Akan Datang!

Sunday, January 31, 2010

Malam Lanai Seni

Selepas habis bi-briefing-kan oleh orang atasan berkenaan pertandingan silat yang akan aku uruskan bersama rakan2 aku, aku bergerak ke Foyer Blok 2 Kolej Harun Aminurrashid. Bukan ape, saje nk bisingkan lubang telinga dengan persembahan2 dan mencuci mata dengan tarian2 memukau dan persembahan2 yang hebat dari penghuni kolej ini..

Papepon, salute sebab majlis berjalan lancar dan mengasyikkan. Jom, kita tengok, senarai2 persembahan yang telah dijalankan malam ini....

Pengacara majlis yang memang hidupkan suasana.. Aku pergi pon rasanya majlis dah mula, so.. persembahan2 ini adalah persembahan yang aku sempat tonton dan hayati.. so.. jom tengok pos2 menarik yg sempat aku rakam.

Persembahan lagu dari Hujan(bukan nama sebenar), malangnya.. Hujan tak turun petang tadi... kalau turun.. hmm.. memang bising sikit sebab keadaan yang tertutup...

Koreografi zapin yang cantik. Best (ulang 3 x)..

Paluan kompang.. Malangnya, suara diorang tenggelam dek bunyi kompang yang kuat. Namun, persembahan yang baik...

Pas2, hah.... nasyid tradisional..

Puisi...

dan tarian kuda kepang... peergh.. yg ni best..


Teater yang aku rasa penuh mesej... dan salute kepada pelakon watak iblis.. memang fotogenik dan penuh expresi.. mungkinkah he's the next Professor Klon??

Nyanyian Hati Kama, yang mana aku dengar si MC menyebutnya sebagai Hati Karma... entah lawak dalam skrip atau tak, tapi tetap tak dibetul2kan sampai persembahan bermula..

Tarian moden yang energetik..


dan.. dikir barat yang penuh tradisi..

Pada aku, konsep Malam Landai Seni ni.. memang lain... sebab asyik2 nasyid (ulang 2x).. memang boring kan? dakwah itu perlu.. tapi.. at least we need something different.. ok.. syabas dan .. keep on..

bye

P/s: esok aku join Bengkel Teater dan Filem yang akan disampaikan oleh Aminah Rapor, pensyarah teater dan filem UiTM.. pas2 terus tonton Lu pikirlah Sndri (juga diarahkan oleh pensyarah yang sama) pada jam 4.30 ptg...

Saturday, January 30, 2010

Mesyuarat Kelab Rakan Pustaka UPSI

Malam 29hb, berkesempatan hadiri satu meeting antara ahli-ahli Kelab Rakan Pustaka yang telah diadakan di Bilik Serbaguna 1 tingkat 4, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris.Saja aku menyibuk masuk kelab ni sebab aku slalu sgt pegi ulang alik library. Lagipun, kalau ada lain2 aktiviti selain aku surfing internet, lagi berbaloi kerja aku. Lagipun, sem ni aku xnk la terperap sangat dalam bilik aku dan fokus terhadap study je.. nk buat something yang boleh isi masa lapang.Aktiviti macam2, tapi malangnyer lawatan ke Universiti Teknologi Petronas tu, huhu.. hari Isnin.. bad day.. x dapat nak join .. uhuhu..
ni tuan president.... dan ini antara orang2 yang berada di bawahnya... nama pon lom kenal sume g... hmm..
naib presiden.. dan orang2 dibawah biro masing2 yang aku sndri tak ingat biro ape...

Papepon, diharap kelab ni akan bergerak dengan jentera2 yang bersemangat.. insyallah.. aku pon akan cuba sehidup2nyer untuk hidupkan aktiviti2 yang boleh membantu kelab nih... even kelab ni kecik.. aku suke... ahli2 pon okeyh2 sume..

P/S: payah tol nk expose mata aku.. pelik2.. kalau aku bukak, terjegil plak.. kalau normal.. macam tu la jadinyer..

Friday, January 29, 2010

Carta Top 10 Nuff Minggu Ini..


Sungguh banyak idea yang sudah terbongkang di dalam longkang otak yang tidak disapu oleh siapa2 yang sedang bekerja pada masa ini. Hmm.. sesungguhnya feeling untuk mengupdate blog amatlah terhad dan makin menurun lantaran internet yang kurang menyinggah di panel wi-fi laptop aku. Susah benar mahu mendapatkan line, dan orang cakap "kalau rajin, slalu la ke lib". Ya, aku selalu ke library tapi.. atas alasan blogwalking saje... naikkan traffic.... haha.. (nampak sangat yg aku malas menghupdate)

Hmm.. hari 2 aku ingt nk la jugak wat liputan Pemilihan MPP tapik, semua tu dah x fresh. Dan xde umph.. papepon, forget it. Hmm.. mungkin blog aku menjadi sedikit boring dan berhabuk namun, aku tetap akan sentiasa update.

hah, ada satu benda nk cite. Hari ahad ni ada tayangan filem Lu Pikirlah Sendiri yang akan aku hadiri. Aku x kisah sgt filem ni picisan atau ape pon. tapi, yang pasti aku perlu tonton sebab aku support filem Malaysia. Sape lagi nak support filem kita kalau bukan kita? kan? x kira la kalau filem kita teruk pon, yang pasti sekurang2nya, kita boleh jugak buat filem.

Ok.. aku x nk cite bebanyak ttg tu. Tunggu selesai aku nonton, baru aku cite. Meh aku bawak korang menjenguk akaun nuffnang aku.. kali ni aku nak reveal 10 katakunci terbaik yang orang guna untuk link ke blog aku... dari tangga pertama hingga ke 10.. ini dia... carta top ten keyword aku..

Dari pemerhatian aku, banyak orang yang search blog aku melalui web enjin carian. Mungkin diorang kurang pasti dengan address blog aku, atau mungkinlah diorang memang suka menggunakan enjin carian daripada kotak URL yang berada di atas tetingkap Google Chrome mahupun Mozilla. Papepon, yang masuk 2, mekacih laaaa bebanyak yer...

Clueless sikit aku apabila aku tidak pernah mendengar kisah kahwin Ho Ro Bin.. so, liputan pon xde, so.. hmm... no komen yer..

Aku tertanya2 ape itu "gasty haramdy.com"?? haha.. miss spell kot.. aku rasa sesape yang seach pakai keyword ni akan terus dibawa ke entry Great Gatsby, sebuah novel yang menjadi bahan asignmnt semester lepas.

Lembing Awang Pulang Ke Dayang jugak antara pos yang popular. Macam2 diorang search. Tiap2 minggu, ada je orang seach melalui keyword ni. Slain 2, filrm Raging Phoenix dan Merantau adalah yang hit. Dulu, kat VisitnWatch, semua keyword bertumpu kat Raging Phoenix, populer tol filem Thai tu.. huhu

Haaa.. yang ni sah2 kalau xde orang masuk. Entry KCB antara yang orang slalu baca (ye ker?).. Melalui keywoord Abdullah Khairul Azam dan Ketika Cinta Bertasbih.. huh, tak sia2 aku mengarang.. haha..

Dan yang paling aku x sangka, pameran alat seksaan pon ada dicari.. papepon, aku pernah pegi pameran ni, memang menggerunkan.. huh..

2 je.. daaaa

Sunday, January 24, 2010

Lu Pikirlah Sendiri



Mengisahkan tentang mengejar impian, kerjaya dan cinta. Nabil (Nabil Raja Lawak) dan Natasya (Puteri Sarah) merupakan pasangan yang berbeza dari semua perkara. Mereka seperti dua garisan yang tidak mungkin bertemu di dalam kehidupan ini untuk melayakkan mereka bercinta. Mereka mempunyai pandangan hidup yang berbeza kerana seorang di universiti dan seorang lagi terpaksa bekerja menyara diri dan keluarga. Walaupun mereka berdua ibarat garisan yang tidak mungkin bertemu, tetapi takdir menentukan segalanya.

Pada pertemuan yang pertama sahaja mereka sudah tidak sefahaman, bertengkar dan bergaduh. Cinta yang tidak diungkapkan menimbulkan salah faham yang berterusan dan berpanjangan. Apakah kesudahan mereka? Siapakah dahulu yang melafazkan kata cinta? Siapakah Kumpulan Meet Uncle Hussein di dalam cerita ini? Apakah kelainan pada watak-watak yang dibawa oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Amy Search, Vanida Imran, Faizal Tahir, Mila AF5, Aziz M. Osman dan lain-lain yang turut terlibat di dalam filem ini? Untuk mengetahui selanjutnya, nantikan kemunculan filem ini di pawagam berhampiran anda.....Jangan ketinggalan..... !!! - sinemaonline


Sebuah filem Aminah Rapor... seorang pengarah kelahiran Tanjung Malim, Perak yang juga seorang pensyarah di bidang Teater, Drama dan Filem di UiTM, Shah Alam. Bertindak selaku penolong pengarah filem Wayang dan filem Baginda dan juga pengarah teater Wajah Lumpur, Bertangga Naik, Berjinjang Turun, Siti Di Alam Fantasi (cite ni best.. zaman aku mude2) dan lain2.. (info-sinemaonline)

Dengan kehadiran istimewa artis2 seperti Amy Searh, Faizal Tahir, dan Meet Uncle Hussein

Tayangan di Pawagam 11 Feb 09.. (www.lupikirlahsendiri.com)


Wednesday, January 20, 2010

Ketika Cinta Bertasbih 2: kartarsis akhirnya

"Kau mencintaiku seperti bunga mencintai titah tuhannya, tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia. Tak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala. Kau mencintaiku seperti mahatari mencintai titah tuhannya, tak pernah lelah membagi cerah cahaya, tak pernah lelah menghangatkan jiwa"-Ayatul Husna

Akhirnya, penantian untuk melihat kisah hidup Abdullah Khairul Azam tercapai apabila Ketika Cinta Bertasbih 2 bertandang di tangan. Fuh, ending yg agak memberikan aku perasaan katarsis yang selama ini ditunggu2 oleh semua peminat novel Ketika Cinta Bertasbih dan juga karya2 hebat Habiburahman El Shirazi. Jujurnya, KCB berjaya memberikan satu nafas baru dalam filem Indonesia yang bergenre islamic sebegini. Kejayaan KCB yang sebelum ini dimulakan oleh Ayat2 Cinta membuktikan bahawa penonton mahukan kisah cinta yang fresh dan lebih dekat di hati. KCB juga membuktikan yang budaya barat (dari aspek percintaan) bukanlah satu satunya formula yang boleh dibuat acuan untuk membentuk sebuah filem yang baik.

Dibawah arahan Caerul Umam, Ketika Cinta Bertasbih 2 nampak Islamic dari penampilan dan karakterisme pelakon2. Dalam pemerhatian aku, filem ni memberikan satu pandangan yang positif tentang dunia Islam dimana Islam itu sebnarnya agama yang amat indah. Bukan senang mencari jodoh kerana kesempurnaan untuk menjadi pasangan yang sempurna amat dititikberatkan.

Meh aku cite sikit apa yang korang akan dapat dalam filem kedua dari buku tulisan penulis Ayat2 Cinta ni. Penonton tidak akan mendapat satu kisah baru mahupun satu cambahan minor plot yang baru dalam filem ini. Penonton juga tidak akan mendapat satu impak melalui kehadiran karakter2 baru sepertimana yang berlaku dalam filem2 sekuel kebiasaannya. Apa yang penonton boleh dapati dalam filem ini, adalah jawapan kepada semua persoalan yang ditinggalkan dalam episod pertama filem ini.

Ketika Cinta Bertasbih 2 lebih dewasa dan lebih berat kerana konflik yang dimulakan di akhir filem. Pada aku, konflik dalam episod 2 ini lebih fokus kepada Khairul Azam berbanding episod 1 yang lebih menjurus kepada Furqan dan dilema cinta tiga segi dengan Anna. Namun, KCB 2 tidak lari dari konsep asal yang mana menjurus kepada pencarian seorang yang baik untuk seorang yang baik bukanlah sesuatu yang senang. Dalam KCB2, Khairul Azam dilihat lebih menyukai alam bisnes berbanding menjadi seorang kiyai di pesantren. Analisa aku, Khairul Azam merupakan cermin kepada mahasiswa zaman sekarang yang mana lebih berminat untuk bekerja mengikut minat berbanding taraf pelajaran. Pada aku, x salah pon tindakan Khairul Azam. Asalkan ianya masih lagi ada batas.

Merujuk kepada karakter ibu Khairul Azam yang berpandangan bahawa seorang jurusan Al Azhar seharusnya bekerja sebagai seorang guru di pesantren dan menjadi seorang yang lebih baik dari penghantar kurier, itulah pandangan biasa bagi keluarga yang kadangkala hanya berpandangan lurus ke hadapan. Aku tidak menyatakan bahawa keluarga Khairul Azam itu berpandangan sempit, tetapi kadangkala pemikiran mereka disempitkan oleh faktor sekeliling dan akhirnya mempengaruhi keputusan seorang ibu sedangkan, si anak tahu apa yang ingin dilakukan dan tahu arah tuju untuk masa hadapan.

Anna Athafunnisa pula merupakan karakter yang tersepit diantara konflik cinta antara Furqan dan Khairul Azam. Perkahwinan Furqan dan Anna satu kesan dari tindakan Khairul Azam yang terlambat untuk menjelaskan nama penuhnya semasa adegan dalam KCB1. Konflik Anna mencerminkan kesabaran seorang isteri yang sanggup menggadaikan cinta demi agama. Payah wo nak cari wanita sebegini. Namun, dalam dunia realiti aku tak rasa ada wanita sebaik dan seteguh Anna. Kadangkala dalam dunia realiti, ciinta lebih penting dari agama sehinggakan kadangkala sanggup memberikan semuanya atas nama cinta. Kan?

Cukupla kot analisis karakter untuk KCB2. Jom tengok struktur penceritaan plak. Kang nanti aku analisis karakter sebijik2 nanti, x jadi keje nanti. Jujurnya, KCB2 lebih menekankan keadaan yang tegang akibat situasi yang berlaku pada keadaan yang tidak sepatutnya. Hmm.. dalam bahasa senang, bad timing. Dalam KCB2, Khairul Azam selalu berada dalam keadaan ni sampai x kahwen2. Ish3.. namun, akhirnya dugaan berkali2 yang menimpa dibalas dengan kehadiran Anna. Plot yang amat simple kerana tidak ada subplot yang banyak dalam filem ni. Jika dalam KCB1, kisah cinta rakan2 Khairul Azam menjadi suplot yang menyebabkan kisah mainpoint (Khairul Azam vs Anna vs Furqan) seperti tenggelam. So, ringkasnya aku katakan bahawa KCB2 lebih fokus dan straight forward.

Namun, mungkinkah kesimpulan untuk KCB2 seperti something wrong somewhere. Ending KCB2 amat indah dan cukup berkesan. Ini adalah ending yg semua orang mahu tapi... barangkali bagaimana pulak explanation untuk HIV yang dihidapi Furqan nampak seperti ada sesuatu yg tidak kena?... Jom kita lihat kembali dalam KCB1. Dalam KCB1, Ataliana (si pemeras ugut yg menyuntik HIV ke dalam badan Furqan), dipenjara. Selepas itu, Furqan menjalani pemeriksaan kesihatan dan dia disahkan HIV. Namun, mana mungkin dalam KCB2, Furqan menyatakan bahawa pegawai kesihatan telah bersubahat dengan Miss Ataliana dalam hal tersebut? Padahal, kita tahu yang Miss Italiana susah berada di dalam lokap polis... (kalau aku tersilap, betulkan ye..)

Kesimpulannya, KCB membawa kita untuk sedar bahawa jodoh yang sempurna bukanlah sesuatu yang amat senang sekali untuk dicari. Papepon, KCB2 memang satu kelegaan. Sama seperti Ayat2 Cinta, Habiburahman memang seorang penulis yang amat baik dalam membentuk novel dan karya Islami. Aku tinggin gak nk tngok kalau2 Pudarnya Persona Zulaikha dan Dalam Mihrab Cinta difilemkan. Ok.. 2 je..


Tuesday, January 19, 2010

Dari Gopeng Ke Batangkali (Episod 3)

Okeh... episod last bagi kesinambungan episod 1 dan episod 2. Aku dah xde mood sbenarnyer nk cite. Tetapi, disebabkan xnak citenyer tergantung, aku kena habiskan jugak bab ni. Xde mood style. Jom layan..

Kami ke Kem Restu Ibu yang terletak berdekatan dengan Kem Lembah Genting.

Kem ini juga adalah sebuah tempat perkelahan. Ada sebatang sungai yang mengalir di tengah kem ini yang membolehkan sape2 nak mandi manda dengan bayaran yang berpatutan.

Pas2 gerak lak ke Cholo2...
Ni adalah Kem Cholo-Cholo.. ada macam2 kat sini. Kot2 nak main kolam air panas, nak spa ke.. sume ada.. sebuah resort dan camp site dalam satu tapak. Cantik dan menarik.

Pas2.. Baleeeeekk.. Tempat perlu diconfirmkan. Dari Gopeng ke Btangkali, mana satu idaman hati, pilih satu satu mati, habis sudah kami cari.. hmm.. perjalanan sehari yang amat meletihkan. Luckily i'm not driving the car..

Tempat dah set.. tapi... masalah lain pulak timbul. Huh... Mcam2.. xpe.. aku chow dulu... jumpe dalam tajuk lain plak yer.. bye...

Sunday, January 17, 2010

Dari Gopeng Ke Batangkali (Episod 2)

Jom kita sambung.. episod kali ni masih lagi bertitik tolak dari kejadian yang berlaku dalam usah amencari tapak perkhemahan. Dari Gopeng ke Batangkali (episod 2) menjelajah lebih dalam ke daerah Gopeng. Jom kita lihat ape yg terjadi seterusnyer... (ahai.. dah macam reporter lak).. Selepas berbincang dengan orang yg bertangungjawab untuk menjaga kem, satu masalah timbol.. Biasela .. masalah simple jer.. masalah penetapan harga.. so, hal ni perlu diurus dengan tuan punye tempat ini.. maka, disebabkan dia tak ade di situ, kitorang sume pon menjelajah jap sekitar Gopeng. Kemudian, dalam kol 10 baru dtg kembali ke Gua Tempurung.

Perbincangan dijalankan. Semua heppy2 jer.. tgk muke2 orang yg berususan.. sume heppy2.. walaupun diorang ni sikit pHObiA dengan kitorang, tetap lah dilayan kami sehingga puas. Tibe2, dtg pulak sang penjual es krem yang nak promo es krem diorang.

Dah habis berbincang, maka kami pon jalan2 jap. Selepas meninjau2 pintu masuk dalam gua, kami pon dibenarkan untuk masuk half-way untuk tgk keindahan interior Gua Tempurung. Cantiknyer.. tapi makin dalam dan makin tinggi, makin aku gayat. Tapi, kalau berpeluang memang nk g.. insyaalah..

selesai satu tempat untuk disurvey. Dlam perjalan pulang, kami dapat mesej mengejut yang menyebabkan semua terpaksa pulang ke Tanjung Malim untuk menghadiri satu majlis yang telah diadakan di Fakulti..... maka, pulang pulak ke UPSI...

terpaksa pasang telinga untuk satu program anjuran fakulti... kejap je.. kemudian.. our next destination is...

KEM LEMBAH GENTING.. bertolak dari UPSI around 2.30, kami pon makan2 dulu. Sedikit info ttg kem ini. Terletak di jalan on da way nk g Genting Highland. Kem Lembah Genting mempunyai tapak yg agak luas, dan sistem PA yang lengkap di dalam dewan yang di hadapannya ada padang kawat yang sesuai untuk pelbagai aktiviti. Memang luas giler r, tapi keluasan bukanlah satu faktor pemilihan. Apa yang kami cari adalah kesesuaian tapak dengan aktiviti yang akan dijalankan nanti.

Selepas perbincangan, maka.. berjalan2lah kitorang melihat kawasan sekeliling.




Papepon, kami x puas hati lagi dengan kem ni... tempat lain perlu disurvey lagi kerana asalnyer, KEM LEMBAH GENTING bukanlah satu destinasi yg kami ingin tuju. Pernah dengar CHOLO2.. hah.. tunggu episod seterusnyer yeee...

P/S: ayat2 sedikit classic.. dalam mood Dikir Puteri (heh heh)

Thursday, January 14, 2010

Dari Gopeng Ke Batangkali (Episod 1)

Demi untuk negara dan Manikayu yang aku rasa memang pentng, aku dan rakan2 yang xde kelas ari Rabu (13 Jan 2010) telah jalankan satu survey untuk mencari tapak camping Manikayu yg mungkin (jadi atau x .. entahla) akan diadakan dengan jayanya... meh aku citekan dari setiap inci perjalanan kami yang penuh berliku dan semak dalam mengharungi satu hari yang penuh mencabar ini.. (fuh)...

Entry ni adalah kesinambungan AzizahoooAzizah (part1) dan juga merupakan episod baru dan prequel kepada entry panas ini... click kalau nk tau.. ngeh2

Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa (dalam hati) dan kereta dipandu oleh Steph. Bertolak lebih kurang jam 7.30 pagi atas kelewatan aku (sori guyz), Gua Tempurung menjadi destinasi pertama kami...

Sedikit info ttg Gua Tempurung. Gua Tempurung bukanlah gua yang penuh dengan tempurung kelapa. Ia juga bukan gua tempat orang menanam pokok kelapa dan juga tempat membuat catatan Malaysia Book of Records dengan ciptaan Jalur Gemilang terbesar dari tempurung kelapa. Terletak di Gopeng, berhampiran Batu Gajah, Gua Tempurung amat popular buat penggemar aktiviti pengembaraan. Panjang tunnelnyer lebeyh kurang 3 km dan telah dicatatkan sebagai longest caves in Peninsula Malaysia.
Namun, camp site yang dimaksudkan bukanlah terletak di dalam Gua Tempurung, mahupun juga tidak berada di dalam markas Profesor Klon yang telah menjalani penggambaran di sini. Camp site yang dimaksudkan memerlukan perjalanan kedua.
RS Camp Site, Gopeng Perak adalah satu daripada tapak camping yang ada di Gua Tempurung.. meh kita jenguk sket ape ada dalam ni..
Jom terjah... kami masuk ke dalam tapak perkhemahan.. kawasannyer kecik.. cukup selesa dan senang untuk dikawal disebabkan kapasiti peserta yang hanya lebih kureng 40 orang lebeyh.
Ni adalah tapak khemah. Apa yg ada kat sini.. seperti tapak camping la.. camping site... dan tempat2 rehat ala2 pondok2.. kepada sape2 yg nak main kahwin2 ngan masak2 memang seswai tmpt ni.. dan yg paling penting.. sungai Kampar yang cantik.. tingat aku cite Lang Buana dan filem2 klasik yang bercerita mengenai gadis2 yg membasuh kain di pinggir sungai.. (oops).. ook.. back 2 basic... basic yer...
ni bukan unggun api yer.. tapi kayu reput yg aku telah patahkan.. secara tak sengaja.. tapi xpe. at least, aku leyh selamatkan para pelajar yg akan dtg nnt sebab kalau diorang duduk nnt, teringat lak cite Final Destination (ngeri).. hehe.. dah lama sangat kayu tu.. anai2 dah lapar, so ape lagik.. hmm... papepon, keputusan x dapat dicapai. Kami diarah kembali ke Gua Tempurung,, untuk berjumpa ngn tuan punya tempat untuk deal harga.. apa yang terjadi adalah sesuatu diluar dugaan.. tunggu....
Kenapa? Apa semua nih?? nak tau.. tunggu episod seterusnyer... bukan pe.. panjang lagi adventure nih.. x sempat nk tulis.. so.. tunggu dan tunggu..