Sunday, November 14, 2010

Siti Di Alam Fantasi Kini Kembali!

“ Siti Di Alam Fantasi ” ( SDAF ) Karya dan arahan Aminah Rhapor. Pernah dipentaskan 2 kali sebelum ini bersempena Pesta Flora dan Festival Kebudayaan Komanwel Kuala Lumpur ’98. SDAF diangkat dan dipentaskan kali keduanya di Istana Budaya pada 2000. SDAF merupakan teater kanak-kanak pertama yang dipentaskan di Istana Budaya dan mencatatkan sejarah penonton paling ramai mengatasi teater dewasa. Pada 2001 pengambarannya untuk penerbitan RTM 1 berlangsung dansebanyak 39 episod SDAF mula ditayangkan di televisyen sepanjang tahun 2001 dan 2002. Kini SDAF kembali semula dengan wajah baru di Istana Budaya. Buku novel bersiri SDAF juga akan berada dipasaran.

info selanjutnya di
http://www.facebook.com/pages/Siti-Di-Alam-Fantasi-the-Musical/169065429785616

P/S: barula kenapa filem Lu Pikirlah Sendiri arahan Aminah Rhapor tu diterbitkan SDAF Pictures. Rupenye SDAF tu adalah 'Siti Di Alam Fantasi'...lama jugak memikirkan apa SDAF tu..

4 comments:

merah_s said...

Oh! Ingatkan siti kelembai versi alternatif.. Hehe..

zOuL_iMMe said...

pernah tgk dulu..ada cd lagi.... sangat best..menghiburkan..

Hanis Azla said...

klu ada peluang bw anak2 tgk tentu best ni..

saiful said...

kalau teater ni difilemkan mungkin bleh capai 40 juta. tengok poster pun dah mengancam