Sunday, September 19, 2010

Kisah Kelip2 dan Anak Ikan

Sekor kelip2 muncul tepi tasik.. air yang tenang buatkan sang kelip2 teruja seketika.. tapi... adanya seekor ikan mengundang kegusaran di hati... lalu.. sang kelip2 pun terbang jauh.. terbang tinggi.... terbang menghindari tasik yang permai itu....

sang kelip2 hinggap di dahan, dahan yang kuat buat kelip2 tenang kembali.. tiada siapa2 mengganggu dirinya lagi.... namun, keadaan itu hanya seketika... seekor helang hinggap di dahan... di mulutnya, ikan yang mengundang kegusaran tadi... :-)

tetapi... kelip2 tak gentar sedikitpun... ikan yang mengudang kegusaran itu.. sudah tidak berdaya... sang kelip2 tersenyum riang... dia kembali ke tepi tasik untuk menikmati keindahan yang diimpikannya.. namun.. kenapa ada sahaja gangguannya... sang kelip2 kembali terbang ke atas hujung rumput yang berada berdekatan tebing.... air tasik yang berkocak tadi kembali tenang.. namun kelip2 tidak berani lagi mendekati kemilau di permukaan tasik itu....

tetapi, ada sesuatu yang menjadikan kelip2 tidak tenang.. kelip2 berfikir, kenapa air tasik berkocak.. kelip2 pernah dengar mak cik yang selalu memancing di tasik itu berkata, 'pokok yang bergoyang, pasti ada sebabnya'.. kelip2 berfikir untuk kembali ke permukaan tasik itu... pada masa yang sama, helang tadi sudah selesai makan ikan yang mengganggu kelip2... sewaktu helang terbang kekenyangan melalui permukaan tasik, kelip2 terdengar jeritan helang... seolah2 sesuatu telah berlaku kepada helang...

kelip2 nampak sang helang tiba-tiba disambar seekor ikan besar di tengah tasik. Rupa2nya, itu adalah ibu ikan yang sang helang makan tadi. Kelip2 tidak lagi mengeluh, rupa2nya ada hikmah di sebalik 'penghalang' yang Tuhan berikan... bayangkan kalau kelip2 tadi yang memakan ikan... sudah tentu kelip2 itu akan bercahaya dalam perut ibu ikan.... kejap3... tapi, macam mana kelip2 nak makan ikan????

namun.. bagaikan mimpi.. kelip2 seperti di arah terbang ke tengah tasik... di situ kelip2 nampak bulu burung helang terapung di permukaan... kelip2 sambil mengeluh perlahan.. terbang kembali di atas hujung rumput yang bergerak sekali skala disapa angin senja.. mulalah kelip2 memasang angan.. andai suatu hari dia menjadi helang... dia pasti bersumpah tidak akan menjadikan ikan sebagai mangsanya.... namun apakan daya... dia hanya seekor kelip2 sampai bila2...

kelip2 pulang ke rumahnya.... disebabkan adegan helang-ikan tadi... kelip2 tidak sedar hari sudah larut senja... apakan daya, kelip2 dikurung dalam rumah oleh ibu bapanya... kelip2 gembira dengan denda itu... ayah kelip2 hairan... kelip2 hanya diam... hanya dia yang tahu maksud diam itu... selepas ayahnya keluar dari bilik, kelip2 berkata 'lebih baik aku berada di rumah, aku mahu jadi helang.. tapi, kelip2 tetap akan menjadi kelip2'.... THE END


1 comment:

black_mel said...

wah..cerita kelip2..nice..ada pengajaran...