Wednesday, October 6, 2010

Dari Tingkap Itu

Dari tingkap itu
Aku lihat lip lap bandar
Yang sudah mati

Dari tingkap itu
Aku dengar pon pon kereta
Yang berjalan sini sana

Dari tingkap itu
Aku lihat segalanya
Menyaksikan bumi berputar ligat
Melalui matahari yang berjalan
Di atas paksinya kiri ke kanan

Aku lihat segalanya
Dari tingkap itu
Buat simpanan cerita hati
Yang kadang kala sayu
Dan sunyi...

Tanjung Malim, 2010

1 comment:

hidayah said...

hemmm... menarik... x berat sngat... senang nak faham... memang bukan mudah mencipta sebuah puisi.. tapi tidak mustahil kan... (^_^)
buat la banyak2 lagi ye..