Saturday, December 18, 2010

(18+) 'Saya Gay, Saya Okey'

PEMBERITAHUAN:
ENTRY INI MENGANDUNGI UNSUR LUCAH, PEMBACA DINASIHATKAN MEMBACA ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI

http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/06/artis-malaysia-video-seks.html

Lepas satu hal, muncul satu hal!

Harapan untuk gay, lesbian, biseksual dan transgender? Ya tuhan. Apa sudah jadi dengan dunia. Di malaysia pun ada orang memotivasikan geng geng sebegini? Macam tak percaya, bila baca blog dan facebook. Terus ke panel utama masalah ini iaitu Youtube. Apa yang dijumpai amat mengejutkan. 15 orang dari pelbagai bangsa sedang share pengalaman mereka yang pelik tu.. nama mereka ialah seperti di bawah:


(nama di atas boleh diklik untuk ke link rahsia)

Daripada 15 pengakuan di atas, memalukan betul apabila ada nama dari bangsa aku. Daripada nama, sudah semestinya identiti agama di kad pengenalan tu Islam. Apa sudah jadi duniaaa? Kecikkan skop, apa sudah jadi Malaysia???



Terlalu yakin sehinggakan sanggup kata 'Saya gay, saya Okey'. Pemikiran seorang engineer begitukah. Geli geleman dengar. Papepon, insaflah. X nak insaf pun, korang diam diam sudah. Aiyoo..

Mereka sebenarnya sudah dibela dengan adanya Seksualiti Merdeka, sebuah organisasi yang memberi keyakinan untuk mereka meneruskan hidup mereka dengan tabiat pelik. Aku hairan, kenapa tak ada persatuan yang mengubah mereka? Kenapa hanya ada persatuan yang hanya menyokong perbuatan mereka. Bagi yang Melayu dan muslim, belajar untuk berubah bukannya belajar untuk menerima dan teruskan keadaan gay / lesbian / biseksual / transgender korang!

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya : “Empat kalangan yang pada waktu pagi mereka dimurkai Allah dan pada waktu petangnya juga dimurkai Allah”. Abu Hurairah bertanya : “Siapa mereka wahai Rasulullah?” Jawab Baginda : “Orang lelaki yang berlagak seperti wanita, kaum wanita yang berlagak seperti lelaki. Orang yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan hubungan sejenis”. (At-Tabrani dan al-Baihaqi)

Bagi gay, lesbian, biseksual dan transgender, aku harap korang bacalah yang ni:

Insaflah!

7 comments:

misSbLurRy said...

aku x gay..alhamdulillah...
moga mereka cepat insaf dan berubah
amin....

aku xnak komen lebih2..dunia nie umpama roda...ari nie kita cakap gini..esok lusa belum tentu lg selamat...

Adam Haiqal said...

setuju dgn missblrry.
bg aku,naluri tu sesuatu yg subjektif.

kita xbolh nk terlalu cepat menghukum.

Kalau golongan gay tu nabi xmengaku umat,abes gejala zina antara lelaki perempuan tu nabi mengaku umat lagi ke??

yg penting,kita perlu percaya,hidup dan pegangan kita akan tetap teguh pada islam.
insya allah,DIA akan sentiasa membantu kita.tetapi kita msti lah berusaha jgk.kan??

org yg kuat smbhyg,x semestinya syurga,dan org yg bergelumang dosa sepjg hayatnya,xsemestinya NERAKA.

wallahua'lam.
pandangan peribadi daripada Adam Haiqal

azi nur said...

xabes isu mak nyah...skrg timbul pulak gay...ishh mengerunkan lah....nauzubillah...jauh dr anak cucu cicit segala....

FARIZ RAZALI said...

good post.. astaufirullahalazim..

anwarfaiz said...

naluri tu ade macam2.. kenapa orang tu jadi pembunuh? sebab dia ada naluri nak membunuh dan dia pilih nak jadi pembunuh sebab tak kawal naluri dia..kita marah kan dekat pembunuh? sebab kalau kita tak halang pembunuh dan biarkan dia bermaharajalela,semua orang akan terbunuh..

jadi,samelah dengan bende2 len termasuk budaya gay ni..kalau kita tak bendung dan biarkan,lambat laun akan mempengaruhi orang ramai..kita yang tak berbuat apa-apa ni mungkin pikir yang kita takkan terjebak kalau kita biarkan..mungkin?tapi anak cucu keturunan kita nanti macam mana? kalau kita biakan budaya gay diterima dan bermaharajalela,suatu ari nnti maybe anak kita senderi jadi camtu dan kita xnak anak kita jadi macam tu kan?

Ainaz said...

dunia dah nak kiamat..huhu

Seri Bahasa said...

inilah akibat terlalu nak ikut budaya kuning barat. tak boleh salahkan siapa2 itu adalah kehendak mereka.

cuma kerajaan harus menangani masalah sosial ni dengan secepat mungkin. takut suatu masa nanti malaysia jadi negara yang mengamalkan kebebasan masyarakat gay.