Friday, August 20, 2010

Semalam, Aku Tonton 'Arundhati'... Pergh!


Semalam aku tengok Arundhati (అరుంధతి), sebuah filem Telugu. Lama sudah tak tengok filem Telugu. Rasanya ni kot satu-satunya filem Telugu yang ada dalam archive movie aku. Aku tengah cari Magadheera ( మగధీర), sebuah lagi filem Telugu yang nampak best. Owh ya, aku juga menanti-nanti filem terbaru Rajinikhanth, Endhiran (எந்திரன்).Hari ni, aku nak cite tentang Arundhati, walaupun filem ni dah lapuk dah kot, aku nak cite jugak.



Hah, trailer nampak macam best. Memang best pun cite ni. Dalam satu ayat, aku boleh simpulkan bahawa Arundhati punya editing yang pantas, dialog yang cukup menyeramkan, juga visual yang cukup padat dengan efek. Kiranya, filem ni aku boleh katakan Telugu's 300 la. Memang superb dan mengagumkan. Tak sangka jugak filem ni sebaik itu. Jangkaan yang tidak pernah tersampai akal. Dan dalam banyak-banyak lagu, lagu ni paling aku suke..



Meleset sana sini, nak tau citenyer tentang ape? Citenyer tentang Arundhati (Anushka) cicit kepada raja yang memerintah Gadwal (satu daerah) yang mendapat sumpahan daripada keturunannya sendiri. Dulu kala, Arundhati adalah seorang wirawati yang telah meyeksa Pasupathi (Sonu Sood), suami kakaknya kerana membunuh. Nak dijadikan cite, Pasupathi tak mati tetapi berjaya menuntuk ilmu black magic dan balik untuk revenge against Arundhati. Dalam satu pertempuran tuh, Arundhati berjaya lumpuhkan Pasuphati dan untuk tidak membebaskan kuasa jahatnya, Pasupathi dikurung hidup-hidup dalam satu benteng. Kisahnya kembali ke zaman sekarang, bila Arundhati (watak zaman kini) menyedari dia adalah jelmaan semula Arundhati.

Pada aku, yang aku terlintas nak cite tentang filem ni bukan ape, sebab filem ni memang best dan memang bukan Telugu style yang dulu. Memang best banget...

Award yang pernah dimenangi sewaktu menyertai Nandi Awards
  • Best Villain - Sonu Sood
  • Best child actress - Divya Nagesh
  • Best editor - Marthand K. Venkatesh
  • Best art director - Ashok
  • Best audiographer - Radhakrishna & Madhusudhan Reddy
  • Best costume designer - Deepa Chandar
  • Best makeup artiste - Ramesh Mahanti
  • Best male dubbing artiste -P Ravi Shankar
  • Best special effects - Rahul Nambiar
  • Special Jury Award - Anushka Shetty
Yang paling best, bila watak bomoh dalam ni adalah Muslim. Aswad namanya. Maka, kira filem ni lebih kurang sama dengan Santau jugak jadinya. Memang best tengok babak Aswad lawan rasuk hantu dalam filem ni. Gempak. Nak tengok, klik sini.

2 comments:

Yuni Aisyah said...

peminat filem hindi ke.??
filem hindi mmg terbaik..;D

penghuni Bumi said...

ho ho ho..minat jgk..filem telegu,tamil n seumpamanya best..terutamanya action movies.