Thursday, April 29, 2010

Dara


Aku nk review satu filem lagi before aku berangkat balik rumah pada 1 Mei ni. Yeah, hari pekerja tu. Aku gigih gak nk dapatkan filem ni melalui pautan web namun x dapat2 sebab keadaan yang tidak sesuai. Last2, ada sorang member blog aku, Ain Fatihah namanyer, memberikan respon yang dia sudah berjaya mendownload dari pautan sebab dia dah xde exam. Atas kejelesan kerana dia telah menonton dahulu, dan telah membocorkan endingnya yang x seberapa (geram sket kat c2.. ahaha) Malam 28hb, aku ambik muvi ni dari dia. Haha.. kena tengok gak, x bleh2.. aku peminat watak Dara ni gak. Eventhough aku xnk orang macam Dara ni wujud dalam dunia. Baek, balik kepada point of discussion kita. Aku nk review sket ttg filem Rumah Dara ni. Jangan fikir blue2 sebab rumah dara tiada kaitan dengan 'dara' yang lain.

Rumah Dara, atau dikenali dengan title Macabre (title international) dan jugak Darah (title di Singapura) ni adalah sebuah filem Mo Brothers yang telah dibawak pusing satu dunia dan mendapat tmpat kat hati peminat filem genre slasher. Genre slasher ni lebih ganas dari hantu sbb menggambarkan manusia yang dah berperangai macam hantu. Namun, keganasan dalam genre slasher sebenarnya adalah pengembangan pemikiran pemikir filem tentang dunia yang makin ganas. Huh, bayangkan kalau minah cantik macam Dara ni wujud kat Malaysia, huh... akan berkurang jugak manusia gatal2 dan gedik2. Kan3??

Watak Dara dalam filem ni sebenarnya ditonjolkan dari sebuah filem antologi seram thriller bertajuk Takut: Faces of Fear. Dalam filem tersebut, Dara adalah satu dari short-story seram yang ditonjolkan. Kalau x silap, filem ke enam dan last sekali dalam filem. Dalam Takut: Faces of Fear, naratif Dara tenang dan santai namun disulami adegan ganas dan darah yang begitu ganas. Penciptaan setting rumah di mana Dara memerangkap mangsa yang eksklusif dan mewah mewujudkan elemen rileks dan santai kepada penonton even ada babak2 ganas yang budak2 atau orang yang makan nasi lemak basi muntah.

Dalam Dara, watak Dara lakonan Shareefa Danish digambarkan sebagai seorang tukang masak yang masak daging manusia untuk hidangan di restorannya tanpa pengetahuan para pelanggan. Iko (Dendil Subangil) adalah mangsa yang menggerakkan naratif. Senang cite, Dara adalah kisah Iko yang nak lepaskan diri dari jadi daging masakan di restoran Dara. Simple, easy dan ngeri kan? Tapi, kalau dah tengok Dara dalam Takut: Faces of Fear, jangan bandingkan dan anggap bahawa Rumah Dara ni adalah sequal kepada short filem tersebut. Tiada pengembangan plot dalam filem ni. Malah, tiada satu ayat pon yang bersangkut paut dengan short filem yang memperkenalkan Dara di layar perak.

Selepas menyerabaikan paragraph2 ngn kisah Dara yang terpesong tu, meh aku bawak korang ke dalam Rumah Dara. Sebelum 2, bagi sape2 yang berkenan nk tgk cite ni, leh g download kat sini. Sebelum aku review dan komen, jom kita layan trailernya.

Terror Has A Mother - hah! Yea.. kali ni, watak Dara direfresh. Umpama korang refresh laptop atau Mozilla dengan tekan f5. Macam tula yang terjadi. Iko kembali, Dara pun kembali, dan ditambah dengan karakter2 lain yang akan menghidupkan filem selama 1 jam 30 minit ni. Rumah Dara ditambah dengan pelakon Julie Estelle, watak prontagonis yang bangkit melawan Dara. Antagonis kita, Dara dikembangkan dengan kewujudan 3 orang anaknya iaitu Maya, Adam dan Arman. Iko, bukan mangsa berseorangan lagi setelah digabungkan bersama dengan beberapa orang rakan karib. Maka, storyline berubah. Setting jugak berubah. Tiada restoran lagi, malah isu lebih besar disuapkan supaya kisah ini lebih ganas dan mencapai tahap internasional.

