Wednesday, March 31, 2010

Hikayat Merong Mahawangsa


Jom, aku bawak korang tengok sebuah epik terhebat Kerajaan Merong Mahawangsa. Sebuah filem epik yang akan menggegarkan dunia filem Malaysia. Daripada pengarah Cicakman, KRU mempersembahkan sebuah epik Hikayat Merong Mahawangsa. Sebuah kisah dari catatan lama.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

(sinemamalaysia.com)


Dibintangi Stephen Rahman Hughes, Dato' Rahim Razali, Jehan Miskin, Ummi Nazira, Umi Aida dan ramai lagi, filem ini bakal memecahkan tradisi epik Malaysia buat pertama kalinya.






Sunday, March 28, 2010

Baksar->Lib->SITC (Bahagian 3)

Pos ini adalah entiti terakhir dalam pos blockbuster pecah panggung aku. Pada hari yang sama, Radio Televisyen Malaysia dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menjayakan program Mengenang Tokoh Negarawan, Allahyarham Tun Abdul Razak. Majlis dirasmikan YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Aku x sempat menghadiri majlis perasmian tatkala terpaksa membanting tulang mengajar senamrobik dan juga menguruskan hal di library.

Ok, antara xtvt yang ada adalah yang ni. Ujibakat nak jadi penyampai berita. Yang nilah yang wat aku stay sampai kol 4 ptg baru aku balik rumah.Dengan berlatarkan tabir ijau, peserta diuji keterampilan membaca berita sukan. Dengan ayat2 berbelit dan bergaya, peserta diberi peluang secara percuma namun harus membayar RM5 untuk mendapatkan DVD rakaman mereka menyampaikan berita. Cukup menarik. Tapi, aku tidak terlalu excited sebab keseganan masih menyelubungi..

Ni adalah antara peserta yang join.

Ni adalah pembaca berita terhebat saat itu. Komen dari pihak RTM amat baik. Salute 2 Hakimi..

dan x lupa jugak pada Fazel..

lastly, sesi bergambr dengan orang2 RTM. makanya, dengan gambar di atas, berakhirlah cerita aku. Ok... daaa...

Baksar->Lib->SITC (Bahagian 2)

Ok, jumpe lagi dalam pos seterusnya. Masih lagi berkisar tentang ahad 28hb Mac. Ok, pos dahulu, aku cite ttg hal senamrobik. Dan, aku tinggalkan persoalan bebudak ijau dan event SITC.. jap2.. SITC stand for Sultan Idris Training College... ia bukan kolej tapi adalah dewan yang dinamakan sempena penubuhan awal Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kat dewan ni la bakal guru dilahirkan. jangan risau, xde mesin pembuat cikgu ciptaan TOYOTA, YAMAHA, KAWASAKI mahupun PROTON dalam dewan ni.
Baek, teruskan dengan agenda. Selepas aku senamrobik. Aku, yang membawa 2 beg yang satu berisi LAPTOP dan seangkatan dan satu g berisi pakaian yang formal. Dengan tidak malu, aku jamah air teh yang khas untuk bebudak ijau ini. Haha.. sambil dengan x malu jugak mengambil gambar yang aku rasa enak dipandang, sedap diclick.

Ok, siapakah bebudak berbaju ijau ni?? Mereka adalah pelajar Sekolah Menengah Ulu Kinta. Diorang ni ada program Tautan Mesra yang dianjurkan oleh Biro Akademik dan Kerjaya Kolej Harun Aminurrashid. Dalam tentatif, diorang akan melawat ke Perpustakaan Tuanku Bainun. makanya, disebabkan aku adalah ahli kelab, aku kena turun untuk membantu. Lepas aku mandi2 kat tandas lib, maka, aku pun transform la dari pakaian sukan ke pakaian batik.

Tugas aku adalah baca doa. Last2, lapar2 g turun bawah dulu.. ambil gambar member2 aku melayan adik2 ni.
Pas2, majlis diteruskan. Ada sesi pembentangan. Aku blur2... sbb aku datang event dah mula. tetibe, aku diarah wat montaj sedangkan aku tidak dibekalkan apa2 bahan. Maka, bergesalah diriku serta seluruh tenagaku membanting tulang membuka pintu 4920 mencari Window Movie Maker. Lalu, dihentam keringat mengklik mouse dan bermulalah montaj dibuat.
Haha.. sempat aku jalan2 selepas baca doa.. mencari ilham untuk gambar2 kandid. Yeah, got one. Sempat lagi melayan FB dalam dewan. Memang best kalau layan FB, Blogging mahupun menjalankan xtvt mendownload di dalam lib. Untuk pengetahuan, Perpustakaan kitorang ni punyai capaian internet paling pantas. Sekali click, terus masuk.
Dirasmikan Penasihat Kelab Sahabat (dahulunya Rakan) Pustaka, majlis berjalan lancar walaupun ada masalah dari aspek teknikal.
Sesi tukar hadiah antara Pengarah Program dan Presiden Kelab Rakan
Sesi tukar hadiah antara Pengarah Program dan Pihak Perpustakaan





Sesi bagi hadiah.. aku dah x ingat dah pemenang2..
Makanya, di akhir pertemuan kitorang pun bergambar beramai2 di hadapan perpustakaan. Salam tautan mesra buat SMK Ulu Kinta. Ucapan terima kasih atas kerjasama Biro Akademik dan Kerjaya KHAR yang menjalankan program kerjasama ini buat pertama kalinya bagi pihak Kelab Sahabat Perpustakaan.
Lepas pos mortem sket sebanyak.. makanya kitaorang ke SITC?? kenapa diorang tersenyum?? pos seterusnya menjawab persoalan ini... (jangan mintak no fon diorang kat aku!!!)
bye

Baksar->Lib->SITC (Bahagian 1)

Hari Ahad 28 Mac 2010, ada dua event yang aku perlu join... jangan cakap event ini adalah paksaan, sume ni sukarela tau. Entah, best lak aktif2 ni. Event satu.... TAUTANSEMARAK anjuran BAKSAR adalah event pertama yang aku sertai pada pagi tu. Tetibe gedik nak ngajar senamrobik padahal diri pon lom abis blaja g. Hahaha.. Namun, baru aku tau, mengajar senamrobik bukan semudah yang disangka.. tapi, aktiviti pagi tadi memang best r...

Aku tiba di padang UPSI sekitar jam 7.45 selepas diingatkan beberapa kali oleh member aku, Stef. On da way, sempat singgah mamak, namun... niat nak pekena roti canai ditangguhkan sebab makanan yang sebegitu tidak sesuai dimakan kurang dari setengah jam sebelum menjalankan aktiviti senaman. Boleh wat sembelit.

Sementara tunggu legasi2 anak murid yang nak diajar ni datang, terlihat olehku (ceewah ayat) segerombolan bebudak berbaju hijau berjalan menyusuri jalan di hadapan bangunan canselori. Aku perhatikan, diorang jugak berhenti sekejap kat Bangunan Suluh Budiman yang sedang enak dibaik pulih sang pemaku2 dan juga pembina2 yang berkenaan. Di sebelah Bangunan Suluh Budiman gak, ada satu event besar. Event yang melibatkan RTM. Sungguh besar sehinggakan gema gendang yang dipalu membingitkan suasana pagi di UPSI.

Beberapa ketika, pentas diuji. Ni ha, Tony selaku koreografer untuk 'high impact' dan 'love' selaku koreografer untuk 'med impact' uji pentas. Last2, yoga jugak jadinya. Makanya, kerja aku mengambil gambar.. ambil gambar... bil gambar... gambar... bar... bar... ar... r...r.r.r

Hah, nak mula dah ni, penat2 aku mengarang.. sampai gak ke pucuk utama. Kitorang briefing sket b4 aktiviti bermula. Semua berpinar2.. mungkin diorang mcm excited nak berjoget beraerobik kot. Papepon, jom bersenam. Makanya, tiadalah dapat dipapar gambar aku dan instruktor lain menari. Sebabnya, kamera aku pegang. Xkan nk bagi orang lain... hehe..

Persoalan di sini??? Siapa segerombolan bebudak baju ijau 2? Event ape yang besar sangat di SITC 2?? Ape kaitan gambar yang satu2nya gambar yang diambil dalam dewan di dalam pos ni??

Ok, bye... tunggu episode seterusnye

Friday, March 26, 2010

Barisan 'Sir' dan 'Teacher' Semester 4 09/10

Siapa kitorang? Ha, ni aku persembahkan wat pertama kalinya dalam sejarah. blog ni, barisan orang2 tertinggi dan terpendek SQUAD 22, TESL Sem 4 2009/2010. Semuanya dalam satu gambar, bukan senang nak menjadikan semua 22 orang ahli ni untuk satu sesi 'pose' gambar yang cun sebegini. And, tq gak kat abang kameraman yang sudi berpanas-panasan untuk sesi 'pose' hot kitorang. RM30 weyh kena bayo.. fuh, besar giler la gambarnye.. sehinggakan aku sndri x tau kat ne nak letak gambar tu.. adakah aku perlu letak di dalam muzium???
Siapa kitorang?? Ada yang gila2, ada jugak yang cantik, cun sampai pandang x leyh henti. Ada yang rajin, ada yang mulut banyak, mulut sikit, mulut sederhana, muka bulat, leper, tinggi, panjang pendek, kurus, besar dll (perlu ke aku senarai??. ahahaha)...pendek kata, kitorang variasi yang tumbuh sebagai satu benda.... x seperti kos2 lain yang beribu2 orang dalam satu semester, semester kitorang hanya 22 orang je. Semestinya, kerja pun jadi senang, x la susah sebab semua dah kenal masing2 punye kepala... dan yang penting... kitorang memang kebal kepada leteran. Kan3??
BARISAN TESL UPSI SEMESTER 4 09/10
atas (dari kiri): Fify, Sal, Farah dan Yanti
tengah (dari kiri): Azlina a.k.a Chip, Ann, Sanjay, Sharon, Lin, Oly, Kevin, Zack dan Nadia
bawah (dari kiri): Qelle, Noy, Wak, Din, Ken, Man (aku), Tony, Ely dan Steph..

Jet Terhempas Di Raptai Konvo UUM

Jet Terhempas Di Raptai Konvo UUM...

Huh... memang kejadian x disangka...

Monday, March 22, 2010

Enam Tahun Sudah, Ini Aku

Minggu ni minggu yang macam2 hal jadi sehinggakan dah jadi macam dalam filem. Ada kisah putus cinta, ada kisah cinta, ada kisah hidup yang sukar diramal, ada jugak kisah asignmnt yang memang x habis2 lekat kat seorang mahasiswa. Ada test, belum dibaca. Ada asignmnt, setengah dimula. Ada perbincangan, sempat bersandiwara. Makanya, di saat tegang ini, aku berjalan2 di kaki Facebook. Mencari jeriji halus yang menyusuk hati. Lama2 aku jalan2, last2 aku nampak tag gambar dari member aku.

Huh, sudah hampir 10 tahun dah aku tinggalkan. Akhirnya memori kembali. (aiseyh.. ayat skema).. Xpe2, papepon. TQ yer kepada yang upload gambar2 nih. Meh2 kekawan, aku nk kongsi gambar2 eksklusif dari peti besi yang tertanam hampir 6 tahun ni.


