Thursday, August 5, 2010

Ianya Hanyalah Muvi, Tak Lebih Dari Itu ^_^

Kekejaman VIRUS-VIRUS CINTA ... aku sangat suka
Kekejaman VIRUS-VIRUS HATI ... aku sangat benci
Kekejaman VIRUS-VIRUS PENYAKIT ... aku sangat jauhi
tapi...

Kekejaman VIRUS-VIRUS KOMPUTER ... aku sangat terdiam seketika...
Komputer = bunga / Virus = api / Aku = tangan / Hati = calar2

Seluruh rakyat jelata sudah memberikan rasa simpati atas kejadian yang telah terjadi kepada diri aku. Hari ini, kemana saja aku pergi, sama ada di Proton City, mahupun Sungai Besar dan juga seluruh jelata kampus bersimpati atas kejadian yang menimpa aku tanggal 4 Ogos 2010. Ianya bukan kejadian yang menarik, tetapi menarik untuk diceritakan. Mungkin ini iktibar kepada semua pembaca dan juga 'peminat' blog ini.

Al kisah bermula, aku mempunyai dua buah hardisk external. Satu itu, yang berkapasiti entah berapa Giga, aku guna untuk menyimpan lagu dan juga data. Dan satu lagi itu, yang berkapasiti 320GB, adalah hub segala perkongsian filem dan juga mini wayang aku. Dalam hardisk kedua inilah, tersimpan segala koleksi movie yang aku download dan juga kongsi dari rakan rakan. Ini adalah kisah hardisk ke dua itu...

4hb Ogos 2010 (8.00 pm)

Sebelum tarikh ini lagi, aku antara yang tidak tertinggal untuk terikat dengan satu asignment berkenaan taxonomy bloom. Dijadikan cerita, perkhabaran dari sang angin mengatakan due date assignment adalah Jumaat. Tetapi, disebabkan hari esoknya ada kuliah, aku rasa lebih elok aku print dahulu segalanya dan tunjukkan kepada lecturer. Aku bukan jenis orang yang nampak kesalahan sewaktu assignment berada di dalam laptop. Selalunya, kesalahan yang aku buat akan terjelas semasa aku selesai printing.

4hb Ogos 2010 (9.30 pm)

Selepas selesai edisi meeting di sebuah restaurant terkemuka, aku pun berjalan dengan lenggang kekenyangan ke kedai printing yang terletak di bawah blok 3 kolej kediaman. Di sinilah masalah bermula. (sila pasang musik cemas!) Masa ni, pendrive aku tidak dapat dibaca. Semua 'FOLDER' tidak dapat dibuka sebab dibaca sebagai 'SHORTCUT'. Masalahnya sekarang, fail yang nak diprint tu ada dalam 'FOLDER'. Teorinya, mungkin ada masalah dengan komputer kedai, dan aku pun ke kedai lain dan... resultnya sama. Maka, tiada keputusan lain lagi, aku ke bilik member aku dan scan!

4hb Ogos 2010 (11.00 mlm)

Lebih kurang 30 minit menjalani proses cleaning, aku membuat keputusan untuk menggunakan HDD aku untuk printing. Fail tadi, yang juga ada dalam laptop ditransfer ke HDD. Pendrive ditinggalkan seketika. Di tempat yang sama dan komputer yang sama, semua fail aku (filem2) bertukar menjadi 'SHORTCUT'. Tetapi, assignment berjaya diprint. Dengan gumbira, aku naik dan cucuk HDD di laptop dan ... ianya adalah fail filem aku masih lagi menunjukkan item 'SHORTCUT'.

5hb Ogos 2010 (1 pagi)

Panas bilik aku bukanlah berkait pun dengan insiden ini. Dicampur dengan keadaan bilik yang panas, dan juga insiden tadi, sekitar 2 pagi kot aku berjaya lelapkan mata. Masih lagi terngiang-ngiang filem yang sudah hilang dalam HDD yang terpaksa diformat. Namun, aku positifkan diri. New beginning untuk aku, new beginning untuk muvi aku. Aku dah lama mahu buang certain muvi, tetapi disebabkan sayang sangat, sampai sekarang tak buang buang. Nak dijadikan cerita, virus ni melekat plak, dan hah.. sayang ke tak, buang semua muvi aku! Lagipun, 'ianya hanyalah muvi' yang boleh dicari kembali.

5hb Ogos 2010 (6.30 pagi)

Aku bangun pagi, terus buka lappy tanpa mandi mandi. Proses mengumpul torrent selama 30 minit. Kemudian mandi dan solat sebelum bergerak ke kelas jam 7.20 pg. Tiada lagi ingatan dahulu, semua baru. Di Mamak Bayan, bersama dua orang member aku, bermula hari baru tanpa muvi-muvi dulu, dan ianya permulaan bagi dunia baru yang aku sendiri tunggu tunggu. Hardisk kedua masih ada, menunggu untuk diisi dengan watak-watak baru dunia seni.

P/S: ianya hanyalah movi.. x lebih dari itu

No comments: