Friday, July 2, 2010

Rancangan Orientasi Sekolah: Sorotan Dua Minggu

Bagi sesape nak jadi cikgu, Rancangan Orientasi Sekolah adalah satu daripada perkara yang wajib dilakukan. Banyak orang menyangkakan ROS adalah praktikal, namun ROS bukanlah praktikal, ianya satu perjalanan kehidupan yang luar biasa dalam proses menjadi seorang guru. Guru ROS tidak diberi kelas untuk mengajar. Apa yang perlu dilakukan hanyalah duduk di sekolah dan menyelia keadaan sekolah. Jika ingin mengajar (try test power mengajar), guru ROS leh deal dengan guru pembimbing.
(berdiri kiri) Sir Alauddin (bawah, dari kiri) aku, Ckg Roslee, Ckg Hadi, Ustaz Ahmad Daud (berdiri di kanan) Zuhairi

Aku bersama dengan my old friend, Zuhairi (Pendidikan Matematik) memang diberikan satu ruang di dalam bilik guru. Maka bergaullah kami dengan geng2 otai cikgu2 ni. Maka, aku senaraikan 13 perkara yang aku rasakan menarik untuk diceritakan kepada semua.

1) aku pergi nak kereta Proton Waja, sampai saja kat car park, semua orang pandang aku. Rasa macam gahnya, seolah2 aku cikgu di situ (walaupun tak habis lagi). Tambah2 bila murid murid berkata "Assalamualaikum Cikgu". Wah, aku sudah besar rupanya. Big already.. eheDulu, aku beri salam, kini giliran aku pula diberi salam. Rasa dihormati, dan disanjungi. Wah, perasaan aku cukup seronok.

2) susahnya mengajar kelas belakang (yang bermula dengan D n C selalunya di mana2 sekolah). Satu hari, aku follow kelas Sir Amri, cikgu BI (dia bukan guru pembimbing). Cikgu ni nak test skill aku. Dia suruh aku mengajar dengan silibus yang dia bagi. Arahannya senang, bagi diorang 10 patah perkataan. Ajar definisikan perkataan dan suruh diorang buat ayat. Satu daripada perkataan itu adalah 'cart'. Aku minta student definisikan 'cart'. Ada yang jawab 'kereta', 'kambing', 'lembu' dll jawapan yang tak berkaitan. Aku bagi klu 'sesuatu tentang kereta'. Sorang student jawab 'bumper'. Aku cakap, 'hampir tepat'. Sir Amri masuk campur, dia tanya student tu, 'bumper tu apa?'. Budak tu jawab, 'pukuaq besaq'.

3) pengalaman dijaja sekeliling sekolah bukanlah seperti Fahrin Ahmad masuk buat pengambaran dalam sekolah. Sebabnya, kami (merujuk kepada aku dan kawan aku, Zuhairi) adalah student SMK Abi yang masuk UPSI. Jarang student sekolah tu masuk upsi. Maka, tiap2 kali Sir Amri bawa kami g canang kat kelas dia, dia akan cakap 'cikgu nak perkenalkan, dua orang abang kamu. Depa ni budak skolah ni dulu. Sekarang belajaq di UPSI. Cikgu bawak mai ni nak bagi hangpa tau yang budak skolah abi boleh p u'. Bangga aku sekejap!

4) diberi meja kosong dalam bilik guru, yang dihadapannya adalah Sir Alauddin, seorang peminat bola. Maka, dalam demam Fifa yang melanda sekarang ni, Sir adalah pemberita tetap ala2 pengulas sukan. Daripada dia aku tahu match2 malam ni, dan keputusan semalam sebab aku tak pernah ambil tahu apa pun perlawanan World Cup.

5) makan free menjadi kebiasaan. Kenapa? Hendak ditakdirkan bahwa waktu ini adalah masa guru-guru untuk key-in markah mid term exam. Bagi guru-guru yang sibuk dan tahu siapa kitorang, maka mereka cari kami untuk tolong diorang dan ayat ini menjadikan kami bersemangat, 'lepas ni saya belanja!'. Jimat duit... ehe...

6) pengalaman mengajar kelas 5 ali, kelas agama (zaman aku dulu, namanya 'angsana'). Memang cukup mendebarkan pada awalnya, namun bila spirit dah sampai, terus jadi hiper-xtif. Murid-murid pun gembira dan seronok. Alhamdulillah, dapat komen positif dari mentor aku. Bahan pengajaran hanyalah menggunakan video klip yang digunakan sewaktu asignmnt phonetic beberapa sem lepas.

7) sesi pengajaran dan pembelajaran mendapat reaksi positif mentor aku. Disebabkan aku tak pernah wat mikroteaching (mikroteaching yang berpasangan ada la sekali dua), eventhough presentation selalu, ini adalah satu kejayaan. Sekurangnya, pengalaman akan memberi aku inspirasi. Di depan mentor aku sendiri, aku akui bahawa i'm not good in grammar. Kadangkala aku hadapi masalah menerbitkan vocab (kekadang vocab simple pon leh lupe). 'I read your essays, your good', mentor aku cakap. 'Itu dulu', balas aku. 'Sekarang? What happen now', dia soal lagi. Aku jawab 'mungkin saya bagus dalam menulis story, tetapi sy lemah dlm menulis info kind of essay'. She smiled and said 'that's ok. The only way to stop them is to face them'.

