Friday, July 16, 2010

Skandal Seks Gua Kelam!

Helo helo helo... ye haaa... kembali ke sini meh meh, jangan lari meh meh.. mau cerita sama korang smua.. sebuah kontinuiti entry lalu.. bukan mahu menghangatkan, cuma mahu menasiihat, buat sesiapa yang merasakan perkara ini baik, jauh2kanlah.. taknak mula bicara berjela, mau mula secepat rasa... sebelum itu..

Peringatan: Gambar2 yang diambil dalam entry kali ini tidak mendapat kebenaran mana-mana pihak dan tidak juga mendapat apa-apa kelulusan dari Ariel Peter Porn.

Amaran: Adalah tidak salah bagi pembaca bawah umur membaca post ini kerana ianya tidak mengandungi adegan lucah dan tidak juga dilabel sebagai PG-13 (parental guide under 13) ataupun NC-17 (no children below 17). Oleh itu, ibu bapa digalakkan menasihati anak-anak supaya tidak melakukan dosa yang mereka lakukan ini.

Penting: Gambar ini tidak disusun mengikut jalan cerita sebenar untuk memberi kesan dramatik kepada pembaca. Pembaca diharap menilai sendiri entry ini. Tiada super-impose digunakan.

Baik, kita sambung semula entry Peter Porn malaysia ini dengan kisah seterusnya. Aku janjikan perkara yang lebih hangat hari itu kan? Maka, entry ini tidaklah sehangat mana. Jom kita masuk ke dalam entry ni.

Sepertimana yang aku cerita dahulu, pertemuan kami dengan dua pasang merpati ini menarik perhatian kami. Bayangkan bagaimana mereka boleh berdua-duaan dalam kawasan hutan yang penuh dengan nyamuk yang sudah benci sama darah rusa dan juga binatang seangkatan. Tidak mereka tahu bahawa hutan itu ada makhluk halus? Dah kena rasuk, histeria sana histeria sini, baru nak terjerit2 panggil bomo...
Maka, ini couple untuk hari ini. Masih pada hari yang sama. Couple ini menarik perhatian kerana gelagatnya yang cukup berani dan memanaskan apa saja yang berada di badan. Mungkin rusa-rusa dalam kandang juga berkata, 'alangkah indahnya jikalau aku sepak saja minah dan laki ni!' Sudahlah berpakaian putih. Nak ibaratkan macam bidadari la tuh. Huh! ... Ape, gambar tak jelas???


Ha tu dia.. enaknya si girlfriend berada di bahu sang jejaka. Apa agaknya yang diorang tengah bualkan? Aku pun tak tahu. Tetapi, selesai saja kami mengambil gambar ini, sewaktu kami melintas pergi dari situ, sempat aku melihat wanita ini mencium tangan teman lelakinya sebelum sesuatu yang lebih besar terjadi....


Tanpa disedari kami sedang merakam gerak geri mereka, ini adalah gambar aksi ciuman yang paling femes. Bayangkan bagaimana mereka boleh lakukan aksi ciuman ini dengan tak tau malu. (jangan sampai aku jadi karam singh wall iya lah!) Nasib baik tak sampai adegan londeh melondeh dan juga me... (sambung sendiri). Selepas selesai mengintip. Kami makan-makan. Memang sedap woooo.. Itu cerita lain. Namun...


Gerak geri dua orang wanita ini menarik perhatian aku (bukan lagi kami). Sedang orang lain tidak mempedulikan kisah itu lagi, aku berniat untuk mengetahui final ending kisah ini. Aku ekori dua wanita ini dari jauh. Agakan aku tepat. Dua wanita ini adalah rakan kepada wanita yang sedang berkapel tu. Selepas berbual-bual sekejap dengan rakan diorang yg tengah enak bermadu kasih, mereka pun blah (macam ni ker kawan.. tolong wat maksiat.. hak tui!!!)

Selepas itu, tiada adegan lain. Selepas dua orang rakannya pergi, kami mengacau pasangan ini dengan minta teman lelaki ambik gambar kitorang kat atas titi bersebelahan. Haha.. memang jahat dowh. Kacau orang tengah syok berdua-duaan adalah sesuatu yang cukup baik, bukannya halal dok dalam hutan tu. Tolong ambil gambar kami lagi baik. Nasihat pun tak ada guna, maka kami biarkan saja mereka di situ...


Tidak berapa lama lepas tu, pasangan ni dilihat melintasi kawasan kami berkelah. Dengan muka selambanya dia lalu dan pergi jauh dari situ. Mungkin sudah puas agaknya. Kesimpulannya di sini, anda simpulkan sendiri. Kerana simpulan yang saya ikat kadang kadang salah. Semua ada simpulan yang tersendiri, jadi ikat ikut kehendak anda..

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adl suatu perbuatan yg keji dan suatu jalan yg buruk.” (Al-Israa': 32)

10 comments:

Zack Zaifull said...

ooooooo skodeng ekk?? hahahaha

OrenLimau said...

haha..kasik terjah sama mereka~!!!!

f_aRa_aINa989 said...

woo.....

Zakiyah Zainon said...

nauzubillahhh...
budak2 zaman sekarang..:(
nibaru dok perlih..kalau depa ni pi dok kl, macam mana gamaknya!?
saya org kedah, perlis tu dulu tempat cari makan..
tq singgah kat blog saya

nosembilanbelas said...

gua kelam pun jadi tempat projek gak..ke? ingat kan kat situ bersih...apa lah diorg nih..

l bro m said...

salam
pertama
aku ucapkan tahniah la,
sbb sahabatdari post ni mmg btujuan murni untuk mnyedarkan masyarakat awam
kedua tahniah la
kerana sahabat pun sama juga menggalak mereka semua..
pastu sahabat sendiri kutuk perbuatan mereka
walha sahabat sendiri belum mnyampaikan...
sahabat rela amik gambar diorang tapi sahabat tak rela untu tegur dorang

apa2pun shabat nak dakwah, jgn lah ada adegan skodeng camni?? jika x mampu jauhi dulu sekejap untuk mnysusn lagkah seterusnya

Pencacai Alim said...

bila nafsu kontrol iman..cmnila jadinya..

KM7 said...

kpd yg dah cukup syarat...elok kahwin jer cepat.

noazhatori said...

salam bang~~

nak mintak izin copy gambar - utk ingatan rakan2 lain - boleh x?

didahului dgn ucapan seribu terima kasih - huhuhu~~

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

boleh... harap linkkan ke blog ini jugak yer...