Thursday, December 16, 2010

Cerita Gadis Kelantan Yang Comel

Entry ini khas buat senior aku. Jarang sekali aku buat entry untuk orang. Al maklumlah, single ni, nak hantar special entry ni kat sape kan.. kalau hantar kat Deepika Padukone, kena tulis hindi. Kalau nak hantar kat Aishwarya Rai, kena lepas Abhishek dulu. Maka, semua pos adalah untuk seantero dunia, pembaca yang aku sayang juga buat semua peminat, pembenci, silent reader, follower dan juga siapa saja yang datang dari Google, Yahoo mahupun apa saja search enjin. Tapi, pos hari ini aku tujukan khas buat seseorang. Dia bukan awek aku, tapi serius .. she’s beautiful ... hindi cakap ‘bahut khoobsurat’... comel giler. Dah jadi ‘milik’ orang rasanya... :-)... jangan kacau line.

Banner blog Mizzliyana (senior aku) ...
klik banner kalau nak ke blog dia k...

Aku kenal dia dengan nama Kak Liyana. Orang Kelantan. Setahu aku, senior yang aku kenal pun bukanlah ramai sangat. Dan aku pun bukanlah rapat sangat dengan senior. Tibe-tibe je terkenal kakak nih. Akhirnya, apa-apa je bantuan aku minta tolong dia. Dari buku The Secret Garden versi softcopy untuk asignmnt literature yang akhirnya buat aku tak rugi satu sen pun beli buku tu hinggalah kepada tips dan bantuan untuk laporan Rancangan Orientasi Sekolah, semuanya aku dapatkan bantuan dia. Serius, walaupun aku dengan kak Liyana ni slalu je chat pasal filem hindi dalam YM dan FB, tapi kat luar susah aku nak buka mulut. Mungkin sebab ter’mesmerize’ dengan keayuan dia kot.. lalala.. Sudahlah pandai buat kek, ayu lagi. Fuh! Nanti aku pun nak jatuh cinta dengan orang kelantan lah!

Tapi, apa yang aku tau, kakak ni memang minat Hindustan. Satu kepala jugak kalau sembang bab filem hindi. Pertamakali aku jumpa dia, tentang mata dan berbual pun rasanya waktu mahu pulang raya haritu. Kenal dah bersem-sem, dah semester 5 baru jumpa berbual. Mak aih, kecik je saiznye. Ini rupenye kak Liyana yer. Orangnye ramah, sampai aku pulak naik segan. Haha.. Satu fakta yang menarik, selalunya dia tegur aku dulu sebab aku segan nak tegur dia. Haha.. itu yang aku malu sket. Tapi, rasanya dia paham kot prangai aku yang ‘segan segan’ nih.. Tapi, aku paham kalau dia mesej ‘lain kali tegur tegur la’... sampai sekarang kot dia yang tegur aku dulu.. apa punya juniorlah aku nih...

Dulu, dia ada blog guna wordpress. Lepastu tukar ke blogspot. Aku promote nuffnang tapi dia tak nak. Nampaknya sekarang dia akur. Hahaha... keep on blogging kak. Gunakan sebaik mungkin internet di bilik guru nnt. Macam mana aku kenal dia dulu? Itu yang aku cuba fikir-fikirkan. Aku penat fikir tapi tak dapat jugak fikir. Macamne yer kak? Aku pun tak dapat nak jelaskan bagaimana aku dapat nombor handphonenya. Lupe sudaa... Titik itu dah hilang dalam otak. Takpelah, dah kenal tu sudahlah. At the end of this paragraph, i would like to say thank you for everything. Dari segala bantuan yang diberi, dan dari segala macam apa lagi perkara yang memudahkan aku sepanjang di UPSI. Gud luck untuk praktikum, kak. Thanks untuk ingatan tentang tesis. Insyallah, saya akan ingat. Sayonara, jumpa lagi... insyallah.


Persembahan dari lagenda filem hindi, Mithun Chakraborty, Disco Dancer! Ini versi remake yang boleh ditonton dalam filem Golmaal 3 (lakonan Ajay Devgan, Kareena Kapoor, Tushar dll). Harap terhibur semua. Yang minat2 hindi, korang boleh kongsi minat di (addicted2hindi.blogspot.com). Tak salah pun kalau minat filem hindi. Hairan aku kadang2 kenapa lelaki banyak yang geli geleman bila cakap pasal hindustan.

p/s: entry ni nampak 'poyo' kan... tapi, dunia aku macam tu... jadi diri sendiri lebih baik dari jadi apa yang orang lain nak..

1 comment:

KizZ said...

alamak dah berpunya ke dia..sayangnya..tapi xpe,mungkin ada yang jauh lagi baik untuk awak..

Jom sini,
www.kizgarden.blogspot.com