Monday, December 20, 2010

Allah Kassim!!!....Ampunkan Emak, Kassim!!!!

Teringat kisah IBU MERTUAKU. Bagaimana ratapan seorang ibu yang mendosakan dirinya kerana menipu Kassim Selamat, sang buta bernasib malang. Aku tak ingat dialog sebenar apabila Kassim reply SMS ibunya (SMS=dialog) di kuburan. Tetapi, tak silap, memang ada perkataan 'haiwan'. Hah, haiwan!. Jikalau Kassim boleh menggelarkan ibunya binatang kerana kebiadapan menipu dirinya tentang isterinya, penggiat filem juga rasanya sudah sebaris dengan watak Kassim itu apabila aku sudah merogol dunia perfileman dengan blog movie mistake 1Malaysia ini! Bayangkan aku adalah Ibu Mertua kau, Kassim!



"Bukankah ada lebih baik engkau menjadi haiwan", kata Kassim. Lalu, merataplah si ibu, "
Allah Kassim!!!!, ampunkan emak kassim...ampunkan emak...emak yg bersalah kassim"... Allah Kassim!!!! (part paling terseksa batin aku mendengarnya!) - ingat pun!


Sejak mengendalikan blog GOOFSPOT (blog movie mistake untuk filem Malaysia, juga pertama kali dalam bahasa Malaysia), pelbagai komen ganaz aku terima. Ini baru namanya komen! Sorry guyz sebab aku takkan approve kalau komen korang tak ada kaitan dengan entry yang korang komen. Pada aku, komen perlu berdasarkan apa yang korang baca. Kalau nak sembang sembang, korang leh e-mail ataupun letak di Shoutbox aku. Jom tengok koleksi komen ala-ala ganaz dari Anon Anon yang tidak mahu dikenali namanya ini.. Aku tak pernah marah, tetapi aku suke bila ada orang ambil kisah pasal hal -hal entry aku. Anon Anon, jangan malu-malu datang rumah lagi ya!

Macam-macam! Aku pun geleng kepala. Bukan ape, aku pun ambik idea dari Barat kot. Kalau korang sedar, filem barat dah banyak ada web goof macam ni. Contoh yang paling obvious adalah MOVIE MISTAKE.COM. Aku cuba untuk perfileman Malaysia, untuk meriahkan lagi dunia filem kita. Kalau korang tau, benda macam ni la yang akan lakukan DVD nanti. Benda nanti jugakla yang akan buat orang melekat depan tv bila filem tu ditayangkan di tv. Namun, malang sungguh orang filem Malaysia masih sempit akal untuk menerima teguran.

Memangla bukan semua filem sempurna. Conform! Kalau aku buat pun ada cacat cela. Tapi, tak salahkan kalau kita tengok sudut lain sesuatu filem. Taklah penonton ditipu dengan babak yang 'malas bikin'. Kan40x!

PERHATIAN!
Blog goofspot tak ada kaitan dengan politik dan keselamatan negara. Oleh itu, kegiatannya akan diteruskan sampai satu titik penamat yang tak diketahui bila. Terima kasih kerana menyokong GOOFSPOT.


p/s: cuba korang google 'kecuaian dalam filem'... web sape yang kluar...?? ehe

12 comments:

AMir Izzat said...

hahahaha..nak tergelak amir baca. apa da punya orang.. ada rasa gelak tak? aduhai..tapi bagus apa.. boleh la tuan direktor tgk silapnya supaya dia lebih peka kan? xlah penonton tertanya2 bila menonton filem ni macam sy hari tue..dalam Jangan pandang belakang 2. ada yg salah kan? pelik rasanya...hehe..

xpa la..diorang dengki kot tak boleh kesan benda sebegini. atau diorang tiada blog. Jeles ar tue. hahaha

farzana :) said...

bersabar jelah ek ? ;)

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

amir: thanks 4 ur support

farzana: senyum selalu!!

Jejaka Terhangat said...

sume anon pon bagi komen yg membina..diorg amik berat pasal industri negara je..=)

woot-woot said...

bro,sabar bro ! hahha

biase la..orang malaysia ramai berlagak pandai..

padahal benda kecik je pendedahan ko buat tu,bnde biase orang da tengok ,pendedahan mistake2 dalam movie besar

filem paling meletop kat barat pon ade mistake,dan ade orang reveal,dieowg tak marah pon kan ! haha

sebabnye dieowg OPEN -MINDED..yeah..ini lah bezanya dengan orang malaysia yang ramai closed minded lagi !

bnde2 yang ko buat tu sebenanrnye sedikit sebanyak dapat naikkan market cerita itu sendiri..secara tak langsung orang akan bercerita pasal movie tu kalau ko dedahkan ape yg silap kan ?haha

takpe bro..biar dieowg marah..gua sokong lu ! lu open minded ! gua suka !

tapi jangn terlebih open jadi gay pulak.hehe..

rase nak buat entry plak pasal ni..nak citer ke-closed mindeddan orang mesia..

wakkakaka..

z'aini said...

Biasa la kritikan yang membina/positif pasti buat orang melenting..tapi semua nya atas NIAT seseorang...hanya Allah yang maha mengetahui..kalau melalui tulisan kita disalah tafsir..kita berdoa semuga Allah sentiasa beri pertunjuk dan hidayah...tahniah utk penulis blog ini..yg baik kita ambil..yg kabur kita jadikan pengajaran...

Millomocca Danique said...

hahaha...macam2 lah...

tak semua orang boleh terima kita seadanya..
tapi kalau apa yang kita buat tu dapat buat orang senyum, teruskan je la...

..sissa.. said...

mintak sabar la ye tuan tanah. :)
mulut org kite x blh nk tutp kan? kadang kadang sgt susah untuk kite buat sume org satisfied. all tat we can do, is do the best, to get the best. pape pon yg terjadi, keep strong!!! ^__________^

Mankete said...

SAlam bro, apa pon aku suka blog ni. Bg aku blog ni menarik, sbb aku terpikir ada juga org yg begitu teliti buat2 bende nie semua..

Aku bukan org seni nak cakap pasal seni..aku cuma suka tgk movie je...i like this blog. keep up the good work..

Bos said...

kalau anony komen tak baik kat blog bos,bos publish kan jugak..hahah..peduli apa bos..!!!

honeyvsbee said...

huuu

posLaju said...

Bagi saya para penggiat filem boleh belajar memperbaiki mutu filem diorang, memperbaiki kesilapan untuk mendapat yg terbaik apa salahnya....^_^