Sunday, September 12, 2010

TQ Ikmal, Izani, Zamie & Aida ^_^

Entah kenapa hati ini tiba tiba mahu menulis satu perkara yang terlalu sukar untuk diungkaikan. Ianya berkenaan hati. Aku tanya, bagaimana hati ini mahu dirinya dijelaskan? Katanya kembali, luahkan apa saja yang jarimu mahu tekan di papan kekunci. Dengan bermodalkan akal yang tidak tahu hala tuju, aku menekan punat-punat keyboard ini untuk satu luahan isi hati yang cukup panjang dan pastinya korang takkan baca. Tapi, kalau x baca pun xpe, sebab ini adalah kisah aku, mereka dan juga jangkamasa 10 tahun yang sukar untuk dipercayai.

10 tahun, masih lagi macam dulu.. best kan??

10 tahun. Sedar tak sedar, itu jangkamasa kami bersama. Bukan berdua, tapi ramai ramai yer. Sori, no couple lagik. Malas untuk beri komitmen. 10 tahun, itu sebenarnya bukan angka yang terlintas dalam minda aku. Jangkamasa yang cukup lama. Sedar tak sedar, dalam diam juga persabatan ini masih lagi teguh. Walaupun lama kelamaan, semua akan berkeluarga dan akan ada hal masing-masing, semua ini akan jadi kenangan.

Syukur juga aku ada dengan diorang. Yelah, aku ni diam-diam jer. Dulu ni, aku kira 'skema' dan jugak segan nak cakap banyak. Entah kenapa semua itu tak terjadi dulu. Lepas sekolah, macam nak ulang balik zaman tu. Nak betulkan serba sikit yang mana patut. Ish, kalau ada mesin masa. Kena minta kat doremon nih. Ehe

...

10 tahun. Dah ada yang kahwin. Dah ada anak pun. Makin sibuk, makin busy. Tapi, harap salaing jumpe slalu nanti, insyallah. Owh, yg dah nak ada gaya macam nak naik pelamin , tgah hangat layan cinta. Wah, aku bila lagi?? Sory, aku xde komitmen untuk cinta lagi. Wa.. pertemuan kali ni memang macam-macam dapat tau.

Apapun, best ngan korang (sori, blog ni xde dialek utara.. ehe). Aku mintak maaf ler kalau ada perangai aku yang kadang-kadang mengguris ati. Kadangkala aku sedar mulut aku terlepas cakap, entahla selesa ke tak dengan perangai ni. Watever happen, i luv u guyzzzz... Bagi yang hadir hari ni, g jalan2, thanks to Ikmal a.k.a Black (sori, xde pesanan utk hg.. ahaha), Izani a.k.a Mak Lang (ehem.. lambat g ker aku nak tunggu utk ucap SELAMAT PENGANTIN BARU nih??), Zaimeza a.k.a 'the single' (selamat ke Langkawi..ehe), dan Aida a.k.a 'the future teacher', (study rajin2 yer dik.. ahahaha)... mekacih leeeer datang umah aku.

Papan keyboard nih dah buntu untuk ditekan. Sebenarnya ada banyak g nak diluahkan. Namun, aku dah buntu, x dapat nak menzahirkan apa yang ada. Ini saja yang aku mahu ucapkan dan lafazkan. Bubye...


No comments: