Thursday, December 16, 2010

Review: Tron Legacy

Berpeluang menonton tayangan ketiga di hari pertama tayangan filem Tron Legacy (16 Disember 2010) di Jitra Mall, Kedah. Buat pertamakalinya aku menonton filem dalam format 3D. First time tonton dalam format 3D. Mahal dowh! Tapi bolehlah jugak rasa pengalaman. Ini review aku..

TRON LEGACY
(lihat THE GRID dari perspektif berbeza dengan link di bawah)
.....preview filem.....
.....OST Daft Punk.....
.....the making of Tron Legacy.....
.....video muzik Derezzed (Tron Legacy theme song)......

----------<>----------

Tron Legacy adalah Avatar tahun ini. Itulah yang dikatakan ramai pengkritik. Aku akuinya. Selepas selesai menonton Tron Legacy, dapat disimpulkan bahawa filem ini aku dapat lihat dari dua sudut pandang. Pertama, Tron Legacy adalah sebuah filem yang menguntungkan buat Walt Disney kerana dunia The Grid begitu dibina untuk mengagumkan penonton. Walt Disney boleh berbangga kerana pastinya dunia birunya ini bakal menjadi satu fenomena. Tron Legacy adalah lagenda 1982, dan ianya bakal menyambung legacy The Grid versi 2010 dalam filem sekuelnya ini. Kedua, Tron Legacy nampaknya seperti satu platform untuk satu muzik video panjang Daft Punk. Nampaknya, muzik Daft Punk begitu muat dan menyesakkan babak filem ini yang ditambah sesakkan dengan warna tema biru yang menarik. Walaupun kesesakan berlaku, rasanya penonton takkan lemas.

Melihat Tron dari aspek dunia filem yang luas, ianya tak lebih seperti The Matrix. Idea dua filem ini nampaknya seperti hampir sama. Idea bagaimana sebuah data komputer dibayangi susuk manusia adalah satu tema yang tak lari dari konsep filem The Matrix. Bayangkan bagaimana sebuah data komputer, digambarkan dalam susuk manusia? Sukar diterima buat sesetengah umat manusia. Namun, kedua dua filem ini, jika dibandingkan, Tron Legacy lebih senang difahami. Maklumlah, Walt Disney sememangnya punyai objektif untuk menarik minat kanak-kanak dan remaja untuk menontonnya. Gegaran kisah Sam Flynn dari awal hingga akhir nampaknya tidaklah begitu sukar untuk diserap masuk ke dalam jiwa semua samada muda atau tua. Ada mesej, menarik dan menghiburkan untuk semua golongan.

Antara adegan menarik pertarungan The Circle

Sedikit preview bagi yang belum menyaksikan sekuel filem Tron terbitan tahun 1982 ini. Ayah Sam Flynn dilaporkan hilang sewaktu dirinya masih muda. Apabila berganjak dewasa, Sam menerima arahan untuk ke arked kepunyaan bapanya (yang mana boleh dilihat fungsinya dalam filem pertama) dan terjumpa permainan arked yang dinamakan Tron. Klu demi klu dibongkar dan Sam dibawa ke satu kawasan misteri dalam arked itu. Tidak berapa lama kemudian, dia dibawa ke satu dunia lain yang dinamakan The Grid. Objektif Sam sekarang adalah untuk bertemu bapanya dan membawanya pulang. Malangnya, Kevin Flynn (ayah Sam) terperangkap apabila Clu (klon ciptaan Kevin yang dibina untuk memajukan dunia The Grid) tidak membenarkan Kevin keluar dari The Grid. Sam Flynn dan Kevin Flynn dibantu Quorra (program ciptaan Kevin) dalam usaha memusnahkan Clu, yang mula naik kepala.

The Creator, itulah nama gelaran yang diberikan Quorra untuk Kevin Flynn. The Creator aku lihat seperti sisi keagamaan yang cuba dimodenkan. Oh ya, ada sesuatu yang Tron Legacy mahu tonjolkan. Ada mesej yang filem ini mahu berikan. Tron Legacy, dari sisi lainnya bercakap tentang persoalan menghormati pencipta. Dari satu aspek lain, file mini secara sinisnya mahu kita berfikir sejauh mana pun kita lakukan sesuatu, kita kena sedar diri kita tak lebih dari seorang yang diciptakan oleh The Creator. The Creator semestinya melambangkan Tuhan (walau dalam apa agama sekalipun) dan tuhan dalam dunia The Grid ialah Kevin Flynn.

