Tuesday, September 7, 2010

Mereka Sedang Tertawakan Kita!

Orang bercakap tentang illuminati, freemason dan juga apa saja dakyah kafir mahu melesapkan islam di muka bumi. Orang juga bercakap tentang dunia yang penuh dengan dakyah dan hasutan halus yang tidak disedari wujud dalam kehidupan seharian. Malah, orang juga bercakap tentang perkaitan antara objek-objek dan tafsirannya. Owh, satu lagi, orang juga bercakap tentang perkaitan kehidupan mengikut apa saja pandangan. Namun, sedarkah kita, sedang kita mengangguk dan mengiyakan apa saja kajian tidak bersumber ini, kita sendiri sudah terpesong dan berpecah belah?

Kita sibuk mengiyakan dan membantah semua unsur-unsur Kristian dalam apa saja medium. Kita sibuk mengangguk mengatakan hal-hal berkaitan bersangkut paut dengan objek yang dibawa dalam ajaran yang memesong. Kita sibuk sebenarnya membawa perkara yang kecil untuk diperbesarkan. Kita sibuk sebenarnya hendak mencungkil setiap inci dan bucu medium-medium sehingga terbit spekulasi. Namun, sedarkah kita, sedang kita cuba membela umat Islam yang semakin ditindas, umat kita sendiri sedang berpecahbelah hanya kerana benda kecil?

Kita sibuk jugak pertahankan agama Islam. Kita sedar diri kita Islam. Kita tahu kita solat 5 waktu. Kita tahu puasa, zakat, haji dan lain lain. Namun sedarkah kita, kita juga sedang dipesong hanya kerana isu kecil. Kemana pergi perbahasan isu Palestin? Kemana pergi perbahasan isu Al Aqsa? Kemana? Kenapa kita perlu berbincang pasal kasut yang harga tak seberapa? Kenapa kita perlu bahas banyak tentang iklan yang seminit tu? Kenapa? Seminit iklan dan semurah kasut sajakah nilai isu perbahasan umat Islam??

Sedar atau tak, aku tak pastilah. Namun, sedang aku memikirkan tentang isu-isu kecil yang diperbesarkan (isu kasut Croc contohnya, juga isu iklan TV3 umumnya), terfikir jugak bahawa dalam kita sibuk membahaskan apa yang diterjemahkan dalam medium iklan mahupun kasut tu, rupanya kita sendiri sedang membentuk dua pihak yang saling bertelagah. Sedar atau tidak perkara ini, ianya memang terjadi.

Fikirkan wahai kawan2, aku rasa cukup sekadar (fokus aku kepada iklan TV3) meminta pihak TV3 mengharamkan tayangan iklan. Aku sendiri bersetuju dengan bantahan ini. Tetapi, apabila aku terjumpa gambar ini, aku fikir betapa bodohnya orang kita dalam membahaskan satu-satu hal. Aku ulangi frasa ini 'Namun, sedarkah kita, sedang kita mengangguk dan mengiyakan apa saja kajian tidak bersumber ini, kita sendiri sudah terpesong dan berpecah belah?'. Kenapa? Ini pandangan aku.

Sebenarnya, setahu aku sebagai umat Islam, aku rasa kita tidak perlulah memperbesarkan perkara yang tidak bersumber. Beritahu aku dimana asasnya tanda Kristian di Penang Bridge? Sebenarnya, kalau aku beritahu sesuatu, yang tanda kristian itu boleh dilihat di pelbagai angel Penang Bridge, korang percaya tak? Percaya bukan? Korang naik feri dan lihat tiang penyokong dan gabungkan dengan jalan raya. Sudah tentu korang tergamam. Lepas tu, ambil gambar dan guna software 'Paint' dan post di FB, "JAMBATAN PULAU PINANG ADALAH SIMBOL SALIB BESAR". Padahal, sejak dibina berkurun kurun, tak de sape ambil kisah pon.

Semua itu permainan akal. Aku petik kembali apa yang aku tulis dalam isu Croc "Kesimpulan, sekali lagi aku katakan bahawa'kita akan nampak apa yang kita mahu kita nampak'.Aku jelaskan di sini, jika anda nampak wajah Siti Nurhaliza, anda tenung-tenung dua tiga kali, tetiba muncul muka sedara korang. Pastu, korang kata 'ha, muka Siti macam muka adik aku la. bla bla bla'. Padahal, gambar itu adalh gambar Siti, bukan adik korang! Itulah kes yang terjadi dalam kes Croc nih. Manusia yang telah melakar kalimah Allah itu di kasut Croc itu nampak kalimah Allah yang orang lain tak nampak." Aku guna explanation ni sebab hal Croc dan hal iklan tv3 ni sama jer.

Persoalan yang timbul sekarang, siapa kita untuk bertanya tentang kebenaran. Adakah tuan punya gambar memang bertanya kepada pengarah? Ingat, jika kita memandai membuat assumption tentang apa saja yang berkait dengan agama, tetapi kebenarannya tidak ada (sama ada melalui sumber yang boleh dipercayai) kita sebenarnya sedang menyebarkan fitnah. Dan, sapa tak tau hukum fitnah, tolong tanya imam di masjid terdekat sekarang.

Apa pun, aku tidak bersetuju kalau ada orang menganalisis cara sebegitu. Cukup-cukuplah memesongkan akidah melalui apa yang telah dibuat. Tentang iklan tv3 tu, lihat secara keseluruhan, dan kaji mesejnya, bukan gambarnya. Bodohnya pemikiran sehinggakan songkok putih dikaitkan dengan Pope, orang miskin dikaitkan dengan kemunduran islam. Tetapi, memang aku setuju apabila teratai dikaitakan dengan Hinduism dan ajaib dikaitkan dengan Kristianity. Dua aspek itu memang terang-terang jelas dilihat.

Sebelum aku tutup bebelan ni, tolonglah ingat, Facebook yang Yahudi buat tu ada baik dan buruknya. Bayangkan kalau orang Yahudi yang tengah menyelia aktiviti orang Islam dalam facebook tu nampak hal ni. Mesti diorang tertawa terkekeh-kekeh dan mula gembira dan berparti. Kenapa? Kerana mereka sudah berjaya memecah belahkan umat Islam tanpa mereka masuk campur dalam apa pun. Mereka tidak ganggu sembahyang kita. Mereka tak ganggu puasa kita. Tapi, mereka tidak menganggu pemikiran kita? Oh tidak. Iyakan saja bahawa mereka sebenarnya sudah berjaya memesongkan pemikiran kita dengan perkara kecil sebegini.

Sudah pasti Yahudi Laknatullah sedang tertawa apabila melihat beribu komen yang membela dan membantah gambar logo Croc mahupun Penang Bridge with Salib tu. Bayangkan apabila mereka bercakap sesama mereka ' Yeay, orang Islam sedang gaduh-gaduh tentang Penang Bridge ada Salib. hahahaha... tak lama lagi, runtuhlah Islam'... Bayangkan!!!

Sebagai muslim yang tahu menggunakan facebook, gunakan facebook sebaik mungkin. Ianya berguna jika tidak disalah gunakan. Lekalah dengan facebook. Tidak mengapa. Tapi, bahagikan masa untuk 5 waktu anda. Kerana selagi 5 waktu anda tidak ditinggalkan, facebook bukanlah medium yang akan berjaya memurtadkan orang Islam. Aku menulis kerana aku sedar bahawa dua tiga menjak ni banyak sangat orang cuba kaitkan benda-benda yang dahulunya tak pernah terpikir nak dikaitkan dengan Freemason dan Illuminati. Sampaikan ketupat segitiga pun dikatakan punya lambang piramid yang melambangkan All-Seeing Eye. Apekah?

Akhir kalam, kepada 'orang yang nampak salib', tolong berhati-hati dalam menganalisis. Anda menganalisis hal berkaitan agama. Jikalau sastera, ianya masih ok. Kalau agama, jika anda menafsirkan salah cara, penafsir sebenarnya adalah pemesong paling kuat untuk meruntuhkan dan meleraikan umat Islam yang bersatu padu. Korang fikir dengan pengharaman iklan kita sudah berjaya membantu? Tidak. Kita hanya akan membantu Islam hanya dengan BERHENTI BINCANG BENDA KECIL NI DI FACEBOOK. Ingat, mereka sedang tertawakan kita. Wallahualam.

6 comments:

black_mel said...

ttg jmbtan p.p tu aku x berapa bersetuju jgk..sbb jambatan tu dah wujud sejak berkurun lamanya..cuma mmg iklan tv3 tu menyerupai perayaan krismas..

Gen Fujita said...

saya setuju dengan entry ni. walaupun saya antara yang "sedikit" percaya dengan kewujudan konspirasi teori dan sebagainya, namun kajian "terlalu" mendalam terhadap isu iklan raya TV3 baru ni, macam agak exaggerating. mula-mula saya memang setuju iklan tersebut mengandungi elemen santa klaus dan teratai, dan bagi saya agak kurang sesuai, bagus TV3 dah tarik balik, saya setuju. tapi bila kajian lain yang dah terlalu over, sampai setiap satu benda kecik pun nak dipertikaikan sampai jadi tak munasabah (contoh macam jambatan penang tu), itu bagi saya dah agak melampau, walhal ia cuma teori semata-mata.

"kita akan nampak apa yang kita mahu kita nampak". <---tepat sekali

ozzy said...

Kadangkala masyarakat kita sensitif tidak bertempat...isu2 seperti ini banyak dikaitkan dengan sentimen politik juga sebenarnya..suka perbesarkan perkara yang kecil sedangkan perkara yang lebih besar patut diperhalusi contohnya perpaduan dan hubungan sesama kaum melayu umumnya & umat islam khususnya.

merah_s said...

Saya nampak satu jek, sekilas tulisan jawi yang terbalik... Anehkan?

muhammad hanis said...

Setuju jgak dgn ape yg dickpkn, dr psl CROC tu da terase yg dorg ni sume bende nak dikaitkn.. kite ni pon ramai yg mgiyakn je.. yg jelas nmpak tu kite blh la trime, cth mcm beca terbang le.. ulama2 skrg pon da mcm berbeza pendpt, kite yg jd risau (cth isu ESQ,wahabi..dll). Ni kn pula sesame kite yg jahil..

Lenggang Kangkung said...

tak faham..