Thursday, December 9, 2010

Bila Filem Aku Hilang Buat Kali Kedua

Disebabkan blog aku yang berubah ni, aku mula sedar yang objektif aku untuk menonton filem pun dah berubah. Baru baru ni, external hardisk aku rosak lagi (pertama kena virus, kedua ni, entahlah!). Dan, hilangnya muvi-muvi kali kali kedua ni taklah memberi psiko mind sangat kepada aku. Sejak perubahan blog-blog aku, aku sedar yang aku sekarang asyik menonton filem Melayu dan filem Bollywood lebih daripada filem Hollywood. Aku sedar jugak yang filem Inggeris kebanyakannya aku download dan tak tengok pun.

Baru aku sedar yang objektif aku menonton sekarang pun adalah kerana berblog. Aku menonton filem Melayu pun disebabkan kelarisan idea aku di Goofspot. Aku menonton filem Bollywood pulak, sebab idea review aku dicurah di Addicted2Hindi. Jadi, kalau aku menonton filem Hollywood pun, aku tak dapat nak letak kat mana mana. Nak review kat OPM pun, reviewnya mesti filem fresh dan bukan yang dah kuar dalam DVD & Blu Ray. Jadinya, aku rasa, starting from now.. biarkan saja filem-filem Inggeris tu berlalu.Apa kepentingan filem Hollywood pun, tidak dapat nak dijawab sebab aku tiada blog khusus untuk itu. OPM hanyalah untuk filem yang aku tonton di pawagam.

Jadi, akhirnya.. aku download kembali beberapa filem Ingggeris yang menjadi poojaaan.. tetapi aku tinggalkan hampir 200 muvi yang hilang untuk tidak didownload. Biarlah. Nanti kalau terjumpa di laptop orang lain, biar aku yang ambil. Tak perlu rasanya aku mendownload. Duit aku mengalir melalui blog ini, dan bukannya lagi dari muvi muvi itu Aku mula sedar yang Hindi & Malay is my addiction and their movie is my recitation. Apapun, biarkan saja. Aku akhiri bebelan ini dengan lagu dari filem fiksyen haru biru, Ramaa – The Saviour (baca review di sini) yang aku baru tonton.



p/s: baru dapat cek bernilai RM84.42 hasil terkumpul nuffnang aku untuk semester lepas. Amin.. kenduri KFC untuk famili dan lebihnya, simpan... 2 tahun bersama nuffnang, sudah terkumpul hampir rm250 (sudah dicashout). Yang tak cashout.. biarlah rahsia

No comments: