Saturday, February 27, 2010

MIGHALL: Scrabble dan Aku

Yeah.. finally aku berjaya.. berjaya dan berjaya... ape yg berjaya ni...?? aku berjaya menaiki lori dari Tanjung Malim ke Sungai Samak untuk mengambil buluh? atau aku telah berjaya menuruni tangga lalu naik semula untuk mencari kertas yang tertinggal di bilik? Oh... ya... tidak.. ya.. tidak.. haha.. kepeningan sket..

Lupekan introduction yang bengong itu. Sengaja aku mulakan entri ni dengan soalan yang begitu tidak jelas di mata dan juga hati. Permulaan yang baik. Dan... memang baik... apa yang baik 2? adeh..

Macam ni.. cerita bermula atas ajakan rakan aku... Tony ... thanks yeee.. maka, setelah diuruskan oleh Farah yakni rakan aku jugak, maka aku dan Tony pon masuk la perlawanan Sahibba a.k.a Scrabble sekadar suka2...

Hari ni, Februari 27 2010.. bukanlah hari yang biasa.. kelas senamrobik 4 jam.. dan ... huhuhu.. sungguh aktif dan jugak hiperaktif la jugak diri aku semasa kelas tu. Papepon, seronok dapat release tension semasa kelas tu berlangsung.

Berbalik kepada cerita scrabble...

Kolej Harun Aminurrashid menganjurkan Mega Indoor Game yang berlangsung selama 2 hari bermula 27hb sehingga 28hb Februari. Dibawah Biro Sukaan dan Rekreasi, program yang bernama singkat MIGHALL ini dijalankan dengan kerjasama JMK Kolej Harun Aminurrashid. Aku menjadi peserta untuk pertandingan Scrabble..

dan...

inilah perkataan yang berjaya dibuat pada sesi pertama.

dan.. ni plak sesi ke dua..

siapa lawan aku.. sape lagi kalau bukan kawan aku tu jugak. Juaranya.... alhamdulillah.. insan yang menulis ni.. namun, terima kasih dan penghargaan aku ucap buat rakan aku, Tony sbb ajak aku main game ni. Kalau dia x ajak, makanya aku hanya duduk je kat rumah 2-9-12 ni sambil melayan Facebook dan Blog ini...

Bercakapp ttg scrabble ni, sungguh lama jugak x main game ni. Slalunye aku main scrabble versi inggeris, namun.. bila main scrabble versi Bahasa Melayu ni.. fuh, susah gegiler... bukan apa.. Bahasa Melayu ni pembentukan kata yang berlaku dengan dua huruf atau satu huruf je sukar nak dicari. Bengong gak jadinye.. xpe.. freshkan otak.. dan settle...

Thursday, February 25, 2010

Insan Terpilih: Sempena Maulidul Rasul

26hb, Jumaat.. maka kita akan menyambut satu hari kebesaran dalam islam..
Moga lagu ini memberi satu kesegaran dalam hari mendatang dalam meneruskan hidup yang makin dimamah usia..
Moga chayaNya sntiasa menerangi dalam menjalani kehidupan ini..

Thanks 2 one of my Facebook friend sbb tag aku kepada lagu ni..
Sempena Maulidul Rasul.. CIKGUMANSTATION mempersembahkan sebuah lagu dari Maher Zain...

Dengarkan alunan pencinta Rasullullah dalam gemersik suara generasi baru.. THE CHOOSEN ONE..

Salam Maulidul Rasul..

Tuesday, February 23, 2010

UPSI ke UTP: Bab 2

Selepas menggantikan tido selepas menghabiskan penceritaan bab 1, aku masih lagi merasakan penat kelmarin lantaran tido yang masih tidak cukup. Perlukah aku tidur selama 24jam tanpa bangun? Perlukah juga aku makan sebanyak2nya untuk meningkatkan kadar kecergasan otak dan minda sekaligus menghilangkan daya ngantuk intelek dan mata yang dialami oleh aku ini?... pape pon, even aku masih lagi mengantuk, aku nk update gak bab ke-2 dalam chapter ini.

Selepas selesai mendengar ceramah motivasi dari Sheikh Muzafar, kami pon dibawa ke dalam library yang memang sekali lagi aku cakap 'state of the art'.. dan memang indah. Namun, aku tidak menafikan bahawa perpustakaan Tuanku Bainun juga adalah satu perpustakaan yang indah dan mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Ok...

So, layan je gambar2 ni..

kelihatan si Steph teruja dengan saiz library. Aku pon teruja gak. Hahaha.. memang besar dan sungguh unik design rak bukunye... even bukunye xla byk mana. Namun, aku bertanya pada diri.. bila laaaa rak2 ni nk dipenuhi buku2..


