Thursday, September 30, 2010

Estet: Filem 1 Malaysia

Sebuah filem terbaru Mamat Khalid sudah dipertontonkan kepada warga Universiti Pendidikan Sultan Idris buat pertama kalinya. Karya dari pengarah yang banyak mengeluarkan unsur patriotik dan penyatuan dalam filem-filem sebelumnya ini hadir dengan nafas baru, menggandingkan dua kaum iaitu India dan Melayu dalam sebuah filem yang berkisar di sebuah estst. Sekadar rumusan kasar, Estet bukan filem yang hanya dipersembahkan secara santai. Ianya adalah satu filem yang memberi impak baru kepada rakyat Malaysia dalam mengenal konsep penyatuan dan kerjasama.

Dua dunia... Geetha (Jasmine Micheal) dan Farid (Farid Kamil)

Mamat Khalid, dibantu Farid Kamil juga Shasi Tharan membina Estet dengan warna yang tidak pernah ada dalam filem kita. Filem ini, yang juga dibantu Jasmine Micheal sebagai heroin utama selain penampilan istimewa Dato' David Arumugam, K.S Maniam dan juga Rosyam Nor. Dengan variasi pelakon dari dua kaum berbeza, Estet pastinya sebuah filem 1 Malaysia yang ditunggu segelap lapisan masyarakat.

Estet berkisar tentang Farid dan Sashi, dua sahabat baik berbeza kaum dan dunia hidup mereka di sebuah estet. 20 tahun pertandingan bola sepak tidak diadakan. Kini, sampai masanya pertandingan itu dihidupkan kembali. Sedar atau tidak, pertandingan yang bakal berlangsung ini rupanya adalah satu percubaan Pooniah untuk memiliki Geetha sebagai tebusan supaya Subramaniam melangsaikan hutangnya. Keseluruhannya, apa yang bakal anda saksikan dalam filem ini adalah jawapan kepada siapakah yang bakal memenangi pertandingan bola sepak itu, san juga siapa sebenarnya Kublai Khan?

Seperti biasa, dunia Estet Mamat Khalid dipenuhi dengan watak-watak yang pelbagai ragam. Semestinya itu normal pada filem-filemnya kerana dalam filem lain sebelum ini pun, binaan watak filem-filemnya pun adalah sama. Watak antagonis dibina dengan karakter yang cukup menarik. Ada impak filem Tamil dalam karakter Junna (Shoffi Jikan). Tapi, dalam bebanyak karakter dalam filem ni, karakter Kublai Khan adalah yang paling menarik (ada unsur-unsur Rajhni Khan dalam karakter ini) untuk dilihat. Pendek kata, Kublai Khan adalah karakter yang tidak mungkin membuatkan penonton berkata, 'aku dah tengok Rosyam Nor dalam karakter sebegini'.
Antara babak awal filem Estet

Naratif bermula dengan kelajuan sederhana. Pada pandangan penulis, permulaan cerita nampak bercelaru. Babak intro untuk watak Farid, Shashi dan Pooniah pada awal filem nampak tidak memberikan apa-apa impak. Bukannya mempertikaikan kewujudan babak itu, tapi mungkin garapannya kurang menjadi. Beberapa lama kemudian, semakin lama plot menjadi makin menarik. Bingkai-bingkai cerita digabung sana sini menjadikan Estet meriah dengan pelbagai babak lucu. Adegan demi adegan yang disusun dengan baik menyebabkan lawak Estet menjadi.

Mamat Khalid berjaya juga membina babak yang memberikan penonton double intepretation. Dalam satu babak dimana ayah Geetha mahu bunuh diri, Mamat Khalid membiarkan penonton untuk memilih sama ada untuk bersedih atas keadaan ayah Geetha, ataupun mahu bergelak ketawa dengan barisan anak pinak yang keluar nak membantu namun pengsan sebelum sempat menyelamatkannya.

Rosyam Nor sebagai Kublai Khan

Bercakap tentang lakonan, rasanya semua pelakon memberikan kualiti tahap biasa saja. Selari dengan mood filem ini yang bernaratif santai. Farid Kamil dengan side-kicknya Shashi Tharan ada kualiti. Tetapi, rasanya mereka boleh berikan lakonan yang lebih baik daripada itu. Tetapi, sebagai sebuah karakter dalam filem yang santai seperti ini, lakonan tidak kisah sangatlah. Yang penting, penonton memahami apa yang cuba disampaikan.

