Monday, October 25, 2010

Endhiran: Mega Blokbuster Yang Berjaya!!

Lama dahulu, selepas Sivaji The Boss menggegar pawagam dengan lakonan Rajni yang penuh gaya, sudah ada ura-ura mengatakan sebuah filem berbentuk futuristik akan dilakonkan oleh superstar ini. Sempat menjenguk klip untuk video Kilimanjaro dalam filem terbaru Rajni ini beberapa bulan lalu, kini aku sendiri berkesempatan menonton full clip Kilimanjaro, sebuah muzik ciptaan A.R Rahman dalam sebuah filem terbaru Rajnikanth, Endhiran The Robot. Sebuah komen ringan selepas berpeluang menonton Endhiran beberapa hari lalu.

Endhiran, bermula dengan pelbagai persoalan. Sebelum menonton, persoalan tentang apa yang bakal disajikan dunia Kollywood ini memang menarik. Saat melihat poster Rajnikanth didampingi Aisywarya Rai, Endhiran bakal menyaksikan perubahan dalam perfileman Tamil. Nah, jika dahulunya industry Kollywood nampak ke belakang, kini Endhiran ibarat kura-kura yang berjaya melepasi arnab yang sedang tidur di bawah pokok. Pertama kali menonton Endhiran, kesimpulan yang mampu dibuat hanyalah well done, great, superb.. WOOOWW!!..

gandingan Rajni & Aisywarya menggegarkan

Endhiran merupakan filem futuristik (rasanya) yang pertama di Kollywood. Sebelum ini kita menyaksikan pelbagai filem Tamil yang memenuhi citarasa peminat filem cinta dan juga kepolisan, Endhiran cuba keluar dari kepompong itu. Dan akhirnya, Endhiran menjadi kupu kupu cantik yang berjaya keluar dari kepompong. Industri filem Tamil rasanya sudah boleh berbangga dengan buah tangan Shankar yang menarik ini. Menarik untuk berbincang tentang Endhiran dalam pelbagai aspek, tetapi aku akan sentuh aspek teknikal sahaja dalam post ini.

Sekadar sinopsis kasar tentang filem ini. Endhiran mengisahkan seorang saintis (Rajnikanth) yang mencipta Chitti (juga lakonan Rajnikanth). Chitti adalah robot humanoid yang boleh melakukan apa saja. Namun, robot punya kekurangan; emosi dan perasaan. Akibat tindakan Chitti mahu mencederakan perekanya atas arahan seorang tester juga senior saintis ini (Danny Denzongpa) yang jelous dengan anak muridnya, Chitti perlu dikemas kini. Santis ini kemudiannya menambah aspek emosi kepada Chitti. Malangnya, robot beremosi ini mula jatuh hati kepada kekasih saintis (Aisywarya Rai). Chitti dimusnahkan dan akhirnya terlepas ke tangan watak jahat dan akhirnya diprogramkan untuk menakluk dunia. Namun, semuanya kucar kacir apabila Chitti mula berfikir dan membina klon-klon sendiri. Kesudahannya??

Binaan Chitti nampak seperti mimik kepada Bicentennial Man. Wajah robot ini sebelum disarungkan muka memang nampak seperti robot dalam filem Robin William itu. Malah, robot jahat pula nampak seperti meniru robot dalam filem Terminator 3: Rise Of The Machine. Namun, hal ni taklah mengganggu perjalanan cerita. Sudah normal bagi filem Bolly mahupun Kolly untuk menceduk benda benda menarik dari filem Hollywood untuk dimasukkan dalam filem mereka. Namun, Chitti nampak menarik dan cukup untuk membuktikan bahawa filem ini punya modal yang mega besar.

Perjalan cerita nampak biasa. Konsep novel seperti biasa memang sebati dan belum berganjak dari titik lama. Semestinya dalam hal ini, bollywood masih berada pada tahap yang lebih bagus kerana aspek masa yang sudah dipendekkan. Jika sekarang purata filem Bollywood sudah mula meninggalkan durasi 2 jam 45 minit dan tukarkan kepada 2 jam atau 1 jam 30 minit, Endhiran masih menggunakan durasi 2 jam 45 minit yang begitu lama. Hal ini sekaligus menjadikan Endhiran kadangkala nampak lewah kerana sesetengah babak nampak tidak perlu dan patut dibuang.

