dan 2 jam 30 lagi (editing)
, 30 minit lagi dihabiskan kat mamak
- objektif filem ini adalah untuk memenuhi tuntutan asignment, tapi berubah menjadi tututan untuk menjadi superstar.
- cermin dijadikan script viewers untuk memudahkan proses dialog

- adegan hilang menghilang menghilang diinsiprasikan dari filem 'Jumper' dan 'Harry Potter'

- pengarah tidak mahu meletakkan unsur 'Transformer', namun sewaktu proses editing, 'Transformer' menjelma melalui OSTnya.

- pelakon utama demam pada malam hari setelah mengetahui bahawa video ini di'reject' untuk tayangan perdana (Selasa, 2ptg)
. Wak pula, mendiaman diri dan meneruskan aktiviti JMKnye.
- helmet baru Ken diseret sehingga calar smata-mata untuk mendapatkan mood gaduh sebenar
. Helmet itu masih boleh dipakai dan gerenti tidak disaman polis
- Wak ponteng aktiviti JMKnya hanya kerana ingin menjadi pelakon tambahan dalam filem ini
. Kami tidak bersalah dalam menghasutnya meninggalkan aktiviti itu.
- filem ini tidak disponsor oleh Mamak Cahaya walaupun kami makan di situ sebelum ke Proton City

- Man termengah-mengah walaupun pada kali kedua babak gaduh dijalankan

- Pelakon utama, Din sanggup ke tengah kolam semata-mata untuk menjalankan babak awal filem

- setelah menghabiskan masa 7 jam, kami mendapati kami tersilap konsep dalam membikin filem ini, maka kami ubah objektif filem ini untuk tatapan anda semua.

P/S: jangan tiru aksi ini... sape nak tiru.. panggil kami dulu. video ini juga buat junior yang belum mengambil paper CALL... :-)