Sunday, September 26, 2010

Samseng Kampung Sudah Pencen Daa

Hari ni aku bangun dengan semangat semalam. Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Fawez dan juga member famili BM smester 5 yang menerima aku dan Tony masuk ke dalam produksi. Ini pengalaman pertama aku dalam persembahan sketsa yang penuh dengan latihan. Selama ni, sketsa cincai yang kat malam pengakap tu ada la aku buat. Tapi, yang penuh serius dengan latihan, ini adalah kali pertama. Apapun, persembahan sudah selesai, dan ianya akan jadi kenangan dan pengalaman aku untuk masa depan. Moga sketsa ini akan membantu aku menghadapi audien lagi, 28 Oktober ini, untuk teater, KERANA BUNGA (produksi minor teater). Teater besar itu yang rasanya lagi susah daripada JADI TAK JADI..

Ini adalah barisan pelakon2 yang membantu menjayakan sketsa ni. Dari kanan (bawah), Moja (Jamal), Tony (Sally a.k.a Salleh), Abg Azri (pengarah lakon), Khairul Zaman (Man). Tengah (dari kanan), Ehsan (Pak Hamid), Syazril (Meon), Fawez (pengarah), Imah (wakil meminang). Belakang sekali (dari kiri), Mai (Mila), Aidah (Aida) dan Nur Syazwani (Mak Dara).


Dalam cite ni, aku jadi side-kick kepada Meon. Watak aku ni pun last minit ditambah. Nak tak nak kena pakai spek itam. Jujurnya, aku punyala rimas tengok dunia dari dalam spek tu. Heran jugak macamnelaa boleh pula duduk dalam dunia gelap sedangkan dunia kita ni terang lip lip. Tapi, demi untuk menjayakan misi karakter samseng kampung yang nampak macam ada moto besar, tapi naik basikal kecik jer, aku pun jadilah seperti gambar kat atas tu.
Malam tu, walaupun bukan untuk kos aku (TESL), aku enjoy sangat2. Pengalaman ini memang satu yang rasanya mungkin takde lagi kot. Dapat kenal member2 baru yang aku x pernah kenal walaupun duduk sekolej, malah baru tau yang ada sorang ni hah ghopenye duduk senegeghi dengan aku. Boleh plak dia cover line cakap loghat perak. Ish3. Papepon, aku pun tak nak bebel panjang2. Cukup setakat ni..... Kepada Fawez, Wani, Aida, Mai, Ehsan, Moja & Syazril, TQ untuk malam2 latihan yang takkan aku lupekan.

1 comment:

F.Aminurrashidd said...

haha~ biler lagik nak upload video Man? hehehehe