Monday, August 2, 2010

Rileks, Ini Bukan Masa Depan MUET!


Video yang bakal anda saksikan ini terhasil dari satu missunderstanding yang tidak disengajakan. Ianya sepatutnya menjadi satu bahan untuk assignment group work subjek major, malangnya video ini sudah terlebih vaksin dan juga vitamin. Setelah berdiscus bersama ahli geng aku (Din, Rusdi, Ken), kami akhirnya berhajat untuk melandingkan video ini di YouTube untuk kenangan kami. Ada idea lain menanti..

Selamat melayan video ini...
(preview)

Trivia:
- menggunakan format widescreen untuk rakaman. Teknologi 3D cuba diaplikasikan namun gagal.
- adegan gaduh diulang sebanyak 5 kali, adegan bercakap lagilah banyak
- dalam satu adegan gaduh, kelapa Wak teruk dihentak helmet Ken
, nasib baik tak masuk hospital
- adegan gaduh mendapat perhatian mak gad yang menyangkakan kami betul-betul bergaduh
, nasib baik mak gad tak bergaduh sekali
- rakaman ini mengambil masa hanya 2 jam 30 (rekoding) dan 2 jam 30 lagi (editing)
, 30 minit lagi dihabiskan kat mamak
- objektif filem ini adalah untuk memenuhi tuntutan asignment, tapi berubah menjadi tututan untuk menjadi superstar.
- cermin dijadikan script viewers untuk memudahkan proses dialog

- adegan hilang menghilang menghilang diinsiprasikan dari filem 'Jumper' dan 'Harry Potter'

- pengarah tidak mahu meletakkan unsur 'Transformer', namun sewaktu proses editing, 'Transformer' menjelma melalui OSTnya.

- pelakon utama demam pada malam hari setelah mengetahui bahawa video ini di'reject' untuk tayangan perdana (Selasa, 2ptg)
. Wak pula, mendiaman diri dan meneruskan aktiviti JMKnye.
- helmet baru Ken diseret sehingga calar smata-mata untuk mendapatkan mood gaduh sebenar
. Helmet itu masih boleh dipakai dan gerenti tidak disaman polis
- Wak ponteng aktiviti JMKnya hanya kerana ingin menjadi pelakon tambahan dalam filem ini
. Kami tidak bersalah dalam menghasutnya meninggalkan aktiviti itu.
- filem ini tidak disponsor oleh Mamak Cahaya walaupun kami makan di situ sebelum ke Proton City

- Man termengah-mengah walaupun pada kali kedua babak gaduh dijalankan

- Pelakon utama, Din sanggup ke tengah kolam semata-mata untuk menjalankan babak awal filem

- setelah menghabiskan masa 7 jam, kami mendapati kami tersilap konsep dalam membikin filem ini, maka kami ubah objektif filem ini untuk tatapan anda semua.

P/S: jangan tiru aksi ini... sape nak tiru.. panggil kami dulu. video ini juga buat junior yang belum mengambil paper CALL... :-)

1 comment: