Friday, November 5, 2010

Satu Indiepretasi: Sanjungan Kepada P Ramlee

Oktober lalu, satu sejarah telah tertulis lantaran kehadiran beberapa artis indie, bergabung dalam satu kolaborasi teragung buat seniman P. Ramlee. P. Ramlee akhirnya di'F5'kan semula dengan nafas baru. Stesen radio XFM berperanan untuk memutarkan lagu-lagu ini di corong radio. Lebih sesuai dan energetik buat muda mudi masa kini. Memang kolaborasi ini memang menarik. Mendengar kembali lagu P Ramlee klasik dalam versi moden membuatkan P. Ramlee seolah-olah wujud kembali.

Dengarkan...

Hujan - Tunggu Sekejap


Bittersweet - Getaran Jiwa


The Ramlees (menampilkan Yuna, Liyana Fizi, Amirah (Tilu) & Najwa Mahiaddin - Itulah Sayang


Azlan & The Typewriter feat. AG & Co - Jeritan Batinku

Tu baru empat. Susah mau dapatkan album ni kan? Ni trek2 yang ada dalam album Satu Indiepretasi nih

1. Hujan • Tunggu Sekejab – dari filem Sarjan Hassan (1955)
2. Sevencollar T-Shirt • Jangan Tinggal Daku – dari filem Ibu Mertuaku (1962)
3. One Buck Short • Pok Pok Bujang Lapok – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
4. Couple • Menche Che Bujang Lapok – dari filem Seniman Bujang Lapok (1961)
5. Altimet [feat Imran Ajmain] • Maafkan Kami – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
6. Subculture • Bunyi Gitar – dari filem Tiga Abdul (1964)
7. Monoloque • Tiada Kata Scantik Bahasa – dari filem Anakku Sazali (1956)
8. Azlan & The Typewriter feat AG & Co • Jeritan Batin Ku – dari filem Ibu Mertuaku (1962)
9. Bittersweet • Getaran Jiwa – dari filem Antara Dua Darjat (1960)
10. Pesawat • Ai Ai Ai Twist – dari filem Masam Masam Manis (1965)
11. The Ramlees (A supergroup featuring Yuna, Liyana Fizi, Amirah [of the band TILU] and Najwa Mahiaddin) • Itulah Sayang – dari filem Anakku Sazali (1956)
12. Pop Shuvit • Aci Aci Buka Pintu – dari filem Nasib Labu Labi (1963)
13. Awanband • Malam Bulan Dipagar Bintang – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
14. Grey Sky Morning • Malam Pesta Muda Mudi – dari filem Nasib Do Re Mi (1966)
15. They Will Kill Us All • Sepanjang Riwayatku – dari filem Sesudah Subuh (1967)
16. Yuna • Gelora Jiwa – dari filem Anjuran Nasib (1952)
17. Meet Uncle Hussain [feat Hazama] • Ya Habibi Ali Baba – dari filem Ali Baba Bujang Lapok (1961)
18. Kugiran D’Tepi Pantai • Nujum Pa’ Blalang – dari filem Nujum Pa’ Blalang (1959)

CONTENT TITLE CRT CODES FULL SONG
Tunggu Sekejab 190327 483208
Jangan Tinggal Daku 190329 483209
Pok Pok Bujang Lapok 190330 483210
Menceceh Bujang Lapok 190331 483211
Maafkan Kami 190332 483212
Bunyi Guitar 190333 483213
Tiada Kata Secantik Bahasa 190334 483214
Jeritan Batinku 190336 483215
Getaran Jiwa 190337 483216
Ai Ai Ai Twist 190340 483217
Nujum Pak Belalang 190345 483824
Aci- Aci Buka Pintu 190349 483218
Malam Bulan Dipagar Bintang 190352 483219
Malam Pesta Muda-Mudi 190355 483220
Sepanjang Riwayatku 190363 483221
Gelora Jiwa 190390 483222
Ya Habibi Ali Baba 190369 483223
Itulah Sayang 190372 483825










Untuk mendownload Caller Ringtone - *131*(kod)# Call/Send
Untuk mendownload lagu penuh - taip GET(jarak)10(kod) dan hantar ke 29000

Sedikit trivia:

1. Ianya adalah satu projek kolaborasi antara XFM Radio, Astro, Rangkaian Radio Melayu AMP dan 20 pemuzik independen tempatan bersempena dengan kempen P. Ramlee… Dimanakan Ku Cari Ganti Astro.

2. Menyaksikan banyak kolaborasi buat pertama kalinya antara pemuzik-pemuzik independen. Antaranya:

  • The Ramlees yang menampilkan suara dari Yuna, Amirah (dari band TILU), Liyana Fizi (bekas penyanyi Estrella) dan Najwa Mahiaddin dalam lagu “Itulah Sayang” (dari filem Anakku Sazali, 1956).
  • Azlan & The Typewriter bersama AG Coco (dari kumpulan Hujan) dalam lagu “Jeritan Batinku” (Dari filem Ibu Mertuaku, 1962).
  • Pop Shuvit & Dina Nadzir dalam lagu “Aci Aci Buka Pintu” (dari filem Nasib Labu Labi, 1963).
  • Awanband & Che Mat dalam lagu Malam Bulan Dipagar Bintang (dari filem Pendekar Bujang Lapok, 1959). Che Mat merupakan penyanyi di RTM di tahun 1970 yang tidak pernah merakamkan apa-apa lagu sebelum ini. Beliau juga merupakan ayah kepada pemain gita kumpulan Awanband, Ully Muhammad. Kolaborasi ini merupakan hadiah dari Ully kepada bapanya.

3. Kesemua 18 lagu dalam tribute ini adalah lagu-lagu yang telah di telah olah dan gubah semula dan bukan sekadar saduran (Cover Version).

4. Altimet merupakan satu-satunya artis hip hop yang terlibat.

5. Lagu oleh semula Yuna, “Gelora Jiwa” merupakan lagu yang tidak pernah di rakam dan diedarkan secara rasmi. Lagu ini hanya boleh di dengar di filem Anjuran Nasib yang dikeluarkan pada tahun 1952.

6. Sevencollar T-Shirt dan They Will Kill Us All pecah tradisi untuk projek ini kerana buat pertama kalinya menyanyi dalam Bahasa Melayu. Sevencollar T-Shirt menyanyikan lagu “Jangan Tinggal Daku” (dari filem Ibu Mertuaku, 1962) dan They Will Kill Us All menyanyikan lagu “Sepanjang Riwayatku” (dari filem Sesudah Suboh, 1967).

7. Lagu-lagu dari projek tribute ini hanya boleh dibeli dengan cara digital download. Ini merupakan pertama kali dalam sejarah dimana satu “kompilasi” di jual secara digital.

8. Sebahagian dari hasil jualan lagu-lagu dari kompilasi “P Ramlee… Dimanakan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi” akan di salurkan ke Tabung Pustaka Peringatan P Ramlee.


P/S:
Pos ini tidak mendapat apa-apa bayaran daripada XFM. Ianya adalah sekadar untuk tujuan membantu promosi projek indieteprasi nih. Juga sekadar berkongsi informasi.

1 comment:

birakbatu said...

history channel asia ada buat dokumentari khas buat p.ramlee aritu.. tak sangka sungguh p.ramlee hidup susah sebelum kematiannya..