Monday, September 20, 2010

Tiga Dunia [Awal Kalam]

Nasirul

“Cinta? Apa itu? Sejenis roti yang diperbuat daripada tepung gandum? Adakah ia seperti pisang goreng? Entahlah. Aku tidak pernah tahu tentang itu. Apa yang aku kenal adalah persahabatan. Ismail, walaupun dia itu cukup suka membuli aku, dia tetap rakan aku. Saleha dan Aisyah, tidak lebih dari hanya rakan perempuan yang memahami diri aku. Kehadiran seseorang dalam hidup aku buat aku kenal cinta. Tapi, adakah aku akan bersama mereka sampai bila-bila?”

Atikah Mastura

“Shah, kau kejam. Tapi salah aku juga kerana menerima cinta kau. Tidak, aku yang jatuh cinta pada kau. Maafkan aku kerana terlalu mengharap cinta yang tidak menjadi milik aku. Aku kini lebih berhati-hati mencari cinta yang terbaik buat diri aku. Osman, maafkan aku. Kau adalah rakan aku yang cukup baik. Tetapi, aku bukan ditakdirkan untuk kau. Ketenangan dalam persahabatan amat bermakna buat diri aku pada ketika ini. Namun, sampai satu masa, aku perlu juga mencari seekor kumbang buat aku yang sedang menguntum di taman.”

Irwan Khairul

“Sekolah itu, sekolah ini! Tidak ada satu pun sekolah yang berjaya menambat hati aku. Bukannya aku tidak suka mengajar. Tetapi, aku mahu pelajar yang boleh memahami aku dan juga sebaliknya. Pertukaran aku ke sekolah yang baru membuatkan aku terjumpa cinta baru. Namun, maafkan aku Sofea, kau adalah sahabat aku selamanya. Sejauh mana aku pergi, kau akan sentiasa berada di dalam hati aku.”

----------<>----------

Kenaifan dalam cinta membuatkan cinta itu menjadi satu perkara déjà vu dalam hidup. Ini kisah mereka yang mengalami cinta dalam suasana yang mungkin anda pernah alami.

akan datang...

P/S: ini adalah kisah yang sudah lama terperap dalam laptop aku. Ianya hanyalah nukilan 'boring2' semasa aku cuti sem Mei tahun lepas. Kisah pertama, memang bukan karya terbaik., so aku publish untuk bacaan anda. Dalam 1 bulan, aku telah merapu meraban sehingga 30 bab.. dan bab pertama bermula Isnin depan... dahulu di lappy, kini di bloggy...

2 comments:

Mohd Hazri said...

salam ziarah. thanx sebab ziarah my blog. Nice post u have here.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam cikgu man..'selamat hari raya'...