Tuesday, July 6, 2010

Terima Kasih Diana Danielle :-)

Entry ni khas untuk pelakon Magika, Diana Danielle. Even aku tau dia sibuk dalam penggambaran filem Hanyut (dan x mungkin membaca entry ini) yang diadaptasi dari Almayer's Folly tulisan Joseph Conrad (aku pernah baca Heart of Darkness jer!), aku rasa dia telah (dengan tidak sengajanya) menyumbang satu pencapaian peribadi terbaik buat aku sebagai blogger. Aku tak kisah apa orang kata. Dunia blogger kadangkala sukar dijangka. Ini bukan jangkaan aku. Mungkin trafik aku sebenarnya sikit jer walaupun terkait sikit dengan Diana Danielle. Namun, ini pencapaian terbaik aku apabila dalam satu hari page aku dilihat 800 kali oleh hampir 500 visitors.
Semuanya kerana review Magika ini. Tak sangka ianya berbaloi dengan harga yang aku keluarkan untuk membeli tiket. Tak sangka jugak ianya berbaloi meredah ujan untuk sesi bertemu peminat pada 3 hb Julai 2010. Semuanya ada modal, dan aku dihadiahkan dengan trafik melimpah dalam satu hari. Mungkin hari itu tidak akan ada lagi jika tiada usaha pada masa depan.Waaargh! Percaya atau tidak, percayalah bahawa review aku akhirnya sudah dibaca orang yang berkait dengan filem Magika sendiri. OMG! Memang berbaloi aku tulis memanjang. Kerana trafik melalui google jugak tertumpu ke page aku. Kenapa? Setakat sekarang, hanya ada berita tentang Magika, tiada review seumpamanya lagi. Maka, dalam masa 1 bulan ini, review Magika memanaskan blog aku.

Owh, satu lagi, satu daripada 3 anonymous (rujuk komen di review Magika) itu adalah Diana Danielle. Mungkin korang tak percaya. Aku pun first time x percaya, but when i check her page, memang benar. Memang seronok jap weyh! Ain Fathihah jangan jeles.. wahaha...

Trafik setakat pukul 8 malam, 5 July 2010

Jumlah terkumpul trafik 5 July 2010, 480 pelawat unik

Apepon, TQ.. wehe.. ni sebab aku malas blogwalk. je yang dapat 480 tu. Kalau rajin blogwalk, makanya lebih seribu la aku leh dapat. Namun, cukup setakat itu pun dah ok. Harap terus mengunjungi blog ini. Yang terlepas nak baca review Magika, klik la. Yang nak tengok Mawi, Diana Danielle, Norman KRU dan Fimie Don di dewan Kapitol 3hb July 2010 lalu, klik.