Ni lak, kenangan akhir ting 5. Skemanye sbb aku jadi pengawas. Apelah yang spesel sgt aku sehinggakan aku dipelawa beberapa kali. Namun, ting 3 dan 4 aku tolak sbb aku tau, kalau jadi pengawas ni ada je kelas kena ponteng untuk meeting. Tapi, sbb ting 5 ni aku dah senior, terima jela. Makanya, aku pun jadilah pengawas yg selalu datang lewat ke sekolah.. hahaha... Yang perkot hitam 2, pengetua sekolah. Serentak dengan tamatnya aku di sekolah tu, dia pun berpindah. Tau kemana dia pergi? Sekolah aku Ting 6. Adeyh, ingat berjumpelah ngan pengetua baru. Rupenye, dia lagi....

Wa... klasik giler gambar nih. Ni gambar waktu form 4 atau 5. Lebih kurang la kat Sekolah Menengah Kebangsaan Abi. Ni kitorang wat jamuan akhir tahun, xtvt normal bagi setiap kelas. Huh, sume muke mude2 g. Hehehe.. mana aku? Memang korang x dapat cari... sbbnyer, aku tiada dalam gambar.. hahaha

Ni gambar kenangan waktu selepas jamuan. Wanita bertudung bertag nama hitam di sebelah kanan 2 adalah cikgu bahasa Inggeris aku. Dan lelaki yang di sebelah kiri diapit dua wanita tu, adalah cikgu matematik aku. Yang lain 2, ahli2 kelas. Aku ada dalam gambar ni, cari sndri di mana ye.....

Sedikit review ttg aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Abi..

Orang cakap aku ni pendiam dan skema. Jarang join xtvt. Namun, aku stay ngan PBSM sampai habis ting 5. Tapi, las2 datang UPSI, pengakap jugak jadinye. Dah macam tak berkesinambungan pun. Aku tak lasak sangat. Jarang join sukan. Tapi, kalau suruh jaga medik, hah, yang ni best. Last2, medik xjadi. Cikgu gak jadinye. Lain2, rajin 2 adelaa gak. Hehe3. Tapi, kalau bab2 datang kelas memang no 1. Sampai aku datang kelas, orang x datang. hahaha. Memang skema tol. Kalau difikirkan balik zaman 2, memang nk tergelak r.

Papepon, dah sampai sini pon aku. Dah sampai UPSI. Even aku rasa muka aku xla banyak mana berubah. Tapi, rasanya aku bukan lagi seorang yang seperti dulu. Aku dah nk jadi bakal pendidik, insyaallah. Dan.. aku akan kembali ke sekolah ni, kalau ROS aku diterima...

Thursday, March 18, 2010

Ramli Sarip @ Malam Riong UPSI

March 17, 2010. Malam Puisi Riong BERITA HARIAN bergema di Universiti Pendidikan Sultan Idris setelah menjelajah Universiti Utara Malaysia. Puisi2 dibacakan oleh seniman tanah air dan juga pensyarah2 bahasa UPSI sendiri.

Dihadiri dan dirasmikan TNC, Prof Dato' Dr Aminah Ayob, Malam Puisi Riong memberikan persembahan Sabri Yunus dengan deklamasi puisi pertajuk PESAN AYAH dan SEJARAH BUDU (sebuah puisi jenaka) sebelum dihidangkan dengan persembahan mantap otai rock RAMLI SARIP.

Khas untuk anda, aku sajikan 14 gambar terhebat daripada 57 pic ramli sarip yang aku capture malam tu.

Ramli Sarip mempersembahkan beberapa lagu termasuk Teratai dan Kamelia. Persembahan diakhiri dengan persembahan tarian dari pelajar dibawah Fakulti Bahasa sendiri.

Papepon, puisi kadangkala sedap didengar. Macam2 jugak style baca puisi nih. Kekadang aku sndri x tau cmne laa style puisi yang tol2 ori nih. Papepon, Malam Puisi Riong satu medan para pendeklamasi bumi Malim mempersembahkan karya dalam sastera.

Sekian...

P/S: Persembahan berakhir jam 12 lebeyh menyebabkan semua penonton termasuk aku terpaksa balik jalan kaki. Naseb baek ada member aku, Ken..