Filem ini juga ada babak menari dan menyanyi. Bukannya tidak menidakkan kredibiliti adegan-adegan sebegini, tetapi penulis mahu sesuatu yang sempurna dalam membina adegan sebegini. Koreografi tarian nampak berserabut dan tak kemas. Namun, pakaian dan kostum juga miming pelakon Farid Kamil yang menggunakan suara Awie adalah menarik. Tepat!. Persoalan di sini, mana pergi kekuatan industri filem untuk membikin lagu-lagu bertaraf tinggi. Kenapa lagu dalam filem mesti punya lirik yang nampak 'malas' untuk dibungakan? Satu lagi, kenapa kualiti audio untuk lagu nampak tidak mencapai tahap?

Penampilan David Arumugam tidak mengecewakan

Aspek CGI juga menarik untuk dilihat. Dari pandangan mata penulis, memang sah-sah kebanyakan adegan bola ditendang menggunakan bola CGI. Malah, bola yang melantun2 atas kepala Soffi Jikan juga sememangnya CGI. Keseluruhannya, Mamat Khalid berjaya menghidupkan babak komedi bukan saja pada dialog dan karakter, malah CGI juga digunakan sebaik mungkin untuk memberikan impak komedi.

Sinematografi Indra Che Muda memang tidak dapat dinafikan memberi kesan kepada filem ini. Suasana estet digambarkan dari sudut-sudut yang sesuai dan menarik. Malah, ianya memberi kesan kepada babak nyanyian khususnya. Sinematografi yang cantik juga membantu filem ini mewujudkan satu filem ala-ala filem Tamil yang bercirikan tempatan. Amat menarik apabila melihat filem ini cuba mereka satu cerita yang mirip filem Tamil cliche yang selalu ditonton. Adaptasi percubaan ini nampaknya hampir berjaya.

Kata-kata pengarah di tayangan perdana filem Estet, 29 September 2010


Kata-kata Shashi Tharan di tayangan perdana filem Estet, 29 September 2010

Di sebalik kesantaian Estet, Mamat Khalid cuba menyelongkar dunia 1 Malaysia yang diwujudkan pimpinan negara. Estet sebenarnya menegaskan tentang penyatuan dan kesepakatan antara dua kaum. Walaupun hanya dua kaum sahaja yang dipaparkan, filem ini bukanlah terlalu racism. Babak watak cina juga ada dimasukkan untuk menvariasikan filem ini. Sekaligus, Estet boleh dikatakan filem Malaysia yang penuh dengan realiti kehidupan masyarakat kita.

Estet menepati sasaran. Ianya penuh dengan komedi dan lawak biasa seperti mana yang ada dalam filem sebelumnya. Penuh dengan dialog santai, filem ini digarap dengan tema cerita biasa bertitik fokus kepada satu pertandingan bola yang diadakan di sebuah estet. Keseluruhannya, garapan Mamat Khalid ini memang menarik dan sesuai untuk semua masyarakat. Garapan ringan dan lawak yang tidak henti menyebabkan filem ini mungkin akan berjaya menarik penonton dari pelbagai kaum mahupun agama.

Estet akan berada di pawagam, November ini - CikguMan

6 comments:

Anonymous said...

elok sgt mamt ni buat certa keling pasai dia pun cakap serupa keling gak.tarak apa yg istimewa tentang filem ni.cuma filem dia yang lepas2...byk kerna syok sendiri.

dia gunakan kuasa nama dia jer utk filem ni.certa ni tarak apa yg bleh melekat di kepala otak.biasa jer.

aiDieNa said...

Hurmm.. satu citer lain dari yang lain.. tertarik juga nak tengok..

nadey said...

waaaaaaaaaa menarik cite ni....ni kene tgk ni

ash said...

i pun nak tgk.
eh 'anonymous' tk baik tau panggil org 'keling'. ckp tu baik 2 sikit. racist giler.

Yanie J said...

bila agaknya dpt tgk cerita ni uhukkk

g0m0k9enDek said...

incik mamat khalid membawa humor dalam sindirannya. itulah perkara pertama yg saya lihat~