Sekumpulan teman2 karib Eko, Astrid, Adjie, Ladya, Jimmy dan Alam, menumpangkan Maya (Imelda Therinne) ke rumahnya dalam hujan. Saat di rumah, ketibaan mereka disambut Dara. Maka, tak ada siapa2 lagi yang mampu menolong mereka saat mereka sudah dilabel sebagai daging yang akan menunggu proses penyembelihan. Huh, makanya satu jam 30 ini akan berkisar tentang struggle diorang ni untuk lepaskan diri dari jadi bahan makanan untuk mengekalkan awet muda. Siapa Dara, dan motifnya akan dibongkar lebih luas dan jelas dalam filem ni.

Shareefa Danish umpama magnet. Yeah, dia adalah Dara yang berjaya menarik jutaan peminat meminati wajahnya yang jelita tanpa menilai karakter yang cukup berbeza dan pelik. Tarikan Shareefa Danish amat kuat sehinggakan leh aku katakan yang Dara adalah satu ikon seram Indo yang akan menjadi kegilaan dan sebutan. Lakonan mantap, ditambah mimik wajah yang cukup membuatkan penonton resah. Gerakan mata yang begitu misteri membuatkan Dara hidup sebagai satu karakter slasher yang boleh menjadi kebanggaan. Iko, lebih menjurus kepada sisi komedi. Walaupun dia bukan prontagonis yang survive, tapi dia adalah ikon yang memulakan kisah Dara. Refresh pun, Iko tetap karakter yang menonjol.

Maya, Adam dan Arman adalah orang2 yang membantu Dara. Mereka adalah anak2 Dara. Maya dintonjolkan seduktif dan sensual namun boleh melebihi batas dengan hanya sebilah pisau. Adam, digambarkan gentlemen namun gagah dan mempunyai kekuatan pemburu. Arman pula pendiam dan hanya melakukan kerja memotong manusia2 di kamar sembelihan. Ketiga2 karakter ini akhirnya melengkapkan Rumah Dara dimana akhirnya sebuah famili bertemu dengan sekumpulan rakan2 yang membawa kepada finale yang cukup menarik.

Naratif Dara pada aku, tidak dapat dijangka. Saat sahabat2 ni lak larikan diri, diwujudkan satu entiti asing yang tak bersangkut paut yang menjadikan perkembangan plot Rumah Dara lebih daripada satu kisah survival. Adegan dibina cantik dan begitu sesuai. Tertarik jugak melihat adegan pertama pembunuhan dalam Rumah Dara yang diringi muzik keroncong. Huh, ngeri diadun dengan muzik santai. Feeling yang pelik tatpi menarik. Cukup kreatif kisah digerakkan, Rumah Dara adalah kisah bagaimana manusia boleh wat apa saja untuk mendapat apa yang dimahukan.

Papepon, bagi yang tak meminati genre slasher sebegini, baik hentikan niat nk tengok. Ini bukan kisah hantu, tetapi kisah manusia yang berprangai hantu. Bagimana seorang manusia sanggup melakukan manusia lain sebegini. Jujurnya, menonton Rumah Dara memberikan harapan suatu hari nanti, akan ada juga lahir karakter2 slasher Nusantara selepas lahirnya karakter superhero dan animasi Nusantara. Satu g, kalau berani, makan nasi lemak sambil tengok filem ni. Best. Ngeh3.

P/S: waiting for a sequel..

Monday, April 26, 2010

3Days4Papers

Intro

Dah letih memerah otak, time for release tensen. Aku pun dah buntu nk fikirkan hal2 exam ni. Orang len dah mula blah balik kampung masing2, kitorang masih nk terkedek2 mula jawab paper mulai 27hb. Paper A SURVEY OF AMERICAN AND BRITISH LITERATURE adalah paper awal yang akan memulakan journey to the west yang akan diikuti oleh seramai 20 lebih manusia2 grup TESL. Huh, banyak 2. Tapi, aku pon xtau nak bawak ape dalam journey ni.Makanan dah ada, cuma risau reput dan busuk jer. Tapi, mungkinkah aku dapat pinjam makanan orang len? Huh.. xbleh2..

Think Positif
2je yang aku boleh buat. Takde kata2 lain yg leh aku fikir. Dah jumpe dan dah diexplain, so nnt fikir2kan dan usaha lebih sket untuk perjalanan kali ni. Destinasi ke-3 pada petang 28hb agak tegang. Mungkin. DISCOURSE ANALYSIS, adalah titian tegang yang aku sndri xtau nak lalu atau tak. Kalau aku x lalu, x jalan2 kemana la aku ni. Kalau lalu, mungkin ada kemajuan. Namun, aku rasa aku harus lalu dengan pemikiran yang positif. Aku sebenarnya mampu untuk buat yang terbaik kalau aku sndri mahu yang terbaik. Aku mungkin kucing yang prasan diriku seekor singa, atau mungkinkah aku xtau yang aku punyai sin

Ooooh Pokok2 Itu Yang Membingungkan
Aik2, sebelum 2. Aku kena lalu laluan SYNTAX N MORPHOLOGY. Hah, yang ni bercabang2. Namun, rasanya dah prepare kot peta, map dan segala macam bentuk compas yang boleh didapati dalam THE GOLDEN COMPASS lakonan Nicole Kidman n Daniel Craig yang memboringkan tu. Moga angka 7 tidak menjadi hantu yang mengganggu aku di sini. Huh, pastu baru la aku ke titi DISCOURSE.

Final Destination
Kena jumpa Hamlet dan citekan kepada dunia yang dia bukannya gila. Pas2, kena melawat Tamu Bukit Kenny yang jauh di Malaysia, sebelum aku berangkat pulang ke tanah Malaya semula pada 1 Mei. Adeyh, siapa Polonius, Claudius, Ophelia dan lagi suku sakat yang harus dikenalkan kepada dunia. Ceewah, jumpe Hamlet yang cakap ngan tengkorak, jumpe hantu la, itu ini bla bla bla... last day...

Conclusion

Merasakan diri tak terlalu yakin, aku fikir perjalanan ini kena jugak ditempuhi. 3 days of battle, 4 papers mungkin satu motivasi bahawa makin hari, aku punye kehidupan makin mencabar. Ish, xnk fikirkan ttg markah itu lagi. Biarkan berlalu, dan sentiasa ingt yang aku sebenarnya mampu jika aku mahu berusaha.

Sunday, April 25, 2010

Niyang Rapik: Sekadar Komen Ringan

Introduction

Sementara study2, sempat menonton sebuah filem yang terlintas di fikiran aku untuk nak review. Filem yang bernaratif horror yang dibina daripada sebuah kisah layar kaca yang pernah menjadi ikutan. Aku pun pernah mengikut kisah ni, tapi tak la selalu. Namun, entah tergerak nak komen ttg muvi ni yang dah dua bulan lepas ditayangkan di seluruh Malaysia. Xpe, penting untuk aku jelaskan bahawa ini adalah komen aku tanpa ada apa2 anasir luar yang mempengaruhi proses penulisan review aku ni.

Puaka Niyang Rapik, sebuah siri tv yang pernah disiarkan di kaca TV tak lama dulu. Sebuah drama tv seram yang berjaya membawa rating TV3 yang memberansangkan. Maka, atas dasar itu, Niyang Rapik dibawa ke layar perak dengan harapan mampu membawa aura asal Puaka Niyang Rapik yang menjadi kegilaan. Dibawah arahan Ahmad Idham, Niyang Rapik versi filem memberi impak baru dalam pengarahan. Secara peribadi, Ahmad Idham berjaya lari daripada cliche2 yang dilakukannya dalam mana2 filemnya yang sebelum ini.

Tiada adegan drift yang mula ditonjolkan selepas dia mengarahkan sebuah filem racing, Impak Maksima. Aku ingat lagi, mana2 filem selepas itu mesti ada adegan drift dan rempit walaupun x semua. Ok. Berbalik kepada Niyang Rapik.

First Impression

Niyang Rapik diharap membawa satu plot baru yang lebih fresh. Aku berharap Niyang Rapik menjadi sebuah filem yang mempunyai ending cliché seperti dalam Jangan Pandang Belakang, Jangan Tegur dan Congkak. Asyik2, kena rasuk dan kena santau dan diganggu makhluk halus dan last2, tok bomoh datang dan lawan ngan syaitan dan iblis. Maka, ending pon tamat macam 2 je. Tiada kaitan satu sama lain dan ending yang begitu sukar untuk diterima kerana bomoh tidak diwujudkan sebagai satu karakter yang hidup dan mempunyai kaitan dengan karakter utama.

Xpe, pedulikan itu semua. Pada aku, dalam menghasilkan filem yang bermutu. Ending seharusnya punya impak yang terbaik. Aku tidak mengatakan bahawa ending2 filem Ahmad Idham semuanya ‘malas’,namun, dalam menggarap sesuatu muvi, idea untuk penamat mesti jelas dan mempunyai matlamat serta meninggalkan kesan kepada penonton. Ending yang santai hanya buang tiket. Sebab tu banyak orang jarang tgk cite melayu kat panggung. Secara amnya, filem Ahmad Idham lebih ok berbanding Prof Razak kerana filem Ahmad Idham ada jugak pemikiran berbanding filem Prof Razak yang kosong, serabut dan terlalu rilek. Baik tgk drama tv lagi bagus.

Niyang Rapik: Another Histeria?

Aku membandingkan Niyang Rapik daripada Ahmad Idham dengan filem James Lee, Histeria. Dua filem ini adalah nafas baru dalam industri filem kita. Pada aku, Niyang Rapik satu2nya filem Ahmad Idham dalam genre seram yang punyai kaitan antara karakter2. Dalam filem ni, Tok Salleh adalah orang yang punya peranan untuk membantu pergerakan 4 orang shabat yang berada di Niyang Rapik yang diganggu oleh Tok Neram. Ada gabung jalin antara Pak Salleh dengan 4 orang sahabat dari masa ke masa, sekaligus menunjukkan bahawa dia akan menjadi helper dalam menyelesaikan masalah 4 orang sahabat ni.

Niyang Rapik: Struktur

Kisah simple, digerakkan dalam mood flashback. Namun, pergerakan flashback-masa kini tidak diberitahu secara telus. Penonton secara sendiri mampu menilai yang mana flashback dan yang mana masa kini. Struktur simple dan dilihat menyerupai Long Khong. Namun, kisah ini fresh dan tiada kaitan dengan Long Khong. Tapi, mungkinkah Niyang Rapik diinsipirasikan dari filem Thai tersebut? Nobody knows.

Permulaan cerita nampak mantap. Zack sedang terbaring dirawat seorang bomoh. Lalu perutnya pecah dan terus meninggal dunia. Sekaligus, adegan ini membuatkan penonton ingin mengetahui apa sebenarnya yang terjadi sebelum Zack mati. Struktur cerita dikembangkan sedikit demi sedikit, tanpa ada ruang yang cukup untuk penonton berada dalam zon selesa. Hal ni sebab, setiap masa ke masa, penonton akan dibawa ke depan dan kebelakang untuk mengimbau kembali apa yang terjadi.

Tengah plot, nampak lancar. Twist cerita ok dan tidak dapat diagak. Cukup mencabar untuk menduga ending cerita jika anda menontonnya di pawagam.

Ending a.k.a klimaks yang mana berlaku di satu gaung yang mana tempat Laila mati cukup best. Twist cerita dirungkai kemas dengan dialog2 mantap yang memberikan ruang untuk penonton berfikir apa sebenarnya yang membuatkan Tok Neram busuk hati menyantau 4 orang sahabat ni. Namun, adegan batu nesan yang membawa kepada flashback pembunuhan Laila nampak janggal dan tidak sesuai. Mungkin ada satu medium lain yang boleh dibentuk supaya kisah pembunuhan Laila dapat diketahui penonton.

Jujurnya, Niyang Rapik boleh hidup dengan adanya setting yang lebih moden. Pada aku, tak semestinya kampung yang tidak mempunyai talian eletrik boleh membuatkan mood seram meningkat. Sebab pe, dalam filem ni, semua adegan rumah digambarkan bercahaya. Ya, mungkin itu adalah teknik lightning. Sebab, kalau xde pencahayaan, manakan penonton bleh tengok filem ni. Kan3? Seting moden sket boleh memberikan impak. Santau tidak berlaku hanya dalam masyarakat yang tak de eletrik. Dan tak semestinya, eletrik melambangkan kemodenan. Ia hanya cahaya. Namun, kalau dalam cahaya pun, minda masih gelap, akan wujudlah Niyang Rapik.

Dialog: Pentingkah Ayat Ini?

“Peristiwa niyang rapik menjadi iktibar kepada aku dan sahabat2ku. Ibarat kegembiraan di siang hari, menjadi musibah yang menakutkan di kala senja dan di malam seterusnya. . . . . . . . . . Inilah permainan dunia, kerana tidak mengenal diri, seorang yang mulia menjadi durja . . . . . . . . .

Ok, ayat atas memang fine walaupun aku rasa lebih baik dan menyentap penonton jika adegan kesudahan Tok Neram diceritakan dalam bentuk tulisan. Tak perlu narration berjela sebab penonton bukan mahu sangat dengar sume 2. Baik tulis dan letak jer before kredit muncul. Tapi, xpela. Ni bukan filem aku, yang x bleh blah. Ayat ni…

“Walaubagaimanapun, aku menadah tangan kesyukuran terhadap Allah S.W.T untuk aku meneruskan kehidupan di hari muka”

Perlukah narration berbunga2 ni. Sedangkan tiada aspek agama pun ditonjolkan dalam ni, perlukah ayat2 ketuhanan sebegini disuap kepada penonton? Niyang Rapik filem seram, bukan filem yang perlu dihunus dengan ayat2 agama. Ya, seharusnya benar kita harus “menadah kesyukuran terhadap Allah S.W.T”… tapi, tak relevan ayat2 ni dengan filem yang penuh dengan dialog santai. Aiseyh, ending dah sedap, tiba2 bunga2 lak ayat.

Niyang Rapik Atau Niyang Rafip

Sebelum aku habis membebel, aku tertanya2, kenapakah tulisan jawi di jeti Niyang Rapik tersebut membawa bunyi “Niyang Rafip”? Huruf ‘fa’ telah mengantikan ‘pa’ yang sepatutnya membawa bunyi /p/ dan huruf ‘kaf’ diganti dengan ‘pa’ yang sepatutnya membawa bunyi /k/. Sepatutnya, huruf ‘pa’ diganti dengan ‘kaf’ untuk membentuk kata ‘rafik’. Huruf ‘fa’ boleh dimaafkan sebab masih hampir dengan huruf ‘pa’ dalam jawi. Adeyh, eja jawi biar tol sket. Hehe.. Tapi, kalau Rapik menjadi Rafiq atau Rafik, masih sedap dan sesuai. Tapi, dah jadi Rafip, memang jauh bezala dol. Hati2 ketika menulis jawi.

Final Impression

Secara amnnya, Niyang Rapik filem yang berbeza. Satu kelainan dari Ahmad Idham. Tidak mengecewakan dan sesuai ditonton buat penggemar filem seram. Walaupun Niyang Rapik versi filem tidak mengangkat kisah Puaka Niyang Rapik, ianya masih selari dengan tema asal Niyang Rapik iaitu aktiviti2 khurafat dan tahyul dicampur dengan dendam kesumat yang dilakukan menggunakan ilmu hitam.



Tuesday, April 20, 2010

Apabila Cikgu2 Bersenam... Inilah Jadinya

video
Ok, akhirnya kredit 2 Steph yang telah usaha segigihnya untuk mengupload video ini ke dalam facebook. Papepon, meh aku tunjuk kat korang, test terakhir untuk ko kurikulum senamrobik. Ni adalah aktiviti ko kurikulum bernilai 1 jam kredit yang sungguh fun. Persembahan gempak yang membolehkan kitorang dapat tempat ke-2 sebab x 2 buat muvement extra mark. Kalau buat lagi dua movement, memang first la agaknye...

Xpe, papepon selesai jugak test ni. Dan, ini kenangan untuk sem ni. Untuk pengetahuan, kitorang practice ni selama 2 hari setengah. Satu hari pilih lagu, terus aku koreograf step awal yg carca merba selama 3 jamdan tony koreograf step etnik. Selepas tu, step di'adjust dan ditambah oleh ahli kumpulan, dan jugak dibantu ahli teknikal, Qelle. Kredit muzik kepada Din. Memang nk goyah gak malam awal 2, sebb step jadi berterabur, namun atas usaha kumpulan, akhirnya, inilah result terakhir. Yeah... we rooock!!!!!

Yang bawah ni lak, adalah test pertama. Edited version by Steph. So, yang ni berbeza sbb yang atas tu, lebih fokus kepada pertandingan. Yang bawah ni, step2 lebih kepada teknik pengajaran senamrobik. Durasi hampir 20 minit dipotong cincang oleh si steph, maka jadinye 8 minit. Papepon, memang ternanti2 nk upload. Hehe... Layan k...

video

Sunday, April 11, 2010

Clash Of The Titans: Review


Berkesempatan menonton filem terbaru Louis Letterier, Clash Of The Titans di Berjaya Time Square, pada 10hb April jam 5.10 petang sementara menunggu laptop aku yang tgh meragam. Aku bertolak sekitar jam 2 ptg ke Puduraya dan pulang sekitar jam 10 malam. Letih dol, tapi papepon luckily kerja selesai.

COTT... Mesti gempak punye. First impression aku. Tidak aku nafikan, karya Louis Laterrier akan penuh dengan aksi yang high impact, komedi bersahaja yang ringan namun ada impak seperti mana filem dahulunya Transporter 1 n 2 (bersama Jason Statham) dan juga Unleashed (bersama Jet Li). COTT mungkin karya angin baru pengarah dari France ni. Melihat kejayaan Transporter dan juga Unleashed, aura filem itu kini diperbaharui dengan buah tangan terbarunya, Clash Of The Titans.

Sepertimana yang anda tahu, (atau korang memang x tau)... Clash Of The Titans adalah filem remak dari filem dengan judul yang sama yang diterbitkan sekitar tahun 1981. Clash of The Titans versi 1981 mempunyai jalan cerita yang sama dan penuh dengan persoalan yang sama dengan filem ini. Namun, filem asal arahan Desmon Davis yang pernah hit suatu ketika dulu direfresh kembali dengan versi baru ini.

Berkisar tentang anak tuhan Zeus yang menentang Hades, persoalan dalam Clash Of The Titans amat berat. Besesuaian dengan masa, Clash Of The Titans juga ada satira kiasan kepada manusia yang tidak mempercayai tuhan. Saat filem bermula, persoalan ttg tuhan diutarakan dengan ringan. Namun, dalam aspek fiksyen yang penuh dengan CGI dan aksi, Clash Of The Titans juga menyedarkan kita bahawa bila kita diciptakanNya (tidak kira apa agama sekalipun), seharusnya kita harus menyembah Pencipta kita.

Aspek mekanik filem ini pula aku perhatikan dari beberapa sudut. Pertama, pergerakan cerita. Nampak sederhana dan juga biasa. Cerita bergerak lambat, namun masih berjaya mengekalkan mata penonton untuk tidak berpaling dari skrin. Sedikit demi sedikit, flashback digunakan untuk menarik perhatian. Cantik digarap, adegan pertarungan scorpion nampak digarap tegang, sekaligus menaikkan derap jantung tatkala menonton. Adegan akhir nampak ok. Adegan medussa juga ok, namun elemen komedi lebih mendominasi adegan ini.

Namun, ada satu perkara yang pening jika difikirkan. Meh aku bawak. Kalau anda perhatikan, Zeus tinggal di satu aras yang dia boleh memijak dunia. Ya, nampak tak logik. Tapi, boleh diterima akal. Zeus mencipta manusia. Saat matahari mula gerhana, Perseus memandang ke langit, tapi, perlu ke Zeus mendongak ke atas, sedangkan dia terlalu besar dan bulan sepatutnya hanya ada di depan matanya je.???

Muzik score filem ni buat aku teringat Transformers 2. Muzik yang digarap Ramin Drawaji ada impak kepada visual. Mula2 aku ingatkan Hans Zimmer punya skor. Namun, best2.. kena cari muzik skor ni. Berbaloi. Papepon, Clash Of The Titans adalah sebuah filem yang menarik untuk ditonton.