Aksi lasak Endhiran bertaraf Hollywood

Barulah ini kali pertama aku melihat sebuah filem aksi yang nampak over tetapi sesuai. Adegan aksi semasa Chitti menarik untuk ditonton. Adegan yang hebat penuh letupan itu sebenarnya adalah satu point of interest yang menarik penonton. Aksi sehebat Hollywood dengan bintang besar ini mampu membawa keuntungan kepada penerbit. Banyak aksi aksi yang very impressive dan menakjubkan dipertonton. Bajet yang mahal sesuai dengan hasilnya. Gud job! Endhiran tidak terlalu action-packed disebabkan durasi 2 jam 45 yang terlalu panjang. Rasanya, kalau durasinya 2 jam je, memang ianya akan packed with action dan akan berjaya menarik banyak peminat lagi. Bayangkan kalau 1 dunia menonton filem Tamil hebat ini. Fuh!

CGI completely superb. Tiada cacat celanya. Namun, sewaktu adegan Chitti selamatkan mangsa kebakaran, jelas sangat penggunaan manusia dan CGI bersilih ganti dalam babak itu. Ada satu masa, dalam babak kebakaran tu, korang akan nampak leher Chitti berwarna hitam, dan pada masa lain korang akan lihat leher Chitti hanyalah seperti tulang besi kurus. Elemen CGI nampak tak kemas dalam babak tu sahaja. Babak akhir (climax), bila Chitti bergabung menjadi pelbagai jenis bentuk amat menukau. Melihat Chitti menjadi raksasa, melompat dan melibas helicopter ke tanah cukup menakjubkan.

Komposisi muzik A.R Rahman nampak futuristic, robotic dan energetic. Namun, dalam pada masa yang sama, composer ini masih meninggalkan ruang untuk lagu trek sederhana. ‘Boom Boom Robo Da’, ‘Puthiya Manidha’ antara trek robotic dan energetic dan nampak luar biasa dalam komposisi. Lagu ‘Arima Arima’ juga tak kurang hebatnya. ‘Irumbile Oru Idhaiyam’ rancak dan ‘Chitti Dance Showcase’ ada variasi. Menarik. Trek slow dan sederhana ‘Kilimanjaro’ sedap didengar. Keseluruhannya, Endhiran ada trek yang luar biasa. Dalam banyak banyak lagu, aku suka 'Puthiya Manidha' dan 'Kilimanjaro'.

salah satu babak dalam trek 'Kilimanjaro'

Lakonan Rajni, tidak banyak dapat aku huraikan. Membandingkan Sivaji dan Endhiran, lakonannya dalam Endhiran nampak bersahaja, kurang emosi dan sekadar pada tahap biasa. Rajni sebagai Chitti nampak lebih berpenghayatan berbanding watak saintis yang dipengang olehnya dalam filem ni. Aisywarya cantik dan memukau. Apapun, Rajni dan Aisywarya adalah satu chemistry yang memang boleh pecah panggung. Aktor Danny Denzongpa memberikan penampilan hebat sebagai antagonis. Dan, seriously, I hate watak dua orang kawan saintis yang apa entah apa kes menyemak jer dalam filem ni.

Keseluruhannya, Endhiran boleh dibanggakan buat semua kaum India. Ianya membuktikan bahawa tak ada yang mustahil di dunia kalau ada keinginan. Aku sendiri yang berbangsa Melayu ni pun berbangga dengan Endhiran. Menarik untuk menyaksikan CGI yang selalu dibanggakan Hollywood kini menjadi milik industry filem Asia. Selepas kejayaan Endhiran, aku menunggu kehadiran Mantera, filem robotic Malaysia. Mampukah ia berdiri sebaris Endhiran?? Kalau filem Mantera boleh berada sebaris Endhiran, sebenarnya ianya sudah mampu untuk membuktikan filem kita juga mampu membuka mata ramai orang.Papepon, keep on making gud film.

2 comments:

nohoho =) said...

part yang last2 macam dah terlampau mengarut

Yaya said...

biasa la tu...tp cite ni mmg superb. Siap suruh robot jalan mcm tuan dia gak...hahhhha