Diberi penerangan oleh Setiausaha DIRC sendiri, Cik Hana... penerangan diberi dengan jelas sehinggakan ke setiap inci library kami dibawa.

Nilah pandangan karnival yang sedang berlangsung di luar library dari tingkat empat library ni.

Dalam sibuk2 mendengar penerngan, sempat lagi si presiden memikirkan tentang xtvt rakan pustaka yang akan datang..... memang ternyata, lawatan ke UTP membuka idea dan minda tentang pengurusan library yang lebih matang dan efisyen.

Mesin Pinjaman Buku sepertimana yang sedia ada di mana2 perpustakaan. Cume kuantiti di UTP lebih banyak dari di Perpustakaan Bainun.

Dengan lawatan ke UTP ini, diharap dapat memberi inspirasi buat semua Rakan Pustaka.

Sekian... habis daa..



Monday, February 22, 2010

UPSI ke UTP: Bab 1

Aku pulang dari kampung ke Tanjung Malim sekitar jam 6petang hari ahad, 21 Februari dan tiba di Tanjung Malim pukul 5.30pagi keesokannye. Isnin tu, aku dijemput (ahaha.. macam VIP...) mengikuti satu rombongan dibawah kelolaan Kelab Rakan Pustaka Tuanku Bainun UPSI ke Universiti Teknologi Petronas. Mesej yang aku dapat semasa di dalam trainmenyatakan bahawa aku mesti berkumpul di hadapan Auditorium UPSI yang berada bersebelahan dengan perpeustakaan pada jam 7.30 pagi.

Makanya, tiadalah tidur buat diriku dan juga mataku.Menunggu sejam berlalu, aku mandi dan uruskan apa yang patut ku urus. Selepas tu, bertolak ke Audi sekitar jam 7.15. Rupenye, bas akan bergerak jam 8.30 pagi. Maka, tidaklah aku mahu memaki2 sesiapa kerana aku memahami, itu adalah biasa. Namun, kejutan juga kerana aku juga dapat tahu yang Kem Manikayu yang mana sebelum ini diwar2kan akan menjadi hangat dengan kehadiran penari2 kabaret terbatal dek karenah yangaku sendiri tidak dapat explain. Mungkinkah ada kewujudan UFO dalam hal ini?

Sesudah bas sampai di tempat yang dijanjikan, maka kami pun bertolak.Dalam kehangatan bahang2 excited nak ke UTP, aku pula hanya mampu tidur. Tidur untuk menggantikan ketidakcukupan tidur aku semasa berada di dalam train. Manakala, si presiden sibuk melayan karenah2 yang tidak dapat dielakkan di dalam hpnya dari masa ke semasa... lalala

Sekitar jam 11pagi, bas pun sampai di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak. Bahang panasnya bukanlah disebabkan excited, tapi disebabkan oleh terik matahari yang memang terlalu terik. Selepas sesi beramah mesra, maka dijemputlah kami memasuki bangunan 'state of the art' milikUniversiti Teknologi Petronas... Bangunan Canselor.

Dan di bawah ni, adalah library. Begitu gahnya rekaan sehinggakan aku sendiri akan berasa amat malu untuk meminjam buku. Tambahan lagi, lagilah malu jika detector di hadapan pintu itu berbunyi 'tet tet'... hahaha

tapi, kami x masuk ke library dulu. Di sebelah hadapan library adalah dewan auditorium yang maha luas.. dihadiri oleh kanak2 dari sekolah rendah dan sekolah menengah, majlis motivasi sedang berlangsung di auditorium itu....

tapi, biasa ler.. kalau dah nama motivasi... kami pun melepaskan segala kegeraman emosi dalaman di tandas yang juga boleh dikatakan 'state of the art' design'.. laluan ke tandas ni memungkinkan seseorang itu tidak akan dapat mengeluarkan emosi dalamannya kerana terpesona dengan rekabentuk tangga yang begitu indah.

selesai segala macam hal, kami pon bergerak ke auditorium. Dapat mendengar sesi soal jawab antara penonton dan angkasawan negara kita, Dato Dr Sheikh Muzafar dan ... aku hanya dapat lihat dari skrin lantaran tempat yang terlalu luas... hmmm

Selepas itu, barulah dibawa masuk ke library... kat luar tu, macam2 booth ada.. dari MPH Bookstore, Ayamas, Pizza Hut.. dan.. yg melepasnye.. malam selasa ada tayangan perdana filem Evolusi: KL Drift 2.. sebuah filem shamsul yusof. Tiket berharga RM12.. mahal loh... tapi, tempat menonton memang gempak..

apa ada dalam lib... akan bersambung...

Thursday, February 18, 2010

The Wolfman: Average

Berkesempatan menonton filem THE WOLFMAN yang ditayangkan sejak 11 Februari lalu di Jitra Mall Cineplex pada jam 4.45petang 18 Februari. Perancangan awalnya, PERCY JACKSONS AND THE OLYMPIANS: THE LIGHTNING THIEF menjadi sasaran. Namun, atas dasar masa yang tidak mencukupi, aku memilih THE WOLFMAN berbanding filem2 yang lain yang sama bertanding seperti LITTLE BIG SOLDIER (JACKIE CHAN), LU PIKIRLAH SENDIRI (NABIL) dan jugak 14 BLADES.

THE WOLFMAN adalah sebuah filem Joe Johnston yang sebelum ini pernah mengarahkan filem yang diterbitkan Steven Spielberg, Jurassic Park 3. Mungkinkah penangan Jurassic Park masih melekat dalam filem terbarunya ini? Pengarah ini juga pernah mengarahkan filem Hidalgo yang mana dilakonkan oleh Viggo Mortensen.

Pertama kali memikirkan THE WOLFMAN, aku ingin melihatnya seperti mana filem serigala jadian yang lain. Ya, aku tahu ianya cliche bila kita berfikir tentang transformasi dari manusia biasa ke serigala jadian. Tapi, aku mengharapkan satu kreativiti. Aku juga mengharapkan filem sehebat Van Helsing dan jugak bibit2 filem Underworld. Namun, ternyata tiada apa dari filem2 yang aku sebutkan itu boleh didapati di dalam filem ini.

Berkisar pada kisah yang berlaku pada sekitar 1880an, THE WOLFMAN mengisahkan Talbot (Benicio Del Toro) yang dipanggil pulang dari New York ke London untuk menyiasat kematian adiknya. Dia menghadapi satu berita mengejutkan apabila dia mengetahui sesuatu yang hitam mengenai ayahnya, John Talbot (Antony Hopkins) dan kaitan antara kematian yang berlaku di sekitar kawasan estet. Talbot mula menyelongkar misteri werewolf dan kaitan antara dirinya, ayahnya dan juga kematian emaknya dan juga adiknya.

Sepertimana filem asal yang diterbitkan tahun 1941. Mengekalkan jalan cerita yang hampir sama, aku yakin bahawa THE WOLFMAN versi 2010 lebih advanced dari segi visual dan lebih mantap. (of coz la...) Aku belum berkesempatan menonton filem asal arahan George Waggner ini, namun, aku yakin fenomena Wolfman sekitar tahun 1941 mencetuskan idea bagi penerbit, Benicio Del Toro untuk menerbitkan kembali lagenda ini dalam versi yang lebih mantap dan sempurna.

Jujurnya, THE WOLFMAN adalah filem yang sederhana. Perkembangan plot yang bukan menjadi idaman aku. Setup yang biasa dan tidak menyerlah dan tidak berjaya menarik penonton untuk mengetahui adegan seterusnya. Selain itu, permulaan yang slow, dan juga climax yang sederhana menjadikan filem ini amat berat untuk ditonton dengan mata terbukak. Namun, filem ini bergerak pantas setelah hampir 30 minit dan mood filem menjadi sedikit kurang lancar. Entah, aku rasa filem ini tidak dapat mengekalkan mood cemas kerana banyak kejutan yang tak penting digunakan untuk memancing ketakutan penonton.

Adegan transformasi manusia ke werewolf adalah biasa dan seperti mana filem2 werewolf lain. Namun, werewolf dalam filem ini lebih mirip kepada werewolf dalam filem asal dimana visual effect lebih banyak digunakan berbanding special effect dalam membentuk paras rupa werewolf. Mungkin penerbit dan pengarah mahu mengekalkan keaslian filem asal dalam filem ini. Namun, kadangkala werewolf yang berbentuk manusia berbulu nampak seperti filem bajet murah dan kurang meyakinkan penonton. Walau begitu, tahniah kepada team CGI kerana membantu pergerakan wolfman yang lebih lancar dan luar biasa.

Papepon, THE WOLFMAN adalah filem werewolf yang average je. Tak perlu mengharap sesuatu yang baru dari filem ini. Namun, THE WOLFMAN mungkin satu filem yang mengorek kembali filem asal yang menjadi cambahan idea kepada filem2 werewolf masa sekarang.

Monday, February 15, 2010

Pencak Silat Championship: A Tribute (2)

Hari ni, hari baru.... makanya, yang lepas dah jadi kenangan.. dan hari baru akan muncul. Ceewah.. jom kita tengok sikit gambar2 yang telah diambil ihsan dari seorang photoholic Ain Balqis.. TQ ye sbb sponsor gambar ni.. aku malas nak bawak cam, sebab sntiasa bersedia kalau2 ada kerja lagi penting daripada ambil gambar.

Ok.. mari kita mulakan...

Sebelah kanan tu adalah Kak Ayu, selaku pengarah program ni. Dibantu oleh cik Nooral (seperti mana namanya yang digunakan sepanjang event), program ini berjaya dihabiskan walaupun sedikit kekalutan berlaku antara pihak universiti dan juga urusetia program.

Ni lak, dua orang yang bertanggungjawab uruskan jadual perlawanan, cikgu fauzi yang dibantu leh kak mimi.

Ni lak, orang kuat dalam AJK MAKANAN, auni.. xde dia, aku x makan la.. hahaha...

Ni adalah keje aku untuk cepatkan diorang balik, nak xnak.. memang kena tolong... kalau x, sume akan balik lambat.. slagi bahagian makanan x habis, aku xkan call coster...

Sekitar majlis penutupan
dan... lepas tutup, kami kena wat keje lagik.. kerusi2 semua perlu disusun kembali.. adeyh.. penat huh...
dari kiri, nooral a.k.a nonoy a.k.a noor, mira, wani, dan .... ain
....
Akhirnya, wasid juri... yg bersedia menjalankan tugas..

Sekian...

Sunday, February 14, 2010

Pencak Silat Championship: A Tribute (1)


Lama jugak aku menyepi dalam dunia blog ni (padahal baru hampir seminggu)... xpe.. aku dah kembali.. kembali ke arena yang aku cintai ... ceewah.. kemana laaa aku pergi selepas lama tidak mengupdate blog aku sampai naik usang... setiap hari, trafik makin menurun kalau aku x update.. xpela.. sebabnye, aku ada komitmen lain. Komitmen yang pada awalnya aku rasa sebagai beban, tapi akhirnya menjadi satu tanggungjawab yang amat berat tapi amat seronok.

Aku... buat pertama kalinya dalam sejarah belajar di UPSI telah menempuh satu evolusi hidup aku.. aku telah menjadi sekretariat kejohanan pencak Silat jemputan Asian dan kebangsaan PIALA SERI BITARA tanggal 10-14 Mac 2010. Entah, pada awalnye... memang aku anggap benda ni sebagai beban. Tapi, bila sampai hari event, aku jadi puas dan seronok sangat buat urusan2 berkaitan dengan majlis ni (kecuali protokol.. yg ni xnk buat)..

Papepon, thanks kepada cik nooral a.k.a noy a.k.a nor yang merekrut aku dalam event ni. Thnks jugak pada sume anak buah aku.. jujurnya, aku memang bukan seorang ketua yang suka mengarah. Tapi, aku cuba untuk itu. Xpe... papepon, thanks for your support (Nik, Din n Pete)..

Entah, bila saat aku tulis ni (9.43 mlm) tanggal 14hb.. syahdu leeer plak.. ecece.... dah x leyh lepak2 dlm bilik SITC, gelak2 ngn bebudak junior2 yg baru aku kenal, dah x sibuk lagi.. dan sekarang, cuti ni.. time untuk assignmnt akan muncul.. yah.. keep on dude...

Nanti aku dapatkan gambar2 dari AJK Dokumentasi.. malas pulak aku nk mengambil gambar.. sebabnye, aku terlebih sibuk.. transport aku jaga, perhubungan pon under aku.. so, keje2 khas pon (sikit2 je) pon jadi hal aku.. xpe, dah niat aku untuk beri komitmen dalam event ni. Macam2 hal jadi ... tapi, tunggu chapter seterusnya... (insyaallah).. mungkin lewat sikit..

P/S: tgh menulis sambil dengar KAU YANG BERNAMA SERI versi MOHRAM... syahdu ... huhu

Tuesday, February 9, 2010

V3: Samseng Jalanan


REMP-IT V3 memaparkan kisah Rudy dan sahabatnya Brett yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila dia dan kawan-kawannya berlumba sehingga Shah dan Liza yang juga pasangan kekasih maut dalam satu kemalangan. Lebih memburukkan keadaan di tangan Shah terdapat dadah yang baru diambil. Rudy, Brett dan kawan-kawannya menjadi buruan polis, sehingga Rudy dan Brett mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, Rudy berazam mengubah kehidupannya menjadi ‘manusia’. Brett yang ingin membantu telah menemukan Rudy dengan Lan Ribut lalu dibawa ke kedai Sam Seng Motor yang sebenarnya dikawal oleh Ah Long yang bernama Wan Blost, ‘taikoon’ pertaruhan lumba haram. Di dalam satu perlumbaan yang diaturkan, Rudy telah tewas kerana Garing, ‘main kotor’ dan membuatnya berhutang RM10,000 dengan Sam Seng dan tercedera. Rudy telah berkenalan dengan Lisa, seorang gadis manis yang merupakan akauntan di sebuah firma swasta. Rumah Lisa menjadi tempat mereka bersembunyi sementara Rudy sembuh. Sepanjang tempoh itu telah membibitkan perasaan sayang antara mereka.

Garing masih mencari Rudy untuk menagih hutang dan mengatur satu lagi perlumbaan maut kerana populariti yang diraih Rudy di laman web apabila semua rakaman perlumbaan yang disertai Rudy dipaparkan. Rudy berkeras untuk tidak berlumba lagi tetapi Garing sentiasa mencari jalan untuk membuatkan Rudy setuju. Sehingga Garing telah menculik Lisa dan mengugut untuk merogolnya jika Rudy masih enggan berlumba. Setelah didesak, Rudy bersetuju.

Berjayakah Rudy menumpaskan Garing dan menyelamatkan Lisa. Perlumbaan bukan sembarangan. Diberi gelaran Perlumbaan Maut. Tanpa undang-undang dan tanpa batasan. Nyawa jadi pertaruhan. Sewaktu perlumbaan sebenar ramai yang terkorban kerana taktik kotor Garing. Walaupun Garing berjaya menjatuhkan Rudy di garis penamat, Rudy masih berjaya memenangi perlumbaan. Tapi Garing tidak semudah itu menyerahkan takhta. Lisa masih dalam genggaman, maka nyawanya dijadikan pertaruhan.

Saksikan REMP-IT V3 yang akan memanaskan pawagam tahun 2010 ini. (sinema online)

Akan datang... 11 Mac... macam best... nilai la sndri ye.. :-)

Saturday, February 6, 2010

Semerah Cinta Stilleto: review


Metroweath Movie Production membawakan anda sebuah filem romantik komedi dari pengarah Ahmad Idham, SEMERAH CINTA STILLETO.

Berkesempatan menonton tayangan perdana filem ini di Auditorium Utama UPSI tanggal 5hb Februari jam 8.30. Dengan kehadiran Lisa Surihani selaku heroin, tayangan perdana malam itu dihadiri ribuan penonton yang ingin menonton filem ini buat pertama kalinya. Aku juga antara mata pertama yang menonton filem ini. Dengan harga tiket RM6, aku mendapat sekeping poster gergasi V3, sbuah filem Farid Kamil yang akan ditayangkan 11 Mac 2010, serta peluang mengambil gambar close-up Lisa Surihani. Terima kasih kepada JMK Kolej Kediaman Luar Kampus kerana membawa filem ini untuk tontonan pelajar UPSI.

Impresi pertama, aku mengharapkan stilleto punya kuasa seperti Syurga Cinta. Syurga Cinta, yang merupakan filem drama berat, berjaya menarik hati aku dengan kisah yang simple dan cukup mudah. Selain itu, aku mengharapkan Semerah Cinta Stilleto menjadi sebuah filem yang lain dari filem komedi romantik lain di Malaysia. Ternyata, berbaloi menonton filem ini. Filem ini akan menemui penonton 8 April 2010. So, pergi tengok.

Filem ke 37 MIG ini sekali lagi menggandingkan Farid Kamil dan Lisa Surihani selepas filem pertama gandingan mereka, I'm Not Single di bawah arahan Pierre Andre. Jika I'm Not Single lebih terarah kepada pertengkaran dua orang yang tak sehaluan, lebih kurang begitulah jugak permulaan dua karakter ini dalam filem ini. Hampir sama, tapi memang tak serupa.

Semerah Cinta Stilleto berkisar di sekeliling dua insan berlainan status, Letto (Farid Kamil) dan Stella (Lisa Surihani). Lisa dibesarkan dalam keluarga 'open minded'. Namun, dia bukanlah orang yang mengamalkan hidup bebas seperti ibu bapanya. Letto pula, menjual ikan dan mempunyai ibu bapa yang selalu bergaduh2 nakal. Dua insan ini tidak pernah bertemu sehinggakan satu insiden yang melibatkan kasut Stilleto milik emak Stella tertikam punggung Letto bermula. Maka, dua insan ini mula berkawan, tapi ibu bapa mereka punya minda berbeza tentang cinta mereka.

Ahmad Idham berjaya membawa satu genre baru dalam seni komedi. Ternyata filem ini mempunyai komedi berbeza dengan filem2 lain. Jika sebelum ini komedi filem-filemnya terhasil dari situasi dan dialog lucu, Semerah Cinta Stilleto mempertaruhkan komedi dewasa dan boleh dikatakan sedikit lucah yang masih berlapik. Makanya, kalau penonton tak dapat tangkap bayangan kata-kata karakter2, makanya filem ini hanyalah nampak bias dari segi komedinya.

Kisah ini ringan dan hanya berkisar tentang dua insan dan mak bapak yang bermacam2 perangai. Kisah yang mungkin biasa dilihat, tetapi tabik kepada Metrowealth kerana berjaya membawa kisah ini dalam format yang fresh dan mantap. Persoalan tentang cinta antara darjat dibuka dan diceritakan untuk renungan. Kasut pula dijadikan satu simbol pertemuan antara dua dunia ini... Cantik tu... hanya kerna kasut, semua

Farid Kamil menampilkan persembahan yang biasa namun tetap superb. Dia adalah karakter dia sendiri seperti mana filem2 yang dilakonkannya sebelum ini. Lisa Surihani ok dan baik. Keseluruhan, sume mantap r..

Papepon, buah tangan ahmad idham ni memang satu lagi filem romantik komedi yang perlu ditonton.. dipawagam 8 April, Semerah Cinta Stilleto mungkin satu refreshment bagi genre romantik komedi di malaysia...


Semerah Cinta Stilleto: siapa yg aku jumpe

Aku berpeluang menonton sebuah filem terbaru MIG karya Ahmad Idham. Malam tu, event dianjurkan oleh JMK Kolej Kediaman Luar Kampus UPSI.. nnt aku review yer.. sbb filem ni akan dityangkan pada 8 April 2010.. so, sikit masa lagi aku review ye..

Siapa Yang aku dapat pada majlis ni, selain movi??? jawapannye....
Lisa Surihani la....

dan x lupe jugak, bekas pensyarah Wacana Akademik Bahasa Melayu
En Samsuddin..

P/S: next pos, baru aku nk review..

Friday, February 5, 2010

22 tahun 1 hari dah yer...

Akhirnya aku dah 22 tahun..
4 feb dah berlalu...
makanya hari ini (5 feb)..
aku dah 22 tahun 1 hari..
2+2= 4...
dan 4 adalah tarikh lahir aku...
unik 2..
dah 2 pula adalah bulan aku lahir..
wah..
nombornya cantik..

mekaseh yang meng'wish' ..
terima ksaih bebanyak...
papepon, teruskan membaca blog yang tak seberapa nih ye...

cerita ttg birthday, xde pape sangat yang aku nk katakan.. cume sem ni, aku x selebrate kat mana2.. bukan ape, x brape nk ada duit sket untuk wat sume ni. Kelmarin malam, my mom telefon.. katanya "mana pegi, sbb lama x call"... haha.. ingt jugak mak aku kat aku.. pape pon, memang terlebeyh sudah kadar jangkawaktu sehinggakan aku sndri terlupa nk call parent aku. Bukan ape, selalunyer, bila aku call tu.. mintak duit dan inform news2 yang berlaku di sekitar...

Cuti ni, ingt x nak balik rumah.. sbb malas.. asignmnt lom mula.. (even asignmnt Drama baru tulis satu line).. tapi, aku balik jugak sbb ada hal yg perlu disettlekan.. lgpon, rindu gak nih kat my hometown... tapi, first thing first.. Kejohanan Silat UPSI dan Jemputan ASEAN akan berlangsung next week.. dan aku.. adalah salah sorang yg terlibat (even aku bukan pesilat)...

2 je..

P/S: malam ni aku nk g tengok SEMERAH CINTA STILLETTO.. so, tunggu review aku sblm filem ini ditayangkan April nanti..

Tuesday, February 2, 2010

Lu Pikirlah Sendiri: Majlis Perasmian Tayangan Amal

Ini adalah chapter last dalam siri Lu Pikirlah Sendiri yang aku pos dalam masa 2 hari. Pos ini adalah penutup, close case bagi entry2 sebelum ini. Aku telah introkan filem ini di sini dan telah pon berpeluang berjumpa pengarahnya sendiri di sini, menyertai bengkel dan juga telah selesai mereview (secara amaturnya) dalam pos2 sebelum ni.

