Wednesday, August 4, 2010

Kenal Jigsaw?

'Saw', antara filem genre thriller yang menjadi ikutan aku. Apa ada pada filem ini? Ianya penuh mesej yang digarap secara gelap. Pada masa ni, mungkin orang tengah sibuk dengan filem Vampires Suck yang memparodikan filem Twilight, namun aku nak forward lagi info korang kepada filem SAW 3D a.k.a Saw 7 yang akan berada di pawagam pada Oktober ini.


Saw 7 akan menjadi final chapter untuk produk Saw yang bermula pada tahun 2004. Pos ini akan membongkar rentetan dari Saw pertama sehingga Saw 6.

Sinopsis

SAW
Dalam filem pertama ini, dipaparkan dua orang lelaki, yang tersedar mereka berada di sebuah bilik rahsia. Dirantai di kaki di penjuru bilik, mereka akhirnya menyedari mereka berada di dalam sebuah permainan yang direka 'Jigsaw'. Tugas mereka untuk selamat adalah membunuh salah seorang daripada diri mereka.

SAW II
Dengan skala lebih besar, Saw II membongkar kisah di sebalik satu lagi permainan kejam 'Jigsaw'. Kali ini, mangsanya adalah Eric Mathew. Dalam membongkar kekejaman Jigsaw, Eric Mathew akhirnya terjerat apabila anaknya kini adalah seorang daripada 8 orang yang menyertai permainan kejam yang terperangkap di dalam rumah yang dipenuhi gas beracun.

SAW III
Bermula daripada terperangkapnya Eric Mathew dalam usaha mendapatkan anaknya, siri ketiga diteruskan dengan mangsa seterusnya Jeff. Jigsaw yang sudah nazak perlu dibedah, dan kini, tugas untuk meneruskan permainan berada di tangan aprentisnya, Amanda.

SAW IV
Jigsaw dan juga Amanda sudah tiada. Kematian mereka bukan satu penamat. Agen Strahm dan Agen Perez turun membantu agen Hoffman melakukan siasatan. Kini, mangsa seterusnya, Komander SWAT Rigg terpaksa bermain untuk menyelamatkan Eric Mathew yang juga terlibat dalam permainan ini.

SAW V
Siri kelima membawa penonton mengenali siapa Agen Hoffman sebenarnya. Di sebalik muka kepolisan, dia adalah aprentis yang tidak pernah diketahui kewujudannya dalam siri sebelum ini. Kini, Hoffman terpaksa menyembunyikan identitinya dari diketahui, dan permainan mesti diteruskan. Agen Strahm mesti dimusnahkan.

Kematian Agen Strahm telah menyembunyikan identiti sebenar Agen Hoffman. Namun, FBI mula mengatur langkah untuk memburunya lagi. Kini, Agen Hoffman dan isteri Jigsaw, sekali lagi mengatur permainan kejam sekaligus mendedahkan motif di sebalik kekejaman Jigsaw.

Siapa Jigsaw?

Nama sebenar Jigsaw adalah Jonathan Kramer a.k.a The Jigsaw Killer. Dia adalah pembunuh bersiri yang obses dalam mengajar manusia hakikat menghargai kehidupan. Jigsaw akan membina perangkap yang akan dipasang untuk setiap mangsa yang tidak menghargai kehidupan. Setiap 'game' akan diarahkan menggunakan tape yang mempunyai suaranya. Setiap permainan mempunyai peraturan yang ketat untuk selamat. Media menggelarkannya sebagai Jigsaw kerana dia selalu mengoyakkan kulit mangsa dalam bentuk jigsaw puzzle sebagai tanda 'kehilangan'.

Koleksi Jerat Jigsaw

Setiap filem Saw mempunyai koleksi trap yang tersendiri, so aku listkan senarai penuh jerat rekaan Jigsaw dari Saw sehingga Saw VI. Trap yang ada gambar adalah antra trap kegemaran aku dalam setiap siri Saw.

Saw
Jaw Trap mengunci rahang mangsa. Mangsa perlu mencari kunci yang disembunyikan sebelum trap itu mengoyakkan mulut mangsa

Razor Wire / Flammable Jelly / Jaw Trap / Drill Chair / Quadruple Shotgun Halway / Bathroom Trap / Zep's Test

Saw II
Venus Fly Trap dipenuhi paku tajam di penutupnya, mangsa yang tidak dapat membuka alat ini akan menyebabkan penutup muka berpaku tertutup dan paku tersebut akan menikam mangsa.

Venus Fly Trap / Electrified Staircase / Nerve Gas House / Antidote Safe / Magnum Eyehole / Furnace / Hand Trap / Eric's Test / Needle Pit

Saw III
Kepala, kaki dan tangan mangsa akan dipusingkan 360 sehingga patah tulangnya

Shotgun Collar / Rack Trap / Pig Vat / Freezer Room / Classroom Trap / Angel Trap

Saw IV
Untuk keluar dari kerusi ini, mangsa perlu merelakan mukanya dihiris pisau tajam

See What I See / Save As I Save / Mausoleum / Knife Chair / Feel What I Feel / Perez's Test

Saw V
Pertarungan antara beberapa orang merebut kunci untuk melepaskan tali yang mengikat leher mereka akan berakhir dengan sentapan kuat sehinggakan kepala terlerai dari badan jika kolar tidak dibuka dalam masa yang ditetapkan.

The Pendulum / The Cube / Keys Of Life / Theree Points Of Safety / Cose The Circuit / 10 Pints Of Sacrifice / The Coffin

Saw VI
Mangsa perlu mengorbankan daging diri mereka sendiri untuk mengurangkan kesan tekanan skru di kepala mereka

Pound Of Flesh / Oxygen Crusher / Hanging Trap / The Steam Maze / Carousel Trap / Mother and Son Trap

maklumat diubahsuai dari: OfficialSaw.com / pictures also from: OfficialSaw.com

2 comments:

Syafiq Kadiran said...

xsabar nak tgu saw baru ni...
mmg xmiss sume cte ni...sonok tgk ngn geng sambil jerit2....hahaha

Wan said...

Adoi..favorite aku si jigsaw ni...Ending dia suma kin panas...tapi siok juga ba...