Monday, September 6, 2010

Kisah Iklan TV3!

Bila sampai raya, mula la kompany2 besar mula lumba-lumba buat iklan raya. Petronas, Telekom, TV3 bla bla bla (sekadar menamakan beberapa company besar) adalah antara pengkarya iklan yang begitu indah. Bermula dari tradisi penghasilan iklan dari allahyarhamah Yasmin Ahmad untuk Petronas, 'gejala' iklan untuk raya yang boleh juga dikenali sebagai filem pendek (dalam versi simple), semakin melimpah limpah.

Tahun demi tahun, ada saja iklan baru yang rakyat malaysia nanti. Aku sendiri melihat perkara ini sebagai satu perkara positif untuk industri filem pendek. Manakan tidak, mana orang bayar rm10 lebeyh untuk tengok filem pendek 1 minit. Jadi, iklan raya sebegini adalah satu medium yang sesuai untuk para penerbit filem pendek melontarkan idea.

Idea ni macam air dalam gelas. Kalau lama-lama kita minum sikit-sikit, teguk teguk pun, lama lama, kalau orang lain tak tolong tambahkan, akan kurang dan kering. Malah, kena tengok jugak sape yang tolong tambahkan air tu. Kalau kita minum air sirap, pastu dia g tambah air bandung, maka sirap tadi dah jadi bandung. Jadi, tanya pula pada diri kita, adakah bandung itu baik untuk diri kita? Kalau bandung tu pekat, maka rasanya untuk kencing manis kurang elok la kot.

Cube fahami ironi bandung-sirap dengan satu iklan yang ingin aku bincangkan ini. Pada mulanya, aku tak pernah tonton pun iklan tv3 nih. Yala, kat kolej aku jarang aku tonton tv. Jadi, pulang beraya ni, sempat blog walk dan dapat tahu dari blogger lain. Apa kes dengan iklan tv3 kali ini? Aku cari di YouTube, dan ini adalah iklannya bagi yang belum menonton.



Terjemahan setiap babak dan kaitan dengan murtad, illuminati, dan juga kristianity dijelaskan di sebuah blog ini, sila klik (anda diharap membuat penilaian sendiri). Pada pandangan aku, hal itu tak perlulah sampai menterjemahkan setiap inci dengan pandangan dan teori. Tak payah nak besarkan sehingga jadi isu pasal jambatan bersalib la semua tu. Penjelasan aku mudah, rujuk isu Croc (klik). Cukup sekadar melihat keseluruhannya saja memadai. Pada aku, melihat keseluruhannya pun sudah cukup untuk mengatakan bahawa iklan tv3 kali ini tidak ada nilai moral seorang Melayu. Iklan ini terlalu moden sehinggakan aspek Melayu dan Islam itu dikaburi. Apa yang penonton nampak hanyalah sebuah iklan biasa yang tidak dapat diterjemah secara luas sepertimana iklan dahulu.

Iklan tv3 yang tahun 2007 menarik. Itu ada moral. Cukup luas nilai-nilai 1 Malaysianya walaupun hanya menggunakan dua orang pelakon. Idea sebegitu ringkas sudah memadai untuk menghasilkan gelak ketawa dan sindiran sinis buat orang berpuasa yang sampai terlalu lapar sehingga ambil makanan orang lain. Tindakan tarik balik iklan taun ni oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 tu memang wajar kot. Sampai ada bincang-bincang dalam forum dan jugak facebook.

Pandangan aku, sebagai seorang Melayu, aku sendiri tidak bersetuju dengan idea 'santa claus' muslim yang dijana dalam filem ini. Babak fantasi sebegini sebenarnya terlalu berat untuk diterima khususnya untuk Melayu. Mungkin, (pada pandangan aku) idea ini timbul dari orang-orang yang ingin mengetengahkan semangat '1 Malaysia' dalam iklan ini. Namun, rasanya konsep '1 Malaysia' yang diterjemahkan dalam filem ini nampak kasar dan terlalu menyentuh aspek agama. Dari dulu g, iklan mana yang tak ada Melayu, Cina dan India dalam satu iklan? Semua ada kan? Penerapan nilai itu tak ada sape bantah. Kenapa? Sebab ianya tidak menyentuh moral agama.

Moral agama dicampur adukkan? Yalah, sekadar menonton saja pun sudah dapat diagak apa yang cuba dicampur aduk. Pak cik 'santa' berkopiah putih menaiki beca mengarahkan kita ke agama Kristian. Adegan masak masak dalam teratai pula nampak mengarahkan kita ke agama Buddha. Ya, aku akui ianya video berkonsep '1 Malaysia' tapi, ianya terlalu kasar dalam penterjemahan. Memang patut iklan ini di'banned'. Come on, cari idea yang lebih natural, lebih rapat di hati juga tidak menyentuh mana-mana agama walaupun mahu tunjuk konsep '1 Malaysia'. Ini adalah Hari Raya kita. Banyak lagi yang perlu diterokai.

1 comment:

fndrocka said...

kejadian ni membuka mata kita utk melihat lebih luas...memg urusan agama dah byk dicampur aduk