8) 'the only way to stop them, is to face them' adalah satu kata-kata semangat yang aku kutip dari trailer filem Jackie Chan dengan Jaden Smith, The Karate Kid. Trailer ini aku guna di hujung sesi pengajaran. Dialog Jackie Chan dalam filem itu aku jadikan satu kata-kata semangat. Aku cakap bahawa satu cara nak belajar Inggeris, jika rasa susah sangat nak belajar, adalah sentiasa motivasikan diri bahawa 'the only way to stop them, is to face them'. Hadapi bahasa ini, dan nanti ia akan menyenangkan diri. Last2, aku dimotivasikan oleh mentor aku menggunakan frase yang sama.. ehe..

9)
aku g sekolah bawak laptop. Minggu pertama, masih segan2 lagi sebab kononnya nak tunjuk rajinlah. Bawak buku dan kertas2 yang aku prepare untuk mengajar. Namun, hari seterusnya, aku bawak laptop dan bukak. Bengang jugak bila YouTube, dan torrent web diblock. Maka, x dapat nak download movie. Jadi, tumpuan aku sepenuhnya kepada blog. Facebook juga ditatap skali skala. Disebabkan internet yang kaw2 laju, maka, setiap hari mesti online sehinggakan seorang guru kata 'cikgu, apa yang dok tenung sangat kat komputer tu?'. Aku senyum saja.. ehe

10) rabu minggu kedua adalah hari yang sepatutnya aku observe mentor aku. Aku ingat lagi, sewaktu sesi aku mengajar dulu, masa yang dia beritahu adalah 11.20pagi. Maka, aku set jam untuk buat aku ingatkan masa tu. Loceng rehat bunyi... KRRIIIIING!... makan2 skit dan masuk bilik guru. 11.10pagi, aku gerak ke bilik pengawas (bilik mentor aku). Alamak, rupanya ada salah info. Kelas yang dia nak aku tengok itu dah terlepas waktu. Rupanya waktu lepas rehat tadi. Maka, aku terpaksa observe pada hari khamis.
sesi observe my mentor.. heal the world...

11) kesilapan yang memalukan. Tapi rasanya harap2 ianya adalah pertama dan terakhir. Entah bagaimana aku tersilap eja satu perkataan 'knowledge' dlm hadiah 2. Terwahyu pulak nak g memandai tambah 's' sedangkan knowledge tu memang uncountable. Argh. Namun, harap2 hadiah itu mentor aku tak pecahkan.. ehe. Tapi, nasib baik dah xplain kat dia. 'Hope you'll like it eventhough i've mistakenly spell on of the word.. ehe'... Entahla respon dia cmne...

12) kenangan kembali apabila seorang daripada rakan aku, Aida akan masuk UPSI. Maka, ada lagi seorang waris Abi yang akan memasuki kursus perguruan.

13) kata-kata ini buatkan aku terfikir.. memang benar, 'i was forced to become a teacher'. Itu yang aku cakap kepada mentor aku. Dia terima seadanya ayat aku itu sebab dia juga ada kisah yang sebegitu. Namun, apa yang dia kata adalah 'menjadi guru bukan sebab gaji, namun disebabkan kerjanya yg mulia'. Betul! Sokong! Walaupun menjadi guru sebab dipaksa, namun kemuliaan itu hanya akan ada pada seorang guru. Mana nak cari, menjadi guru adalah mulia di sisiNya. Mendidik adalah kerja yang mulia dan cukup berpahala. Maka, bersyukur kerana ditakdirkan menjadi seorang guru.Setuju dengannya, aku terus angguk. Perlu pandang ke hadapan, aku perlu bersyukur!

Banyak lagi yang menarik berlaku di sekolah ni. Mungkin nanti aku ceritakan pada next pos. Apapun, sekarang sudah sampai masa untuk compile semua maklumat. Kata pengetua 'yang mana tak dapat tu, reka2 la no'. Abi akan jadi kenangan lagi. Selepas dua minggu aku masuk ke alam yang aku tinggalkan sejak tahun 2005, kini aku akan tinggalkan sekolah ini lagi untuk satu masa yang aku tak tahu bila masanya aku akan kembali ke sini. Satu minggu di sini sebelum pulang ke UPSI, SMK Abi hanya akan jadi pameran di tepi jalan semasa aku melintas di jalan Abi-Kangar untuk ke Kangar. Bye2...

10 comments:

farisazmi said...

hebat2... mesti best kan bila dah habis ros... tp aku blum lg ros... fakulti kami buat sem 6.. kiranya senbelum p praktikal... tak tau lg nk kena skolah mna...

ain fathihah said...

bestnya. jeles plak. hehe.

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

farisazmi: nanti hg rasa sndri.. best

ain fathihah: jangan jeles.. weeee

ain fathihah said...

nak jeles gak!

ain fathihah said...

hehe bikin 'ramai' komen hg, padahal dr orang yg sama je pn. dah takda wv kan

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

cik ain: udah2... bg org lain komen lak

bukan penggoda said...

err.. satu je yg sy nk komen. bley x kirim salam kt cikgu zuhairi. kih kih kih.

ok. bai!

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

BP: insyallah... ehe

zuhairi uchiha said...

zaman..ko lupa cite 1 benda....pasal cikgu yg asyik tnya soalan yg sama byk kali..hehehehe.... =)

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

zuhairi:
hahaha... lupa... xpa2