Friday, October 29, 2010

'Kerana Bunga' Selamat Dipentaskan!

SINOPSIS:

KERANA BUNGA mengisahkan Puteri Bongsu yang degil, hodoh dan selalu diperli kakak kakaknya yang mahu ke taman ajaib di bumi dek kerana terdengar gosip sang dayang istana tentang bunga yang boleh mencantikkan wajahnya. Akibat halangan Raja Indera Kayangan, Puteri Bongsu melarikan diri dan turun ke bumi tanpa pengetahuan ayahandanya itu. Bala menimpa apabila Tok, yang merupakan jelmaan Ahli Sihir memperdaya Puteri Bongsu dengan menjampi Bunga Sakti sehinggakan menyebabkan Puteri Bongsu menjadi bertambah hodoh. Ayahandanya, yang marah dengan perangai Puteri Sulong dan Tengah, turun ke bumi untuk mencari Puteri Sulong. Akhirnya, Puteri Bongsu ditemui, dan Ahli Sihir ditumpaskan.

Puteri Bongsu, Puteri Sulong dan Puteri Tengah di taman istana

Muka sedih raja indera kayangan yang penuh feel...

Bunga-bungaan yang bersimpati atas nasib bunga sakti

Puteri Bongsu dihalang untuk keluar istana

Puteri Bongsu di taman Ahli Sihir

Pertarungan Ahli Sihir dan Raja Kayangan

Pose haiwan-haiwan kayangan

Penyamaran Ahli Sihir sebagai Tok

Ahli Sihir dan bola ajaibnya

Simpati sang haiwan terhadap Puteri Bongsu...

Tamatnya persembahan malam tu bukan bermakna team KERANA BUNGA akan hapus dan lenyap begitu saja. KERANA BUNGA adalah satu permulaan untuk segalanya. Untuk kerjasama, untuk keceriaan, kegembiraan, gelak tawa, senda gurau, tangis gembira, sedih, suka, duka, dan pelbagai lagi permulaan bagi krew KERANA BUNGA. Terima kasih kepada En. Zolkipli Abdullah dan juga pelajar minor teater (Kak Mariati, Kak Nida, Kak Fenn, Abg Iwan & Abg Khalid) yang banyak membantu. Segalanya adalah kenangan sekarang. Masa hadapan, ia mungkin akan jadi kisah lucu untuk anak cucu kita. Untuk gelak tawa masa muda dan kegembiraan yang xkan lagi dapat dicari di mana mana. Hidup team KERANA BUNGA...!!!

10 comments:

pencinta seni said...

salam...secara ringkas,persembahan permulaan menarik dari sang bunga2..iringan muzik baik,,lakonan puteri bongsu amat baik..lakonan ayah juga baik walaupun pada mula agak kurang baik. haiwan2 juga bg impak besar dlm teater ni. cuma byk unsur lawak yg xperlu semasa babak serius.babak pertarungan hampeh..teruk..tiada unsur aksi langsung.kalau boleh untuk lain masa buat cerita berat sedikit sdg kan cerita ini hasil buah tangan pelajar universiti.cerita yg dihasilkan perlulah cerita yg dpt membuka minda.bukan cerita khayalan semata2 dan kebudakkan.sekian..maju seni untuk budaya

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

terima kasih atas komen yg diberikan :-)

beautyeyes said...

salam,sy tujukan jwpn ni utk saudara/saudari pencinta seni..utk pengetahuan saudara/saudari pencinta seni teater 'kerana bunga'mmg merupakan satu teater knk2..oleh sebab itu,unsur2 jenaka memang sengaja dimasukkan dlm persmbhn.selain itu, cerita ini mmg berunsurkn khayalan dan imaginasi kanak2 bg menepati persembhn teater knk2 itu sndiri.apapn,sy mengucapkn jutaan trima kasih krn sudi dtg menonton prsembhn teater ini dan memberi sedikit komen yg membina bg kmi..trima kasih..

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

yeah... itu dia.. terima kasih kak atas komen balas.. saya sebagai MC di sini menunggu komen2 lain.... ada lagi mau beri komen..??? ehe

beautyeyes said...

hehehe...pencinta seni tu kwn man ke?

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

entahla, sy pun xtau sape PENCINTA SENI tu... papepon, pencinta seni tu mesti someone yang berada di hadapan menonton teater tu... terima kasih kepada PENCINTA SENI kerana memberikan pandangan... ada lagi hujah yang mahu dibentang, kak?? ehe

freakthinking said...

Teater yg sgt menarik..
sy suka+mahu tgk n tgk n tgk lg..
hehehe..
eh, man,kamu berlakon jd haiwan ya?

bootunque said...

gua agak bersetuju dgn apa yg diperkatakan pencinta seni...overall, tater mlm td 2, ok jer...bagus...menceriakan..bt org hepi...lagu2 sgt best, kalu da ost utk teater ni, nk gak donlod...

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

freakthinking: wah... halia kentang... ahaha... yeap.. akulah haiwan a.k.a tiongman

bootunque: :-) mekasih

mye said...

bwk r sy tgok teater xprnah tgok pon scara live..hehehe