Monday, December 27, 2010

Copy Jangan, Baca Boleh!

Terima kasih kepada semua pembaca yang datang membaca Goofspot. Alhamdulillah, dari sekadar berunderground, akhirnya Goofspot dikenali. Terima kasih atas kesudian membaca. OPM sekali mengalukan apa saja promosi daripada blogger luar untuk memperkenalkan Goofspot dengan lebih meluas. Terima kasih kepada Teamaryzs yang menyokong anak blog OPM ini. Bantuan korang buatkan trafik OPM meningkat dan terus dikenali. Mekasih woh! Upload filem byk2!

Diskusi di wall Teamaryzs!

Sebab korang jugak lah, aku terima beberapa email bertanya tentang keizinan untuk mengopy artikel. Terima kasih kerana meminta izin. Tandanya masih ada lagi blogger jujur.


Tetapi maaflah, bagi yang ada niat nak copy, OPM hanya membenarkan anda mempromosikan blog Goofspot dengan membuat entry (nak ambil satu dia gambar di Goofspot, kira xpelah) atau link saja di blog anda. Harap pembaca hargai berapa lama masanya OPM mahu menulis untuk satu pos yang hanya beberapa gambar itu.


Terima kasih juga buat Tontonfilem.blogspot, seorang penganalisis filem profesional/penulis novel yang telah memperkenalkan blog Goofspot kepada penganalisis filem lain. Terima kasih atas ulasan anda di blog anda! Terima kasih juga atas pelbagai komen menarik yang membungakan lagi wajah Goofspot (lihat sini).


No comments: