Friday, July 16, 2010

Penjelasan Dari Meja Penulis (Edisi 2)!

Semenjak dua menjak ni macam-macam hal terjadi dengan blog2 aku. Al maklumlah, blog ni yang asalnya hanya sebuah medan untuk conteng diari telah bertukar menjadi sesuatu yang informatif dan juga kadangkala memaparkan pemikiran aku. Bagi yang melawat, semua sudah tahu blog aku lebih banyak berkongsi tentang dunia hiburan melalui review filem dan juga pelbagai perkara yang aku rasa perlu aku kongsi. Dari minat yang mendalam, aku keluarkan satu daripada isi blog ini menjadi satu blog lain yang dikenali sebagai GoofSPot.

GoofSpot adalah blog yang tidak terlalu update kerana ianya adalah info kesilapan filem yang aku cari sendiri setelah selesai menonton filem. Baru-baru ni, aku telah mengesan beberapa kesilapan (jujurnya, 11 kesilapan) dalam filem Lu Pikirlah Sendiri. Tidak aku mahu merendahkan martabat puan pengarah kerana dia lebih tahu apa yang dia buat. Aku hanyalah seorang penonton yang membayar hanya untuk sekeping tiket dan filem.

Pagi ini, aku mendapat satu komen dari anonymous (rasanya aku tahu siapa gerangan diri). Aku akui apa yang dia tegur itu adalah benar.
'Angle Atas POV Nabil' ini pun salah.
bila disebut POV - kena tunjuk apa yg Nabil nampak.(POV-Point Of View'
Kalau nak kata 'shot' jgn sebut 'shoot' blogger ni pun banyak yg salah. Kena belajar Bahasa Filem lebih mendalam ! Baru boleh cari silap orang !!
- anonymous

Aku akui bahawa aku hanya mengenal beberapa bahasa filem yang tidak tahu dalam mana. Aku tidak pernah belajar tentang ilmu filem. Namun begitu, rasanya selama ini tidak ada masalah untuk para pembaca paham apa yang aku ingin sampaikan dalam entry walaupun bahasa filem yang digunakan tidak terlalu tepat. Tentang 'shot' atau 'shoot', terima kasih atas teguran kerana aku dah lama konfius dengan dua istilah ini. Terima kasih kerana mengajar istilah 'POV' yang selama ini disalah tafsirkan.

TQ.. blog GoofSpot akan lebih bersinar...

1 comment:

ASSOYFINGER67 said...

salam...blogger tak ada sempadan bahasa...selagi orang faham tak kisah....menulis blog bukan menulis buku dan ia adalah suara yang dituykar huruf....apa bedanya...apa bezanya...apa lainnya...cut!..cutttt!atau cut tari...itu baru berbedakan..teruskan..dan jangan biar satu o mengganggu anda kerana o sama juga ngan 0...kannnn!