Sunday, December 5, 2010

Teknik Mengkritik Filem

Banyak benda yang aku ingin cakapkan dalam blog ni, tetapi entah kenapa jiwa aku menjadi berkarat bila hendak menekan butang aksara di papan kekunci. Itulah sebabnya (bagi yang menyedari) blog aku ini mula menjalani transformasi dari fokus peribadi-hiburan (50-50) menjadi hiburan-komedi (100%). Nampaknya, sejak aku mentransformasikan blog ini menjadi blog hiburan-komedi yang memfokus kepada peng’embed’an pelbagai video bertema trailer filem mahupun parody, blog OPM akhirnya menjana trafik tahap mega. OPM berasa ianya adalah perubahan drastik yang tidak sengaja telah membuka pintu untuk para pembaca mengenali OPM. Terima kasih banyak-banyak!

OPM hanyalah sebuah blog yang santai. Tetapi, santainya beretika (walaupun kadangkala lucah). OPM berpegang kepada prinsip pembangunnya (nama dirahsiakan walaupun boleh je jumpa dalam FB) yang memgobseskan diri ke dunia hiburan dalam cara berbeza. Oleh sebab itu OPM menjadikan review filem sebagai satu daripada pos. Perlu diingatkan pos review filem yang ditulis adalah hasil tilikan diri penulis sendiri tanpa dipengaruhi anasir luar. Contohnya, penulisan OPM berkenaan 2 Alam sebenarnya bersifat 50% puji dan 50% berunsur menasihat. Oleh itu, pertikaian dan perbincangan adalah bukan perkara halangan untuk para pembaca. Anda boleh komen, tetapi jaga bahasa dan tatasusila.

Lama sudah OPM tidak bertulisan aksara Roman di pos. Seingat OPM, review 2 Alam adalah review terakhir yang mendapat perhatian pelbagai pembaca setelah review Magika yang mana telah dibaca oleh Diana Danielle menduduki carta hangat OPM pada suatu ketika dulu. Magika semestinya spesel bagi OPM kerana Diana Danielle sendiri sebagai pelakon Magika mengetag post itu di fanpagenya. Trafik OPM mendadak naik tanpa berbuat apa apa masa itu. Rezeki itu dah tinggal kenangan. Bukan senang mahu membuat review yang baik seperti review 2 Alam dan Magika. Ianya memerlukan penaksiran yang tidak berat sebelah dan teliti.


Di sini OPM lampirkan gaya review OPM yang selalu OPM gunakan dalam mereview filem-filem yang OPM tonton:

1. Mulakan dengan ‘first impression’ penulis
Impresi pertama (pemikiran sebelum penulis menonton filem) dipengaruhi oleh trailer filem dan juga cakap mulut rakan rakan. Melalui rakan-rakan ataupun apa saja medium yang membuatkan penulis mendapat impresi, wujud satu sebab kenapa filem tersebut mahu ditonton. Inilah yang membuatkan keterujaan anda sewaktu penulis membeli tiket. Dalam perenggan ini, selalunya penulis akan menulis apa yang dirasakan akan dihadapi semasa menonton filem tersebut. Akhir perenggan barulah tulis apa yang anda tonton adakah sama dengan apa yang anda agak sebelum menonton.

2. ‘Badan’ review penulis
Setiap ‘badan’ review penulis dibahagikan pecahan info yang penulis ingin tulis pada masa itu. Jika pecahan dan segala data yang diingat, lakaran perenggan ditulis supaya susunannya tidak berserabut. Selalunya, review OPM memfokus kepada teknik pergerakan plot samaada baik atau tidak. Selain itu, review OPM juga menitik berat aspek lakon dan penceritaan samaada baik atau tidak. Dalam ‘badan’ ini, di sini sebenarnya wujud impresi pembaca terhadap penulis. Di sinilah pembaca akan menilai sama ada penulisan anda mengunsung punggung pembaca ke panggung atau mengikat punggung di kerusi malas. Selalunya, perenggan review OPM mempunyai 9 hingga 11 perenggan. Setiap perenggan memfokus setiap aspek seperti muzik/skor, lakonan, penceritaan dan sebagainya.

3. Motivasi penulis sebagai kesimpulan
Akhir review, motivasi dan sebarang penambah baikan yang dirasa perlu untuk filem tersebut. Semestinya tindakan mengutuk atau mencaci hina sesebuah filem selepas mengatakan filem itu tidak berbaloi untuk ditonton bukanlah prinsip yang baik. Jika anda rasa filem itu tak baik untuk ditonton, itu hanyalah bagi diri anda. Jangan jatuhkan filem tersebut hanya kerana seorang manusia. Seseorang yang mengutuk tanpa melihat aspek positif sesebuah filem walaupun tak box-office adalah pengkritik yang tak professional (macamlah aku profesional).

4. Ketepikan emosi
Emosi memang mempengaruhi penulisan. Jika jiwa anda rasa tak sedap punggung dan rasa mahu keluar panggung, review anda pastinya akan melihat 100% kepada ke’teruk’an filem tersebut. Anda pastinya terlepas beberapa bahagian positif yang patut dihurai. Emosi harus dijauhkan. Ingat, menulis review seolah menolak penonton ke dalam panggung atau menghalau mereka untuk keluar. Pengkritik cukup bisa walaupun mereka bukan pembuat filem. Tolong, emosi boleh dimasukkan. Tapi, berpada pada. Jika anda tak suka, tak semestinya orang lain sama pendapat dengan anda.

Itu saja yang OPM dapat berikan kepada para pengkritik yang mahu mengkritik. Setakat mengatakan bahawa 'filem itu best sangat', itu bukan kritikan yang bagus. Menulsi kritikan semestinya perlu perah otak sikit. Setakat B.E.S.T memang tak cukup. Persoalannya yang perlu ditulis adalah sebab kenapa filem tu best? Huraian anda yang berjela itu akhirnya menghuraikan 4 abjad tersebut. Apapun, untuk rujukan review OPM, klik link di bawah.

Contoh review:
Magika: Imaginasi Edry Hebat
2 Alam: Sengsara Si Transgender
Estet: Filem 1 Malaysia
4 Madu; Plot Mendatar, Konsep Menarik

Sekian!

1 comment:

ANATI SOKI said...

sblm nk kritik satu2 subjek tuh.. perlu study btol2 subjek tuh dulu. :)
ade subjek perlu kritik bg dia down trus.
ada subjek perlu krtikan yang membina.
study subjek itu adalah perlu! hehehe
nice entry!