Sunday, July 18, 2010

Ong Bak 3: Pertarungan Mengecewakan

Akhirnya Ong Bak 3 memburu mencari penyembahnya di Malaysia. Setelah berbulan lamanya ditayangkan di negeri asalnya, jengahannya kali ini disambut oleh aku, sebagai salah satu peminat filem ini. Berpeluang menonton filem ini di TGV Sunway Pyramid pada jam 3.30ptg 18 Julai 2010, pengalaman itu berakhir dengan satu persoalan, "what the f..."

Review
Ong Bak 3 nampak gah daripada promosi. Apa yang dinantikan peminat sudah tentulah satu aksi pertarungan menarik daripada aktor aksi Tony Jaa. Aksinya dalam Ong Bak, dan juga sekuelnya beberapa tahun lepas menjadi satu tarikan menarik untuk para penggemar filem beralih menonton satu sudut filem Asia yang diketepikan. Kehadiran aktor ini tidak dapat dipisahkan dengan Ong Bak. Walaupun ada filem lain yang menyusul, Tony Jaa dikatakan serasi dengan lakonannya dalam Ong Bak. Kehebatannya terus dipuji, malah filemnya juga mengaut keuntungan. Pada masa yang sama, para penonton yang menonton filem ini mendapat kepuasan berganda apabila kita melihat aksi martial art live dan sebuah pertarungan tanpa kesan khas. Tetapi itu dulu.Itu adalah semasa siri Ong Bak menempa nama. Semasa Ong Bak menjadi satu filem bualan mana-mana.

Pengalaman menjenguk sequel terakhir filem ini memberi kekecewaan mendalam. Huh, patah hati tidak terkata apabila ianya diadun sehinggakan lidah aku sendiri tidak tahu untuk memberikan komen yang setimpal. Semua pelangi angan aku yang diharap menjadi kenyataan saat duduk di kerusi panggung berakhir dengan kekecewaan. Hujan pulak turun di luar Sunway Pyramid seperti beria-ia menyambut kekecewaan yang telah aku alami semasa menonton filem itu.

Ong Bak 3, juga dikenali sebagai The Final Battle merupakan sekuel terakhir filem ini (mungkin). Masih mengekalkan setting yang sama seperti Ong Bak 2, filem kali ini boleh diumpamakan sebagai pelengkap kepada Ong Bak 2 sahaja, tidak lebih dari itu. Tiada kaitan langsung dengan Ong Bak pertama. Itu adalah satu persoalan yang wujud, mungkinkah penerbit melakukan satu kesilapan besar dengan menamakan Ong Bak 2 sebagai satu prekuel yang cukup jauh konsepnya berbanding Ong Bak pertama? Ong Bak pertama diketepikan sahaja seolah-olah ianya tiada kaitan langsung dengan dua sequel ini.

Kisah kali ini bermula dengan flashback dari ending Ong Bak 2. Tien dihukum mati dengan seksaan namun diselamatkan atas arahan raja Ayuthaya. Pada masa yang sama, raja yang zalim berhadapan dengan satu dilema, satu sumpahan dari Gagak Hitam (pernah muncul beberapa ketika dalam Ong Bak 2). Tien masih mempunyai dendam yang cukup dalam dan membara. Kini, setelah semua masalah bermula kembali, Tien terpaksa berhadapan dengan Gagak Hitam yang menginginkan takhta kerajaan.

Oh tidak! Pening aku memikirkannya. Walaupun Ong Bak 3 satu filem yang mempunyai kontinuti dari Ong Bak 2, ianya berserabut. Ya, aku rasakan plot Ong Bak 3 terlalu berselirat sehinggakan ianya menjadi cukup berserabut. Persoalannya di sini, kenapa pula Gagak Hitam lakonan Dan Chupong nampak menguasai filem? Apa motif balas dendam Tien? Dan apa kaitannya dengan Ong Bak? Di mana kesempurnaan filem terdahulu? Kenapa persoalannya dijawab dengan tidak beretika? Semuanya memberikan satu teka teki yang cukup tidak selesa.

Memang tidak selesa apabila melihat satu filem yang pada first impression aku, akan memberikan satu persembahan menarik dan menghiburkan. Debaran sepertimana pengalaman menonton Ong Bak 2 tidak ada malah membuatkan aku hanya mampu untuk menonton filem ini sekadar memenuhkan tontonan trilogy filem ini.

Dari aspek positifnya, Ong Bak 3 memang menarik. Apa yang bakal anda saksikan adalah satu seni filem yang cukup menarik. Memang filem ini bukan dibina menggunakan teknologi biasa. Ianya satu seni yang menarik dan cukup cantik. Aku suka sinematografinya yang cukup kemas dan cantik. Gabung jalin babak cukup menarik. Permainan flashback cukup cantik dan hebat. Sudah tentu dengan semua teknologi dan tenaga kreatif mereka, Ong Bak bertaraf 5 bintang dari aspek visual.

Babak aksi digarap kemas. Koreografi Tony Jaa cukup cantik, kreatif, menarik dan ganas. Namun, ada beberapa babak aksi yang disusun dengan komedi yang menarik. Membandingkan aksi antara Tony Jaa dan Dan Chupong, Tony Jaa nampak tenggelam dalam babaknya yang selalu menggunakan ekpresi muka. Dan Chupong menarik perhatian penonton dengan gaya badan dan liuk bahasa juga aksi lawan yang lebih mantap, dan menarik. Namun, jika dua wira aksi dalam satu filem, ianya adalah satu premis menarik untuk menonton filem ini.

Dengan adunan muzik score yang memang mendayu, filem ini mampu memberi emosi kepada penonton. Garapan skor yang cukup mantap pada awal filem tidak mengecewakan. Emosi turun bermain bersama penonton dalam setiap babak. Muzik latar keseluruhannya tidak mendukacitakan. Semuanya sesuai bagi sebuah filem epik sebegini.

Lakonan Tony Jaa rasanya memberikan lakonan yang mantap dari ekpresi muka. Namun, jangan harap hendak mendengar dialog dari Tony Jaa. Tien bukanlah karakter bisu, namun entah kenapa karakter ini tidak diberikan dialog. Dari awal hingga akhir, boleh dikira dengan jari babak dialog yang direka untuk watak ini. Tien hanya banyak melakukan ekpresi muka dan aksi gasak bergasak. Dan Chupong tidak mendukacitakan sebagai Gagak Hitam. Gayanya dan persembahannya tidak mendukacitakan. Keseluruhannya, semua persembahan bertenaga. Walaupun Tien tidak diberikan dialog, mimik mukanya cukup menyakinkan.

Keseluruhannya, Ong Bak 3 mendukacitakan. Mungkin bagi peminat setia Ong Bak, ini filem wajib tonton. Namun, bagi yang baru nak mula menonton, balik dan tonton filem terdahulu. Anda mahu ianya menjadi sebuah filem aksi yang penuh dengan kejutan dan juga plot menarik, ianya tidak wujud di sini. Ong Bak 3 hanya sesuai ditonton buat sesiapa yang mahu meleraikan persoalan filem terdahulu. Bagi yang belum menonton filem terdahulu, ianya adalah satu kerugian untuk sekeping tiket. Apa pun, Ong Bak 3 masih menarik walaupun plotnya longgar dan mengecewakan. - Cikgu Man

3 comments:

solihin said...

ong bak 2 pon mmg xbest cta dia serabut,,,selalu klu mula2 dh xbest klu buat sambungan lg xbest..ong bak 1 ok cter dia ada cter ada aksi..tom yum gong pon ok cuma krg logik aksi2 dia..thailand dh ada ong bak,indonesia ada merantau warrior,malaysia ja xda cter silat lg...

Pencacai Alim said...

aku harap ongbak 3 ni lebih best dr yg 1..siri 2 kurang menyengat..

HIDROGEN said...

ong bak 1 ong bak 2 dgn tom yum goong memang layanlah. ong bak 3 belum tgk lagi. ini yg terasa mcm xnk pergi tgk je kalau dah baca review mcm ni.