Thursday, August 26, 2010

Putus Cinta Lagi.. Lagi2 Ku Putus Cinta...^_^

Sayang sayang aduhai sayang
Adik bingung bertambah runsing

Hendak dibuang bertambah sayang
Sudah menjadi darah dan daging


Teringat juga kadangkala sukar untuk membuat pilihan. Road Not Taken, Tekken, Token mahupun Taikon tidak mampu untuk membuat pelihat secara senang dan mudah. Ya, membuat pilihan memanglah perkara yang sudah sebati bagi semua orang, SUKAR!.... tetapi, pilihan memang perlu ada. Kalau tak, hidup tak meriah. Bayangkan hidup tanpa emosi marah, sedih, gembira, dan sebagainya. Wujudkan satu dimensi ini dalam bilik anda, rumah anda, jamban anda ataupun kolej kediaman anda.. anda akan sedar bahawa hidup tanpa emosi adalah sukar. Bukan sukar, malah perit, dan memeritkan.

Kenapa?

Senang jawapannya. KERANA KITA DIBERI NIKMAT EMOSI .... dimana emosi akan hadir??? EMOSI akan hadir bila ada CINTA....
EMOSI akan hadir bila ada PERSAHABATAN....
EMOSI akan hadir bila ada MASALAH ....
EMOSI akan hadir bila ada MASANYA ....
dan
EMOSI akan hadir bila ada PILIHAN...

Pilihan??

Berbalik kepada isu besar yang dibesarkan, mahupun sengaja dibesar-besarkan. Kadang-kadang kita perlu memilih. Dalam memilih, ada dua perkara iaitu MELEPASKAN dan MENERIMA. Dalam memilih, kita perlu hadapi pro and cont yang hadir. Seorang professional terpaksa menghadapi pro and conts jika terpaksa menyanyi dalam keadaan batuk-batuk (tambah-tambah bila penyanyi Anuar Zain yang akhirnya bersuara Saleem).

Ini adalah pilihan yang aku perlu buat... MELEPASKAN KAMERA DIGITAL dan menerima HANDYCAM.

Ianya satu perkara kecil saja. Dan setelah berfikir panjang. Akhirnya aku ucapkan selamat tinggal kepada kamera digital aku (di'trade in'), dan menerima HD HANDYCAM Sony . Walaupun aku kini tidak lagi akan mengambil gambar kandid still yang terbaeek seperti dulu, obsesi aku untuk HANDYCAM tercapai jua. HANDYCAM, nama pun kamera video, makanya skop untuk video jer. Gambar boleh saja diambil dengan kekuatan 5MP saja. Kualiti video dan audio tahap tinggi, itu yang dikehendaki. Bye2 era candid.
Sony Bloggie (era baru untuk video HD aku)

Bye...

2 comments:

apik pehe said...

ceitt..mati2 aku ingtkan putus cinta bebetol nyer..baru jer nak bg nasihat..hehe

h A n Y S said...

cun vidcam tuh!
:D