Wednesday, November 10, 2010

Saw 3D: John Kramer Patut Dihidupkan Kembali

Bagi peminat-peminat legacy pembunuh bersiri Jigsaw ataupun nama sebenarnya Jonathan Kramer, Saw edisi ke 7 yang dikenali sebagai Saw 3D pastinya ditunggu-tunggu. Pastinya setiap sequel Saw akan memberikan twist yang baru yang menambah rempah filem ini. Berpeluang menonton Saw 3D memang mengujakan. Sudah hampir satu tahun menanti sequel ini, akhirnya Haloween membawakan kembali sambungannya dalam edisi 3D. Pandangan pertama, setelah hampir setiap tahun menghias Oktober dengan percikan darah filem ini, Saw 7 tidaklah menjanjikan apa apa yang baru. Cukup hanya keinginan untuk melihat trap-trap baru yang mengerikan dan juga mencantumkan kronologi Saw dari episod pertama sehingga episod terkini tercapai.

Bagi yang belum pernah menonton filem ini, ada beberapa perkara yang harus anda ingat. Pertama, jika anda ingin menonton saw 3D, anda perlu dapatkan kesemua sekuel-sekuel Saw yang sebelumnya kerana setiap sekuel berangkaian antara satu sama lain. Kedua, bagi yang belum pernah menonton filem ala-ala realiti game ini, bersedia dengan jeritan-jeritan kematian mangsa-mangsa. Faktor ini sebenarnya jarang didapati dalam filem lain. Rasanya itu yang membuatkan filem Saw berani diterbitkan Lionsgate dengan kerjasama Twisted Picture saban tahun.

Sebelum ini, aku sudah buat sedikit refreshment tentang Jonathan Kramer. Siapa dia, dan semua koleksi trapnya yang menggerikan sudah diabadikan dalam sebuah pos. Anda boleh rujuk dengan klik butang di bawah ni..


trap baru yang menjadi tarikan Saw 3D

Saw 3D pada pandangan aku, tidak ada plot yang baru. Selama 1 jam 30 minit, Saw 3D hanya menampilkan jawapan kepada semua persoalan yang telah ditinggalkan tanpa disedari dalam Saw pertama hingga keenam. Setelah 6 kali saw diterbitkan sejak 2004, hanya Saw pertama dan kedua nampak mengujakan. Aku menyukai sequel Saw 2 yang nampak lebih dramatik dan begitu mendebarkan. Saw 2 mengisahkan bagaimana seorang anggota polis (yang mana kita saksikan mati dilibas ais yang digantung dalam Saw 4) bermain dengan pembunuh bersiri ini demi untuk membebaskan anaknya yang diperangkap bersama pemain lain di sebuah rumah.

Filem ni sebenarnya terpecah kepada dua bahagian. Jika anda perasan, komplot dan segala putar belit cerita dalam Saw pertama berakhir di dalam Saw 4. Manakala Saw 5 (kebangkitan aprentis polis kejam, Agent Hoffman) berakhir di Saw 7. Membandingkan kesemua sequel Saw, Saw 1 hingga 4 nampak lebih hebat. Dalam keempat-empat filem, trapnya masih fresh, ceritanya masih fresh dan segalanya boleh diterima akal. Masuk Saw 5, gorengannya hanyalah dengan 'flashback' yang direka hanya untuk merantai Saw yang terdahulu dengan Saw yang terbaru. Nampak sangat bahawa setiap 'flashback' direka secara paksa. Sesetengahnya direka mudah dengan hanya mengambil titik-titik plot yang nampak boleh membuka peluang untuk karakter atau isu lain disambungkan dengan kisah itu.

mangsa kali ini, Bobby Daren

Titik kesegaran Saw sebenarnya sudah berhenti pada Saw 3 apabila Saw 4 menyaksikan cerita berganjak kembali ke Saw 2. Saw 4 nampak masih boleh diterima. Saw 6 pada aku sederhana. Aku menerimanya keadaan ceritanya lagi dengan seadanya. Twist dalam Saw 6 masih baik apabila ianya berlingkar dalam area Saw 5 dan ke hadapan. Flashback bahawa Agent Hoffman sebenarnya yang membantu Jonathan Kramer nampak seperti lewah pada mulanya. Manakan tidak, penulis cerita membawakan kita ke satu zaman sebelum Saw 1 dan merentas segala siri Saw lain. Kononnya, watak Agent Hoffman sudah wujud dalam Saw 1 tetapi tidak ditonjolkan.

Sedar atau tidak, gorengan Saw hanyalah permainan yang cantik dari penerbit filem ini. Ideanya sebenar setiap siri Saw sebenarnya terbina secara berperingkat. Bayangkan anda menulis sesuatu, (contohnya Saw 1). Kemudian, timbul persoalan dari para penonton. Bla bla bla.. maka, someone need to work out for an explanation. Padahal, explanation 2 tak pernah wujud pon sewaktu Saw 1 dibikin. Begitu seterusnya dan seterusnya. Sampai satu masa, bila cerita Saw mula stabil, just put some chacacter into the game, and gunakan rule dalam filem sebelumnya untuk menggerakkan cerita. Penulis Saw memang kreatif. Tabik spring kerana explanation yang diberi cukup menarik dan membuatkan aku tersenyum dengan gaya twist yang menarik.

Jom ganjak memfokus kepada Saw 3D sahaja. Saw 3D bermula dengan flashback Saw 1. Dr. Lawrence Gordon yang terselamat (jika anda ingat, Dr Lawrence potong kaki dan berjaya keluar). Kemudian, fokus baru filem ini diwujudkan. Karakter Bobby Daren (antara mangsa Jigsaw yang x pernah ada dalam mana-mana siri Saw sebelum ini) kini akan berdepan dengan permainan ini sekali lagi. Siapa Bobby Daren? Dia adalah motivator yang terkenal kerana terselamat dari trap2 Jigsaw. Tengok, karakter direka dengan tidak merantai sedikit pun siri Saw sebelum ini. Seolah-olah banyak lagi mangsa Jigsaw yang menanti untuk direka. Namun, explanation dalam Saw 3D amat menarik. Finally apa yang penonton mahu akan tercapai. Apa lagi kalau kekalahan Agent Hoffman dan isteri Kramer, Jill.

sori.. aku tak berapa suka bila ada babak mimpi..

Pembentukan plot Saw kali ini cincai. Turutan trap nampaknya menggunakan premis siri Saw yang sebelumnya. Tidak ada refreshment dalam filem ini. Malah, urutan babak nampak seperti terlalu kosong. Bayangkan juga, babak mimpi buat pertama kalinya hadir. Hello, babak mimpi dalam filem sebegini? Please!!! People want to see the trap in real life, not just in a dream. Tulisan SAW3D nampak seperti bermain dengan 'malas'. Yeah, aku ingin katakan bahawa penulis filem ini sudah malas untuk fikir twist filem ini. Maka, sampai lah bila adanya adegan mimpi dimasukkan. Serius, aku benci adegan mimpi dalam filem ni. Nampak murahan gegiler...

Malah, aku juga fikirkan si tukang buat trap untuk filem ni pun dah makin kurang idea. Yela, tengok je semua trap dalam filem Saw 7 ni, semua pakai elemen bulatan. Aiyo.. kurang variasi dah. Come on, new device with new design la beb... Tapi, apa yang best dalam Saw 7 ni adalah the return of Jaw Trap. Kalau korang nak tau, Jaw Trap ni antara trap yang dikenali dalam siri Saw. Apa yang bestnya, finally Jaw Trap membuka rahang mangsanya. Siapa mangsa itu? iIteri Jigsaw sendiri, Jill. Kesian, mati disebabkan device suaminya sendiri. Itu saja elemen yang memukau dalam filem ni. Dah 6 tahun menanti untuk melihat Jaw Trap tu membaham mangsa, finally hajat ditunaikan.

Ayat akhir, Saw 3D hanya untuk peminat Saw terdahulu. Ingat pesan aku, cari siri Saw sebelumnya sebelum anda tonton siri ketujuh ni. Kalau korang tengok Saw 3D ni pun, konfom korang kena cari siri Saw yang dulu jugak. Apapun, aku mahu simpulkan bahawa siri Saw sudah makin lama makin tak fresh. Banyak main dengan flashback ni kadangkala buat aku mual. Aku mengharapkan Saw 8, tapi rasanya Saw 7 will be the end of the series. But, x kisahlah. Apa yang penting, Saw 3D membawakan kengerian normal bagi siri Saw tetapi luarbiasa bagi genre begini. Kalaulah aku menulis Saw 8, aku nak bangunkan semula Jonathan Kramer. Saw tak best kalau xde dia ni.

1 comment:

N3773H said...

Lama tidak menonton film
Thanks infonya :)