Saturday, August 7, 2010

Kerana Bunga-Bunga Akan Bercerita (1)

Hari ni aku tonton Pearl Harbor. Sedih sangat. Dua tiga kali gak nak menangis. Tapi, kena cool.... nanti rumate cakap aku putus cinta plak. Disebabkan katil aku di tepi tingkap aras 5 yang boleh terbuka luas dan kadar untuk membunuh diri boleh dilakukan dengan cepat, aku xnak la dia ingat aku mahu terjun sebab alasan yang aku sendiri tak tahu kenapa. Apapun, disebabkan Ogos dah menjelma, maka patriotisme memang perlu ada. Jadi, Pearl Harbor menjadi pengisi masa lapang aku untuk hari ini. Tragis siot.. waaa... semangat patriotik terlebeyh kot.. wahaha...

...
Sebelum tu, ttg persembahan Symphonic Band Upsi.. aku tulis (1) kan? Bermaknanya, akan ada sambungan.. tetapi, tak dapat nak continue sebab masalah copyright lagu dari YouTube.. so.. aku umumkan bahawa post itu xde sambungan okeyh...
...

Nak fikir fikir balik ttg perihal pagi tadi, nak tergelak pun ada, nak senyum pun ada. Tapi, apa yang aku buat pagi tadi memang diluar jangkaan. Dan, aku rasa puas. Hanya rasanya dua orang saja kot yang tau apa yang aku buat. Sorangnyer ialah Steph, dan Wak (entah bagaimana karakter ini boleh enterframe dalam story aku nih). Sepertimana yang korang tau, bagi yang dah baca entry sebelum ni, aku sudah beritahu tentang penglibatan pertama kali dalam teater. Hari nilah, kemuncaknya. Nak dijadikan cerita, hari ni kitorang belajar movement dan gerak tari serba sikit. Huh.. memang best tetapi aku sndri yang tak cukup energi. Tapi, it's fun dan perlukan banyak practice.
...
...

Psss... seronok sebab hari ni dah leh wat 'bubbling'... weheeee...

Akan datang, Oktober ini..

Hari ni jugak, ada buat screen test.. instruktor dibantu En. Zul buat screen test. Hah, disinilah mulanya kisahnya... Dalam test ni, kena menyanyi lagu dan baca dialog... tetapi..

"Apa yg aku nak nyanyi nih???"

Dah mula fikirkan dah.. apa aku nak nyanyi waktu sampai saja giliran aku. Sudah.. xkan Gaga kot. Hmm.. ahah.. lagu hindustan..

'Chandhi kuch kaha.. raat ni kuch sona.. tum be sun be khabar... pyaar kar... (sambil diiringi suara Lata Mangeshkar)'

Pada masa nih, ada lebih kurang 3 atau 4 orang g.. ada yang nyanyi lagu MUH (Meet Uncle Husen) , lagu pop, hip hop.. dan macam-macam.. dan..

'Baik kau pulang segera'

Otak aku menangkap lirik last.. ok.. aku akan nyanyi lagu ni...tapi masalahnya aku tak dapat ingat rangkap awal...

'Tapi jikalau ku jadi engkau
Pastinya takut dan aku cabut
Di sini bukanlah tempatmu
Baik kau pulang segera'

Ok, rangkap blakang dah full.. tapi ada 4 lagi baris yang aku lupa... aduh (perah-perah), lagu versi Raja Azura gak yang timbul.. yang versi Aznilnyer dah lupa.. perah perah perah!!! last2 sampai giliran aku...

'Owh, disini awak tak padan tua Mahu mengorat perempuan muda Sedarlah sikit perut dah buncit Jalan pun terjongkang jongket Tapi jikalau ku jadi engkau Pastinya takut dan aku cabut Di sini bukanlah tempatmu Baik kau pulang segera'

Hentam saja versi Raja Azura... dan ....
....
....

....
tapi... memang saat aku menyanyi lagu Baik Kau Pulang Segera dari OST Magika tu, dada bergetar dengan skala yang memang tinggi. Tepukan tu yang buat aku kejap senyum kejap tergelak sorang2 sampai sekarang (weheeee). Keja yang paling tak pernah-pernah aku buat. Entah macam ne aku boleh nyanyikan rangkap tu dengan lancar. pastu, kena test baca dialog.. yang ni lemah. Voice projection aku rasa K.O. Tapi, last2 dapat watak burung. Dalam hati, nak pecah perut kot bila diberi watak nih. Takde dialog (itu alhamdulillah), jadi burung (ah sudah...) boleh cuba.

Disebabkan aku nih ketua untuk Kokurikulum teater, makanya macam2 hal sptbaju.. kertas kerja... dan segala mcam lagi kena urus. Tapi, peluang ni hanya sekali nih. Pulun habis habis. Jumaat ni, perjumpaan pertama untuk sesi script reading... Dan... tunggu sambungannya... Kerana Bunga-bunga akan bercerita tentang event teater yang akan diadakan tidak berapa lama lagi... No idea lagi bagaimana karakter aku, tetapi untuk anda, aku akan update dari semasa ke semasa perkembangan tentang event ni okeyh!

daaa... nak tengok aku nyanyi...??? (klik sini)... ehe

P/S: pos ini berkesinambungan dari post T.E.A.T.E.R

2 comments:

ain fathihah said...

"Disebabkan katil aku di tepi tingkap aras 5 yang boleh terbuka luas dan kadar untuk membunuh diri boleh dilakukan dengan cepat, aku xnak la dia ingat aku mahu terjun sebab alasan yang aku sendiri tak tahu kenapa."


statement ni buat aku tergelak.. gaya bahasa hg ada peningkatan di mata aku. hehe tahniah

diana said...

amboi..lagu hindustan
pulak..!