Wednesday, December 15, 2010

Sneak Peek: Fast Five

Tahun 2011 bakal hadir dengan kegilaan Hollywood untuk membikin filem sekuel baru. Sepanjang Disember sahaja, sudah dikhabarkan bahawa sekuel Transformers ketiga (http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/12/sneak-peek-transformers-3d-dark-of-moon.html) akan hadir pada Julai. Sebelum itu, sekuel Pirates Of The Caribbean ke empat (http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/12/sneak-peek-pirates-of-caribbean-on.html) menyusul. Saw sudah sampai 7 sekuel, James Bond lagilah berpuluh puluh. Kini, memperkenalkan satu lagi francise kegemaran ramai, Fast & Furious edisi kelima.



Menurut sumber, filem kelima yang diberi nama Fast Five ini sekali lagi akan menggandingkan Vin Diesel dan Paul Walker bersama Jordana Brewster. Malangnya, Michelle Rodriguez tidak akan muncul dalam filem ini. Selain itu, pelakon sekuel keduanya '2 Fast 2 Furious' seperti Tyrese Gibsen, Ludacris bersama Sung Kang (dari Tokyo Drift) akan kembali walaupun karakternya memang dah mampos dalam Tokyo Drift. Sebenarnya, filem Fast Five ini mengambil latar kisah sebelum kejadian dalam Tokyo Drift (yang akan juga explain bagaimana filem Tokyo Drift bermula). Paling best, kehadiran Dwayne Johnson. Khabarnya dia jadi polis bro!

Bakal ditayangkan April 2011.. deretan movie berganda. Dari Fast & Furious ke Pirates Of The Caribbean dan berakhir dengan Transformers. Wah, memang panas!!

1 comment:

Gen Fujita said...

Yg ke-4 pun belum tengok lagi, ni semua nak kena cari dulu ni.