Thursday, August 12, 2010

Tidak Ada Kucing Dalam Library, Confirm!

Bagi penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mungkin terkejut, dan juga termenjerit ataupun apa saja ter setelah mendengar berkumandangnya lagu 'Memory' dari teater muzikal 'Cats' pada jam 4.15ptg di library, tolong jangan balik ke kolej kediaman anda untuk memberitahu rakan yang berada di sebelah anda bahawa Perpustakaan UPSI berhantu. Ianya tidak ada kaitan pun dengan kisah seram ataupun tindakan pihak library yang mahu menghalau student untuk keluar dari library. Malah, semua itu tidak ada kaitan pun dengan apa saja benda negatif yang korang smua fikirkan.

Sekali lagi, eh tidak... buat pertama kalinya, library kami sudah kehilangan seri (ayat ini ditujukan buat bukan penuntut UPSI yer!) Setelah bertugas dari awal penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris, akhirnya Cik Zahariah Mohamed Sharoon bersara dari tugasnya sebagai Ketua Pustakawan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

'pose' candid yang sempat dirakam semasa perjumpaan 'sulit' antara MT Kelab Rakan Pustaka pada pagi persaraannya

Majlis pada petang 12 Ogos 2010 itu juga dihadiri Timbalan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Dato. Dr. Aminah Ayob. Pada aku, Ketua Pustakawan ni memang terbaeeeek. Dengan sejarahnya yang berjela panjang, memang segala ilmu dan pengalaman dicurahkan kepada library ini dan hasilnya, adalah apa yang korang dapat lihat sekarang (bagi bukan UPSI, datang dan lihat keindahan library kami.. wehe). Apapun, yang pergi akan pergi.. dan pastinya yang patah akan berganti. Kalau patah kaki, boleh ganti kaki palsu, senang jer. Tetapi, hendak mencari Ketua Pustakawan baru yang setanding Cik Zahariah mungkin sukar.

sesi mengambil makanan percuma.. wehe.. hari kedua puasa yang jimat

Dato. Rosli Taib (Pendaftar) bersama Cik Zahariah (Ketua Pustakawan) yang diraikan

Staf library yang meraikan
Ramah mesra terakhir sebelum bergerak meninggalkan UPSI

Dalam majlis yang habis lebih kurang 4.45 (sebab sesi ambil makanan dan balik ke kolej diambil kira), ada sesi bacaan sajak dan jugak bacaan biografi Ketua Pustakawan. Aku sebagai wakil Kelab Sahabat Perpustakaan UPSI memang rasa cepatnyer masa berlalu. Seingat aku, perjumpaan pertama aku ngan Ketua Pustakawan adalah pada akhir-akhir semester lepas (semester 4).

Lambaian terakhir

Ketua Pustakawan diarak ke keretanya melalui laluan bawah tanah (abaikan tiga kata terakhir sebelum ini) laluan lower ground yang menghala terus ke keretanya. Diserikan dengan selawat ke atas nabi, lambaian terakhir akhirnya disampaikan buat kenangan sambil kereta WNA 5040 bergerak meninggalkan library yang cantik dan indah ini.


'swap card' terakhir

Maka, sekali lagi... yang pergi akan pergi.. dan pastinya yang patah akan berganti. Kalau patah kaki, boleh ganti kaki palsu, senang jer. Patah ranting kayu, boleh tunggu tumbuh semula. Tetapi, hendak mencari Ketua Pustakawan baru yang setanding Cik Zahariah mungkin sukar. Itu saje laporan tak ekslusif ni.

P/S: kalaula ada makan free tiap-tiap kali buka puasa

1 comment:

someone may concern said...

salam, she is very talented, and great person that i ever met...she helped me out a lot when i tried to digest my brain...she got a brilliant ideas, and always think the future. sometimes, she made me cry...urghh..but, that wasn't an issue...it is about reverse psychology...she really want us to show the best...btw, love u...u r my inspiration...thanks once again for allow me to gain some knowledge from u...