Quorra, program ciptaan Kevin Flynn

Kita ke analisis dari segi teknikal (part paling aku suka apabila menulis review). Bagi yang belum menonton, besedialah untuk dibanjiri warna biru dan oren yang banyak. Nasib baik buah oren tak ada dalam The Grid. Serius, warna biru dan oren ini memang menarik dan bagi yang menonton dalam 3D, itulah gunanya spek 3D korang. Dua warna ini menggambarkan dua kuasa kejahatan dan secara jujurnya, warna itu sungguh menakjubkan.

Siapa kata hanya JusMate5 DDR saja yang boleh awet muda? Jangan terkejut kerana si tua Jeff Bridges hadir dalam 3 karakter berbeza dalam filem ni. Semuanya kerana teknologi masakini yang boleh buat macam macam. Jeff Bridges memainkan peranan pertamanya sebagai Clu, klon ciptaan Kevin Flynn. Karakter keduanya, semestinya watak ayah kepada Sam Flynn, Kevin Flynn. Karakter ketiganya, watak Kevin Flynn muda (yang mana menjadi satu penjelasan kenapa Clu wujud dan apa objektif sebenar Clu di The Grid.

Semasa menyaksikan Tron Legacy, antara moment yang memang menakjubkan dan menarik perhatian ialah...

Pertama, aku suka permulaan cerita ini. Sewaktu Kevin Flynn bercerita berkenaan The Grid kepada Sam, ada jiwa di situ. Rasanya, penonton sudah berjaya dikunci untuk setia pada babak seterusnya pada masa itu.

Kedua, moment flashback adalah sesuatu yang menarik. Aku tonton Tron (1982) dan tonton versi sekarang, wajah Kevin Flynn saling tak tumpah dengan filem asalnya. Betapa hebatnya teknologi masa kini. Wow!

Ketiga, Quorra ada jiwa. Itu yang membingungkan. Aku tak boleh terima hakikat ending filem ini. Di akhir filem, aku keluar panggung dengan satu persoalan, bagaimana Sam akan hidup dengan Quorra yang hanyalah sebuah program dan bukannya manusia di dunia realiti?

Keempat, adegan di The Grid sewaktu Clu lawan racing dengan Sam sesuatu yang dinantikan. Ternyata, ianya begitu menakjubkan apabila dinding yang dibentuk motor maya itu begitu jernih namun mampu membunuh. Menarik!

Wajah muda Jeff Bridges sebagai Clu

Muzik skor, semestinya tepukan gemuruh untuk Daft Punk. Sebelum tonton Tron Legacy, aku sudah mendengar soundtracknya dan ianya memang penuh energy. Diisi padat dalam filem ini awal hingga akhir, Daft Punk berjaya menonjolkan dunia fantasi The Grid dengan muziknya yang energetic. Aku menyukai trek seperti Derezzed, Overture, The Grid dan beberapa lagi title track adalah antara muzik kegemaran aku. Keseluruhannya, seperti yang aku katakan pada awal tadi, filem Tron Legacy ini nampaknya seperti satu muzik video Daft Punk yang begitu panjang. Oh ya, Daft Punk juga buat cameo dalam dalam filem ni semasa babak Sam meminta pertolongan Zuse.

Tak banyak dapat aku ulas tentang lakonan. Apapun, semestinya Tron filem wajib tonton untuk versi 3D. Jalan ceritanya lurus dan taklah susah sangat. Visualnya menarik dan memukau. Nampaknya Hollywood sudah gila membikin 3D yang mengajak reality untuk berfantasy. Jaga jaga Hollywood, jangan sampai terlupa bahawa plot juga penting. Apapun, pengalaman menonton Tron a.k.a Daft Punk muzik video memang peluang yang patut dirasa. Kesimpulannya, buangkan reality seketika untuk menerima konsep The Grid. Pastinya pengalaman menonton Tron Legacy memberi pengalaman berbeza (mana taknya, biru dan oren je dunia The Grid tu!). Terbaik selepas Avatar. Tron Legacy sudah mula ditayangkan di pawagam.

6 comments:

Black Winter said...

macam best je citer ni. nak tengok la nnti :)

Mr. TN_SkY said...

wah..besh kew? tpi tkt nmpk cam trlalu 3d lak..hehee :p

nekkenproject said...

Ada bibit nak g Panggung nih!!

AIMAN said...

berbaloi x aku bayaq 10hinggit pi tengok? hee

Jejaka Terhangat said...

nahh..aku tak berminat sgt cerita yg fantasi melampau2 ni..avatar tu bleh diterima lg..

ferry said...

best!