Wednesday, December 15, 2010

AstroShaw Hantar Email...


Semalam (14 Disember 2010), kejutan eletrik buat aku. Nasib baik aku nix de rambut, kalau tak dah jadi punk sudah. Apa yang aku nampak dalam email tu bukan mimpi. Lantas aku tekan CTRL + PRT SC untuk buktikannya. Yup. Email yang aku nantikan. Awal bulan November hari tu, aku hantar sebuah skrip seram thriller yang aku berikan tajuknya MIRA DAN MUTIARA. Selepas itu, beberapa minggu kemudian, aku selesai menulis skrip baru yang aku berikan namanya CINTA UNTUK AIDA.

AIDA sebenarnya adalah 3 bahagian entry blog yang aku pernah pos dalam blog ini. Pada asalnya AIDA hanya sekadar mahu mengisi slot blog aku. Tapi, semakin lama episode AIDA berkembang, semakin banyak benda yang aku tulis. Bimbang idea ini diciplak, akhirnya idea asal seorang rakan aku, Wanie namanya, disimpan buat seketika. Cuti Hari Raya hari tu, aku terus usahakan AIDA sehingga finale dan terus dihantar ke Tayangan Unggul dan AstroShaw. Bukan menaruh harapan sangat pun tentang dua skrip ini. Al maklumlah, aku ni bukan professional. Bukan orang ASWARA pun. Dan major aku pun bukanlah fokus kepada hal ini.

Dan semalam, email ini memang membuatkan aku gembira sangat. Tak sangka woh. Apapun, aku berterima kasih kepada rakan aku, Wanie yang membenarkan ideanya digoreng ikut acuan aku. Skrip yang menggunakan idea asal aku, MIRA DAN MUTIARA ditolak kerana genrenya terlalu sukar diterima khalayak. Memang aku tak nafikan cerita tu pembentukannya ada pengaruh filem horror Barat. Percubaan untuk adaptasi nampaknya gagal. Namun, tak mengapa. Dapat komen pun dah baik untuk semangat aku insyallah untuk mengarang skrip ketiga jika ada masa.

Bercakap tentang CINTA UNTUK AIDA, ianya pada asalnya adalah JADI TAK JADI, sebuah karya pendek yang aku lakonkan dalam bentuk sketsa. Aku lihat ideanya menarik. Lantas, aku minta kebenaran dari tuan punya idea dan olah. Bagi yang membaca AIDA (pernah dijadikan blog entry, sekarang dah delete), itulah permulaan skrip ini. Nampaknya ianya seperti bakal sama dengan sketsa asal (tonton di sini). Namun, selepas bahagian 3, aku tambah beberapa watak antagonis/prontagonis yang tak wujud pun dalam karya asal. Akhirnya, skrip ini sikit sikit menjadi lain. JADI TAK JADI aku tukar kepada AIDA kerana aku memfokuskan watak itu lebih dari watak lain. Akhirnya aku tukar lagi kerana dari skrip komedi biasa, aku olah menjadi CINTA UNTUK AIDA kerana genrenya telah menjadi muzikal romantik komedi. Dalamnya aku tambah pelbagai lagu P Ramlee dan 60an.

Aku tak tahulah apa yang akan jadi seterusnya. Namun, aku harap ianya akan menjadi kenyataan. Kalau tak pun, sekurang-kurangnya aku sudah berjaya capai sesuatu dan tahu bagaimana untuk bangkit kembali dari kegagalan. TQ kepada AstroShaw & Tayangan Unggul. Dan guyz... doakan yang terbaeek untuk aku! Kepada geng JADI TAK JADI, semua watak yang dalam sketsa aku kekalkan. Jadi, kalau diizinkan skrip itu tidak diolah, ianya bakal menyaksikan karakter korang dilakonkan pelakon professional jikalau mereka mahu terbitkan dalam masa terdekat. Itupun kalau aku berjaya melepasi penilaian kedua ini. :-)

p/s: tak berharap... tetapi menanti

4 comments:

ShazlinaSaad said...

wah..tahniah ..:)

CiK QiQi said...

wah,..beshnyeeeeee....

Bakat ade kalo xgune memang rugi.heheh..cayok3 ye....hope de rezeki tu..heheh

KizZ said...

Wah..beshnya..tahniah2..congrate2!

www.kizgarden.blogspot.com

PerangFilem said...

Good Luck!!