Saturday, September 18, 2010

Filem Cereka Top 20 Tempatan

Filem kita wajah kita. Di sebalik kemeriahan filem2 yang akan datang seperti Hanyut, Cuti-cuti Cinta dan juga Jangan Pandang Belakang Congkak yang akan menjelma kembali buat kali kedua, mari kita jenguk carta box-office filem tempatan berdasarkan kutipan bersumber dari FINAS. P/S: maklumat di bawah adalah sah sehingga Julai 2010.

1. Adnan Semp-it
Filem terbitan MIG Production ini berjaya menduduki tangga pertama filem tempatan terlaris setakat ini. Dengan kutipan 7.66 juta sepanjang tayangan, Adnan Sempit berada selesa di tangga pertama.

2. Lagi-lagi Senario

Dari Grand Brilliance, karya Aziz M Osman ini berada di tangga ke dua. Selesa dengan kutipan 6.33 juta sepanjang tayangan, filem ini masih bertahan di top 10 walaupun sudah lama diterbitkan pada tahun 2001 dahulu.

3. Geng: Pengembaraan Bermula
Buat pertama kalinya, Les' Copaque Production, sebuah syarikat animasi membawakan satu kelainan dalam industri filem tempatan. Dengan kejayaan Upin dan Ipin, Geng akhirnya mencatat kutipan sebanyak 6.20 juta sepanjang waktu tayangan.

4. Sembilu 2

Karya Yusof Haslam ini dahulunya antara yang mendominasi carta dan kini selesa di tangga ke empat. Filem terbitan Skop Production ini, yang diterbitkan pada tahun 1994 mengutip 6.10 juta sepanjang tayangan.

5. Jangan Pandang Belakang Congkak
Filem Ahmad Idham ini selesa berada di tangga ke lima. Filem ringan komedi horror ini berjaya mengutip 6.09 juta sepanjang tayangan. Tidak hairanlah penerbit, MIG Production yakin dengan idea filem ini untuk dipanjangkan menjadi sequel.

6. Jangan Pandang Belakang

Filem seram ini, sekali lagi terbitan MIG Production berada di tangga ke enam. Karya Pierre Andre ini hanya mampu mencatat kutipan bersih sebanyak 5.78 juta sepanjang tayangan.

7. Evolusi: KL Drift 2

Karya pengarah muda, Shamsul Yusof ini hanya mampu berada di tangga ke tujuh. Dengan kutipan sepanjang tayangan adalah 5.67 juta, filem terbitan Skop Production ini adalah nafas baru untuk filem aksi di Malaysia

8. Cicakman

KRU Communication hanya berjaya menduduki tangga ke lapan dalam carta ini. Cicakman, yang dipenuhi CGI hanya mampu mengutip kutipan sebanyak 5.15 juta sepanjang tayangan.

9. Maria Mariana

Filem drama romantik tahun 1996 ini jatuh ke tangga ke 9. Kutipan 4.72 juta sepanjang tayangan tidak mampu lagi menaikkan karya ini ke atas carta. Namun, filem ini masih antara yang terlaris selepas hampir 9 tahun berada di carta

10. Duyung
Duyung, sekali lagi karya terbitan KRU Communication menduduki tangga ke sepuluh. Karya A Razak Mohaideen yang pertama dengan syarikat itu hanya mampu mengutip 4.67 juta sepanjang tayangan.

11. Senario The Movie

Karya Aziz M. Osman ini, yang diterbitkan Grand Brilliance pada tahun 1999 berada di tangga ke 11 dengan kutipan sebanyak 4.58 juta.

12. Gerak Khas The Movie

Dari Yusof Haslam, filem terbitan Skop Production tahun 2001 ini adalah sebuah adaptasi drama tv yang talah berjaya mengutip sebanyak 4.40 juta.

13. Sembilu

Hanya mampu berada selesa di tangga ke 13 dengan kutipan sebanyak 4.39 juta. Filem ini, juga terbitan Skop Production antara filem yang terlama berada di dalam carta. Diterbitkan pada tahun 1994, filem ini selesa berada di top 20 selama lebih 10 tahun.

14. Senario Lagi

Sequel filem senario tahun 2000 ini hanya berjaya berada di tangga ke 14. Dengan kutipan sebanyak 4.37 juta, tidak hairanlah kenapa premis kumpulan ini masih digunapakai sehingga kini.

15. Senario The Movie: Episod 1

Senario The Movie versi Ahmad Idham ini, berjaya menduduki tangga ke 15. Diterbitkan MIG Production, filem ini berjaya meraih 4.26 juta sepanjang tayangan.

16. Lagenda Budak Setan
Adaptasi karya Ahadiat Akashah ini hanya mampu berada di tangga ke 16. Dengan kutipan 4.18 juta, filem ini tidak mengecewakan.

17. Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam

FilemYusof ini hanya mampu mengutip 4.14 juta sepanjang tayangan. Filem ini menunjukkan penerimaan penonton terhadap isu yang panas dan sensitif ini.

18. Remp - It

Mengutip sebanyak 4.00 juta sepanjang tayangan, filem ini menguji kredibiliti pengarah muda, Farid Kamil.

19. Evolusi: KL Drift

Filem drift yang menarik ini hanya mampu berada di tangga hampir tercorot. Dengan kutipan 3.90 juta sahaja, ianya tidak mematahkan semangat untuk penerbit membuat sequelnya.

20. V3: Samseng Jalanan

Filem ini hanya mampu berada di tangga ke 20 carta. Dengan 3.88 juta kutipan, filem ini tidak kurang hebatnya buat pengarah muda, Farid Kamil.

sumber gambar: sinemamalaysia

2 comments:

iDa said...

menarik......hurmmmmm,,,bgus2222

shark said...

adnan sempit mmg best...