Ok.. jom kita tengok majlis perasmian tayangan amal filem ini yang dihadiri oleh pengarah, pelakon dan jugak Profesor Madya Dato' Paduka Dr. Rosli, penasihat Persatuan Persuratan Melayu.

Diacarakan MC, Mohd Fazil b. Ajak.

Diteruskan dengan bacaan doa...

Seterusnya ucapan oleh pengarah filem, merangkap pensyarah di bidang Teater dan Drama UiTM, Puan Aminah Raphor

dan disusuli ucapan penasihat Persatuan Persuratan Melayu.

majlis diteruskan dengan tayangan filem... dan... cabutan bertuah..

Selesai.. actually, ada gambar2 aku bersama artis.. tapi, biarkan lah.. malas aku nk upload2 nih...

Lu Pikirlah Sendiri: My Personal Review & Komen


Bicara Awal

Berkesempatan menonton tayangan perdana Lu Pikirlah Sendiri di Auditorium UPSI tanggal 31hb Jan yang lalu. Review ini berdasarkan pemerhatian aku dari aspek2 peribadi aku.

My Review

First impression sebelum menonton filem ini, aku menggambarkan bahawa Nabil akan tidak akan memberikan satu persembahan yang lebih baik berbanding Sifu dan Tongga dan juga Momok. Dua filem Nabil sebelumnya amatlah kurang menyengat. Aku juga membandingkan filem ini dengan kerya A Razak Mohaideen yang terlalu simple. Selain tu, aku gak harap bahawa filem ini menjanjikan satu komedi baru yang fresh dan tidak terikat pada genre slapstik yang selalu dibawa oleh Nabil. Impresi aku amatlah sederhana, tidak meletakkan filem ini sebaris dengan filem2 hebat kita mahupun filem lain.

Sebelum aku review dan komen, filem ni mengisahkan ttg perjalanan hidup Nabil yang amat sukar apabila dia asyik berhenti kerja. Pekerjaannya sebagai Mat Despatch di sebuah syarikat menyebabkan dia bertemu dengan seorang gadis, Natasha (Puteri Sarah) yang punyai ego yang amat tinggi. Tiada bibit cinta dimulakan, tapi mereka mula menjadi seperti anjing dan kucing. Pergaduhan ini menjadi asas kepada pembentukan plot cerita ini sehinggakan lagit akhirnya bertemu dengan bumi.

Jujurnya, Lu Pikirlah Sendiri adalah sebuah buah tangan yang berbeza dari filem slapstik komedi yang lain. Dengan meletakkan sedikit muzikal komedi, Aminah Raphor berjaya menghidupkan situasi komedi yang berbeza. Aku perhatikan, ramai penonton akan berasa lucu bila Meet Uncle Hussein muncul setiap kali adegan penting. Aku lihat, faktor ini yang menyebabkan penonton berminat dan ingin terus tonton sampai akhir. Antara faktor lain yang menarik adalah kehadiran Faizal Tahir, Amy Search dan Aziz M Osman.

JOm kita tengok 3 aspek utama dalam pembentukan filem ini. Sepertimana yang diketahui, sebuah filem terbentuk dari 3 bhagian. Pertama setup. Kedua konflik. Ketiga, Penyelesaian. Untuk memastikan penonton melekat di kerusi, Setup amatlah penting. Sebagai seorang pensyarah, Aminah Raphor memanfaatkan Setup dengan baik. Nabil dalam Hujan, rebah dan FADE OUT. Permulaan yang ok dan membuatkan orang tertanya2 kenapa hal itu terjadi. Aku suke setup nih. Best.

Bahagian tengah, pada aku.. nampak sedikit kucar kacir. Penambahan plot cinta antara pengawa; (Ebbi Yus) dan lecturer (Vanida Imran) bukan satu kerugian dan pembaziran. tetapi, minor plot itu macam menyebabkan kisah Nabil dan Natasha ni tenggelam. Kisah Zizan dngn Adik Angkat (aku x ingt nama).. dan lain2 macam menyebabkan kisah Nabil dan Natasha sedikit tenggelam. Tetapi, aku rasa, kisah Nabil dan Natasha naik kembali di saat akhir dan mencapai konklusi yang baik.

Dari 'twist yang diberikan dalam filem, aku rasa Lu Pikirlah Sendiri bukanlah satu filem yang hanya fokus kepada Nabil dan Natasha. Ia sebuah filem yang cuba memberitahu bahawa cinta itu boleh datang dalam pelbagai bentuk. Siapa2 pon tak akan menyangka siapa jodoh kita. So, itulah yang cuba diberikan dalam filem ini.

Aku cuba mengesan mistake, namun 'tabik spring kat diri aku' sebab aku terjumpa satu. Dalam scene Natasha pergi ke pasar malam dan ajak Nabil teman Natasha, Natasha memandu keretanya sebelum dia tinggalkan Nabil di satu tempat. Dari P.O.V Natasha (sewaktu dia memandu), dia sedang kunyah 'chewing gum'. Tapi, dari P.O.V Nabil, mulut Natasha tidak mengunyah apa apa. Shot bertukar beberapa kali dari P.O.V Nabil ke P.O.V Natasha. Kejap kunyah, diam, kunyah, diam.. xpe.. kecik je tu. Mungkin x sedar.. namun, mistake ini x menjelaskan flow cerita.

Nabil sememangnya menjanjikan persembahan yang baik berbanding filemnya sebelum ni. Malah, lawaknya tidak terlalu skeptikal macam Sifu dan Tongga dan juga Momok The Movie. Nabil dalam filem ini lebih mempunyai perasaan dan penonton kadangkala dapat menyerap feel itu dari lakonannya. Ada saat komedi dan romantik yang tidak terlalu overdose. Papepon, ini adalah filem Nabil yang paling perfect setakat ini.

Lu Pikirlah Sendiri mungkin sesuai dijadikan siri TV. Ia bernaratif panjang lantaran ada banyak subplot yang ingin dirungkai. Scene nabil tahu yang secretary bos dia nk kahwin itu ... yang tetibe membuatkan Nabil berada di rumah Natasha, amat pelik dan janggal. Saat bila Nabil diajak Natasha ke rumahnya dan atas alasan apa Nabil ke rumahnya??? Lu Pikirlah Sndri ye... (atau aku sndri yang tertinggal line2 penting...huhu)

Jujurnya, Lu Pikirlah Sendiri bukanlah filem yang berat. Ianya sebuah filem yang santai. Namun, dalam gelak, ada mesej yang ingin disampaikan. So, naratif Lu Pikirlah Sendiri mungkin slapstik. Genre anjing dan kucing ada di mana mana tak kira Hollywood, Kollywood, Bollywood dan Wood Wood yang lain sentiasa membina naratif ni. Namun, pendekatan Lu Pikirlah Sendiri berbeza kerana konsep yang lebih fantasi, santai dan tidak terlalu berpijak di alam nyata. Memang ia sebuah filem yang menarik dengan kreativiti yang setanding dengan filem luar. Papepon, filem ni sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

P/S: aku support filem malaysia.. harap2 dapat g tengok "semerah cinta stiletto" lak pas ni

Monday, February 1, 2010

Lu Pikirlah Sendiri: Bengkel Teater & Drama

Berpeluang menyertai Bengkel Teater dan Drama yang dianjurkan oleh Persatuan Persuratan Melayu.. aku bukanlah student Bahasa Melayu, malah aku juga bukan orang yang sepatutnya masuk dan join bengkel ni. Tapi, dengan muka tak malunyer, aku dengan berbaju TESL Club menyertai bengkel ini atas dasar minat dan keinginan untuk mengetahui teknik2 asas teater, drama dan juga pengarahan.

Papepon, bengkel 2 jam ini bukanlah satu bengkel yang cukup untuk belajar segala jenis ilmu teater, tapi cukup rasanya sebagai starting point dan introduction buat aku yang kosong dengan dunia ini. BUkan aku tahu pon nk blakon, selepas tengok balik video yang dirakam oleh member aku, aku gelak sorang2 melihat diri aku beraksi di atas pentas. Pelik, huduh.. hahaha..


"Masih banyak yg perlu dibentuk", 2 yg Puan Amy gtau aku dan semua..

Namun, pelajaran asas itu sudah dapat ditangkap.. at least, ada la aplikasinyer ... insyaallah... Papepon, thanks la to Fawez yang gtau ttg bengkel ni dan beria-ia inform aku ttg tertundanya majlis ni dari pukul 8.30 pagi di Sri Tanjung kepada 2 ptg di Audi.

Pas2, maka, datanglah kru2 untuk setup untuk tayangan perdana ke3 selepas menjelajah ke beberapa universiti seblm ni. (UiTM dan USM)..


projector yang akan digunakan untuk tayangan filem ni.. pertama kali.. selalunyer, kalau wat tayangan, diorang just tunjuk kat layar biasa dan guna DVDplayer je..


Skrin khas.. yang dipasang selepas tamat bengkel.

Ni ha.. reel yg mengandungi filem Lu Pikirlah Sendiri...

P/S: Selepas ni.. review.. tunggu