Thursday, September 2, 2010

Hari Ini Aku Mahu Tidur Sepuas-puasnya


Hari ini aku mahu tidur sepuas-puasnya
Selepas bangun 6 pagi
Terus kejar bas beratur berdiri
Dikelilingi tong sampah kaum Bahtera yang wangi
Dan juga 'kain-kain' yang bergantungan di sekeliling
Mencuci mata sebelum berpaling
Memandang bas yang menunggu
Di hadapan hentian situ

Hari ini aku mahu tidur sepuas-puasnya
Selepas habiskan 4 jam kelas terakhir
Yang penuh dengan kata-kata ilmu
Tetapi aku tidak lagi bernafsu
Kerana hati ingat pada kamu
Wahai perlisku

Hari ini aku mahu tidur sepuas-puasnya
Selepas mindaku merayau jauh
Melupakan 'sweater' yang selalu melekat di tubuh
Menanti dalam mata tertutup
Menunggu dalam samar-samar
Mengantuk tak dapat menutup mata
Sehingga ia kembali kepadaku semula

Hari ini aku mahu tidur sepuas-puasnya
Selepas aku buntu di meja berlampu
Di hadapan 'Wi-fi UPSI' yang laju
Menatap Facebook dah tak berlagu
Lalu, 'CikguMan' malas memburu
Kemudian, Melihat trafik dalam 'Nuffnang' yang laju
Buntu... buntu... dan buntu

Hari ini aku mahu tidur sepuas-puasnya
Pukul 5 terpaksa melayan adik-adik 'EC' yang berkejar
Ke sana mencari 'orang popular'
Meminta komentar
Sudahkan aku menjadi 'Justin Bieber?'

Hari ini aku mahu tidur sepuas-puasnya

Tapi,
Hari ini terpaksa juga berhempas pulas
Membasuh segelintir bakteria yang malas
Menyental dengan kekuatan tangan yang keras
Mungkin pada jam 12
Atau sebelum memasak beras
Beras????
Alaaaa... malas


Hari ini aku mahu tidur sepuas-puasnya
(menguap)
(pejam mata)
Bangun semula esok pagi...
Melihat semua berpusu pulang
Ke kampung dikenang


2 September 2010, Tanjung Malim

1 comment:

farysa said...

org perlis
dh dkt la ni
rye nnt jmput sggh umh
hehe